Mencari Penyelesaian Penjaja dan Peniaga Kecil

12 May 2008 | Berita | by | 10 Komen

Pada Sabtu lalu, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor Cawangan Desa Mentari menganjurkan dialog bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Di dalam majlis tersebut, wakil-wakil persatuan meluahkan masalah yang dihadapi penjaja dan peniaga kecil seperti pemberian lesen, lokasi pusat penjaja yang tidak strategik dan lain-lain lagi.

Nik Nazmi di dalam ucapannya menyatakan penghargaan beliau kepada sumbangan penjaja dan peniaga kecil di dalam membangunkan ekonomi negeri Selangor. Beliau menaruh keyakinan bahawa membuka lebih banyak peluang perniagaan kecil dan sederhana merupakan kunci bagi memperbaiki mutu kehidupan rakyat Selangor khususnya mereka yang berpendapatan rendah agar mereka dapat berdikari.

Beliau juga menyedari bahawa sebelum ini peniaga dan penjaja sebenar banyak terpinggir kerana lesen diberikan kepada kelompok-kelompok tertentu dan hanya diberi semula kepada peniaga tulen dengan harga yang teramat tinggi.

Selain itu, Nik Nazmi memaklumkan jawatankuasa pelaksanaan manifesto sudah ditubuhkan di antara Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri bagi mengkaji kemampuan dan prioriti pelaksanaan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat di Selangor.

Di akhir acara, Nik Nazmi menyampaikan bantuan untuk orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal di kawasan Desa Mentari.

  • http://khairilazuar.wordpress.com AnakMudaParlimenBatu

    Bagi pendapat aku kerajaan negeri patut membuka satu tabung perniagaan terbuka kepada semua rakyat negeri Selangor tidak kira bangsa dan agama. Setiap pinjaman jangan ada pembayaran bunga, banyak mana yang dipinjam jumlah itu dibayar semua tidak membebankan peminjam. Tabung itu juga akan mencegah orang daripada meminjam dari along. Kita ambil contoh dari peniaga India Muslim dan golongan Acheh bagaimana mereka membantu dalam perniagaan antara satu sama lain jadi Persatu peniaga atau penjaja boleh meniru cara itu.
    PBT juga perlu lebih banyak memberi lesen peniagaan kepada penjaja kecil yang meniaga tanpa ada lesen ini, PBT perlu lebih senang dalam pengurusan lesen tersebut.
    Jadikan Perniagaan salah satu lubuk rezeki kepada kita.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  • http://www.magik-7.blogspot.com Suhirman Sukri

    Salam YB..

    Selamat berjuang demi keadilan untuk semua..

    datanglah melawat blog saya..

    Terima kasih atas segalanya..

  • liza

    SALAM….

    Kepada peniaga2 kecil saya ingin perkenalkan satu Program Ekspress yang boleh dijadikan satu dana untuk peniaga2 kecil
    memandang ekonomi skg ni smakin teruk dan myebabkan ramai kehilangan punca untuk mencari rezeki.

    pada siapa yg berminat boleh hubungi saya 017 2886156 -Liza

  • nissa

    Saya ingin tahu cara menyertai persatuan penjaja&peniaga kecil melayu selangor. sila berikan info. terima kasih.

  • http://hasbullah9.ads4blog.net hasbullah

    assalammualaikum…
    Saya amat bersetuju dengan usul yang diutarakan oleh saudara AnakMudaParlimentBatu dimana perlu mengwujudkan satu tabung bagi peniaga2 ni semua,ia adalah langkah bagi mengelakan peniaga2 ni meminjam dari pihak yang tak sepatutnya Hari ini bagaimana kita nak meningkatkan taraf ilmu peniaga-peniaga. Bagaimana kita nak meluaskan pasaran perniagaan mereka dan disamping mereka dapat meninggkatkan pendapatan mereka?

    hari ini kita tak dapat lari dari menerima arus perubahan dalam dunia perniagaan, kini kita semakin maju dan pelbagai cara pemasaran bagi mereka menambah pendapatan keluarga. Saya melihat ramai peniaga di luar sana yang terpaksa gulung tikar akibat daripada kurangnya daya saing dengan bangsa lain, selain tu faktor mempromosikan hasil produk mereka juga agak terhad, disebabkan tiada platform yang LEBIH MUDAH DAN CEPAT SERTA MURAH, alangkah baiknya jika kita dapat mempromosikan dengan satu kaedah yang lebih murah cepat dan berkesan.

    sila hubungi saya di talian 0127457579 @

  • mona baharuddin

    saya seorang ibu tunggal saya berniaga menjahit baju di rumah..sy ingin memperkembangkan lagi perniagan sy..sy sudah mempunyai lesen niaga..sekarang ini saya sedang mencari modal utk memperkembangkan perniagaan saya..bagaimana, dimana sy boleh mendapatkan loan utk peniaga kecil seperti saya ?

    sila hubungi saya 017-6595814

  • jafni jaafar

    salam….saya salah seorang penjaja kecil- kecilan, saya mengalami masalah dengan permohohnan lesen menjaja, di dalam dokumen tersebut ada menyatakan pilihan samaada statik atau sementara, saya memilih statik kerana saya hanya menempatkan stall burger itupun di buka pada waktu petang hingga tengah mlm tetapi tidak dibenarkan oleh pihak mpaj.saya hanya mencari rezeki untuk menampung keluarga, kalau bantuan sekecil ini tidak dapat dluluskan ekomomi rakyat selangor mungkin merundum…bantu lah kami serta yg lain-lain nya yg mengalami nasib serupa..

  • http://www.zamniracollection.com Mas

    Salam semua,
    saya minat dengan penyewaan booth tapak2 niaga.Bwh RM100 satu hari.Karnival/apalah. area PJ/KL any info inform saya k TQVM

  • Ahmad_selangor

    Ruang Niaga untuk disewa Uptown Kalana Jaya sesiapa berminat boleh hubungi Che Mat Segera. Lokasi stratergik. 014 2156706 / 019 9358918

  • Maris_supply

    slm,kami dari warisan maju jaya menawarkan tapak menarik untk di sewa kepada usahawan n peniaga kecil…lokasi seluruh 99 speedmart(kaki lima) saiz 4 x 3…sewa rm 300 + 1 bln deposit..urusan lesen kami sediakan,insyaallah bleh lulus…(kepada yg sukar dapat lesen,berita untuk anda)..hanya perniagaan berasaskan minuman sahaja tidak dibenarkan..nk tau lebih lanjut hubungi mahadhir 017 6998789.tq

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main