Anggota tentera kelihatan di sekitar Kelana Jaya hari ini, menjelang Himpunan Protes esok di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Saya tersilap tengok jadual penerbangan (saya ingatkan saya berlepas pagi esok), jadi insya Allah saya akan hadir di program di sebelah siang.
Atas nasihat polis, kami di suruh menukar tempat perhimpunan ke stadium. Sekarang, apa ceritanya nak gunakan anggota tentera untuk menakut-nakutkan rakyat?


[...] the army are seen patrolling the streets of KL. Nik Nazmi reports that he saw military personnel dominating the scene of Kelana Jaya, the area where a huge gathering is scheduled to be held tomorrow. Anwar Ibrahim is [...]
July 5th, 2008 at 8:45 pmAssalamualaikum,
“Ya Allah selamatkan & limdungilah perhimpunan pagi ini. Amin”
July 6th, 2008 at 8:43 amhari ini memang hari yang betul2 happy buat kita semua.tak kira melayu,cina dan india semua bergabung untuk menunjukkan makkal sakhi/kuasa rakyat/people power untuk kerajaan barisan yang mengingat kita bodoh. kita dah berkumpul dan ini menunjukkan berapa kuat kalau kita semua bersatu.valga makkal sakthi
July 6th, 2008 at 8:21 pmTentera dan rakyat tiada berpisah.
Selain mempertahankan kedaulatan negara, tugas tentera antara lainnya menjaga keharmonian dan keamanan negara bila perlu. Mungkin saja anggota polis kita tidak mencukupi, justru adalah lebih baik kita bersikap positif dan terbuka dengan kehadiran tentera untuk mengawal perhimpunan.
Tahniah kerana mengubah perhimpunan dari kawasan terbuka kepada stadium yang lebih tertutup. Bukan sahaja ianya akan lebih terkawal, selamat dari sabotaj pihak tertentu, malah lebih selesa untuk masyarakat beramai-ramai hadir mendengarkan amat pimpinan kalian. Jadikan ini suatu amalan, nescaya ianya akan menjadi tarikan untuk rakyat lainnya memahami kemelut politik semasa.
sila lawati http://www.gempurwira.com
July 6th, 2008 at 10:58 pmsalam nik,saya turut serta dalam program semalam tapi seribu persoalan bermain di kepala….apa hala tuju program sebenarnya?para penceramah junior kena belajar banyak lagi cara nak berpidato walaupun kepada penyokong kurang terpelajar macam saya.tak perlu terjerit2,seolah2 mikrofon tu tak berfungsi.apa perlunya persembahan busker dan band yg hilang pedoman macam tu.buat hisamudin rais jangan ingat maaf anda tu senang2 je boleh reda kemarahan pengunjung yang beri komitmen pada program ini.
July 7th, 2008 at 3:50 pm