Minggu lepas saya mendapatkan kemeja T kuning Bersih untuk Perhimpunan Rakyat semalam untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Faisal Mustaffa. Ketika saya memberinya kepada boss, beliau berkata, “Ingat nak pakai kemeja T Mohd Shah!’
Rumah Mohd Shah merupakan salah sebuah dari empat rumah sukan di MCKK, dan menggunakan warna kuning. Ia dinamakan sempena Tuanku Muhammad Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan salah satu dari empat Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu yang mengasaskan MCKK pada 1905.
Ketika saya mendaftar masuk MCKK pada 5 Disember 1994 dan baru mendapat tahu saya terpilih menganggotai Rumah Mohd Shah, sepupu saya yang merupakan pengawas ketika itu dan juga dari rumah yang sama terus berkata, “Itu rumah sukan Anwar Ibrahim.”
Kebetulan, Rumah Mohd Shah juga agak unik berbanding rumah-rumah lain di MCKK, kerana mempunyai slogan Bahasa Malaysia, ‘Membujur Lalu Melintang Patah’, sedangkan rumah-rumah lain mempunyai slogan dalam Bahasa Inggeris.
Sejak penyatuan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia sebagai Parti Keadilan Rakyat, acapkali parti menggunakan cogankata yang sama.
Baru-baru rakan sekerja saya Sim Tze Tzin musykil dan bertanya apakah maksud pepatah tersebut. Boss mengesahkan sangkaan saya selama ini, cogan itu diambil dari Rumah Mohd Shah!
Semalam pun, rakan dari MCKK memakai baju Mohd Shah ke Perhimpunan kerana terlambat membeli kemeja T Bersih. Imaan pun menyatakan sokongan di Newcastle semalam dengan memakai kemeja T Mohd Shah saya yang sudah lusuh tetapi menjadi kegemarannya!


TSaya dulu masa sekolah jadi “Budak Green”.
tapi semasa bersih saya pakai Jersi bola Malaysia yang saya beli semasa piala TIger dulu.
releven juga, kerana ada bendera MAlaysia yang boleh menunjukkan patriotisme
November 11th, 2007 at 11:35 pmada gambar saya di blog wawa
http://strangelycharming.blogspot.com/2007/11/perhimpunan-bersih-which-i-missed.html
you mean, Mat Shah invented that idiom? You gotta be kidding me.
November 11th, 2007 at 11:37 pm‘Membujur Lalu Melintang Patah’
Kalah Selalu, Menang Tak Pernah…
Sorry Budu, SOMEONE had to say it! ;p
November 12th, 2007 at 12:02 amOoo .. dak KoleQ r ni. Ni ‘jiran’ sebelah datang menyinggah .. Hehe ..
November 12th, 2007 at 12:04 amHafiz,
I don’t know whether that idiom has deeper roots that Mohd Shah, but as for Keadilan we took it from Mohd Shah
Black,
Haha. Leman would fit that description nicely don’t you think? Haha.
November 12th, 2007 at 6:04 amkeep leman out of it!
November 12th, 2007 at 9:27 amI hope your cause of struggle not because DSAI was MCKK old boys and please do not drive this struggle to MCKK’s based. This party is for all malaysians regardless of their alma mater or former schools.
November 12th, 2007 at 2:27 pmBudu,
patut la aku sms tak reply. masuk air hp ko.
anyway, it was really proud to be the ‘RAKYAT’!
November 12th, 2007 at 2:54 pmhaha..handset aku pun masuk air..dah xleh pakai buat masa ni.
dah sah2 mohd shah pun amik cogan kata tu dr pepatah melayu lama kawan.
aku x pernah pun dpt umah kuning..umah merah dan hijau je..
kira UMNO dan PAS la..hahahaha
November 12th, 2007 at 3:56 pmmaklumla kat sekolah takde warna keADILan..hahaha
Dear James,
My cause of struggle is to fight for a free, fair and better Malaysia. It has nothing to do with MCKK. If I merely focused on my alma mater I would merely stick to be active in MCOBA.
I’m merely relating an anecdote with regards to MCKK.
November 12th, 2007 at 4:25 pmmat shah – to the limits n beyond
November 13th, 2007 at 1:26 amhaha..black,klakar2…
budu,mat shah pon ada slogan english..jgn lupa…TO THE LIMITS AND BEYOND!!
yellow wave dh menuju limit tu…don’t stop..go beyond it…trust me,ramai student ipta on that day..
p.s:P-a-V-i tribe rulez..ngeh2
November 13th, 2007 at 5:00 pm