Bubar Parlimen: Pak Lah Hilang Keyakinan?

13 Feb 2008 | Current Affairs | by admin | 2 Komen

Berita Utusan pagi tadi:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.

‘‘Tidak… tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.

Pengumuman tengahari tadi, juga di Utusan:

Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.

Yakinlah, pengulas-pengulas yang membodek akan mengatakan ini satu lagi bukti kecerdikan YAB PM kita! Tetapi saya pasti, ini sama ada putar belit atau hilang keyakinan pada saat akhir!

2 Komen

  1. Hasbullah Pit:

    Apabila ditanya tentang pembubaran parlimen…

    ‘‘Tidak… tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita.

    “Best juga kalau makan bubur di Parlimen” katanya di dalam hati…

    hehehe

  2. naaim.zee:

    PM = Penipu Mutakhir ??
    i’ve had enough of this lying / sleeping PM of us.. man he’s history..

PENDAPAT ANDA?