Politik Kotor di Australia

22 Nov 2007 | Books, Current Affairs, Religion | by admin | 3 Komen

Petang tadi saya bersembang dengan seorang wartawan dan beliau menceritakan tentang isu risalah palsu di dalam pilihan raya Australia.

Saya ada mengikuti saingan antara John Howard dan Kevin Rudd tetapi tidaklah begitu mendalam. Jadi apabila membuka komputer tadi terus saya mencari berita yang dimaksudkan.

Beberapa ahli parti pakatan National Liberals yang diketuai John Howard didapati mengedar risalah palsu kononnya dari Islamic Federation Australia yang menyokong parti Labour yang diketuai Kevin Rudd.

Risalah itu memuji Labour kerana menyokong pengampunan terhadap pengebom Bali dan membenarkan mufti Sheikh Taj el Din Hilaly yang kontroversi masuk ke negara tersebut. Selain itu risalah itu memuji Labour kerana menyokong pembinaan masjid baru untuk masyarakat Islam.

Suami calon Liberal di kawasan tersebut, dan juga suami bekas wakil rakyat Liberal di situ kini mengaku mengedar risalah tersebut, tetapi tanpa pengetahuan isteri-isteri mereka. Howard, yang sebelum ini mengambil pendekatan keras terhadap pendatang Islam dan begitu setia menyokong Perang Iraq terpaksa memohon maaf dan pada masa yang sama menjauhkan parti beliau dari insiden tersebut.

Salinan pdf risalah tersebut boleh dilihat di sini.

Politik kotor sebegitu memang menjelekkan, tetapi sekurang-kurangnya di Australia media bebas membongkarnya. Negara Islam Hadhari bagaimana?

Pada masa yang sama, saya sedang membaca buku Tariq Ramadan (cucu As Syahid Imam Hassan al Banna) Western Muslims and the Future of Islam dan juga karya kontroversi profesor Harvard dan Chicago Mearsheimer dan Walt The Israeli Lobby and the US Foreign Policy. Saya mula mengenali Tariq Ramadan waktu di Britain kerana sempat menghadiri beberapa majlis beliau sewaktu aktif dengan FOSIS. Tetapi bukunya tersebut terpaksa ditempah dari Amazon kerana sukar dicari di sini. Walaubagaimanapun semalam saya mendapati buku awalnya To Be A European Muslim ada di Kinokuniya, bersama karya terbarunya, sirah Rasulullah In the Footsteps of the Prophet.

3 Komen

  1. hamzah tahir:

    A petition with 100,000 signatures to be presented to her Royal Highness the Queen of England to appoint her Majesty’s Queen Counsels to represent the poor, underclass, oppressed and suppressed Malaysian Indians WOULD NOT be presented at the British High Commission on 25 NOV 2007

  2. Idham:

    Saya bukanlah pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang. Cuma, saya tak mahu keamanan negara kita diancam oleh tuduhan-tuduhan tanpa bukti-bukti yang kukuh. Saya cuma ingin bertanya, bagaimana anda boleh mengatakan bahawa parti kerajaan menggunakan politik kotor, undi hantu dan sebagainya? jika ada bukti yang kukuh dan mampu menggugat kerajaan, mengapa tidak diketengahkan? mengapa harus membongkarkan secara rahsia?

  3. Nik Nazmi:

    Saudara Idham,

    Bukti-bukti jelas dikemukakan di dalam dokumen ini:

    http://www.keadilanrakyat.org/library/documents/sham-democracy.pdf

PENDAPAT ANDA?