Rakyat Pantang Ditipu

09 Nov 2007 | Current Affairs, Events, Personal | by admin | 8 Komen

PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghantar mesej kepada penganjur Perhimpunan Aman Rakyat esok bahawa “saya pantang dicabar”.

Tetapi esok, rakyat akan menghantar mesej jelas, “kami pantang ditipu”.

Permohonan permit telah dibuat ikut prosedur. Tetapi jika demonstrasi Pemuda UMNO terhadap Condoleeza Rice mendapat permit, yang dipohon oleh Bersih tak memperoleh permit. Walaupun demonstrasi Khairy mendapat permit, tetapi tindakan beliau cuba menceroboh kawalan keselamatan tidak mengundang sebarang hukuman.

Inilah yang cuba diprotes oleh rakyat Malaysia yang akan berhimpun esok. Seperti SMS yang saya terima sebentar tadi:

Memang hati dah naik marah
Memang berkumpul dikatakan salah
Disuruhnya lawan di peti undi
Kita pun mintalah fair referee

Ayuh, rakyat Malaysia. Tunjukkan kepada kerajaan Islam Hadhari kita pantang ditipu. 3 petang, Dataran Merdeka. Datang dengan kuning.

8 Komen

  1. Ideal:

    Tapi katanya permohonan ditolak bukan kerana tidak ikut prosedur permohonan permit. Sebaliknya kerana Bersih adalah pertubuhan yang tidak berdaftar. Betul ke?

  2. Nik Nazmi:

    Sejurus selepas ditolak atas alasan itu, permohonan dibuat atas nama KeADILan.

  3. atok:

    Notting Hill Metro Police London telahpun mengeluarkan permit utk kita berhimpun di hadapan bangunan MSD tengahari esok.

  4. jelas.info » Malaysia expects that everyone will do their duty:

    [...] the PM himself has threatened us (see Nik’s pantang dicabar vs pantang ditipu), and that roadblocks are already all in place, maybe it’s not safe for all the old uncles [...]

  5. min:

    Batal sebarang demonstrasi oleh pihak pembangkang –> cara untuk bantu rakyat!!!

    p/s: bantu untuk kekalkan undi kepada BN kot.

  6. Amin Ahmad:

    Procedurally Rights, Morally Wrong..sudah disebut DSAI sejak menjadi pelajar lagi..budaya Malaysia negaraku yg tercinta..aku pasti menjagamu!

  7. niknazmi.com - » The people have spoken:

    [...] Yesterday PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said that he doesn’t like being challenged. [...]

  8. jelas.info » Gov’t Lies about Microsoft Survey on Blogs - Deceptive Repackaging to Mislead Rakyat:

    [...] Yet another attempt to bullshit us? Remember, rakyat pantang ditipu! [...]

PENDAPAT ANDA?