Ketuanan Rakyat: Rajawali Sudah Bebas!

15 Apr 2008 | Current Affairs | by admin | 10 Komen

Saya baru pulang bersama ibu saya, menghadiri program Dari Black 14 ke Harapan Baru Untuk Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Di bawah bayang-bayang Menara Berkembar Petronas, kira-kira 20,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum berhimpun bagi menandakan bebasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke persada politik Malaysia, genap 9 tahun selepas didapati ‘bersalah’ oleh mahkamah.

Sewaktu memperkenalkan Anwar, Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, menghuraikan puisi Rajawali oleh WS Rendra:

Sebuah sangkar besi
tidak bisa merubah
seekor rajawali menjadi seekor burung nuri.

Rajawali adalah pacar langit
dan didalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

Langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma.
Tujuh langit tujuh rajawali,
tujuh cakrawala tujuh pengembara

Rajawali terbang tinggi
memasuki sepi memandang dunia
Rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya

Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
Tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorgana

Rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia

Dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai kamu pencemar langit yang durhaka

Patutlah sepanjang hujung minggu Tan Sri Khalid bergelumang dengan buku-buku puisi Allahyarham Usman Awang dan Rendra!

Di dalam ucapannya, Datuk Seri Anwar menjelaskan pendirian Keadilan, yang bertekad tidak berkompromi isu Artikel 152 (Bahasa) atau Artikel 153 (Hak Istimewa Orang Melayu), tetapi tidak akan menjadikannya topeng untuk mengaut keuntungan bagi mereka yang berkuasa dan untuk menindas kaum lain. Prinsip Keadilan ialah Ketuanan Rakyat!

Mood rakyat memang cukup hebat tadi! Menyesal tak bawa kamera!

Al fatihah untuk reformis-reformis yang telah pergi, khususnya untuk Allahyarham Adlan Benan Omar dan Salman Nasaruddin yang saya kenali cukup dekat… Sesungguhnya, kejayaan hari ini hasil pengorbanan ramai rakyat Malaysia biasa yang tetap dengan pendirian mereka, bersama merasai pahit manis perjuangan hinggalah hari ini!

10 Komen

  1. Bob K:

    And now it begins …

  2. RRR:

    Semoga rajawali ikhlas dan tidak pergi mematuk mata orang yang memasukkan nya ke dalam sangkar

    Selamat kembali.

  3. Amin Ahmad:

    DS Anwar memerlukan lebih ramai mereka yang jujur dan berwibawa untuk berada dalam pasukannya. Sdr boleh lihat bagaimana kompleksiti keperluan ini dalam ucapannya semasa bersama Alumni Renaisans Asia.

    Saya kehilangan ramai kenalan – jauh dan dekat sepanjang tempoh ini. Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi terlebih dahulu, semoga kasih sayang Allah s.w.t. berlimpah ke atas mereka dan kita semua.

  4. pizi87:

    I was there too! the main stage was so packed that nobody moved from it even though CheBard requested for some space! Cant wait for the next 2 weeks!

  5. Sven Olsen:

    Terbang bebas
    tinggi di awan biru
    wahai sang rajawali ku

    biarkan babi babi hutan
    menyodok tanah
    mencari cacing cacing
    yang kepanasan!

  6. norrazi:

    Tak sabar rasanya menantikan bermula nya Parlimen bersidang. Tertunggu tunggu akan tsunami susulan.

    Entry saya bertajuk

    KJ hebat kerana sudah digilap ….. iye ke? di

    http://mystance.wordpress.com

  7. Steve F.:

    DSAI’s life can be made into a movie in the same style as “In Pursuit of Happyness”

  8. jelas.info » Introducing Ketuanan Rakyat, Thoughts on Putrajaya:

    [...] Kelab Sultan Sulaiman. As we mark the end of DSAI’s ban from politics, I would like to echo Nik, who paid tribute to those that were lost along the way. Special thoughts for Salman, who we still [...]

  9. nizam:

    hhmm, regarding the idea of toppling the current federal gov, i think by hook or by crook, it has to be done.
    really hope the agenda becomes

    if not, in the next coming election, i would say rakyat will loss confidence firstly in anwar ibrahim and secondly, the pakatan rakyat resulting in a major defeat.

    then, BN thru SPR/EC will be more aggressive in rigging the election process; more phantom voters, abolish the ink usage etc.

    about the ink, what happen to the four people said to be reason behind the ink issue? what action from police?

    if the ink is produced in india and election commision of india still use the ink, how can the usage of it be cancelled in malaysia where only 4 people brought the ink into malaysia? in contrast, every india citizens is capable of buying the inedible ink but yet, it is still be used in the election.

    pakatan rakyat cannot be relaxing over the election ragging matter despite winning 5 states already. better work now until the next election to settle the serious problems.

  10. zamyahya:

    rajawali
    kini bebas dari sangkar besi
    rajawali
    akan mengoncang dunia
    rajawali
    paayung rakyat malaysia
    rajawali
    suara rakyat malaysia
    rajawali
    kaulah panglima malaysia
    semoga angin tsunami ke 2 akan segera terjadi

PENDAPAT ANDA?