Kini hangat diperkatakan UMNO berminat bercakap tentang perpaduan Melayu dan Islam.
Jika perpaduan itu dilihat dalam ertikata politik yang sempit, semua di dalam satu barisan misalnya, wajar kita melontarkan satu soalan kembali – mengapa soal perpaduan Melayu ini hanya diperkatakan UMNO apabila mereka lemah?
Ingat bagaimana selepas peristiwa Reformasi dan PRU 1999 UMNO begitu ghairah memperkatakan tentang perpaduan? Mengapa soal tersebut tenggelam selepas PRU 2004 apabila mereka menang besar dan kemudian kini baru muncul semula?
Perpaduan sebagai umat Islam bukan menghalang kita untuk berbeza pendapat, apatah lagi dalam sistem politik demokrasi. Tanpa ada demokrasi pun orang berbeza pendapat, itu lumrah. Dan perpaduan itu sebenarnya lebih besar ertinya – yakni kalau sebagai umat Islam kita percaya kepada Rukun Iman dan menghayati Rukun Islam, serta sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berpegang kepada iktikad kita. Ahlul Sunnah sendiri ada berbagai mazhab fiqh namun kita semua sebahagian dari umat Islam.
Maka, perpaduan boleh wujud dalam kepelbagaian. Malah perbezaan dalam ruang lingkup perpaduan itu penting sebagai ‘check and balance’ lebih-lebih lagi dalam sistem demokrasi. Malah anak seorang penyokong pembangkang pun boleh jadi MB UMNO!
Kita lihat tahun 1970an. PAS pimpinan Datuk Asri Muda turut serta di dalam Kerajaan Campuran dan seterusnya menyertai Barisan Nasional. Ini selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Dalam situasi demikian, semuanya kelihatan elok pada awalnya. Tetapi apabila tiadanya parti pembangkang yang kuat untuk orang Melayu, apabila mereka tidak berpuas hati kepada kerajaan, tiada saluran yang dapat mereka gunakan. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh gerakan mahasiswa dengan dipimpin oleh ABIM.
Selepas itu apa jadi? Apabila permuafakatan Tun Razak – Datuk Asri dilupakan, beberapa pimpinan UMNO dan pihak akar umbi mula iri hati dan ingin mendapatkan Kelantan meskipun pada awalnya dipersetujui Kelantan di bawah PAS. Darurat diisytiharkan dan akhirnya 1978 Kelantan tumbang PAS buat pertama kalinya, dan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi wira UMNO membawa pulang Kelantan ke genggaman UMNO.
Kini Datuk Seri Khir Toyo, Ketua Pembangkang Selangor, mendakwa Datuk Seri Anwar menjadi penghalang usaha penyatuan Melayu.
Wajib kita tanya: dahulu semasa UMNO ada kuasa, mengapa dilaksanakan dasar Setinggan Sifar sehingga menggunakan Ordinan Darurat untuk menghalau penghuni setinggan (yang termasuk begitu ramai orang Melayu) dengan cara keras? Mengapa begitu banyak tanah-tanah kerajaan dihilangkan dengan pelbagai cara kepada kroni-kroni tertentu hingga merugikan orang ramai? Mengapa jawatankuasa masjid digantung dan aktiviti masjid dihalang sehingga ulama-ulama muktabar digam dan masjid tidak lagi diimarahkan seperti dahulu?
Di peringkat pusat, mengapa pengajaran sains dan matematik diubah ke Bahasa Inggeris sedangkan pejuang-pejuang bahasa berjuang bermati-matian untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan? Mengapa pembangunan IPTA diabaikan sedangkan kolej-kolej swasta tumbuh bagaikan cendawan?
Perpaduan dibina di atas prinsip, bukannya kepentingan politik sempit yang terdesak!


nice one Nik!
July 23rd, 2008 at 6:02 pmMasih bermain di fikiran saya, adakah melayu sekarang berpecah ataupun agama Islam sekarang sudah jauh dari bangsa melayu? Mana satu yang hendak dibincangkan dulu? Bagi saya, melayu ini suka terikut-ikut dengan perasaan, mereka sanggup bermusuh dek kerana perbezaan fahaman politik, satu tindakan yang kurang bijak, jangkaan saya. Parti PAS bukan sahaja perlu mengambil kira dari dewan ulama tetapi mereka perlu mengambil kira dari akar umbi, pendapat ahli, sudah tentu mereka cukup sensitif dengan UMNO. Takut-takut ada jerat, kalau terkena makna sudah 2 kali akan berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Ini yang kita tidak mahu, kalau ingin berbicara tentang masalah orang melayu, kenapa tidak dipanggil sekali dengan PKR, PKR juga mempunyai ramai ahli melayu.
Rakan2
July 23rd, 2008 at 7:32 pmJangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Dear Nik Nadzmi,
Forgive me, this has nothing to do with the above post. But please pass this on to Datuk Seri Anwar Ibrahim. It might renew his spirits and provide inspiration for the battle that lies ahead:
http://www.youtube.com/watch?v=GF9wo9sVn2c
July 24th, 2008 at 6:03 amHari Penamaan Calon 04.09.08
Datuk Seri Abdullah Badawi yang terkenal dengan berbagai kejutan sekali lagi memecahkan rekod terkejutnya dengan mengadakan dua pilihanraya umum dalam tahun yang sama setelah dia berjaya menyakinkan jemaah menterinya.
Hari ini 25hb July 2008. Pada 01.09.08 Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum.
Tarikh 04.09.08 adalah hari penamaan calon dan pada 13.09.2008 adalah hari pembuangan undi.
Pilihanraya umum ini terpaksa diadakan oleh Barisan Nasional demi menyelamatkan pengkhianat, pencuri, perompak dan kaki bodek yang berada dalam umno daripada kehilangan kuasa.
Kebimbangan kehilangan kuasa ini membuak-buak apabila Bahagian Risikan Politik UMNO mengesahkan bahawa plan induk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 telah dirancang rapi dan akan benar-benar berlaku.
http://www.kerajaanrakyat.com/
July 26th, 2008 at 12:52 am…sekadar renungan dari blog Hamirdin
Apabila UMNO kalah dalam pilihanraya, maka mereka pun berkokok supaya orang Melayu bersatu. Pada mereka bersatu itu hanya boleh dibuat dengan satu cara sahaja, iaitu sokong UMNO, kalau tak sokong UMNO maknanya orang Melayu tidak bersatu dan berpecah belah. Apabila orang Melayu berpecah belah mengikut tafssiran mereka, maka masa hadapan orang Melayu akan malap semalapnya.
Tetapi apabila UMNO menang, dan ramai daripada Melayu yang berada didalam UMNO itu melakukan pelbagai kesalahan sehingga boleh merugikan massa Melayu, puak-puak ini diam tidak berdecit. Siapakah yang menumbangkan Bank Bumiputra, kalau tidak mereka yang berada dalam UMNO? Siapakah yang menjadikan bahasa Melayu melukut kalau tidak UMNO sendiri? Siapakah yang menjadikan Islam, ugama yang dianuti oleh orang Melayu sebagai satu ugama tempelan sahaja kalau tidak UMNO? Siapakah yang menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja Melayu semakin meruncing dan parah kalau tidak UMNO?Siapakah yang mendatangkan budaya hedonisitik yang menjadikan ramai orang Melayu lebih berfoya foya? Siapakah yang mendatangkan budaya makan percentage dalam projek pembangunan sehingga menyebabkan sebahagian orang melayu yang ada kabel UMNO kaya, tetapi yang berusaha secara benar merempat? Siapakah yang menyebabkan rasuah semakin menjadi jadi di Negara ini kalau tidak UMNO? Siapakah yang menggunakan akta penambilan tanah dan kemudian membeli tanah orang Melayu dengan harga lebih murah daripada sekeping karipap bagi sekaki persegi tanah dan kemudian menjual tanah tersebut kepada bangsa lain dengan harga beratus kali lebih tinggi kalau tidak UMNO?
Bagi kumpulan ini, kesemua ini boleh dimaafkan sebab mereka Melayu dan mereka menang pilihan raya. Sebab itulah bagaimana besar pun kesalahan yang dilakukan, selagi taat kepada UMNO dan pemimpin UMNO, maka atas nama Melayu, mereka sedia diampunkan?
Rambler
July 27th, 2008 at 7:00 am“politik yang sempit” – definisi YB?
to you, their (Umno’s) point of view may be ‘politik yang sempit’, to them, PKR’s point of view may be ‘politik yang sempit’ too…..nobody is truly wrong or truly right. Allah knows best.
ahh, kalau perpaduan dibina atas prinsip, mesti you all, pemimpin islam PKR bersungguh-sungguh mengurangkan perasaan ‘kepartian’ radikal yang wujud di masjid-masjid di kawasan jajahan korang.
kejayaan islam tidak dibina atas retorik semata-mata, tetapi disertakan dengan amali yang berterusan.
sekarang you all dah bertanggungjawab kat jajahan selangor ni, the question is not, ‘how bad umno was in their leadership’, but rather ‘how much better are we (pkr) than the rest’.
let us all move forward.
July 27th, 2008 at 1:56 pmPoint taken….but did you know that the reasons malays feel threaten is due to action by the ultras DAP who questions a lot of things related to Malay, even the King…
Bangsa Malaysia is nice idea but don’t create it at the expense of Malays/Muslims in the country.
Anyway…i hope you update us with the latest of the surau desa mentari…is it on or off?…(sori keluar topik sikit)
July 29th, 2008 at 2:12 pm[...] can still write in Malay?
Also see Nik Nazmi on this [...]
July 29th, 2008 at 4:15 pmBila tersepit maka diserulah kepada ummat Melayu;
“Bersatulah!” ayuh kita bentuk Kerajaan Melayu di Perak & Selangor.
Apa dah jadi dengan perkongsian kuasa UMNO, MCA, MIC, Gerakan dsb?
Siapa chauvanis/racist sebenar?
Masa utk menilai yg mana kaca, yg mana permata…..
July 30th, 2008 at 10:17 amwhy??
July 31st, 2009 at 3:27 amthe reason for the conflict all about power..
for me.there is no difference between pkr,pas,or umno..
they all shouting for power,name and for their own pocket…
they doesn’t benefit the citizen off Malaysia and malay race..
change the system..
repel and ask for hidayah from god all politician…
salam,
dalam masalah UMNO dan PAS ini, saya terpanggil untuk kita kembali manghayati ajaran agama dan akar umbi kita sendiri. Melayu tanpa islam umpama sampan tanpa pendayung. begitu sinonim nya melayu dan Islam. kalau kita terjumpa arab kristian, kita pasti tak hairan, tetapi kalau kita jumpa melayu kristian – tentu kita rasa pelik janggal dan tekejut. begitulah kehendak Allah yang mengurniakan keunikan fahaman yang begitu tersendiri kepada melayu malaysia. Namun dasar UMNO dan PAS telah menjauhkan Islam dan melayu.
kita seringkali terdengar pertelingkahan antara penyokong kedua parti itu. sampaikan masjid pun ada masjid pas dan ada masjid umno. bagaimana boleh jadi sampai begini? itu belum cerita bab kenduri-kendara, perkahwinan yg tak dpt restu, pembahgian tanah, elaun, subsidi, biasiswa dan sebagainya. perlukah jadi sampai begini. sedangkan ketuanan kita dipersoalkan. saya bukan penyokong umno tetapi sanggupkah pas yg bertunjangkan islam bekerjasama dengan DAP. tahukah kita siapa DAP? DAP ialah parti serpihan PAP yg menganut fahaman malaysia for malaysian dan tidak menerima hak2, ketuanan dan keistimewaan melayu dan sultn2 nya. itulah DAP. yang mereka ini rata2 bertunjangkan kaum cina malah ada kalangan mereka yang sangat2 ekstrim. saya layak katakan begini, kerana saya berasal dari pulau pinang. sebutlah tentang keburukan kaum ekstrem ini, saya telah saksikan dengan mata kepala saya sendiri. kongsi gelap, jenayah terancang, judi tanpa permit, pelacuran, penyeludupan dan mcm2 lagi. polis pulau pinang yg rata2 melayu pun tak boleh kata apa.
saya juga bukan juga penyokong pas, tetapi sanggupkah umno yg masih berkuasa ini menganiya dan menganaktirikan rakyat yg menyokong pas. salahkah mereka ini perintah 2-3 negeri dan jadi pembangkang yg kuat dan reliable. kenapa umno begitu geram dan bermusuhan dengan bukan nya org lain tetapi saudara seislam kita sendiri. impian saya bukan utk melihat umno dan pas bersatu, tetapi saya impikan umno yg bersih dan ikhlas, pas yg teguh dan berprinsip. saya mengimpikan pas memerintah kelantan, terengganu dan kedah. serta mencabar di melaka, negeri sembilan, perlis, pahang dan perak tanpa pakatan rakyat dan tanpa Anwar Ibrahim. saya impikan umno yg memerintah malaysia dan menguasai selangor, KL, pulau pinang, johor, negeri sembilan, perlis, melaka, sabah, sarawak dan mencabar kelantan, terengganu dan kedah dari pas.
tak bolehkah kita bertanding dan pada masa yg sama menerima antara satu dgn yg lain. tak bolehkah kita pelihara umno, pas dan puak2 melayu yg lain dalam DAP, gerakan, hamim dan sebagainya dalam satu payung. payung melayu-islam yg bersaudara dan mendaulatkan islam dan menjadi tunjak ketuanan melayu.
saya tengah kumpulkan bahan utk dijadikan tatapan seluruh kaum melayu. apabila sudah siap kelak, saya akan paparkan dalam laman web. kita akan dapat selidiki siapa kita, dari mana asal melayu, apa itu nasionalisme anutan UMNO dan di mana sempadan yg meisahkn nya dengan PAS. Doakan semoga usaha saya yg kecil ini menjadi ibadah saya yg diterima Allah demi perpaduan dan sinar Islam di malaysia kita.
August 3rd, 2009 at 12:12 pmsalam buat semua
March 3rd, 2010 at 12:40 amapa bila saya membaca setiap tulisan dari saudara saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya,bukan saya memihak pada mana-mana parti sebab sy di bawah 21thn tetapi sebagai pewaris negara di masa akan datang saya melihat malaysia tidak akan makmur jika semua melayu yang beragama islam tidak bersatu jika dulu di zaman tok nenk kita lihat islam di geruni kerana apa semua org islam bersatu terutama org melayu tak kiralah jika namanya melayu mereka bersatu bukan di kalangan negeri atau kawasan mereka saja tetapi kini kita lihat melayu di kalangan kita solat pon dah tak ada perpaduan kalau dah berpecah masjid umno-masjid pas esok lusa bolehlah kita pecahkan kubur umno-kubur pas kita lihat kubur mana paling wangi org kata kubur pas mari sama-sama kita lihat.kalau dalam kariah pon tak boleh nak bersatu apa lagi dalam satu negara…selain itu sikap org melayu itu sendiri yang PHD membuatkan perpecahan ini bertambah buruk ditambah dengan sifat kata mengata di kalangan mereka sendiri………
jika kita lihat dalam kontek islam meletakkan sesuatu yang bukan pada tempatnya adalah zolim dan kita boleh lihat di kalangan umno dan pas.yang paling saya takuti sekali pas sebagai sebuah organisasi islam terbesar malaysia sanggup bersekutu dengan yang bukan islam di mana adilnya pas di sini kalau umno tu saya tak kesah sebab tujang perjuangannya adalah bersifat perkauman sifat kemelayuan tetapi pas yang menggunakan al quraan dan hadis sebagai panduan sanggup mengkianati panduan mereka sendiri di mana islam yang sebenar memilih pemimpin yang bukan islam sebagai ikutan dan pemimpin bukankah di sifatkan sebagai zolim…selain itu membenarkan org yang bukan islam berceramah menggunakan al quraan yang suci kepada umat islam sendiri seolah-olah mereka mempersendakan umat islam sendiri tidak kira mereka kafir harbi atau zimmi…apa kata Allah dan rasulnya……….
untuk pas peliharalah agamaislam yang suci sesuci-sucinya agar agama kita terpelihara dan untuk umno kembalilah kejalan yang benar sebelum azab Allah datang kepadamu……….
saya tahu bukan semua orang di dalam umno kaki rasuah tetapi tanggung jawab mereka menyedarkan kawan seperjuangan mereka agar kembali kepada wahyu Allah dan sunnah rasullulah jika allah menurunkan azabnya tidak kira semuanya akan menerima padahnya lihat aceh apa sudah jadi…………….