Jika minggu lepas kami sibuk mengurus persiapan Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut yang diadakan semalam, hari ini kami bukannya dapat berehat (apatah lagi boss yang pulang dari Amerika untuk program Islam dan Barat di Georgetown pada hari Jumaat, mengadakan rumah terbuka di Cherok To’ Kun pada Sabtu dan di KL semalam) – sebab Jumaat lepas BPR meminta bertemu sekali lagi dengan Anwar atas isu video VK Lingam.
Fokus siasatan BPR masih lagi atas isu kesahihan video tersebut. Mereka meminta Anwar mengeluarkan rakaman penuh video tersebut pada Khamis ini, dan kegagalan berbuat demikian mungkin mengundang pendakwaan dan akhirnya penjara.
Tetapi Anwar tegas bahawa beliau akan memberi rakaman dalam bentuk asal yang diterimanya tetapi klip penuh masih lagi dengan sumber, dan pihak kami hanya akan mendedahkan sumber tersebut apabila gesaan kami untuk Suruhanjaya DiRaja dan perlindungan untuk saksi dipenuhi.
Di sini Adi Hamka membuat perbandingan yang cukup menarik. Masih ingat kisah video pramugara terlampau yang hangat diperkatakan suatu ketika dahulu?
Dalam kes pramugara terlampau, tidak pula timbul isu untuk memastikan ‘kesahihan video’ itu sebelum mendakwa pesalah. Malah, pesalah dicari dengan gerakan polis yang menyeluruh demi memastikan kes itu diadili dengan betul, dan mengenal pasti apakah video itu untuk tujuan komersil atau rakaman peribadi yang terlepas ke tangan orang lain lantas dikomersilkan.
Sepanjang prosiding mahkamah berjalan hampir setahun, bermula Julai 2003 sehingga Disember 2004, semua ‘pelakon’ telah dipanggil untuk mengenal pasti kesahihan video, yang akhirnya membawa kepada hukuman penjara 18 bulan ke atas pramugara tersebut.
Isu yang ingin saya bangkitkan di sini adalah, membawa ‘pelakon-pelakon’ ke muka pengadilan. Soal siasat, baru terbukti sahih atau tidak, salah atau betul.
Mungkin Adi terlupa, di dalam kerajaan Islam Hadhari ada beza antara pramugara terlampau dan penguasa yang melampau. Jika penguasa melampau dihukum, maka aib kerajaan BN akan terdedah seluas-luasnya!


Rasanya macam nak pergi cari VCD pramugara itu yang asal, untuk memastikan di VCD itu menggunakan Istilah Melampau atau Terlampau.
October 23rd, 2007 at 1:46 amNik…
dalam hukum Hadhari, nampak gayanya lebih baik jadi ‘mangsa’ pramugara terlampau,dapat juga keadilan.
berbanding jadi mangsa ‘penguasa melampau’,mangsa pulak kena hukum!
encik Hasbullah..
October 23rd, 2007 at 10:59 amseingat saya mmg pakai istilah ‘Terlampau’..:)
depa tu byk buat siasatan yg tdk konsisten…bila kes ni lain cara dia..bila kes itu lain plak…haru biru betul kerajaan depa tu la..
October 23rd, 2007 at 3:49 pmi rasa terlampau coz yang dulu melampaukan tapi tak salah kot gune dua dua perkataan tu “baik punye”.
March 5th, 2008 at 2:27 pmpilih la mane yg baik.. tuhan itu maha melihat ape yg kita lakukan
December 28th, 2008 at 11:11 am