video


Biografi

Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia. Nik Nazmi menganggotai Parti Keadilan Rakyat sejak tahun 2005 dan kini merupakan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelana Jaya.

Blog


Maaf blog terabai

03 Jul 2009 | Personal | by admin | 0 Komen

Maaf kepada semua kerana blog ini agak terabai beberapa minggu kebelakangan ini. Saya agak sibuk dalam persiapan DUN Selangor minggu depan, dan ditambah pula masalah Internet dan laptop saya sendiri.

Harap dapat bersabar, insya Allah saya akan kembali aktif berblog. Saya cuma update twitter saya menerusi Blackberry. Untuk menulis blog terlalu sukar dengan Blackberry (kecuali saya contohi Datuk Seri Anwar!).

Dialogue at SS7/28

Last Thursday, after joining the prayers and Yassin-recital at the Surau at SS7/28, I headed to the community hall next door for a dialogue with the residents as well as the handing over a small amount for the flood victims.

ss7a

I emphasised my approach to development has always been community-centred. I am not against development, as I value the contribution development projects provide to the local economy and the right of private landowners to unlock the value of their land; but it should be done in accordance with the relevant regulations and guidelines that are in place for the benefit of the community.

ss7b

While there remain areas where our regulation still needs to be improved, the typical problem in Malaysia has been lack of enforcement, not lack of regulation. There has been various proposals for development projects in Seri Setia, including in the vicinity of SS7, where the developers push proposals that blatantly disregard the existing planning guidelines in place. In these cases, I have always emphasised that the proposal must be done in accordance with MBPJ guidelines - whether height, provision of car-park space, density and plot-ratio requirements.

ss7c

I also spoke about the Kelana Jaya Park, where YB Elizabeth will be looking in how the state, local council and community can play a role in the rehabilitation of the park. The community through Friends of Kelana Jaya Park has played an active role.

The photos can be seen here.

Perasmian dan Dialog Persatuan Penduduk PJS10 Taman Sri Subang

22 Jun 2009 | Community, Photos, Personal | by admin | 1 Komen

Pada Ahad 14 Jun lalu saya dijemput merasmikan Persatuan Penduduk PJS10 Taman Sri Subang dan mengadakan sesi dialog dengan mereka.

pjs10a

Turut hadir Tuan Abdul Razak Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya; Puan Haniza, Pengarah MBPJ mewakil Dato’ Bandar; dan Sdr Halimey Abu Bakar, Ahli Majlis MBPJ. YB Gwo-Burne Loh, Ahli Parlimen Kelana Jaya tiba kemudian.

Di dalam ucapan saya, saya menggalakkan penubuhan Persatuan Penduduk bagi memainkan peranan mewakili penduduk setempat. Sama ada dalam masalah membabitkan jenayah mahupun kemudahan awam, Persatuan Penduduk boleh memainkan peranan aktif bersama-sama pihak Polis dan MBPJ. Saya kaitkan dengan ‘Broken Windows theory’ yang saya sentuh sebelum ini. Saya juga meminta agar pihak Polis memberikan keputusan positif terhadap permohonan MBPJ menubuhkan polis bantuan bagi membantu usaha membanteras jenayah.

pjs10b

Saya menyedari dalam dunia hari ini wujud pelbagai ciri-ciri seperti komuniti berpagar (gated community) dan keselematan swasta (private security) namun ramai rakyat Selangor tidak mampu membeli kesejahteraan mereka sebegitu. Sebab itu kita perlu masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan meningkatkan prestasi mereka bagi menangani isu-isu ini.

pjs10c

Antara lain, penduduk membangkitkan kelakuan anti-sosial kelompok-kelompok yang mabuk dan mengganggu penduduk setempat di kawasan rekreasi berhampiran. Saya meluahkan harapan agar MBPJ, pihak polis dan penduduk setempat dapat mencari jalan menangani isu-isu sebegini yang menjejaskan keselamatan penduduk khususnya golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Alhamdulillah, kehadiran penduduk yang pelbagai kaum teramat menggalakkan pada sesi dialog tersebut.

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

Kenyataan Media: Rakyat, Bukan Syarikat Konsesi Untung Jika Kerajaan Selangor Ambilalih Pengurusan Air

Matlamat utama hasrat Kerajaan Negeri Selangor dalam mengambilalih pengurusan industri air negeri adalah amat jelas iaitu memberi perkhidmatan yang lebih efisyen dengan harga yang rendah di samping meneruskan perkhidmatan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama.

Pendirian ini sudah dinyatakan dengan jelas oleh Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga sudah menerangkan berulang kali bahawa Kerajaan Negeri bersedia mengambilalih aset air dari semua empat syarikat konsesi air dengan harga yang munasabah dan menguntung kedua-dua pihak iaitu rakyat dan syarikat-syarikat yang berkenaan.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang menuduh Kerajaan Negeri Selangor hanya ingin mengaut keuntungan tanpa menghiraukan masa hadapan rakyat jelas amat dangkal dan menunjukkan pemikiran yang cetek.

Jika ADUN Batang Kali mengikuti penerangan isu penstrukturan semula air dengan lebih teliti, beliau mungkin mengetahui bahawa jika kerajaan negeri mengurus perkhidmatan air di Selangor, tarif air mungkin dapat diturunkan sebanyak 10% dalam 2009 dan 20% pada 2011 seterusnya sebanyak 25% pada 2013.

Jika adapun pihak yang mengaut keuntungan, ianya adalah rakyat dan bukan individu-individu atau syarikat swasta sepertimana yang berlaku sekarang.

Namun yang jelas sekarang, pendapat pemimpin UMNO dalam isu air ini amat konsisten iaitu menyebelahi syarikat konsesi. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat kenyataan bahawa tawaran harga kepada syarikat konsesi ini tidak munasabah.

Pendirian Najib dalam isu ini juga tidak menggambarkan konsep “1 Malaysia” yang dikatakan sebagai satu konsep menyeru kepada rakyat bersatu membangun Malaysia.

Mengapa Najib tidak bersatu bersama Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan usaha supaya rakyat mendapat keuntungan daripada perkhidmatan air? Kami menyeru kepada Perdana Menteri dan semua pemimpin UMNO untuk mengenepikan kepentingan politik dan bersama pihak Kerajaan Negeri dalam isu ini demi kebajikan penduduk Negeri Selangor sejajar dengan laungannya untuk konsep “1 Malaysia”.

Jika tidak, konsep “1 Malaysia” ini jelas hanya sekadar retorik semata-mata bagi meraih sokongan rakyat kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.

NIK NAZMI NIK AHMAD
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Nik Nazmi Talks About Building Malaysia’s Economic Competitiveness in Forum with Khairy

15 Jun 2009 | videos | by admin | 0 Komen

Khairy’s video can be seen here. Nani’s video can be seen here.

Kongres Khas Keadilan 2009: Keadilan Mendepani Zaman

15 Jun 2009 | Photos, Current Affairs, Personal | by admin | 0 Komen

kongreskhas01

Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat tahun 2009 diadakan di KUIS, Bangi pada 13 Jun. Kongres tersebut diadakan bagi membincangkan pindaan Perlembagaan Keadilan yang antara lain memperkenalkan pengundian langsung setiap ahli (konsep satu ahli satu undi) bagi kepimpinan pusat, ke arah memastikan penyertaan 30 peratus wanita dalam jawatan pembuat keputusan dan penurunan umur Angkatan Muda Keadilan dari 40 tahun kepada 35 tahun.

kongreskhas02

Saya mendaftar sebagai pembahas perwakilan bagi membicarakan isu AMK. Saya menegaskan dengan adanya kompromi pelaksanaan penuh tahun 2013, maka tidak ada sebab AMK sebagai anggota parti reformasi menerima pindaan tersebut. Ini juga dapat meremajakan dasar belia negara apabila AMK menjadi parti politik pertama merendahkan definisi keanggotaan kepada 35 tahun ke bawah.

kongreskhas03

kongreskhas04

Hampir 90 perwakilan menyatakan sokongan mereka terhadap pindaan tersebut, mengatasi keperluan 2/3. Ini menjadikan Keadilan parti politik yang benar-benar mendepani zaman arus politik negara.

kongreskhas05

Selain itu juga, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaib Ibrahim mengumumkan penyertaannya ke dalam Keadilan!

kongreskhas06

Dengan perubahan-perubahan yang diperkenalkan, Keadilan sekaligus menjadi parti arus perdana paling progresif di dalam arena politik Malaysia. Kini tanggungjawabnya pada bahu ahli-ahlinya untuk memastikan potensi besar ini direalisasikan!

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

Satu Malam di Desaria, Desa Mentari dan Kampung Lindungan

10 Jun 2009 | DUN, Community, Photos, Personal | by admin | 0 Komen

pjs001

Pada hari Rabu minggu lepas saya menghabiskan satu malam - dari waktu Maghrib hinggalah ke tengah malam - di Desaria, Desa Mentari dan Kampung Lindungan.

Di Desaria, saya telah membantu jawatankuasa Surau Al Ehsan, Taman Desaria Fasa 5B mengadakan Kem Motivasi Kecemerlangan Ibadah bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dengan kerjasama ABIM Selangor.

pjs002

Seronok melihat gelagat-gelagat kanak-kanak tersebut. Saya meluahkan harapan agar mereka menggunakan peluang yang ada tersebut untuk meningkatkan sahsiah mereka. Saya mengingatkan, di Padang Masyar kelak di mana manusia di dalam keadaan bertelanjang dan terseksa, cuma mereka yang mendapat perlindungan Allah s.w.t. sahaja akan terselamat, dan antara yang akan dilindungi Arasy adalah pemuda yang menghabiskan masanya beribadat kepada Allah s.w.t. dan seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid.

pjs003

Seterusnya saya mengunjungi beberapa keluarga penerima bantuan Mesra Usia Emas di sekitar Desaria, Desa Mentari dan Kampung Lindungan. Saya juga mengunjungi keluarga seorang anggota Keadilan yang ibunya tengah dirawat di atas penyakit berat. Dalam perjalanan saya sempat juga bertanya khabar seorang pengusaha kedai perabot.

pjs004

Di depan mata saya juga saya bertembung dengan seorang penduduk Desa Mentari yang membawa naik motornya ke rumah menggunakan lif. Kami menegurnya , tetapi beliau memaklumkan dua kali sudah motornya dicuri. Tetapi saya mengingatkan beliau mestilah berfikir bagaimana keadaan hidup bermasyarakat. Tindakan mementingkan diri tersebut membahayakan pengguna lif lain di samping merosakkan lif.

Akhir sekali, saya turun minum teh tarik di sebuah restoran bernama Jambu di Desa Mentari. Apabila saya bersembang dengan pengusaha restoran tersebut, barulah saya tahu cerita di sebalik nama tersebut. Beliau asalnya bermula dengan berniaga jambu di tepi jalan, tetapi perniagaannya berkembang pesat sehingga mempunyai beberapa gerai dan kini sebuah restoran.

Namun beliau meluahkan beberapa kekangan yang dihadapi di dalam PBT untuk beliau mendapat lesen yang diperlukan. Saya menasihatinya mengikut prosedur dan kiranya terus bermasalah, terus berhubung dengan saya. Kita sepatutnya memudahkan, bukan menyukarkan, semangat keusahawan rakyat kita, apatah lagi dalam keadaan ekonomi hari ini.

pjs004

Gambar-gambar boleh dilihat di sini dan sini.

Menjadikan Fiesta Femina Acara Tahunan di Seri Setia

Ahad lepas saya dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan MBPJ menganjurkan Fiesta Femina: Karnival Wanita Muda di Taman Bandaran Kelana Jaya.

fiesta001

Program ini yang mensasarkan wanita bawah 35 tahun menyediakan pelbagai acara dan gerai bagi menarik perhatian anak muda: membeli-belah, kesihatan, kecantikan dan fesyen hinggalah kesedaran politik, kesukarelawanan (volunteerism) dan hak wanita.

Antara yang istimewa ialah kehadiran YB Nurul Izzah Anwar yang sarat mengandung lapan bulan dengan bayi keduanya. YB Hannah Yeoh turut serta dengan Izzah bagi sesi politik dan wanita muda.

fiesta002

Paling istimewa tentulah kehadiran isteri tersayang, Imaan yang langsung tidak curiga apabila suaminya mencadangkan program khas untuk wanita muda!

Rakan saya dari Pejabat MB, Tricia Yeoh pula mengisi slot tentang hak wanita. Kak Mawarni, Yasir, Yasmin dan Afif pula mengaturkan persembahan kanak-kanak tuisyen sukarelawan Projek Mentari yang menggamit hati semua termasuk Izzah!

fiesta003
Selain itu, saya sempat bersua dengan pakar motivasi dan penulis, Sis Zabrina dan juga pejuang ‘homeschooling’ Mamafiza dari Little Kittle yang kedua-duanya turut berucap pada program tersebut. 

Beberapa rakan-rakan saya turut membuka gerai jualan, termasuk Dina dan Awanis yang membuka gerai Satin Dream menjual makanan dan pakaian, Azfaren yang membawa kru Upin dan Ipin termasuk suara watak ‘Kak Ros’ yang begitu popular dengan kanak-kanak Projek Mentari, Megat dan lain-lain lagi.fiesta004

Terima kasih kepada Sasha, Fadiah (antara 5 peguam yang mencipta sejarah menjadi peguam pertama ditangkap polis ketika menjalankan tugas baru-baru ini), Farhana, Saifullah dan Afif kerana bertungkus lumus memastikan berjayanya program ini. Tak lupa kepada Zuhri, rakan saya dari Afair Weekend yang menyediakan kemudahan karnival.  

Sememangnya kerana beberapa masalah pengurusan yang tidak dapat dielakkan, perjalanan Karnival tersebut ada beberapa kekurangan.

Insya Allah, kita belajar dari pengalaman tahun ini dan jadikannya acara tahunan!

Gambar-gambar ada di sini.

Malaysia needs to build competitiveness

iiu01

Last week, I was invited to be a panelist along with YB Khairy Jamaluddin and Nani Abdul Rahman by Sepakat / IIUM on the topic World Economic Crisis: Is Malaysia Better Equipped to Face the Challenges Ahead.

This was my second time being in a forum with Khairy. The first time was last year with Tony Pua at the MSLS.

In the forum, Khairy stated that Malaysia is better equipped to face the crisis compared to the financial crisis in 1997-1998. I agreed that in some ways - banks capitalisation, financial sector exposure to toxic assets such as subprime mortgages and hedge funds, and the high-dividend yields of our firms, we are in a better position to face the economic crisis. The existence of the asset-backed parallel Islamic financial sector also insulates a portion of our economy from the crash.

However, I said, we must also remember that in order to face the challenges ahead, we need to look at our competitiveness, not just the immediate economic crisis. I pointed out that we failed to overcome our budget deficit during when our economy benefitted from a growing economy and higher commodity prices prior to 2008. Thus, when we need expansionary fiscal measures to come out from today’s crisis, our deficit situation worsened to the point that some analysts predict it will reach 10 percent of GDP in 2010.

We do not need to read John Maynard Keynes’ ‘General Theory of Employment, Interest or Money’ or understanding economic cycles to comprehend the basic principle. In the Quran, Surah Yusuf, we have the story of the Prophet Yusuf a.s. (Joseph).

The Pharaoh had a dream of seeing seven fat cows being devoured by seven lean ones, along with seven green ears of corn with seven dry ones. None of his nobles could interpret the dream until it reached Prophet Yusuf, who said:

“For seven consecutive years, you shall sow as usual and that (the harvest) which you reap you shall leave in ears, (all) - except a little of it which you may eat (’il-laqalilanm mim-ma ta-’kuluna).

“Then will come after that, seven hard (years), which will devour what you have laid by in advance for them, (all) except a little of that which you have guarded (stored) (’il-la qalilanm mim-ma tu-hsinuna).”

I also pointed out that while our budget expanded throughout all the years, more money is spent on operational expenditure as opposed to development expenditure. Khairy later pointed out this is to inculcate a culture of maintenance, but I do not see the impact of the increased spending. If anything, the latest Terengganu stadium fiasco illustrates the state of our public facilities.

I highlighted the increased dependence on oil. Thus, instead of investing the God-given wealth into productive and sustainable sectors, we seem to be squandering the money. For example, we did not invest sufficiently in public transport, and any expansion keeps being postponed or cut-down.


In the IIUM hall, in front of a largely Malay-Muslim audience, I also mentioned that at the end of the day, we need to address the shift from the NEP to a system based on merit and need, not race. While the NEP played a big role in giving birth to the Malay middle class - largely the audience including the panelists in that forum - we need to come up with a new policy to face the 21st century. The NEP must not be seen as a sacred cow, or a divine revelation that cannot be questioned.

Many in the audience asked about the role of Islamic financial system and Gold Dinar to bring us out from the crisis we face today. I acknowledged that the problem with the neo-liberal model that has been discredited is its reliance on derivatives and speculation, which is alien to the Islamic financial system.

At the same time, today there is a tendency to label products as Islamic from a legalistic perspective without due consideration to the spirit of Islamic finance. I believe we need a lot more research and studies to bring the Islamic financial system to match the sophistication of the conventional system which has benefited from a long history of ground-breaking research and study. We cannot isolate ourselves from the system and I believe our parallel structure today is a good framework to work on.

Nani Abdul Rahman, who is an alumni of IIUM and Harvard focused on education and the forum went on to talking about ‘producing more Nanis!’. I couldn’t agree more!


The students were really thrilled to see politicians from two opposing parties, and their non-politician alumni speak at the forum. It went on from 8.30 PM to 12.00 midnight!

Congratulations to the organisers.

Photos can be viewed here. The video will be up soon.

Soalan untuk Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN Selangor

05 Jun 2009 | DUN, Current Affairs | by admin | 7 Komen

Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang pada 8-16 Julai 2009.

Saya ingin menjemput orang ramai yang ingin bertanya soalan untuk diajukan pada Kerajaan Negeri Selangor di dalam DUN untuk menghantar e-mel kepada saya niknazmi@niknazmi.com atau meninggalkan komen bagi entri blog ini.

Komen-komen diminta dihantar selewat-lewatnya 13 Jun 2009.

Jadual Program

Nik Nazmi di laman sosial : Facebook | MySpace | Friendster | Flickr | YouTUBE |