Dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu ada wawancara bersama Datuk Dr. Zainal Kling bertajuk Tolak Sistem Politik Kelas.
Beliau menyatakan bahawa Keadilan, PAS dan DAP sekarang terpengaruh dengan idea sosialisme tentang politik kelas di dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat Malaysia. Beliau menekankan pentingnya Artikel 153 dan DEB di dalam mempertahankan orang Melayu di negara kita, dan menuduh Pakatan Rakyat berhasrat menghapuskan Artikel 153. Orang Melayu yang menyokong prinsip keadilan pula dinamakan ‘Melayu liberal’ yang tidak faham sejarah dan terpengaruh dengan Amerika, dan pemikiran mereka dibentuk oleh MCA dan DAP.
Pertama sekali, kami tidak menganjurkan agar artikel 153 dimansuhkan. Prinsip ke-10 Matlamat dan Asas Perjuangan Politik Keadilan ialah mempertahankan kedudukan Kaum Melayu dan Bumiputera.
Artikel 153 termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak kemerdekaan sedangkan DEB diperkenalkan selepas tragedi 13 Mei 1969. Kami mengiktiraf sumbangan DEB di dalam memartabatkan kaum Melayu sehingga lahirnya kelas menengah Melayu.
Tetapi andaian asas DEB mahu melahirkan orang Melayu yang berdikari. Malah watak utama di dalam melakar DEB, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman membuat andaian yang lebih mendalam: beliau menyatakan bahawa orang Melayu sendiri akan mengenepikan hak istimewa apabila mereka semakin yakin dan terdidik kerana ia hanya relevan ketika orang Melayu terpinggir ke belakang.
Siapa yang buta sejarah?
Malah Tun Dr. Mahathir Mohammad sendiri, yang dipuji Zainal, berkata pada Julai 2002 di dalam ucapannya kepada Harvard Club Malaysia:
Malangnya mereka (kaum Melayu) berpendapat tongkat mereka adalah simbol keistimewaan mereka di negara ini. Yang menyedihkan, mereka tidak menggunakan tongkat itu pun dengan betul. Natijahnya, mereka tidak mendapat apa-apa ataupun sedikit sahaja daripada bantuan-bantuan ini…
Jadi apakah Dilema Baru Melayu? Dilema lama mereka ialah sama ada mereka perlu mengubah sedikit realiti agar dapat membantu diri mereka sendiri. Dilema baru ialah sama ada mereka patut membuang atau tidak tongkat yang mereka telah terlalu biasakan, sehingga menjadi keadaan yang mereka amat banggakan.
Kini wujud minoriti Melayu yang yakin untuk membuang tongkat ini, walaupun secara beransur-ansur. Tetapi mereka cuma minoriti kecil… Mereka umumnya dianggap pengkhianat bangsa…
Dilema yang dihadapi golongan kecil yang mahu melahirkan sebuah kaum Melayu yang gagah, tegar dan bebas tanpa tongkat ialah mereka berkemungkinan besar menjadi tidak popular dan hilang keupayaan mengubah budaya dan sistem nilai yang diperlukan. Nampaknya mereka tidak patut mencubanya pun, tetapi mereka tahu tanpa perubahan budaya orang Melayu akan gagal…
Apa yang kami anjurkan ialah untuk mempertahankan hak istimewa orang Melayu tetapi menggantikan DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia yang akan menjurus kepada membantu semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan.
Adakah orang Melayu yang kini sudah ada kelas menengah akan rugi? Orang Melayu dari golongan petani, nelayan dan pekerja akan dibela secara lebih menyeluruh. Saya setuju orang Melayu merupakan majoriti yang terpinggir, maka sudah semestinya merekalah akan menjadi penerima utama bantuan ini. Tetapi orang Melayu yang sudah ke Oxford atau menjadi anak Menteri – mereka sewajarnya mampu bersaing dengan rakyat Malaysia yang lain. Bukan mendapat pinjaman secara mudah ataupun saham-saham Bumiputera. Sekarang orang UMNO sahaja yang membolot begitu banyak saham, rumah murah dan kontrak. Itu pun yang menguasainya pemimpin UMNO sahaja, ahli di bawah cuma mendapat sisa-sisa.
Kedua, kita juga harus berlaku adil kepada rakyat Malaysia yang lain. Saya rasa Zainal seharusnya kembali membelek al-Quran:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [al-Hujurat, ayat ke-13]
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [al-Maidah, ayat ke 8]
Zainal perlu sedar, Islam jauh mendahului tamadun Barat apatah lagi ideologi sosialis atau liberal (pandangan sosialis dan liberal juga tidak diulas Zainal, apatah lagi bezanya idea sosial demokrat yang terus bertahan berbanding sosialis) dari sudut pandangan kesaksamaan manusia. Ayat dari surah al-Hujurat tersebut diturunkan sebaik sahaja penaklukan kembali kota Mekah oleh Rasulullah s.a.w. Bilal ibnu Rabbah, sahabat baginda yang berasal dari Habsyah dan berkulit hitam, telah ditugaskan untuk melaungkan azan dari atas Kaabah, satu penghormatan cukup istimewa dalam sejarah Islam. Tetapi golongan musyrikin melihat ini sebagai satu penghinaan, sehingga seorang daripada mereka berkata beliau bersyukur bapanya tidak hidup untuk menyaksikan peristiwa ini. Seorang lagi menyelar Rasulullah s.a.w. kerana membenarkan ‘gagak hitam’ tersebut melaungkan azan dari atas Kaabah.
Turunnya ayat tersebut bagi menegaskan kesamarataan manusia. Ayat al-Maidah pula diturunkan bagi mengingatkan umat Islam, sekalipun kita membencikan sesuatu kaum, kita tidak dibenarkan mengingkari anjuran Allah s.w.t. untuk mendaulatkan keadilan untuk semua.
Malah, di dalam khutbah terakhir Rasulullah s.a.w., baginda bersabda:
Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.
Ketegasan Islam dalam kesamarataanlah yang menjadi antara kunci perkembangan pesat Islam sehingga zaman kegemilangan tamadun Islam. Golongan bukan Islam, khususnya ahlul kitab mendapat layanan baik melebihi daripada pengalaman mereka di Eropah waktu itu. Di Eropah, golongan Yahudi disisih dan ditindas, tetapi di dunia Islam mereka turut serta sebagai sarjana, pentadbir malah tentera.
Apabila al-Andalus (Sepanyol) jatuh ke tangan Kristian pada kurun ke 15, umat Islam dan Yahudi ditindas. Mungkin tidak mengejutkan bahawa umat Islam ramai berhijrah ke negeri-negeri Islam, tetapi kaum Yahudi juga membuat pilihan yang sama sehingga Salonika (di Yunani) di bawah Kerajaan Uthmaniyyah menjadi antara bandar Yahudi terbesar di Eropah. Malah, kemajmukan Salonika musnah dengan berkembangnya nasionalisme di Yunani, fasisme Nazi dan juga Turki di bawah Mustafa Kamal Attaturk!
Oleh sebab itu, anjuran berlaku adil kepada semua bukanlah sesuatu yang berasal dari Eropah, tetapi sebahagian dari ajaran Islam. Oleh sebab itu, prinsip membantu golongan yang tersisih tanpa mengira kaum juga selaras dengan ajaran agama kita.
Saya setuju masih banyak perlu dilakukan untuk integrasi kaum. Saya berharap golongan bukan Melayu dapat memikirkan cara-cara memartabatkan Bahasa Melayu, cabaran perpaduan hasil sekolah-sekolah vernakular dan benar-benar membantu orang Melayu untuk menjadi usahawan berjaya dalam usaha memperkemaskan perpaduan di negara kita. Perubahan ini memerlukan semua pihak memainkan peranan.
Tetapi kedudukan politik orang Melayu tidak terancam. Ya, kedudukan UMNO terancam, tetapi bukan kedudukan politik Melayu. Ahli Parlimen Melayu bertambah daripada 123 kepada 130 pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu akan tidak dikompromikan sama sekali. Malah dengan adanya persaingan politik yang sihat, UMNO sepatutnya dikejutkan dari lena yang panjang dan kembali berusaha kepada apa yang didakwa ‘tradisi’ mereka: membela rakyat.
Namun untuk menjadikan DEB itu sebagai sesuatu yang suci dan tidak boleh dipersoalkan menunjukkan Zainal masih terperangkap di dalam politik lama. DEB bukan al-Quran, tetapi ciptaan manusia yang ikhlas mahu memartabatkan bangsa mereka dalam cabaran zaman tersebut. Kini kita perlu ikhlas mencapai matlamat sama, walaupun jika caranya berbeza selari dengan tuntutan zaman ini. Itu perlu dinilai secara kritis. Keengganan mempertimbangkan cara lain melambangkan kejumudan, sedangkan Islam menuntut kita sentiasa memperbaiki diri kita.


nice one yb!
October 8th, 2008 at 9:34 am[...] Menyanggah Pandangan Zainal Kling [...]
October 8th, 2008 at 12:04 pmYB, I agree with you wholeheartedly.
Having just finished a book on why many Americans vote against their economic and material interests because of a blind and unswerving need to prioritise a certain collection of ‘American Christian values’ over all else despite being shown betrayal after betrayal by the same jokers who claim to embody those values , I can’t help but to draw a sad parallel with our own people, Malays particularly and Malaysians in general.
Hopefully if and when a time comes for you to put your money where your mouth is, you will be able to remember all this. The road to Putrajaya is littered with the rotting carcasses of many a good intention and about the same number of noble principles…
October 8th, 2008 at 1:50 pm’tis a brave move: to ask Malays to forget the prop and get to walk by themselves. Not an easy task, given how long they have been propped up and assisted from tadika to getting government contracts. But Malays must look outside and see how other people survive and thrive. One cannot forever depend on handouts and subsidies. A truly strong Malay is he who is Muslim first, Malay second and Bumi third, ie in whatever he does, his Muslim self must prevail; he can forgo his Bumi privileges if they threaten his Melayu self, but in no way should he forgo his muslimness in preference to being melayu and bumi (which was what happened since Merdeka).
October 8th, 2008 at 2:23 pmWell said. But could you please enlighten me on what is the new Agenda Ekonomi Malaysia? How will it be different from DEB? People know what is DEB (quota system in education, bumiputera shares in coys etc) But what is Agenda Ekonomi Malaysia? How will it be implemented?
Until that is clearly explained, this is just rhetoric.
October 8th, 2008 at 2:23 pmIlmu tentang kebenaran adalah penting. Sama ada sesorang itu dalam keadaan kesesatan dahulu (bukan disengajakan sesatkan dirinya selepas jelas kebenaran di hadapannya) kemudian sampai kepada kebenaran atau dalam keadaan kebenaran tetapi tidak tahu, tak mahir, atau jahil dalam ilmu penyampaian yang rasional, logik dan “benyond logic” maka tibalah kepada persimpangan rhetroic tersebut. Masing-masing tersinggung dengan hujah atau pendapat yang mengharu-birukan lagi keadaan tidak menentu. Selagi apa sahaja yang jelas baik dan benar teruskna sahaja perjuangan itu. Yang penting Malaysia memerlukan orang yang ikhlas, tegas dan bersyukur kepada apa sahaja tahap kebenbaran yang telah dicapai. Yang penting tidak ada unsur syirik yang menguasai sesorang hamba Allah itu.
October 8th, 2008 at 3:17 pm[...] excerpts below are from Nik Nazmi’s latest post. note: I do not fully agree, with everything he says in the [...]
October 8th, 2008 at 6:37 pmZainal Kling tu mcm tak sekolah, Kering ilmu benor. I rasa malu ada Melayu yang mcm dia
October 9th, 2008 at 3:25 pmYa, memang tak masuk akal kalau atas nama “Ketuanan Melayu”, orang Melayu yang telah kaya raya, anak menteri smua layak membeli saham ASB (yang sepatutnya digunakan untuk membantu orang Melayu miskin), membeli rumah dengan kuota 30% dan sebagainya. Orang Melayu yang miskin pulak hidup terus melarat. Jadi DEB patut dimansuhkan dan digantikan dengan Agenda Ekonomi yang memanfaatkan smua rakyat yang miskin.
October 9th, 2008 at 3:38 pmZainal Kling tak fikir ke situkah? Nak tanya Zainal Goblok sikut, berapa banyak duit negara yang u dah sapu atau planning sapu?
Haihh Nik Nazmi, awak tu sendiri pun dulu berkemampuan jugak, mengapa nak gunakan sponsorship syarikat korporat utk belajar di England? kenapa awak sendiri tak anugerahkan saja scholarship tu kepada anak petani yang berjaya? Cakap tak serupa bikin! Agenda Ekonomi Malaysia is a bad joke! Of course org melayu ini mmg tak boleh dimanjakan, tapi ‘kesama-rataan’ antara semua kaum just does not make sense. Go and tell DAP this, you think they would be happy? You think they would be happy if Agenda Ekonomi Malaysia would make the Malays and Indians who did not work hard, to be on par with the Chinese? Di bawah DEB Melayu dan India ada peluang, cuma mereka yang tak mahu menggunakannya sampaikan hanya segelintir sahaja yang membolot.
I’m a Malay myself, and Im not afraid to criticize we Malays that most of us are actually lazy! Dah ada peluang tapi malas nak rebut. Stop blaming those few corporates for raking in so much money, they only grabbed them since most of us Malays are the ones who are lazy to take em! Tak ada kena mengena dengan the so called ‘kegagalan’ DEB. Kaum Melayu dan india yang sebenarnya PEMALAS nak rebut! Kalau tidak, DEB dah memang lama berjaya sepenuhnya.
October 9th, 2008 at 7:17 pmDear YB,
Saya bersetuju dengan BUKAN MUNAFIQ. Kita banyak menyalahkan sedangkan kita juga mendapat benefit dari DEB itu. Contohnya YB.Belajar di MCKK yang banyak mendapat bantuan kerajaan. SCholarship dari syarikat Korporat yang ada kaitan dgn kejayaan kerajaan terdahulu menggunakan polisi DEB.Sepatutnya, semuanya itu dikhaskan pelajar yang ibu bapanya susah spt anak petani,anak peneroka dan lain-lain.
Apa yang YB katakan itu benar. Kesamarataan itu benar. Tapi bagaimana implementasi AEB itu dapat menjamin keadilan kepada semua kaum. Saya tidak nampak.
Disini saya amat bersetuju dgn pendapat saudara Azrir.Tolong terangkan bagaimana kerangka AEB boleh bergerak. Jangan explain kepada kita sahaja, tapi kepada kaum cina dan India secara details. Ini, hanya penerangan general sahaja tentang AEB.
October 10th, 2008 at 3:34 pm[quote]DR. ZAINAL: Masalah yang terbesar ialah kerana pemimpin Melayu tidak lagi membentuk pemikiran rakyat. Yang membentuk pemikiran kita ialah orang-orang Cina seperti dalam Gerakan dan MCA yang menuduh pemimpin Melayu tidak adil kepada mereka. Tetapi pemimpin Melayu tidak menjawab bahawa 50 tahun pemimpin Melayu memberi peluang untuk mereka membesar. Kita tidak memberi pun data keuntungan orang bukan Melayu di bawah DEB. [/quote]
Yaa…sepatutnya Tolak sistem politik kelas!
October 10th, 2008 at 8:42 pmAskm,
October 12th, 2008 at 5:30 pmSdr Nik Nazmi,Pada pandangan saya saudara adalah seoarang yang “ideal” pembela anak2 malaysia , tak kira melayu , cina dan lain2. mungkin pergaulan saudara dengan bangsa lain adlah pergaulan golongan intelek atau bergaul di kasta atasan atau pertengahan saja, mungkin bangsa lain menyembunyikan anti melayu. Tapi jika saudara ke golongan bawahan , saudara akan sedar betapa melayu dimata mereka…dan saudara akan sayangkan melayu tanpa berbelah bagi.
tq
ni pendapat saya..
komen sdr Nik,
“..kedudukan UMNO terancam, tetapi bukan kedudukan politik Melayu. Ahli Parlimen Melayu bertambah daripada 123 kepada 130 pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu”
Tak ada makna kalau kerusi Melayu bertambah sekalipun, tetapi ‘kuasa’ terhakis. Contoh mudah di Perak, di mana Melayu mempunyai paling banyak kerusi tapi yang mewakili kerajaan cuma beberapa kerat Melayu PAS & PKR sahaja!?
tak berniat hendak menjadikan isu ini perkauman, tapi perbandingan sebegini tak dapat nak dielakkan. Kepimpinan politik Melayu memang makin terhakis, tapi ekonominya masih tak berubah banyak.
October 13th, 2008 at 1:05 amSaya terharu dengan pandangan saudara badaruddin.
October 13th, 2008 at 5:44 pm[...] October 14, 2008 A reply to Zainal Kling’s interview Posted by d.E. under Issues, Malaysian politics | Tags: mingguan malaysia, nik nazmi, seri setia, tolak sistem politik kelas, zainal kling | On Octeber 5th, 2008, Mingguan Malaysia published an interview with Prof. Datuk Dr. Zainal Kling which is also posted on its website here. Below is a reply written by Nik Nazmi Nik Ahmad, PKR Seri Setia ADUN, on his website here. [...]
October 14th, 2008 at 11:31 am