Isu Azam – YB Gwo-Burne

22 Jul 2008 | Current Affairs | by admin | 29 Komen

Saya memandang serius insiden di Desa Mentari pada Jumaat lepas membabitkan pembantu saya Mior Azam Mior Yahya dan Ahli Parlimen Kelana Jaya YB Gwo-Burne Loh.

Saya tidak sekali-kali menyokong tindakbalas fizikal dan mengambil tindakan menggantung Mior Azam dari tugasnya dengan serta-merta sepanjang siasatan polis dijalankan.

Pada masa yang sama saya menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan disiplin kepada semua pihak terbabit dengan mengambilkira segenap aspek bagi mencapai keputusan yang adil dan saksama untuk semua. Ini penting memandangkan insiden tersebut hampir menular menjadi insiden yang lebih serius yang akan merugikan semua.

29 Komen

  1. lan:

    saya kecewa tindakan kasar ke atas YB Kelana Jaya. saya dapat tahu YB KJ pun ada kesilapan kerana mungkin beliau kurang ambil tahu kes surau di situ sebelum ini.

    saya fikir elok PKR memberi perhatian terhadap kes seperti ini supaya tidak berulang lagi. pihak BN telah menggunakan kesempatan seperti ini untuk menunjukkan kelemahan PR

  2. PAKUA:

    bodo nye YB…..bkn nye nk menangkan staff sendiri…..ko agi rela menangkan kafir yg terang2 xbg surau ti dibina…..ko ni ISLAM ke x?

  3. farid:

    kalau aku ada pecah muka YB Kelana Jaya ni aku kerjakan…kenapa pulak org yang membela kita nak digantung tugas..

  4. Saleh:

    Ya memang apa yang MP Kelana Jaya buat tu salah.

    Cuma korang pun kena tenang dulu, YB Nik cuma gantung sebab siasatan polis. Itu prosedur biasa apa2 jawatan pun kalau ada siasatan polis. Dulu MB buat kat Hj. Yahya, ni YB Nik buat kat staf dia.

    Jelas kalau baca apa YB Nik ckp, dia kata isu ini perlu dilihat secara menyeluruh untuk diselesaikan dengan adil. Maksudnya tingkahlaku semua pihak perlu dinilai lah, bukan Azam saja.

    Sebagai pemimpin YB Nik kena tangani dengan hikmah isu ini. Itu tanggungjawab dia dan diajar oleh Islam sendiri. Kalau YB Nik tak buat mcm ni susah dia nak selesaikan isu ni sebab orang akan ungkit tindakan Azam. Dengan cara ni boleh lah dia cari jalan penyelesaian.

    Cuba bayangkan beza tindakan YB Nik dengan seorang YB yang lain tu? Ini baru pemimpin.

    Minta semua banyak2 beristighfar.

  5. karim:

    ana rasa YB gwo burne tidak memandang perkara sensitiviti masyarakat.terutama melibatkan pembinaan tempat beribadat.
    ana yakin perkara ini akan di besar2kan oleh puak2 umno.
    sepatutnya tidak terjadi jika masing2 ada kerjasama dimana ana lihat YB gwo burne akan banyak membawa masalah kerana pandang beliau.
    elok di cegah sebelum parah.ana tak menyokong mana2 tapi biarlah adil.setiap masalah ada penyelesaiannya rujuk pada pimpinan tertinggi atau yg lebih berpengelaman.
    terus terang ana katakan ramai yg tidak suka pd YB gwo burne dari segi percakapan mahupun gayanya yg tidak menghormati org.
    sepatutnya YB harus menunjukkan contoh yg baik inikah pimpinan yg akan membela nasib kita?

  6. Rd:

    Salam YB NikNazmi,

    I agree with the action you have taken to give way to a just investigation of the incident. Your assistant’s action has involved physical violence which has given more negative views for many people, although I am not saying that the other party is all correct. After all, YB Loh must also understand the situation well before interfering. Everyone just got to be more careful next time.

    thanks :)

  7. lock:

    “Dialoguing with each other does not erode our commitments to our own people, rather it reaffirms those commitments for a better future for our children.

    Us and them need not be ‘us ‘versus ‘them’. Talking with each other does not mean that we have to agree, but we ought at least to listen to each other.

    Let us retain our differences, but let us no longer allow them to be unbridgeable divisions.

    We have had five decades to see where hate, mistrust and fear have led us. Is it not the time now to work on our mutual mistrust and fear and begin to heal our wound?”

    From “My Experiences in Dialog” by Saida Nusseibeh

  8. rahman:

    yer lar… tumbuk menumbuk ni x profesional lar…. nanti kalu ader kuasa pakai c4 kan….

  9. zaid:

    Budu, the step you have taken is the right one. You need to evaluate the situation holistically and find out what really happened. Defending someone just because he is a Muslim like us is incorrect as it paves way for injustice. Justice is for everyone seperti yg dituntut oleh Islam, bukan untuk Muslims sahaja. I am sure both sides have done wrong and need to meet face to face to clear things up and move on. This is a good opportunity for the opposition to demonstrate to everyone how such disputes are handled and prove that they stick to principles that are fair and just.

  10. Ahmad:

    Pelik bin hairan.

    Bila orang mempertikaikan pembinaan surau/masjid, kita orang Islam bukan main bekobar-kobar berlawan, atas alasan mempertahankan agama.

    Tetapi bila orang beragama lain bina rumah ibadat, kita bantah. Yang lagi menarik, alasan tak munasabah. Sebab terlalu dekat dengan rumah. Saya merujuk kepada kes pembinaan Taman Bodhi di U12, Shah Alam.

    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/NewsBreak/20080720145213/Article

    Tak pernahkah kita terfikir berapa banyak surau/masjid kat Malaysia ni yang berdekatan dengan rumah orang bukan Islam? Jarang sekali mereka protes. Jarang lagi mereka mengadu tentang Azan yang berkumandang 5 kali sehari. Kalau mereka boleh bertimbang rasa, kenapa kita UMAT ISLAM tidak boleh?

    Jangan jadi Islam hanya pada nama.

  11. hasrin:

    bertenang semua,jangan mengeruhkan lagi suasana.perselisihan pendapat tu perkara lumrah.apapun tindakan mestilah atas kepentingan bersama.kalau perkara ini mampu ditangani dengan sebaiknya,tak mustahil perjalanan ke putrajaya pasti semakin mudah.lu pikir la sendri…..

  12. tenggol:

    saudar sekalian, saya sokong tindakan menggantung tugas penolong anda. jangan menggunakan alasan mempertahankan hak semata-mata untuk mengasari orang lain secara fizikal. sesiapa yang menyokong pengasaran tingkah laku tersebut harus menilai kembali nilai murni diri anda. cermin-cerminlah diri dan jangan memalukan kami lagi.

  13. mooke:

    Salam,

    Saya yakin tindakan Nik Nazmi sebagai kapasitinya sebagai majikan Mior dan NN sendiri telah menyatakan kesal kerana ada tindakbalas fizikal.

    I bet you didn’t expect to find this at the front page of the Saturday paper when you got home eh!

  14. alfie:

    let’s see how the boy-wonder settles the problem. very interesting

  15. sinleong:

    Saya tak ada kat tempat kejadian. Tapi saya diberitahu bahawa Gwo Burne langsung tak bagi muka kat Azam. Apa salahnya kalau kita bagi muka kat orang lain? Kita ni orang Asia, bukan orang Eropah. Tak baik kita jatuhkan muka orang terutamanya di hadapan orang ramai. Saya tak menyokong tindakan Azam, tapi saya rasa Gwo Burne memang padan muka dia ditampar!

  16. AnakMudaParlimenBatu:

    YB,
    Kadang2 kemarahan yang terlampau, ini akibatnya, tetapi apabila melibatkan isu agama, cakap lebih kurang mungkin akan menimbulkan kemarahan yang meluap-luap, tangan terasa ringan dan mulalah syaitan cuba memberi ceramah supaya bertindak di luar batasan.

    Apa sahaja hukuman nanti, di harap saudara azam dan YB Kelana Jaya berdamai dan harapan agar YB Nazmi dapat memberi peluang kepada Azam, mungkin kali ini dia terlanjur, siapa tahu untuk pertegakkan agama Islam …. Fikirkanlah YB

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  17. Razak:

    Berhati hati YB…Ada orang cuba menanggok di air keroh…Cyber trooper banyak yg cuba laga laga kan PR. Apa pun selesaikan dengan elok. Jangan termakan hasutan. Ada yg tunggu nak bersorak jika PR berlaga sama sendiri. Perhatikan baik baik.

  18. Dr Firdaus Hanapiah:

    Ahmad,

    This is an Islamic country, and I would hope that muslims are more assertive in defending their place of worship. I can’t believe we can defend Gwo Burne’s “kURANG aJAR” an insensitive attitude towards his community which is probably majority muslim!

    All Muslim unite! Lets fight for our rights! Why do we give face to this Kafir Harbi anyway!

    Why should you suspend your aide andbe apologetic when its probably Gwo Burne who provoked him in the first place?

  19. Az':

    Diluar daripada siasatan polis, YB Nik sendiri mesti duduk dan bertanya dengan Azam. Jangan gantung dia dan lepas itu buiarkan dia bersendirian. Saya yakin Azam bertindak demikian bersebab. Memang menumbuk adalah salah. Tetapi sebab dia menumbuk itu seharusnya YB Nik bincangkan bersama Azam dan serap bersama-sama demi masa depan agama dan bangsa. Semoga kejadian ini memetangkan semua dan bukan melemah atau memecah belahkan kita.

  20. sinleong:

    saya faham sentimen dr. firdaus. tapi negara kita ini berbilang kaum. parlimen kelana jaya pun berbilang kaum, berbilang agama. walaupun kalau ada cuma 1% yang beragama islam di parlimen kelana jaya tidak bermaksud gwo burne mmepunyai hak untuk menyoal status surau tersebut. kita mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain. dan saya bersetuju gwo burne telah melampaui batas dan memang padan muka dia ditumbuk oleh azam. tak payahlah menaikkan sentimen perkauman dan agama, saya sebagai bukan melayu dan bukan islam pun tak menyokong tindakan gwo burne. malah saya mencadangkan kat pihak parti untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas gwo burne kerana menyinggung perasaan orang lain (termasuk orang bukan Islam!).

  21. Azri:

    Salam,

    Saya berpendapat, kalau tindakan Azam tu untuk mempertahankan Islam dan menegakkan Islam sebagai yg tertinggi, maka tindakannya itu tepat. Kalau tindakannya disebabkan menjaga air muka sendiri, maka tindakan itu mungkin kurang bijak.

    So, Budu, dalam mengambil tindakan, pastikan jgn sampai kita tidak membela orang yg membela Agama Allah kerana nanti kita akan disoal di akhirat kelak.

    Saya yakin Budu dapat menyelesaikan masalah ini dengan bijaksana.

  22. gondola:

    salam…

    YB Gwo Burne ni budak yg tak tau apa sebenarnya… takkan dengan dpt ambik gambar kes linggam tu je dh boleh jd YB ahli parlimen lak tu… sepatutnya pengalaman perlu supaya tak terjadi kes seperti ni… bg aku kalo sarang tebuan tak dijolok masakan si Azam tu bagi penumbuk sebijik

    dari awal sebenarnya aku tk sokong budak main kamera ni bertanding dlm pilihanraya… tgk skrg dh jadi masalah

    sekian

  23. kayzn:

    YB Nik , ini bukan isu pertama complain pasal pembantu YB ni.Ramai orang yang datang berurusan dipejabat YB tidak puas hati dengan layanan dan tutur kata yang digunakan Azam.
    Saya rasa kejadian jumaat lepas adalah kemuncak ketidak profesional nya azam dan tidak ada “PR” langsung.

    Saya cadangkan ganti PA YB tu dengan orang lebih berhemah dan persopan dalam berurusan dengan orang ramai.

  24. Amin Ahmad:

    Salam bro,

    U’ve make a right decision.

    1) YB Nik Nazmi boleh saja membela Azam, tapi atas kapasiti beliau bukan orang yang layak menghakimi, maka eloklah beliau mewujudkan satu keadaan neutral untuk siasatan. Prinsip keadilan harus jelas.

    2) Jika YB Gwo Burne salah, tidaklah jadi masalah sekiranya kita mendokong sebuah siasatan yang adil.

    3) Tindakan Mior menumbuk bukanlah satu tindakan yang patut kita contoh. Jika benar YB Gwo Burne membuat kenyataan provokatif, adalah lebih baik kita mendahulukan hujah yang lebih kuat.

    Kita mesti bergerak ke arah yang lebih matang – tak kira sama ada YB atau bukan. Kita harus segarkan upaya undang-undang untuk membela kebebasan dan juga kedaulatannya untuk memastikan keadilan terlaksana. Sudah tentu dalam isu Masjid atau bukan, sensitiviti muncul. Tapi saya cukup yakin Islam tidak tegah atas dasar sensitiviti melebihi hujah.

  25. Dr Firdaus Hanapiah:

    Sin Leong,

    Apologies, I accept your points. However I would urge YB Nik talk to his fellow YB before suspending his own aide. I agree with you, racial mud slinging will lead us to nowhere.Malaysia is our (all of us, regardless of race or religions) only home. It is better for this blog to clear the air by outlining the source and basis of this protestso that the reader will understand what is really going on in our constituency.

  26. Sempoi:

    Dekat blog si Loh tu pun ramai dah kutuk dia termasuk org cina….questioning his professionalism. Tapi dia delete semua komen kutukan lepas tu buat site baru and comment moderated…aku ada gak buat komen kat site baru tu..tapi dia takkan siarkan punya pasal aku takde puji dia…aku sound lagi ada

    Ini dah kes oppress rakyat..tak beri rakyat hak utk freedom of expression/speech….dulu dia yg beria2 freedom of speech la..habis aib org dibukaknya takpe..tapi bila turn dia..org kritik sikit tak leh terima…

    aku rasa baik la PKR tukar MP baru…LOh ni aku nampak takde aktiviti..(unlike Hannah Yeoh)…bagi ucapan pun tergagap gagap..he’s a liability

  27. akumelayu:

    koranng smua ni pekak,buta,tuli dan tak faham apa yang patut diperjuangkan… pegila cr guru yang mursyid, jgn smpai nnt buta hati…orang muda mmg idealis tp kdg2 xtau nak letak di mana yang patut… hati sombong korang ni…

  28. jeghui:

    ah, Gwo-Burne was just an accident MP anyway. This is what happened if you are from ‘an amateur cameraman correct2′ you suddenly become an MP. Naik kepala lah as i can see. cakap pon sudah ada act sket. (Remember Mawi?)

    Anwar should replace this guy as the Kelana Jaya MP as initially proposed (before the idea of bandar tun razak/Kulim).

    While i do not condone the act of Azam (simply because he’s a malay and I’m a malay too you might think I will do otherwise) the act to suspend is just a straigth-forward procedure.

    But somebody should tell off Mr Loh for his insensitivity if he was to keep his position of a PKR MP. otherwise, it will be shameful to call myself a Kelana Jaya boy.

  29. Sempoi:

    Nik,

    I don’t intent to talk about this issue but just want to know the status of the surau project..is it still on hold or it’s under progress. I’m sure a lot of people want to know the outcome. Please update us

    -Your voter-

PENDAPAT ANDA?