Hari Penamaan Calon. Jom Datang!

24 Feb 2008 | Community | by harapan | 7 Komen

Saudara Nik Nazmi akan bertanding di DUN N32 Seri Setia.

Rakan-rakan serta orang ramai dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada saudara Nik Nazmi semasa penamaan calon. Sila berkumpul di Masjid Darul Ehsan di SS15 Subang Jaya di jam 8 pagi untuk berjumpa dan menyokong saudara Nik Nazmi. Sekali lagi:

Tempat: Masjid Darul Ehsan (di hadapan Subang Parade; peta di sini)
Masa: 8 Pagi
Tarikh: February 24 2008
Tujuan: Penamaan calon

Marilah bersama-sama membawa perubahan kepada Seri Setia, Kelana Jaya, negeri Selangor dan negara Malaysia! Kita berhak and mampu mendapat sesuatu yang lebih baik daripada keadaan sekarang.

Untuk keterangan lanjut, sila telefon Faisal di 019-223-2002.

7 Komen

  1. harapan:

    Percubaan. 1, 2, 3.

  2. Hasbullah Pit:

    Tahniah kerana dipilih sebagai calon.

    Sebagai calon DUN, lebihkan isu tempatan berbanding nasional.

    Semoga berjaya.

  3. Amin Ahmad:

    Salam

    Tahniah kerana diangkat menjadi calon N32 Seri Setia.

    Sebagai rakan lama, saya percaya Nik Nazmi adalah suara muda yang perlu diberi perhatian dan mampu mewakili pandangan baru dan menyantuni pandangan lama yang mungkin memerlukan beberapa perubahan.

    Dengan latar belakang pendidikan, latihan dan pengalaman dalam negara dan luar negara, saya percaya sdr Nik Nazmi mampu memainkan peranan yang lebih efektif berbanding Datin Sharifah Norli yang walaupun mewakili BN dengan segala kelebihan, tapi lebih dikenali sebagai wakil rakyat ‘bubur lambuk’ dan lebih selesa muncul di musim Pilihan Raya selain memperkudakan mereka yang sedia diperkudakan.

    Tahniah sdr Nik Nazmi. Setuju dengan sdr Hasbullah, tapi sdr juga harus memberi kerjasama kepada Wakil Parlimen kerana rakyat memerlukan kerjasama kalian, tanpa mengira parti, warna kulit dan kecenderungan politik.

    Teruskan berjuang!

  4. faisal:

    Wei…webmaster…

    Apasal tak include blog aku dalam link nie?

    karang aku boikot kang.

    Anyway…to Budu..

    Good Luck, may we find success.

  5. nazmi uk:

    salam..gudluck nik nazmi…semoga berjaya….sokongan dan doa dari sahabat2 di uk….

  6. omecool20:

    Nazmi, all the best :-) Good Luck !!!

  7. Di:

    chemoh
    all the best.semoga berjaya!

PENDAPAT ANDA?