Semalam seorang rakan dari luar negara bersama saya, dan membelek-belek akhbar tempatan.
Beliau tiba-tiba bertanya, ‘Memang teruk ke jenayah? Begitu banyak berita mengenai jenayah…’
Beberapa hari kebelakangan ini kita dikejutkan berita Nurin Jazlin Jazimin, yang diperkosa dan dibunuh dengan cukup kejam. Apakah dosa anak kecil tersebut sehingga diperbuat sebegitu rupa?
Tetapi ketika ibu bapanya sedang dilanda musibah yang cukup memeritkan ini, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menyatakan ibu bapa yang cuai di dalam menjaga anak-anak mereka akan dipenjarakan. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula ingin melaksanakan undang-undang bagi ibu bapa yang gagal menjaga anak-anak mereka dengan baik.
Saya tidak sekali-kali menafikan tanggungjawab ibu bapa dalam hal ini. Siasatlah peranan ibu bapa Nurin, tetapi tak usahlah nak buat kenyataan media ketika Nurin masih lagi baru dikebumikan. Shahrizat mungkin tak sedar, tetapi ramai rakyat Malaysia tidak tinggal di dalam kediaman dengan pengawal keselamatan persendirian. Dulu semua mengharapkan polis untuk menjaga ketenteraman awam, tetapi kini semua sudah tidak percayakan lagi polis sehingga mereka yang mampu berundur di belakang tembok-tembok konkrit.
Tetapi terlalu ramai yang tak mampu berundur ke kubu-kubu tersebut, dan menghadapi cabaran besar setiap hari untuk menjaga anak-anak mereka dan mencari rezeki. Kawasan perumahan hari ini bukan seperti kampung-kampung datuk nenek kita, di mana semua mengenal satu sama lain, kanak-kanak bebas pergi ke mana-mana dengan selamat dan ibu-ibu mampu menumpukan perhatian selaku suri rumah.
Waktu saya di Manila beberapa hari lepas, kami melawat kediaman mewah yang terletak di kawasan perumahan berpagar. Keluarga-keluarga golongan atasan di Filipina semuanya mempunyai pasukan keselamatan bersenjata peribadi – sehingga beribu-ribu pengawal di kawasan mereka. Saya cukup takut sekiranya ini masa depan buat Malaysia.
Ibu bapa ada tanggungjawab, polis ada tanggungjawab dan kerajaan ada tanggungjawab. Semua kena main peranan.
Persoalan yang timbul: adakah bilangan polis kita tidak mencukupi? Atau bilangan polis yang menumpukan masa untuk membanteras jenayah yang tidak mencukupi?


polis memang cukup tapi yang x cukupnya rakyat malaysia yang betul2 ambik berat pasal sesuatu kejadian. Dulu kn dh brlaku bnda macam ni, skarang ni masih berlaku lagi. Harap-harap ramai rakyat Malaysia lebih “concern”. Undang2 yang ada mmg dah cukup dah cuma KITA rakyat malaysia perlu lebih prihatin. Jangan tunggu benda dh jadi bru nk “take action”.
September 23rd, 2007 at 12:06 pm[...] Oleh Nik Nazmi [...]
September 23rd, 2007 at 4:00 pmdiperkosa???? betul ke ni???
September 23rd, 2007 at 5:26 pmYalah, kemaluannya dimasukkan dengan timun dan terung.
September 23rd, 2007 at 5:35 pmIts riduculous. So now we need more legislation for the parents to take better care of their kids? I accept that parents do have a responsibility to provide care and protection for their children, but perhaps Sharizat and Musa Hassan do not understand that the problem here was not with the parents, but with the sick person who did this!
Do we expect parents to be at the constant side of their children at any given time? Instead of focusing their thoughts on creating a safe environment for the society by enforcing existing laws and creating public awareness and morally educating our society, how are more restrictive laws going to help?
Our foreign minister only recently spoke affluently on BBC’s Hard Talk, describing life in Malaysia as harmonious and peaceful. However I believe neither can be achieved unless public safety is guranteed. As of now, I do not feel safe in Malaysia. So how can one live in harmony or peace?
Will introducing new laws help gurantee public safety? There can only be one answer – “NO!”
September 24th, 2007 at 7:14 amdepa ni memang teruk kan?
March 4th, 2008 at 3:51 pm