Penahanan Raja Petra

08 May 2008 | Current Affairs, Personal | by admin | 0 Komen

Pada BUM 2008 yang lepas Raja Petra tiba tidak lama selepas saya sampai.

Kami sempat berbual sekejap, mengenai perkembangan politik pasca PRU ke-12.

Saya kenali beliau sejak 2001 apabila awal terlibat di dalam Reformasi. Sebelum itu saya mengikuti tulisannya di Harakah dan Berita MCOBA.

Kini beliau ditahan di lokap berikutan tuduhan hasutan kerana penulisannya.

Ada pihak yang kelihatan panik tentang tulisannya. Khabarnya faksi-faksi di dalam UMNO sedang berperang hebat di dalam merebut jawatan menjelang Perhimpunan Agung tahun ini, dan Raja Petra antara korban peperangan ini.

Saya berharap pihak berkuasa segera membebaskan Raja Petra.

PENDAPAT ANDA?