Selesai angkat sumpah ADUN

22 Apr 2008 | Current Affairs, Personal | by admin | 5 Komen

Alhamdulillah, pagi tadi 55 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor selesai mengangkat sumpah. M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah yang ditahan di bawah ISA merupakan satu-satunya wakil rakyat yang tidak dapat turut serta.

Saya duduk di baris belakang, blok di sebelah kanan Speaker DUN. Di barisan depan saya merupakan Exco Kerajaan Negeri. Secara kebetulan, saya merupakan ADUN ke 32 yang mengambil giliran mengangkat sumpah, sama dengan N32, nombor DUN Seri Setia!

Mula-mula rileks saja, tapi bila tiba giliran saya melangkah turun berdepan dengan speaker tiba-tiba terasa sedikit gementar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Khir Toyo merupakan ADUN ke 36 yang mengangkat sumpah.

Memandangkan isteri tersayang masih lagi di UK, ibu bapa saya hadir sebagai tetamu. Mula-mula timbul sedikit masalah apabila pihak urusetia menghalang bapa saya kerana beliau berpakaian baju Melayu penuh, bukan lounge suit. Nasib baik cepat selesai, dan beliau dapat menyaksikan upacara tersebut.

5 Komen

  1. Abdullah:

    Masha’ Allah.

    But pliz, upload the photos, ASAP! Thanks

    Wasslam.

  2. hafiz:

    syabas nik! semoga dapat menjadi wakil yang berani dan lantang bersuara di DUN

  3. izinni:

    tahniah.

    teringat saya ketika dilarang masuk dewan kerana berbaju kurung. terlintas dikepala … baju ‘penjajah’ lebih besar daei baju kebangsaan rupanya … sepatutnya dah lama ubah protokol berpakaian ni.

  4. norrazi:

    Selamat bersidang dan tahniah atas sikap pro aktif Nik Nazmi

    Entry terbaru saya BUBARKAN DUN JUN INI di

    http://mystance.wordpress.com

  5. AZ:

    Just to let you know Kenny Sia used one of your Bersih rally pictures. He modified it though. Anyway no worries, credit of the picture is given to your blog.

    Niknazmi.com on Kennysia.com?

    Traffic to this site must have increased by now!

PENDAPAT ANDA?