Usaha Nik Nazmi Menyokong Penduduk SS7 Dapat Perhatian Media

08 May 2008 | Berita | by admin | 2 Komen

Rentetan dialog dengan Persatuan Penduduk G7 dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi, pada Sabtu lalu, usaha beliau memperjuangkan pelbagai isu di sana mendapat perhatian meluas media.

Di dalam dialog tersebut, Nik Nazmi menerangkan usaha beliau sebagai ADUN Seri Setia di samping dasar Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk di SS7. Beliau mendedahkan bahawa sehingga hari ini meskipun Menteri Besar yang lama berjanji bahawa PKNS akan menyerahkan taman di belakang Kelana Seafood kepada MBPJ bagi mengelak pembangunan sejak 2005, penyerahan tersebut belum disempurnakan. Nik Nazmi bertekad memastikan penyerahan tersebut dapat dilangsaikan untuk mempertahankan kemudahan rekreasi penduduk di samping mengelakkan masalah banjir kilat menjadi lebih serius.

Di dalam sesi dialog, penduduk umumnya melahirkan rasa tidak puashati mereka tentang pembangunan tidak terkawal di SS7 hingga menyebabkan masalah jenayah, kesesakan trafik dan banjir kilat semakin kerap berlaku. Nik Nazmi menjelaskan di dalam perjumpaan beliau dengan MBPJ, Alam Flora dan JKR berikutan insiden banjir di kawasan tersebut, pihak berkuasa sememangnya sedang melebarkan sistem peparitan di tempat tersebut.

Persatuan-persatuan penduduk yang hadir termasuklah dari Taman Kelana indah, Kelana mahkota, Taman Seri Kelana, Kelana D’Putra, Kelana Putri, Tiara Kelana Condominium dan Condominium Shang Villa. Friends of Kelana Jaya Park turut hadir bagi menyuarakan keprihatinan mereka tentang masa depan Taman Kelana Jaya.

Perjumpaan tersebut mendapat perhatian meluas dari Sinar Harian, the Star dan the New Straits Times.

2 Komen

  1. khairul:

    kami penduduk sungai way SS9 berharaplah benar supaya diadakan majlis beramah mesra brsama YB kerana selepas kemenangan YB tidak pernah bertemu dgn penduduk.
    Walaupun sibuk,YB harus mengambil hati penduduk dan pengundi.
    Berjumpalah dan gerak kerja di sungai way harus di mulakan.
    YB patut berjumpa dengan gerak kerja PAS di sini bagi mengeratkan siratulrahim.
    Apatah lagi dgn khabar2 angin mengatakan Sdr Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Parlimen Kelana Jaya.

  2. Nik Nazmi:

    Saya sememangnya dalam proses turun mengadakan dialog di semua kawasan. Nanti kami akan mengadakan program di Sg. Way insya Allah.

PENDAPAT ANDA?