Keadaan jenayah yang sudah semakin serius beberapa tahun kebelakangan ini makin menjadi-jadi dengan kisah kehilangan anak gadis Sharlinie Mohd Nasar dan pembunuhan kejam Datuk S. Krishnasamy, ADUN MIC di Johor.
Nampaknya dari VIP hinggalah rakyat biasa, semua tidak selamat dari jenayah.
Kini kerajaan berhasrat menambah peruntukan CCTV sebagai langkah mengatasi jenayah.
Tidak dinafikan, adanya CCTV boleh membantu usaha memerangi jenayah, tetapi tanpa usaha bersepadu CCTV semata-mata tidak mampu mengatasinya. Banyak lagi langkah yang lebih asas yang lebih efektif. Misalnya kajian di Britain mendapati hanya dengan lampu jalanan yang lebih baik dapat mengurangkan kadar jenayah sebanyak 20%, sedangkan CCTV hanya mampu mengurangkannya 5%. Di dalam tragedi Nurin Jazlin, kualiti CCTVnya terlalu rendah hingga suspek tidak dapat dikenalpasti sekalipun selepas menghantar imej tersebut ke FBI, Amerika Syarikat.
Pastinya jika polis dapat bertindak terhadap penjenayah dengan penuh efisyen sebagaimana mereka bertindak terhadap pembangkang, kadar jenayah akan turun mendadak. Malangnya sumber yang terhad banyak disalurkan untuk menyekat program-program rakyat, bukannya memerangi jenayah.
Semakin ramai rakyat Malaysia khususnya kelas menengah yang mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan keselamatan swasta. Tetapi bagaimana ramai rakyat Malaysia – termasuk di Kampung Medan di mana Sharlinie diculik – yang tidak mampu menggunakan perkhidmatan tersebut? Bukannya kami menafikan peranan anggota masyarakat yang lain namun polis tidak dapat lari dari tanggungjawab tersebut.
Semangat anggota polis juga berada di tahap rendah memandangkan masalah rasuah sudah menular hingga ke peringkat tertinggi struktur PDRM. Seringkali apabila timbul masalah, anggota di peringkat bawah akan dikambinghitamkan, sedangkan yang bertanggungjawab selamat.
Di samping itu, untuk melahirkan suasana yang sejahtera untuk masyarakat, kedua-dua jenayah dan sebab-sebab jenayah perlu diperangi. Oleh itu isu seperti jurang kemiskinan, pengangguran, masalah sosial – mesti juga diatasi.
Besar kemungkinan, langkah terbaru pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi seperti perangnya menentang rasuah – satu lagi usaha melepaskan batuk di tangga!


Saya rasa, kena ada spesifikasi minimum untuk resolusi dan fps.
January 14th, 2008 at 11:59 pm[...] Memerangi Jenayah Perlu Lebih Dari CCTV [...]
January 15th, 2008 at 12:28 amCCTV boleh membantu tetapi penekanan dari segi kualiti sistem tersebut pelu diutamakan.Bukan sekadar ada.
August 14th, 2008 at 5:25 pmperlu meningkatkan jumlah anggota polis yang meronda pada setiap waktu di kawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah dan paling utama di kawasan perumahan
September 25th, 2008 at 9:27 pm