Beberapa hari ini beberapa media kepunyaan UMNO memainkan isu kelulusan Ladang Moden Babi di Kuala Langat, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak sensitif kepada kepentingan umat Islam.
Hari ini, Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa keputusan Ladang Moden Babi tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Exco pada 30 Januari 2008 – di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
Dengan adanya projek tersebut, semua penternak-penternak babi di Selangor akan dipindahkan ke satu tempat, selaras dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan Negeri mengumumkan tiada ladang babi baru akan diluluskan. Ladang baru tersebut akan menggunakan teknologi Jerman yang akan memastikan semua sisa digunakan semula di dalam kawasan ladang tersebut.
BN perlu sedar politik pecah perintah dan putar belit sudah tiada tempat di dalam abad ini. Patutlah 90% pengunjung blog bekas MB Datuk Seri Dr. Khir Toyo menyatakan pimpinan UMNO perlu ditukar!


Belit macam mana pun, Kerajaan BN selangor lama dan Kerajaan PR Selangor sekarang jauh lebih baik dari kerajaan Negeri Melaka dalam isu penternakan babi.
April 9th, 2008 at 12:32 amKalau projek bekalan air dan tol yang diluluskan oleh kerajaan Selangor terdahulu boleh dikaji semula, takkan kerajaan baru ni tak boleh kaji semula projek babi ni?
Bagaimana pula dengan kilang-kilang arak, judi, disko, pub yang diberikan lessen-lesen oleh majlis perbandaran/daerah Selangor sebelum ini? Adakah ianya juga akan diteruskan? Nak pakai alasan yang sama?
Adakah dalam tempoh 4 atau 5 tahun akan datang, kerajaan Selangor akan terus menyalahkan kerajaan negeri yang lama sehingga tak terdaya lagi nak batalkan projek2 lama yang merugikan?
Harapan saya kerajaan baru ni jangan cuba memperbodohkan rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.
April 9th, 2008 at 12:45 amInilah cabaran menjadi pemerintah. BN akan melakukan apa sahaja untuk mencemarkan imej BR.
April 9th, 2008 at 12:46 am[...] Sauce 1 [...]
April 9th, 2008 at 3:43 amBagi aku, kalau nak buat kandang babi, buat kat tempat lain. bukan kt sepang. Aku dok kt sepang, aku taknak tanggung risiko minum air najis babi. rm100 juta ke, 1 billion ke aku x dulik, modern x modern. Kalau terbabas masuk sungai k laut, korang nak minum? Kalau virus babi tu merebak, hang nak sedut? Movie simpsons pun ada tunjuk kesan najis babi ni ha, siap boleh jadi mutant, haha. Kalau ada antara korang setuju, buat sebelah kampung korang je la. selangor berlambak tanah tempat lain. Biar la sepang tu x maju, asalkan x tercemar. Nak tau terbukti x terbukti harmful ke dak, bikin eksperimen kg hangpa je la. wa x sokong bn, wa x sokong pakatan rakyat, tp kena rasional dan sensitif la beb. Politik2 takde dalam hati. Pada aku, kalau betul kita nak jaga alam sekitar dan kurangkan risiko2 berkaitan, import je la menatang arak k daging babi tu. Bukan keperluan pun untuk diinvest dalam negeri ni, mendatangkan penyakit ade la. But as I said, this is all about politic. OraEnd of story.
April 9th, 2008 at 8:59 amPut political arguments aside, hopefully we can take responsibility in a forward sense.
Even we may disagree with the issue, if the proposal will produce the greatest benefits to the society as a whole without unfairly injures some, we have to proceed. Yet, people have the right to evaluate (by transparently providing them data) and to consider if that is the case.
It is an insurmountable task for us to take responsibility for who we become from now on even though we didn’t create the mess.
April 9th, 2008 at 10:26 amNik, reading about this reminds me of my childhood playing SimCity. Among other guidelines that needs to be follow to ensure growth is the NIMBY rule. Not In My Back Yard. That goes for things such as incinerators, recycling centers, power plant, industrial area and water treatment plant which shouldn’t be build near residential or commercial. The thing about the pig farm is that no matter where you put it, people are bound to complaint. Just like what lepat mentioned. He is from Sepang, and he doesn’t want a pig farm in Sepang eventhough the pig farm is probably nowhere close to his house. Even in a big district like Sepang such issue can arise, imagine in smaller areas. Its because we already have a mental image of a pig farm in our mind; dirty with muck flowing into rivers. The issue is not to relocate and relocate and relocate but to break that image and create a pig farm that is well.. clean. That is what I hope the Selangor government is doing.
April 9th, 2008 at 8:43 pmtoksah nak kecoh2lah hal kecil mcm ni..ni baru cadang projek nak tumbuh..aku yakin arr BR pasti boleh selesaikan isu ni..yang kesalnya napa plak pimpinan lama pi lulus projek ni..pastu dalam tv cakap takde kaitan..apa2 pun kita semua berharap agar projek ni pindah jauh2 arr dari sepang..takkan nak setanding dgn KLIA dan LitarF1 kat sepang plak..
April 9th, 2008 at 10:12 pmEncik Mansoor,
Saya rasa apa yang diutarakan oleh saudara YB Nik Nazmi di sini adalah percubaan media massa pro-BN untuk memberi gambaran bahawa projek ternakan tersebut adalah ‘hasiltangan’ kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata. Media Bahasa Melayu pro-BN beranggapan bahawa isu ini akan menimbulkan kemarahan orang Melayu, maka mereka berhasrat untuk menyalahkan kerajaan PR Selangor sepenuhnya. Kononnya kerajaan PR tidak peka akan sensitiviti orang Melayu dan Islam.
Teliti kenyataan media Tan Sri Khalid tentang ladang tersebut. Ianya adalah sebuah projek ternakan moden, canggih dan tidak akan menyebabkan pencemaran. Kesemua ternakan khinzir juga akan dialihkan kepada tempat tersebut, membuatkannya pusat ternakan di Selangor. Ini memudahkan pengawasan dan memastikan tempat-tempat lain di Selangor tidak lagi dicemari.
Sekiranya ianya telah diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini, dan tujuannya adalah sama, bagi saya ianya satu perancangan yang baik. Dan kerajaan PR hanya meneruskan projek yang baik ini.
Saya harap jangan dicampuradukkan emosi dalam isu ini. Semua pihak harus rasional dalam memberikan pendapat.
April 10th, 2008 at 12:09 amSalam YB,
April 10th, 2008 at 12:52 amIsu ladang Khinzir jika dibanding lebih kurang macam Insinerator di Broga, Semenyih. Apa jadi kepada projek tersebut ? Ikut kajian di Jepun Insinerator memang bagus dan terbukti tetapi kenapa penduduk Broga bantah ? Ini kerana imej, hari-hari lori sampah lalu, harga tanah dan rumah jatuh, mana ada orang nak dok kat tempat sampah ? orang masih belum faham sepenhnya tentang insinerator. Berbalik kepada Ladang Khinzir, secara ikhlas saya katakan Kerajaan Selangor jangan bertindak seperti YB Dr Khir dulu, bagi penerangan kepada penduduk setempat, tanya pendapat, orang politik terutama UMNO pun kena minta pendapat sebab mereka adalah rakyat Selangor, tapi yang -ve tu biaq la dia nak berkokok. Terus usaha bagi penerangan face to face, PR mana ada Tv dan akhbar, maka sebar ke blog, tv internet, harakah, suara keadilan, dll. Pindah ladang betul-betul, biaq semua penternak setuju jangan jadi macam kat Melaka, mula-mula setuju then, tak jadi pulak, lesen baru memang tak dikeluarkan bila dah jadi kat Sepang tapi bagaimana dengan penternak yang degil ? jangan jadi esok, bersepah dengan ladang khinzir, sebagai seorang penyelidik tani saya merasakan bahawa usaha ini adalah sangat baik tetapi tidak cukup dengan niat sahaja, pelaksanaan biar berjalan dengan betul. Minta pandangan Pakar Khinzir dari Fak. Vet UPM.
YB,
Menjadi pembangkang ternyata lebih mudah daripada memerintah. Mungkin YB merasakan tindak-tanduk pemimpin BN berkenaan isu babi ini a bit over the top. Walaubagaimanapun, itulah hakikatnya. Dan saya percaya Keadilan, DAP dan Pas lebih maklum mengenai perihal menjadi pembangkang ini.
Mungkin terkelumit rasa tidak puas hati ataupun amarah timbul akibat penentangan yang telah ditunjukkan. Berilah informasi yang sebenar-benarnya kepada rakyat. Sebagai rakyat biasa yang membaca akhbar kedua-dua pihak, saya keliru dan yang ada difikiran saya hanyalah.. tiada beza langsung antara kerajaan PR dan BN jika masing-masing menuding jari.
Owh ya, mungkin kerajaan PR menerima tekanan daripada penternak Babi yang seratus peratus menyokong kerajaan PR, seingat saya semasa kerajaan BN ingin mengurangkan bilangan babi di melaka tak lama dahulu, Lim Guan Eng lah yang membentuk rantaian manusia menyelamatkan babi-babi tersebut.
Harap tidak di’delete’ komen ini. Saya cuba menggunakan bahasa yang boleh diterima umum. Mungkin babi a bit harsh, tapi itu termaktub dalam kamus dewan.
Saya meluat apabila orang mengatakan ahli politik ini bermuka2.. tatkala saya melihat potensi yang besar dalam diri YB untuk menangkis tanggapan liar tersebut.
Sekian
April 10th, 2008 at 5:24 amkenapa saya perasan sekarang byk orang menjaja tanpa lesen di shah alam? mbsa pun kurang kacau. kalau di tanya kenapa, dioarang cakap kerajaan baru tak kisah.janganlah mcm tu geng..takkan la pasal nak please everybody
April 10th, 2008 at 11:27 amYB Nazmi,
Saya harap agar kerajaan Selangor dapat mengkaji SEMULA projek ternakan babi di Sepang ini. Saya syorkan ianya dibuat sahaja di tempat penduduk majoritinya Cina. Kita perlu dengar sensitiviti penduduk Islam.
Walaupon teknologi moden ini bersih tapi kita perlu ambil kira semua faktor. Logistik juga mesti diambil kira.
Saya juga meminta kerajaan memantau dam mengambil tindakan keatas semua penternak2 babi di Selangor sekarang yg mencemarkan alam sekitar. Tarik lesen mereka serta merta serta sita aset mereka jika mereka tidak menjaga kebersihan alam sekitar.
Terima kasih kerana mendengar suara rakyat !
April 10th, 2008 at 8:47 pmBagi pendapat saya jalankan dulu projek ni dgn teknologi Jerman yang dimaksudkan. Nanti bila hasilnya memuaskan sesiapa yang menentang mahu atau tidak akan menelan air liurnya kembali. I would say we do what we think is the best for the peopple and disregard what the media is trying to manipulate. Let the action speaks louder than the media.
April 10th, 2008 at 11:58 pmBabi memang la isu sensitif bagi kaum melayu tetapi jika di terangkan dengan baik manfaatnya secara menyeluruh rakyat akan faham inysaallah
Entry saya bertajuk Babi …….. Apa Kelebihan Pertanian Moden Ini di
http://mystance.wordpress.com
April 11th, 2008 at 11:08 amsedih bile khir toyo xngaku..sumenye politik pny game..cube bygkn kerajaan selangor xjth ke tgn pmbgkg..pasti khir dipuji krn projek yg bermanfaat n mesra alam nih..kn?import dr jerman lg teknologi tuh..kene tggula same ade teknologi tu berjaye atau x..bg saye, klau MB duat rondaan dan survey rumah2 ke rumah ttg projek ni..pstinye msyarakat mlayu xsetuju..diorg xpeduli pekataan “teknologi”..tp lbh tetarik n mudah melenting dgn pkataan “babi”..dn media lbih mudah memanipulasi berita ni dgn menyatakan PR memberi cadangan ttg penternakan babi scr besar2an dn lebih teratur..sdgkan mereka hny tertumpu pd pekataan babi shj..tntulah imej selangor lbih truk n pasti kes ini berpanjgn..elok diluluskan sj terus..lgpun byk perkara dah selari dgn peraturan asas tani tu..klau x lg pnjg lebar cite..
April 11th, 2008 at 12:58 pmPandangan alternatif..
Pindahkan ke Vietnam
April 11th, 2008 at 3:26 pmhttp://jedyoong.wordpress.com/2008/04/11/pork-chop-politics/
http://sebolku.blogspot.com/2008/04/cerita-babi-belum-habis-lagi-jangan.html
Jawapan untuk lepat,
April 12th, 2008 at 10:41 amKalau nak buat lepat, kita kena ada pisang ,tepung dan daun pisang…
Kalau negara ini ada orang cina ,kita kena ada ladang babi..
Negara yang kita tinggal ni orang melayu saja ke..kalau tak mau tengok babi cari dunia lain…ini masalah negara..jangan pikir diri sendiri sahaja…Apa kata kalau lepat jadi MB selangor sila bagi cadangan ye…silakan…
Seorang sahabat saya di Tumbok menceritakan kisah menjadi penunjuk perasaan upahan dan mendedahkan cukai ufti kepala babi yang dibayar oleh tokey2 babi di Selangor kpd ketua2 kampung Umno selama ini.
http://bulanpenuh2012.blogspot.com
April 12th, 2008 at 12:14 pmNik, awak pun dah jadi pak turut nampaknye. Mana pegangan awak? Kata dulu nak tegakkan keadilan? Skrang awak dah ada kuasa, awak pun hanyut sekali. Memang dah jelas YB Melayu dalam kerajaan S’gor tertekan ngan YB bukan melayu mengenai projek ini. Takkan awak sanggup ketepikan kepentingan Melayu semata-mata kepentingan politik sendiri sahaja? Ini cuma friendly reminder. Saya tahu anda bole jadi pemimpin yang lebih baik. Janganlah awak juga hanyut. Janganlah disalahkan pemimpin yang lama. Sekiranya awak ikhlas, semua keputusan lama bole dikaji semula. Lagipun kerajaan selangor yang dulu cuma meluluskan penggunaan teknolgi jerman itu sahaja, bukannya meluluskan keseluruhan projek. Jangan la tipu orang Melayu Selangor kerana kepentingan politik sendiri sahaja. Wake up young man!
April 12th, 2008 at 9:17 pmhhmm, i not trying to be too islamist or nationalist in this issue.
ok, first, we must acknowledge that malaysia is not totally malays country; there are chinese and indians.
in islam, we must cater other races’ or religions’ needs. in this case, some malaysians eat babi.
some say why don’t we transfer the babi farm to isolated place; selangor is a big country. i might say, if we do that, maybe the local gov (or the farmers) have to build special road leading to the isolated babi farm which both parties may disagree.
so, that ’s not quite brilliant idea.
hhmm, is there any exact rules regarding distance of factories/farms from housing lot? if the new farm is legally within the law, then i think nobody can argue the matter.
but, that might not be the best answer to give to the residents.
hhmm, i think what the new gov can do is to convince the concerned residents about their health or surrounding environment in the near future meaning, let say every month or what, there will be a team of environment experts taking samples from say river, air or whatever associated with environment and analyse them. then , new gov can publicly publish the statistics maybe in official blog, website, press conference to maintain people confidence in the progress/ effectiveness of the project.
maybe, the new gov can set up special clinics or improve health facilities (existing clinic) for residents near the babi farm.
maybe can give medicine periodically to the residents to avoid any infection just in case.
maybe can grow more (big) trees surrounding the new babi farm or near the the farm. i mean, a lot of it.
we cannot get away from this issue simply by not building the farm. somewhere and some time, some states have to build this babi farm too if it is not melaka or selangor because of babi- eater people; we have to cater their needs as malaysians too.
what we can do now is how to reduce the impact of the babi farm. maybe the new gov can publicly announce there will be semburan to prevent the disease caused by the babi say every month or what.
hhmm, maybe we can educate people about the bad affects of eating pork so that in the end, less people eat pork. i don’t think pork is something addictive alike cigarette. this might be too idealistic though, but frankly speaking, i don’t want my fellow non- muslim or pork eaters to continue to eat something that is not quite healthy as being proved by vast researches conducted even by non- muslim researches and professors.
or we can make pork price higher than chicken, lembu or other daging as what we did (and will do ) to alcohol and cigarette. by doing that, less people will eat pork gradually, kot. the extra money collected from the selling of the pork will finance the semburan, trees planting, vaccine to be given to concerned residents etc. but, i can say, this is a bit overreaction kot.
April 13th, 2008 at 5:02 pmSingapura makan babi, tapi tak benarkan ternak di Singapura.
Malaysia pun boleh buat macam tu. Makan babi tapi tahi ditinggalkan di Vietnam.
Dipendekkan cerita saya ada tulis persoalan dan pandangan alternatif lagi satu.
http://sebolku.blogspot.com/2008/04/benarkan-tiada-babi-malaysia-dieksport.html
selamat membaca,
Janganlah salahkan Nik Nazmi, bagi saya dia masih berprinsip.
April 14th, 2008 at 12:03 amKasi input dan idea padanya, pasti dia membaca.
matdi,
Ko ni paham ke tak komen aku. Aku cakap pasal babi ni bawak penyakit dan kotor. Aku tak ada cakap pasal nak haramkan babi ni kat Selangor pun. Aku cakap, kalau korang setuju, letak kandang ni kt kampung korang je la. Apa nak kecoh. Kan project ni sistematik? Aku cuma xnak tanggung risiko je. German technology pun, kalau yang operate tu lack of attitude, boleh jamin ke? Kut la Nipah virus ni ‘popular’ balik, tak ke panik atuk nek aku berlari balik rumah mak pak aku cam dulu2? Agak2 nipah virus ni boleh kuarantin ke kalau pakai teknologi German nih? Matdi, hang kata “Kalau negara ini ada orang cina ,kita kena ada ladang babi..”. Awat Singapore takdak ladang babi. Rakyat depa lagi ramai apa dari rakyat Cina Selangor.
Kalau aku jadi MB? Aku kurangkan bilangan ternak babi ni. Kalau perangkaan kata 250 000 ekor dah cukup, bela takat tu aje la. Tak yah sampai 400 000 ekor. Bela la kat pulau terbiar takde penduduk luaq skit perairan cetek. Sewerage boleh link trus ke laut. Kalau ada virus merebak, kuarantin trus pulau tu,simple. Kalau buat kt residency area, satu hal lak nak kuarantin satu kg k daerah cam kes JE dulu. Bila biak sikit2 pun takpe. Let say 100 000 ekor je. Selebihnye, import je la dari negeri2 sebelah mcm N9 or Melaka tu yang kita maklum depa ternak besar2an. Rakyat depa tak ramai mana pun makan babi.
Nizam,
we don’t have to build the road. What’s important is to build the system. Since, you said it is isolated area, then it might have slaughtered area and the delivery supposed to have chiller or refrigerator. The distribution supposed don’t have much problem. About the law, everybody can argue since the law apply for rakyat benefit. About the medicine or clinic, it is totally not convinient. People need disease prevention, not medication. As you said, education is kind of idea and I am totally agree. However, not many politicians would dare to raise this idea since they want to mind about racial sensitivity. (Still talking about racial). Anyway, glad to see you have these kind of ideas.
Anyway, I like the way Selangor MB mentioned that his gov would always transparent to any state’s issues.That’s why I raise my voice. Not because I am so called pariah Umno, but because I hope the new gov would hear me. That’s what we want, changes! Bela rakyat, bukan sebaliknya. As PAS said, if the residents don’t agree with the project, then the Gov would remain the pig farms as currently they are which I am totally sick to hear that. What? You guys so called wira Islam have lack of other ideas? If you want to represent Muslims, please be energetic and optimist on what you’re doing. The main idea which related rakyat want is to relocate the pig farms out from residency areas. As simple as that.
Well matdi, aku dah jawab tak soalan kau? Macamana pula KAU yang beri IDEA/PENDAPAT bagaimana nak selesaikan kes ni. You acquire inputs from others, now please give any.
YB Nik, selamat bertugas and good luck for surviving dalam dunia politik. Saya percaya YB boleh buat JAUH lebih baik daripada wakil2 BN yang ada. Ada masa, berilah feedback pada bloggers kat sini.
My 2 cents.
April 14th, 2008 at 10:53 amapa citer? citer babi ke? babi pun ada dalam citer kartun dalam filem pun ada… babi malaysia mendapat perhatian ramai…
alahai babi… memang takkan sudah sampai bila-bila..
April 15th, 2008 at 8:23 pmuntuk lepat….
April 19th, 2008 at 10:41 amSaya percaya lepat mempunyai pemikiran positif…Saya setuju dengan malaysia tiru cara Singapora..depa makan daging, taik dan bahan tercemar berlaku di tempat orang.Sepatutnya PM Pak Lah boleh guna kuasanya ,macam Presiden Singapora,,,Negeri Pakatan Rakyat kena ikut sama..
Biarlah tinggal babi hutan..sama-sama kita tembak…
Forum Utusan Malaysia-23 Apr 08
Untuk membuka mata semua rakyat Malaysia. Kenapa babi tak diternak di Singapura tapi digalakkan ternakan besar-besaran di Malaysia.
Quote ‘
Jadikan Singapura teladan
SABAR BOHARI
Kuala Lumpur
BERMULA dengan pelaburan RM100 juta untuk ladang ternak babi terbesar di negara ini kononnya untuk keperluan kaum Cina tempatan dan mendapat sokongan daripada pakatan parti politik memerintah di Selangor. Mutakhir ini, rakyat dikejutkan pula dengan khabar China berminat untuk mengimport daging babi dari Malaysia.
Sudah jelas lagi nyata, tidak perlu bersuluh lagi – jika idea China itu menjadi realiti, negara akan menjadi pengeluar daging babi untuk kegunaan negara luar!
Ertinya, negara dan masyarakat akan mengambil risiko pencemaran, berbagai-bagai penyakit berbahaya yang telah terbukti berlaku dan ancaman terhadap sumber air kegunaan awam.
Alasan yang diberikan kenapa negara China berminat kepada daging babi keluaran negara ini ialah kerana harganya yang murah. Harga yang murah adalah disebabkan oleh kos pengeluaran yang rendah. Kos pengeluaran yang rendah disebabkan semua kumbahan, bangkai, najis dibasuh ke dalam sungai!.
Inilah yang telah berlaku di Bukit Pelanduk, di Sungai Linggi, Sungai Baru dan sungai-sungai yang berhampiran ladang ternakan babi di negara ini.
Pada awal tahun 80-an lagi, Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah memaparkan dalam akhbar Utusan Konsumer, bagaimana sebahagian dari Sungai Linggi telah menjadi seperti ‘jalan raya’ disebabkan najis babi telah berfungsi sebagai tar di dalam sungai itu!
Apakah kita telah lupa bagaimana penduduk kampung di sepanjang sungai itu, yang rata-ratanya orang Melayu mengeluh kesah dalam televisyen tentang penderitaan dan merananya hidup mereka setiap hari akibat daripada pencemaran ladang babi di situ?
Pernahkah kita memikirkan dan bertanya, mengapa negara yang hampir keseluruhannya penduduk kaum Cina seperti Singapura dan negara China ingin mengimport daging babi dari kita dan menghapuskan langsung ternakan babi di negara mereka (seperti yang dilakukan oleh Singapura) dan pengurangan yang drastik (seperti yang sedang diusahakan oleh negara China)?
Ramai yang tidak mengetahui iaitu pada tahun 60-an dan 70-an, Kallang di Singapura adalah tempat pemeliharaan babi terbesar di republik itu. Kaedah perladangan adalah sama seperti yang dilakukan di Malaysia, di mana semua kotoran disalirkan ke laut. Kallang ketika itu menjadi begitu kotor dan busuk sehingga keadaan sudah tidak dapat bertahan lagi.
Pemerintah yang sememangnya mempunyai kudrat politik melakukan perkara yang betul iaitu mengharamkan kegiatan penternakan babi di Kallang dan Singapura.
Sehingga hari ini, Singapura bebas daripada masalah pencemaran dan penyakit yang berpunca daripada ternakan babi. Dan, sebenarnya kegiatan penternakan babi yang dihentikan di Kallang, telah menjadikan Bukit Pelanduk begitu popular dengan industri ternakan haiwan itu.
Sebenarnya penternakan babi sukar dilakukan tanpa menghasilkan pencemaran yang tidak terkawal.
Illinois di Amerika Syarikat adalah antara kawasan terbesar penternakan babi yang juga menghadapi masalah pencemaran teruk. Bacalah laporan-laporan saintifik di dalam Internet mengenai masalah pencemaran sumber air, busuk dan bising yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini akibat dari ternakan babi.
Negara yang mempunyai piawaian kawalan persekitaran dan kesihatan yang begitu ketat pun menghadapi masalah yang berterusan. Apatah lagi negara kita yang masih lemah dalam struktur dan proses penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.
Jikalau teknologi, seperti yang diuar-uarkan dapat menyelesaikan masalah pencemaran dan kesihatan, sudah tentu Amerika Syarikat tidak akan menghadapi masalah yang berterusan lagi dalam hal ternakan babi.
Singapura telah melakukan perkara yang betul dengan mengharamkan usaha ternakan babi atas sebab-sebab pencemaran dan kesihatan.
Sudah sampai masanya Malaysia mencernakan kudrat politiknya untuk melakukan perkara yang sama. Sebarang kelemahan kudrat politik dalam soal ini akan menyebabkan kemusnahan yang tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.
‘Un quote
April 23rd, 2008 at 9:37 pmIsunya orang yang beragama Islam dan orang melayu di kawasan tersebut. Keuntungan yang diperolehi sekarang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Persoalannya, Siapa yang menternak? Siapa yang menjual? Siapa yang dapat untung? Siapa yang kaya? Adakah projek ini akan membantu ekonomi masyarakat melayu yang kecil ini? DEB sikit2 nak dimansuhkan, ape lagi hak melayu yang tinggal dari segi ekonomi?
Http://www.matchencang.blogspot.com
SEMUA TENTANG BABI ADE DISINI……….
May 16th, 2008 at 4:47 pm1) can the goverment produce evidence that we must farm pigs in view of necessity? why cant we import it from other countries like vietnam,china or any south east asia countries which have very large pig-consuming society.i thought transparency is what PR sought?
June 2nd, 2008 at 11:59 am2)selangor is a malay-majority state.sepang is malay-majority area.why cant the farm be allocated to penang or any chinese majority area.
3)the allocation can be use to strenghten the state-goverment agencies to combat crime,prostitution,piracy.
4)we malays must stop our emotional ramblings among us and start face the racial factions from other races with productive and systematic opinions.
5)PKR,UMNO,PAS or whatever, we are malays and Islam is our religion. we must start to work together.it is actually good to have disagreement among us but it must be sincere and productive.and most importantly,it must be strictly among us! both BN and PKR have a lot to offer.it is not about who will rule the country but what of a country can be born out of all of these.