Beberapa hari lepas saya menerima panggilan dari seorang rakan. Beliau bertanyakan sama ada saya hadir di Ceramah Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) yang dianjurkan di Terengganu semalam, 8 September. Penceramahnya termasuklah Tan Sri Khalid Ibrahim (Keadilan), Tuan Guru Dato’ Haji Hadi Awang (PAS), Leong Ngah Ngah (DAP) dan Cikgu Azmi Hamid (Teras). Saya menjawab tak hadir.
Rakan saya tersebut memaklumkan persediaan polis Terengganu cukup tinggi, dan mereka bersedia dengan pasukan FRU. “Sesuatu akan berlaku,” kata rakan saya tersebut, yang meskipun berbeza mazhab politik, tetapi prihatin.
Saya tak mengambil serius kata-katanya pada waktu itu, sehinggalah semalam apabila menerima SMS memaklumkan tembakan dilepaskan kepada penyokong pembangkang di tapak ceramah sehingga dua orang terpaksa dirawat di hospital. Gas pemedih mata juga dilepaskan.
Kebetulan pagi tadi saya ada program bersama Tan Sri Khalid di KL. Faisal Mustaffa, pembantu Tan Sri Khalid mengesahkan bossnya sihat. Apabila bertemu dengan Tan Sri Khalid, saya bertanyakan insiden tersebut. Beliau tenang tetapi marah. “Saya nak pastikan semua fakta sebelum buat kenyataan, tetapi ini sudah melampau.”
Dan pada sebelah malam media propaganda BN digunakan sepenuhnya untuk memutarbelitkan insiden tersebut. Itu cara polis menangani rusuhan, memandangkan program tersebut tiada permit, kata mereka.
Persoalan terbesar di kepala saya ialah yalah, tak ada permit. Tetapi cara menanganinya dengan melepaskan das tembakan dengan peluru hidup? Gila apa!
Adakah Idris Jusoh begitu risaukan nasib UMNO Terengganu menjelang pilihan raya? Ceramah Keadilan dan PAS di Terengganu mencecah 20,000-30,000 orang akhir-akhir ini. Banyak sumber memaklumkan pengundi-pengundi banyak dipindahkan ke sana.
Sudahlah media massa dikuasai mereka, kita nak buat ceramah pun diberikan 1001 sekatan. Sewaktu ceramah di Sungai Buloh baru-baru ini sehingga saat akhir permit tak diberikan, begitu juga ceramah di Wangsa Maju dan Batu sebentar tadi. Bagaimana lagi kami nak dekati rakyat?
Kononnya penduduk tempatan tidak bersetuju dengan ceramah tersebut. Malah tuan rumah tapak ceramah tersebut juga didekati dengan harapan beliau menandatangani kenyataan beliau menentang ceramah tersebut, tetapi beliau tegas dengan pendiriannya.
Situasi kita seolah-olah di dalam sebuah permainan bola sepak, satu pasukan itu diikat kaki mereka dan diterajang, kemudian pihak yang mengikat dan menerajang itu menjaringkan gol, kemudian didakwa pihak yang diikat itulah yang ganas dan tidak pandai bermain bola. Itu bacul namanya.
Apabila saya memaklumkan kepada Imaan yang di Britain, beliau sedikit risau. Saya cuba menenangkannya, tetapi beliau juga tak dapat menerima keadaan yang tidak waras ini.
Mungkin ada pihak mengatakan ini hanya pandangan berat sebelah saya. Baiklah, saya mencabar dibentuk sebuah suruhanjaya bebas dianggotai tokoh-tokoh yang dihormati semua pihak untuk melihat insiden ini dan membuat rumusan mereka. Jangan hanya ambil kenyataan pembangkang atau polis, tetapi siasat betul-betul.
Malang sungguh nasib Malaysia. Betul kah kita sudah 50 tahun merdeka?


Desperation
September 10th, 2007 at 3:09 amEveryone is desperate.Both the government and the opposition.What a shame.
September 10th, 2007 at 3:52 amsungguh dahsyat.
September 10th, 2007 at 4:29 amChaos In Terengganu; Live Bullets Fired…
I initially started writing this around 12 hours ago but having been up since Saturday for one reason or another (including trying to get updated regarding this development), my body finally rebelled and I fell asleep in front of my……
September 10th, 2007 at 5:39 amSo what else is new with this Gov’t? Heads I win tails you lose!
Hishamuddin actually had the cheek to condemn the ‘protesters’ saying “sanggup buat begitu kepada saudara sebangsa seagama”. Squatters in the Klang Valley whose homes were razed I suppose were not of the same ‘bangsa and agama’ as him.
The more I see how the ministers react, the more I want to get the bl***y hell out of this country, knowing these imbeciles will probably remain in pwoer after the next GE.
September 10th, 2007 at 8:16 amSyafiq,
Desperate – desperate pun, kalau dah tembak tu melampau lah.
September 10th, 2007 at 8:27 amDaripada memgesyorkan pembentukan sebuah lagi jawatankuasa yang menghampakan, adalah lebih berfaedah untuk menyarankan penggantiaan koalisi pemerintah sahaja.Mungkin selepas sepenggal dua di bangku pembangkang, pemerintah sedia-ada akan menjadi lebih prihatin kepada orang-orang kecil.
Pihak pembangkang harus membuang jauh-jauh mentaliti “pembangkang selama-lamanya” dan mula berfikir secara matang dan mula menyusun diri untuk membentuk kerajaan.
September 10th, 2007 at 10:39 amCan,
That’s better!
Mentaliti Alternatif harus berbeza dgn Mentaliti Pembangkang..
A study should be done on that.
September 10th, 2007 at 4:39 pmAssalamualaikum.
“Desperate – desperate pun, kalau dah tembak tu melampau lah.”
I know Nik. That’s why im saying BOTH parties ARE desperate. One never stop their so-called ‘brutality’ and the other keep on exaggerating issues. And this, my brother, will not do us any favor in uniting our nation.
p/s : teringat kata salah seorang senior saya yang sekarang di Dublin, “Sesekali difikirkan, bila agaknya politik di Malaysia akan menjadi sematang Ireland? Kempen-kempen sepanjang pilihanraya hanya menjurus kepada perdebatan polisi-polisi yang hendak ditawarkan kepada rakyat, bukan kempen kebudak-budakan apatah lagi serangan-serangan peribadi kepada calon-calon lawan.”
September 10th, 2007 at 4:45 pmkita juga harus lihat secara terperinci apa yang berlaku sebelum tembakan dilepaskan. Saya lebih selesa mengetahui sesuatu perkara secara menyeluruh dan tidak rasa tembakan dilepaskan sewenangnya. Namun, saya tiada di situ untuk memberi gambaran sebenar kes di Terengganu ini.
Diharap kita dapat ketahui siapakah sebenarnya yang ‘terlampau’ itu.
September 10th, 2007 at 4:48 pmSyafiq..
Pernah semasa bertanding Pilihan Raya Kampus di Malaysia sbg Calon Aspirasi Kerajaan mengusul perdebatan dan mendahulukan hujah dalam tindakan.
Akhirnya saya sedar, kebijaksanaan bagi kebanyakan ahli politik kita bukanlah sesuatu yang penting melainkan adanya kepercayaan bahawa Kuasa mampu berbuat apa sahaja hatta menafikan kebijaksanaan sekali pun.
Malangnya Negaraku..Kasih sayangku jadi mainan.
September 10th, 2007 at 5:43 pmDear Syafiq,
‘so-called brutality’? Are you saying that reports of underhand activities are mere ‘exaggerations’ of the ‘other party’?
I may not agree with some political views, but one must agree that using live bullets (as admitted by the Trg Chief of Police) at a gathering is a bit too much. Unless a war was recently declared which I knew nothing about.
As for dealing with personal issues in politics, that happens everywhere regardless of how ‘matang’ a political scene is. It’s just a matter of how open they are about it – an example would be the mushrooming of various American political blogs (not officially ordained by the parent parties, but not discredited either) that take aim at personalities.
I think maturity in politics is largely based on individual players. For example, I doubt someone like Zaid Ibrahim would shout ‘stupid!’ or ask a fellow MP to ‘shut up’ if he was the minister at the PM’s dept.
September 10th, 2007 at 7:24 pmjgn hanya memikirkan tentang tembakan tersebut..tetapi lebih baik difikirkan sama mengapa tembakan itu itu dilepaskan..anggota polis tersebut terpaksa menerima 8 jahitan di kepala..bayangkan jika tembakan tersebut tidak dilepaskan? saya percaya rakan anggota tersebut pasti lebih nazak dari sekarang
September 11th, 2007 at 12:52 amDear Anon,
Why was the plain-clothes policeman, armed with a gun planted in the crowd? Why did the police come into the house of the host of the ceramah in the evening and destroyed the stage?
What really baffled me is that the media were all there to get good pictures on the ‘riot’. We’ve had so many ceramahs totally ignored by the mainstream media, but here they were in full force from the beginning.
September 11th, 2007 at 1:07 amMaaf,saya tidak boleh menerima pandangan Anon. Pertamanya, harus difahamkan bahawa risiko yang ditanggung anggota PDRM kita adalah lebih tinggi dari rakyat biasa dan standard “mempertahankan diri” adalah lebih tinggi. Keduanya, masih banyak strategi lain untuk mengamankan keadaan yang terbuka kepada pihak PDRM seperti water cannon dan sebagainya.Adakah pihak PDRM sangat cepat kehabisan akal untuk menangani keadaan ini. Ketiganya, tindakan seperti ini akan mengukuhkan lagi hujah2 golongan radikal dan kurang waras. Keempat, adanya mentaliti “us and them” pada sebahagian pihak PDRM yang sangat merbahaya dan mereka harus insaf yang mereka tiada beza dengan para demonstran dan perlu layanan selayaknya. Alangkan kucing yang kita beri makan pun menghargai itu.
Semoga,tindakan kurang bijak ini tidak membantut kemajuan kematangan politik masyarakat dan memburukkan lagi tahap perbincangan politik negara kita.
September 11th, 2007 at 10:35 ammengapa tembakan dilepaskan?
soalan yang lebih baik utk saudara/i anon..
mengapa tidak diberikan permit untuk program2 sebegini di mana tindakan kerajaan dinilai?
takut? berani kerana benar. takut kerana salah.
mengapa kerajaan tidak mahu menerima kritikan?
saya ingin menyaran ahli BN untuk mengambil kursus ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR. without critics, an organization is dead! look at UMNO/BN. sesiapa yg tidak sependapat dengan orang atasan akan dianggap seperti pengkhianat. seperti kes di parlimen. seorang ahli BN join motion yg dimulakan oleh pihak pembangkang. beliau dikritik dan dipanggil untuk tatatertib. sebab itulah UMNO/BN boleh dianggap sebagai organisasi yang lesu.
MALAYSIA – BOLEHLAND? NOT!
September 11th, 2007 at 11:06 amnik nazmi & co.
pasukan preman bersenjata hanya memasuki kawasan rusuhan setelah rusuhan berlaku. pada mulanya mereka hanya berada dibelakang pasukan FRU. mereka terpaksa merempuh masuk untuk menangkap dalang penganjur yang pengecut dengan bersembunyi di tengah2 kawasan rusuhan dengan dikelilingi dan dilindungi oleh penyokong2 pembangkang yang secara terang2 berpewatakan merbahaya dan dilengkapi dengan senjata merbahaya.
pentas diroboh kerana pihak PRDM ingin menggagalkan perhimpunan yang melalui risikan mereka hanya akan mecetuskan suasana tegang dan akan menjurus kepada rusuhan.
lihat apa yang terjadi! pihak PDRM hanya bertindak setelah pihak penganjur diberi masa 30 minit utk bersurai. jika masa itu ditepati maka segala rusuhan tidak akan terjadi.
pada mulanya tiada sebarang kompromi diberi tetapi setelah didesak oleh pihak penganjur maka pihak PRDM telah memberi kelonggaran utk berucap selama 30 minit sebelum bersurai. tetapi perjanjian itu tidak ditepati dan arahan bersurai telah dikeluarkan sebanyak 5 kali sebelum tindakan keras diambil.
untuk menangani perusuh yang begitu agresif, saya yakin tiada jalan penyelesaian akan dicapai melalui jalan rundingan maka tindakan pihak polis manggunakan water cannon dan gas pemedih mata itu amat wajar.
adakah anda fikir dengan cara rundingan dapat menyurai kan perusuh2 yang telah di provok oleh pihak2 tertentu. jauh panggang dari api!!!
jika hanya keluar utk mendengar ceramah dari what so called Bersih, kenapa perly bawak parang? kenapa perlu sediakan bom molotov? pentingkah kayu dan rotan yang penjangnya sedepa untuk mendengar ceramah dari pihak pembangkang?
adakah semua ini menjadi perkara wajib utk mendengar ceramah pembangkang? atau semua senjata2 merbahaya ini sengaja dibekalkan kepada pendengar2 naif yang hadir sebelum mereka diprovok untuk merusuh?
September 11th, 2007 at 11:10 amanon anon..
risikan mengatakan akan berlaku keadaan tegang? semudah tu?
sudah berapa puluh ribu ceramah politik diadakan di seluruh negara jarang sekali kita dengar keadaan tegang melainkan jika ada FRU atau polis masuk campur..
saya percaya sdr anon juga tidak sukar melihat double standard dalam tindakan polis.
susah sangatkah nak keluarkan permit? bukankah parti politik atau gabungan NGO dsbgnya adalah pertubuhan berdaftar?
kenapa ya, byk laporan rasuah tidak diambil tindakan sewajarnya oleh polis tapi bila tiba hal oposisi mereka laju sekali?
saya bukanlah ahli politik tapi saya rakyat yg percaya bahawa sistem harus betul dan digerakkan dengan betul..kalau acuan dah salah atau bancuhannya pun salah..entah kuih apa jadinya!
September 11th, 2007 at 1:19 pmseperkara lagi..peluru hidup! apa sudah gila negara ni?
September 11th, 2007 at 1:20 pmjika hanya keluar utk mendengar ceramah dari what so called Bersih, kenapa perly bawak parang? kenapa perlu sediakan bom molotov? pentingkah kayu dan rotan yang penjangnya sedepa untuk mendengar ceramah dari pihak pembangkang?
adakah semua ini menjadi perkara wajib utk mendengar ceramah pembangkang? atau semua senjata2 merbahaya ini sengaja dibekalkan kepada pendengar2 naif yang hadir sebelum mereka diprovok untuk merusuh? BY ANON.
HMMM…MEMANG BEGINIKAH YANG KITA MAHU? MELAYU BERTIKAM (DAN MENEMBAK,HUH?) SESAMA MELAYU, SAMA AGAMA? INIKAH SLOGAN ‘BANGUN!!SUDAH SAMPAI MASANYA!’ MALANG SUNGGUH NEGARAKU. KASIH SAYANG SEMUA DIPARANGKAN.=)
YANG SALAH IALAH PELURU HIDUP.(OF COURSE!!). YANG TIDAK PERLU DILIHAT IALAH PERSEDIAAN RAPI BERSERTA PARANG DAN LAIN-LAIN SEMATA-MATA UNTUK MENDENGAR CERAMAH. INILAH HASIL YANG DIMINTA. DENGAN MENGAPI-APIKAN RAKYAT. AMARAH TIDAK BOLEH DISALAHKAN. YANG MENIMBULKANNYA PATUT BERTANGGUNGJAWAB. APA GUNA BELAJAR HINGGA KE NEGERI CHINA JIKA YANG DIBAWA PULANG (KE TANAH AIR YANG MEMBESARKAN KITA SEJAK LAHIR KE TADIKA KE SEKOLAH RENDAH KE SEKOLAH MENENGAH)HANYALAH ‘SKILL’ MENANAMKAN KEMARAHAN SESAMA KITA???
WALLAHUALAM.
September 11th, 2007 at 1:47 pmKomen saudara Anon kita amatkan mencerahkan akan pandangan anggota PDRM akan insiden seperti ini.
Pertukaran pendapat seperti ini dalam suasana waras, walaupun dari kedudukan berseberangan, adalah sesuatu yang menjanjikan.
Saya masih berpendirian bahawa insiden ini tidak ditangani dengan bijaksana oleh atasan PDRM,akan tetapi dari komen2 saudara Anon, saya memahami akan tekanan yang ditimpa ke atas anggota PDRM.
Saya harap ini tidak bermakna dari saat ini, kita mesti merelakan jasad kita dan anak-isteri kita untuk dijamah peluru hidup gara2 menghadiri ceramah2 menjelang pilihanraya akan datang.
September 11th, 2007 at 2:13 pmpeluru hidup digunakan utk mempertahankan diri..anggota polis tersebut tidak menembak sesuka hati tetapi cuma mempertahankan diri..5 das tembakan dilepaskan..3 sebagai amaran dan 2 sebagai tindakan susulan apabila amaran berhenti tidak diendahkan. masih polis yang salah?
masih ingat peristiwa memali? pada masa itu, asalnya polis menggunakan peluru getah. apabila ditembak (semestinya tak lut) semua perusuh merasakan diri mereka kebal kerana perjuangan mereka suci dan ini menyebabkan mereka terus mara and keadaan memaksa polis bertukar kepada peluru hidup and lihatlah akibatnya. sampai sekarang parut peristiwa memali masih segar di benak ingatan pembangkang. adakah peristiwa seperti ini yang pembangkang inginkan sewaktu di KT kelmarin?
cerita pasal permit..permit hanya dikeluarkan jika pearti2 politik melakukan aktiviti ceramah di dalam dewan tetapi tidak kepada aktiviti murahan separti ceramah jalanan seperti ini. perkara ini memang diketahui umum..susah sangat ke pihak pembangkang nak mengikut undang2 dan peraturan ini? kenapa perlu mencabar kredibiliti PDRM hanya kerana mereka tidak mengeluarkan permit ke atas sesuatu yang sememangnya jelas diluar peraturan? pembangkang hanya menyalahkan undang2 sedangkan mereka sendiri yang tidak mahu atau pun tidah reti nak ikut undang2 yang disediakan. jika semua ini dipatuhi, setitik darahpun tidak akan jatuh ke bumi.
“anon anon..
risikan mengatakan akan berlaku keadaan tegang? semudah tu?”
-amin ahmad
kenapa penyataan saya sebelum ini tidak dihabiskan? kenapa sekerat sahaja? (sila rujuk komen saya sebelum ini) penyataan saya seperti yang digambarkan oleh saudara ini seolah2 pihak PDRM yang brutal bertindak merobohkan pentas hanya kerana dikhuatiri akan wujud suasana tegang. itu sahaja. padahal jika saudara menghabiskan penyataan saya tersebut maka jelas akan ada ayat sambungan berbunyi:
“dan akan menjurus kepada rusuhan”.
jelas penyataan saya tersebut tidak semudah yang saudara sangkakan. jika risikan melaporkan hanya akan berlaku ketegangan (separti yang saudara war2kan dalam komen saudara diatas) maka saya percaya pihak polis tidak akan bertindak seperti itu tetapi jika dilaporkan akan berlaku rusuhan dan demonstrasi bodoh maka sesuatu harus dilakukan. pihak PDRM tidak akan berkrompomi dengan mana2 perusuh yang hanya akan berakhir dengan kerosakan harta benda awam dan rusuhan seperti inilah yang amat2 hendak dielakkan dari terjadi oleh PDRM.
inilah masalah pihak pembangkang apabila menceduk kata2 dari pihak lain. mereka hanya mengambil apa yang menunjuk kan kelemahan sebelah pihak tanpa mengambilkira maksud sebenar penyataan tersebut. semuanya hanya menjurus kepada agenda politik kotor pembangkang. untuk pengetahuan saudara, hadis nabi yang maha sahih pun tidak boleh dianggap sahih jika kita hanya menceduk hanya separuh sahaja dari keseluruhan sabda Baginda. maksud sebenarnya tidak akan terserlah jika hanya separuh sahaja yang yang diketengahkan. harap saudara dapat memperbaiki nya.
ssssskiannn.
September 11th, 2007 at 3:37 pmsaudara anon?
pasukan preman bersenjata hanya memasuki kawasan rusuhan setelah rusuhan berlaku? boleh percaya ke ni?
lagi satu, permit hanya dikeluarkan jika parti2 politik melakukan aktiviti ceramah di dalam dewan tetapi tidak kepada aktiviti murahan separti ceramah jalanan seperti ini.(by anon)
bila masa pulak kena dlm dewan? aku org biasa pun tau syarat nya kat premis sendiri….. (please correct yr fact dulu lah ok)
September 11th, 2007 at 4:33 pmto husni..aktiviti didalam dewan bagi mengelakkan gangguan ketenteraman awam..itu salah satu daripada syarat2 permit..mmg ya permit juga akan dikeluarkan jika dilakukan didalam premis sendiri (mmg pandai saudara husni kerana mengetahui semua syarat2 sedemikian walaupun saudara adalah org biasa) tetapi adalah mustahil kawasan premis sekangkang monyet itu dapat memuatkan seramai hampir 1000 org..cuba anda pikir sedalam2..bolehkah pihak penganjur mengawal semangat juang yang meluap2 yang kononnya berjuang kejalan Allah daripada keluar dari kawasan yang sempit spt di batu buruk? saya amat pasti jawapannya adalah T.I.D.A.K! maka sbb itulah saya berpendapat bahawa permit tidak patut diberi.
September 11th, 2007 at 10:28 pm[...] Nik has one of the most damning pieces of evidence: Beberapa hari lepas saya menerima panggilan dari seorang rakan. Beliau bertanyakan sama ada saya [...]
September 11th, 2007 at 11:54 pmerrr…saudara nik..buleh saudara terangkan siapa rakan saudara yang telah menelefon saudara sebelum kejadian tersebut? apa hubungan beliau dengan kejadian tersebut? apa hubungan beliau dengan saudara? apakah beliau menyalurkan first hand info kepada saudara? adakah sememangnya saudara mempercayai kata2 beliau sebelum ini? atau baru kini saudara hendak mempercayainya dan terus diangkat martabatnya sebagai “the most damning pieces of evidence” bak kata saudara nat? sedangkan pada mulanya saudara langsung tidak ambil serius dengan amaran yang telah beliau suarakan (rujuk artikel saudara sendiri)..adakah beliau dari pihak UMNO atau dari pihak PDRM itu sendiri? atau beliau ialah Mr Frodo, salah satu daripada rakan imaginasi saudara?
September 12th, 2007 at 1:21 amSaudara Anon,
Rasanya setiap hari dalam dua bulan kebelakangan ini ada saja ceramah politik di seluruh negara oleh pembangkang. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ke setiap negeri di seluruh negara sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan kebelakangan ini, malah ada sampai tiga kali. Ada ceramah dalam dewan, luar dewan. Ada dengan permit tanpa permit. Tiada satu pun insiden kekacauan. Jika dikawal dengan berhemah tiada sebab perhimpunan aman yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan boleh mencetuskan kekacauan.
September 12th, 2007 at 1:40 amSaudara Anon,
Saya tidak mendedahkan namanya kerana tidak mahu menjejaskan kerjayanya atau keluarganya. Saudara tentu faham kan sebab saudara pun meninggalkan komen di dalam blog ini dengan nama samaran.
September 12th, 2007 at 1:41 amZinggg! Bidasan yang baik sekali, tahniah Nik Nazmi…
September 12th, 2007 at 5:25 amjika dilihat dari trend penyokong pembangkang sebelum ini (bukan hanya 2 bulan kebelakangan ini sahaja) mereka terlalu streotaip dengan pihak polis dan FRU. jika ceramah mereka tidak “didatangi” oleh pihak polis atau FRU maka ceramah tersebut akan selesai dengan aman tetapi jika ada sahaja identiti lelaki berhelmet merah bersama trak merah dan identiti lelaki yang dilebel “anjing kerajaan” dikesan berada di sekitar perimeter kawasan ceramah maka akan naik hantu lah para penyokong pembangkang sekalian dengan mencaci, mencerca, memaki dan sebagainya seolah2 lelaki2 tersebut adalah kayu yang tidak mempunyai perasaan. cacian dan cercaan akan terus dilemparkan seolah2 lelaki2 tersebut akan berbuat sesuatu yang maha jahat kepada mereka. mentaliti sebeginilah yang seharusnya dikikis dari fikiran para penyokong pembangkang sebelum keadaan yang lebih buruk dari insiden Batu Buruk terjadi kembali.
saudara nik…di dalam pertanyaan saya sebelum ini, saya tidak sesekali bertanyakan nama kawan saudara nik itu (sila rujuk pertayaan saya semula) tiada siapa pun yang ingin mengetahui nama beliau. malah tidak ada perkataan perkataan nama pun didalam pertanyaan saya itu. yang ditanya adalah hubungan beliau dan pendapat saudara nik mengenai beliau. jadi dari mana saudara nik dapat cerita yang saya bertanyakan tentang nama si pemanggil itu? (sila rujuk kembali pertanyaan saya ok..baca dengan tenang and fahami isi soalan sebelum jawab..saudara imran boleh tolong saudara nik utk memahami soalan ye)
September 12th, 2007 at 10:07 amsaudara nik…di dalam pertanyaan saya sebelum ini, saya tidak sesekali bertanyakan nama kawan saudara nik itu (sila rujuk pertayaan saya semula) tiada siapa pun yang ingin mengetahui nama beliau. malah tidak ada perkataan perkataan nama pun didalam pertanyaan saya itu. yang ditanya adalah hubungan beliau dan pendapat saudara nik mengenai beliau. jadi dari mana saudara nik dapat cerita yang saya bertanyakan tentang nama si pemanggil itu? (sila rujuk kembali pertanyaan saya ok..baca dengan tenang and fahami isi soalan sebelum jawab..saudara imran boleh tolong saudara nik utk memahami soalan ye)
Way to go,anon!!Mungkin hubungan juga tidak boleh dinyatakan atas sebab keselamatan.=)
September 12th, 2007 at 10:17 amso u can tell me nothing shafiq..lol
September 12th, 2007 at 10:22 amlucu..pembangkang membekalkan molotov cocktail dan senjata lain2?
haha..seolah2 anon tak pernah tahu taktik pasukan keselamatan..
sungguh lucu..
kalau nak mengganas bukan xleh sangat..rakyat malaysia ni masih cukup baik dan percaya kepada pilihan raya sbg jalan terbaik utk proses.
pelik tul menjurus kpd rusuhan..cuba anon fikir kalau polis tak dtg provoke, kat sapa diorg nak merusuh ek? baca la sket teori-teori sosial tentang agresif dan violence ni..cuba faham apa itu external stimuli betul2..
September 12th, 2007 at 10:29 amtentang lokasi ceramah tu agak lucu. polis bleh je bagi permit pada awalnya. pastu tarik balik..
kalau nak suruh tukar lokasi pun bukan susah sangat cik anon..
lagi satu kenapa dlm rumah pun polis nak sibuk2 suruh hentikan ceramah?
perlu saya tegaskan ini bukan kerana kebetulan oposisi yg kena..tapi kita sbg rakyat mesti tuntut hak kita tak kira rakyat yg pro kerajaan atau pembangkang..
dan seperkara lagi dlm pd itu harus bertanggungjawab..
September 12th, 2007 at 10:32 ampada pandangan saya, kedua-dua pihak iaitu (peganjur dan peserta ceramah) dan PDRM ada salah …
Sudah memang boleh “predict” reaksi peserta apabila dikepung oleh polis dan FRU. Mesti naik angin dan hilang control. Jadi, yang ini salah penganjur kerana gagal mententeramkan peserta ceramah yang hadir.
Tetapi, situasi di Batu Burok amat mencurigakan … Bukan senang nak deploy berpuluh-puluh anggota polis dan FRU. Kena pelan dalam bilik operasi dan briefing. Kalau bukan pre-plan, aku tak tahu apa nak cakap …
Kedua, kenapa hantar polis preman menyelinap masuk ke dalam kumpulan peserta ceramah. Kalaulah dah ‘hostile’, siapa punya idea baik hantar polis biasa tanpa alatan perlindungan masuk untuk sama ada tankap orang or roboh stage ceramah? Orang biasa macam saya pun faham yang idea ini tak jalan punya dan tak pernah pun saya dengar ada panduan operasi polis di mana-mana negara yang suruh buat macam ini.
Saya percaya anggota polis yang melepaskan tembakan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa dan cuma ingin menpertahankan diri sendiri. Tetapi, PDRM atau lebih spesifik, ketua polis yang patut dipersalahkan dalam trajedi ini kerana gagal mengawal keadaan di Batu Burok.
Remember, they are the professionals. Even if every else is insane, they have to remain to sane to maintain law and order.
Cuma pandangan saya.
September 12th, 2007 at 10:46 amya saudara amin….
memang lucu. macam tak ada senjata lain je.. teringat norian mai (kp dulu) pun cakap pembangkang ada molotov cocktail sebelum buat tangkapan isa sebelum black 14 dulu…. tp sekadar nk justify kan penangkapan pemimpin pembangkang.
agaknya dah bagi skrip kot
September 12th, 2007 at 11:11 am(apa yang saya tahu dalam kes melawan perusuh oleh angkatan tentera, jadi sepatutnya polis bertindak lebih lembut lagi memandangkan tentera hanya digerakkan sekiranya FRU gagal mengawal keadaan)
September 12th, 2007 at 3:39 pmpertama, tentera akan menggunakan sejenis aerosol yang disemburkan untuk mendatangkan kesan pedih pada wajah perusuh, tidak sama dengan penyembur lada kerana saiz aerosol ini sebesar pemadam api saiz sederhana untuk berdepan dengan ramai perusuh. Kedua, untuk menangkap indidvidu tertentu, sekiranya penggunaan senjata diperlukan, maka sejenis pistol yang mengeluarkan kejutan elektrik digunakan, alat ini dikatakan sudah pun masuk kedalam inventori PDRM. penggunaan revolver tidak sesuai, kerana tentera sekalipun akan menggunakan pump gun atau shot gun menggunakan peluru khas yang lebih bersifat mendatangkan kecederaan luaran sahaja. maka, kesimpulan saya, tindakan pihak polis tidak wajar.
Sebenarnya jalan penyelesaian isu ini cukup mudah..
a) Pembangkang pohon permit (telah dilakukan)
b) Polis bagi permit (tidak dilakukan)
Syarat2 boleh dikemukakan cthnya :-
1) Jelas penganjurnya
2) Tempat yang diersetujui..
dan banyak lagi..
Bukan susah sangat..tapi faham2 la..
Apakah BN terdesak sangat nak spin issue? Tak cukup kuatkah kenaikan gaji kakitangan awam dan juga bajet 2008 yg diumumkan?
Saya tahu risikan kerajaan menunjukkan di beberapa tempat sangat berpotensi untuk berlaku perubahan. Jika pun ia berlaku, kerajaan harus bermuhasabah dan bukan ‘plant issue’ yg di luar kepentingan rakyat.
Jika kerajaan mempersoalkan kenapa tidak ada yg menghentikan orang yg bakar bendera tersebut, suka juga saya soalkan kenapa polis tidak hentikan? Bukankah org awam tidak boleh sesuka hati menahan org lain?
September 12th, 2007 at 5:24 pmjadi kesimpulannya PDRM yang salah..memang sepenuhnya polis yang bersalah..permit tidak dikeluarkan? polis jugak yang salah kerana tidak mengeluarkan permit walaupun ceramah itu dijalankan di dalam premis dan dijamin 100% tidak akan berlaku kekacauan seperti sebelum2 ini..penyokong kerajaan naik hantu? polis salah juga kerana provok..anggota polis cedera? polis jugak salah kerana berada di tempat yang salah pada waktu yang salah..bom molotov? memestinya polis yang salah kerana semua penyokong pembangkang tak tau nak buat bom api tersebut..guna peluru hidup? semestinya polis salah kerana tembak perusuh kerana mempertahankan diri daripada dibunuh..bakar jalur gemilang? polis juga yang bersalah kerana tak menahan pembakar tersebut sedangkan org lain tengok je..ramai yang cedera? itu salah polis kerana gunakan kekerasan sedangkan para penyokong pembangkang sememangnya bersedia untuk beredar jika diminta berbuat demikian dengan lemah lembut bila2 masa sahaja..dan tak faham betul2 apa itu external stimuli serta teori-teori sosial tentang agresif dan violence? itu sememangnya salah saya kerana tidak sempat baca! pembangkang semua mmg tak pernah buat salah.
September 12th, 2007 at 6:28 pm[...] merancang keganasan ini, ayuh kita telitikan balik fakta-fakta. Dato’ Mustafa Ali dan Nik Nazmi telah mengemukan bukti yang kukuh yang mendedahkan bahawa pihak polis memang sudah tahu akn [...]
September 12th, 2007 at 7:10 pmPada pendapat saya, masalah sebenar di sini adalah unsur ‘double standard’ yang wujud dalam kebebasan berpolitik yang diberikan kepada kerajaan dan pembangkang; any neutral observer can see that! Saya yakin keganasan seperti dalam kes ini boleh ditangani andainya kerajaan lebih berani turun ke arena politik yang lebih adil untuk semua pihak yang bertanding.
Jika benar parti-parti pembangkang hanya tahu membuang masa dengan teori-teori utopian dan tidak masuk akal, maka apa lagi yang hendak ditakutkan? Biarkan sahaja mereka berceramah, lama-lama rakyat pasti sedar pihak mana yang betul, pihak mana yang salah.
Violence, after all, is the refuge of the weak and the incompetent. To that, I would add ‘the desperate’ and ‘the corrupt’…
September 12th, 2007 at 10:32 pm[...] a) Nik has one of the most damning pieces of evidence: [...]
September 13th, 2007 at 7:10 am[...] a) Nik has one of the most damning pieces of evidence: [...]
September 13th, 2007 at 1:18 pmya sdr Imran..masalahnya lebih jauh dari soal polis, bakar bendera dan sbgnya..
masalahnya telah disebut oleh Winston Churchill (Nazmi mungkin tahu kerana tak silap tesisnya tentang tokoh ini) “Ketidakadilan di mana-mana akan menjejaskan keadilan di mana-mana”
pokoknya sistem yg berjalan di negara ini tempang..dan ia berlarutan bg menjustifikasikan ketempanganan yg ada. boleh bilang dalam dunia ni berapa tokoh yg humble utk mengakui salah sendiri!
anon x perlu kecewa, wlpn mmg sebahagian kebiadapan penyokong pembangkang kita tentang, telah lumrah dalam kajian ilmiah utk kita cuba menyelak sehingga ‘root of the cause’ bg tiap2 satu perkara..
elok juga kita renung theory of reasoned action..saya nampak itu justifikasi polis tentang tindakan menembak tersebut. tapi kita boleh rujuk hujah balas YB Husam.
Pendek kata, rakyat kena celik. Hari ni mungkin BN buat, tak mustahil satu hari BA jadi kerajaan dan buat.
Reformasi harus memperkasa rakyat, bukan parti politik semata2..
September 13th, 2007 at 1:40 pmMaaf kalau bm saya kurang memuaskan. komentari saya khas untuk anon.
1. Kalau polis hanya masuk selepas berlaku rusuhan, mengapa perlu menyamar dalam pakaian biasa? Bukankah lebih senang menjalankan tugas dalam uniform?
2. Kalau dah masuk dalam pakaian biasa tentu mereka tahu risiko mereka menjalankan tugas. Kalau mereka berdiam diri sahaja, dan setakat menjalankan penyiasatan tentu mereka tidak akan dipukul atau diusir.
3. Kayu, parang dan molotov cocktail. Barang biasa saja, pergi mana-mana kedai pun boleh dapat. Anda boleh pastikan bahawa pihak penganjur atau mereka yang hadir ada bawa benda-benda tu dalam beg beg mereka? Anda ada buat spot check? Jangan buat andaian tanpa bukti yang kukuh. Tuduhan tanpa bukti adalah perbuatan mengetuk tin kosong sahaja.
4. Polis tak salah? Mereke mempertahankan diri sahaja? Pergi tengok berapa kes-kes yang ditutup dua belah mata di mana polis tembak orang macam pergi kencing. Ingat doktor yang kena lima das tembakan itu? Atau kawan anon saya mudah lupa?
5. Dahlah sentimen terhadap polis selama ini kotor dan penuh korupsi, mereka sepatutnya tahu akan risiko menghantar perisik ke dalam. Kalau duduk diam mesti tak ade apa-apa. Kalau buat bising bersedialah untuk menerima jahitan.
6. Saya fikir anon ini mungkin penyokong kerajaan atau bekas polis, kerana hujahnya tidak objektif dan serong sebelah. Malangnya dia hanya menjadikan dirinya sebagai bahan lawak di sini. Kemukakan bukti atau hujah yang ada logik, baru bersuara.
September 13th, 2007 at 6:31 pmPDRM selama ini memang jelas dilebel sebagai memihak kepada kerajaan dan disebabkan itulah maka pembangkang yang pandai seperti cik innocent bystander kita ni terlalu anti kepada polis sehingga apa yang polis buat semua tak betul. cuba jika pembangkang menguasai polis..nescaya penyokong2 pembangkang terutama cik innocent bystander akan bermati matian menjilat bontot PDRM.
untuk pengetahuan cik innocent bystander, preman digunakan untuk jalankan siasatan..jika beruniform maka akan terserlah lah sifat talam empat belas muka pembangkang yang akan berlagak baik di depan polis..lagipun preman yang hadir lagikan dibelasah..inikan pula polis yang lengkap beruniform ditengah2 pengganas? gerenti mati!!
untuk pengetahuan cik innocent bystander, perusuh2 yang hadir adalah tergolong dari penduduk tempatan. mereka sememangnya kenal akan anggota2 polis di IPD yang hadir sama. pakailah apa pun, segala bau n kelibat pihak polis akan dapat dihidu oleh perusuh2 yang serba pandai itu.
jika hanya menjalankan siasatan memang tiada masalah tetapi bagaimana jika ingin menjalankan penahanan atau penangkapan perusuh yang sudah naik gila? adakah semudah A B C pihak perusuh nak menyerah diri? cik innocent bystander pun sedia maklum tentang keganasan pihak perusuh kan? atau memang buat2 tak tahu?
persoalannya mengenai senjata, mengapa perlu bawa semua senjata itu jika niat sebenar datang ke Batu Burok hanya untuk dengar ceramah? atau mungkin senjata2 tersebut sengaja dibawa hanya untuk mempertahan diri dari polis? budaya apa itu? samseng? ini bukan zaman nabi dimana umat2 Islam sememangnya akan membawa senjata pedang panjang kemana2 mereka pergi kerana khuatir akan serangan kaum kafir quraish. polis mmg tak dapat mengawal pengaliran senjata yang secara kemungkinan secara awal2 lagi sudah disediakan di tempat rusuhan.
penyokong kerajaan atau tidak itu tidak penting. apa yang saya tekankan disini jangan nak menudah pihak lain yang salah@bodoh@tolol sedangkan diri sendiri yang membawa masalah.
p/s: mungkin istilah tin kosong yang cik innocent bystander maksudkan sudah ketinggalan zaman@kolot, sekolot org yang mengucapkannya..tin kosong zaman milenium kini amat ditakuti kerana jika diketuk dengan kuat dan bertalu2, beruk matnyeh yang ada kat atas pokok pun boleh jatuh kerana terkejut..fikir2 kan lah. selamat bersahur.
September 14th, 2007 at 2:03 am[...] a) Nik has one of the most damning pieces of evidence: [...]
September 15th, 2007 at 5:07 amsaya dibesarkan dalam suasana perjuangan di terengganu..arwah nenek adalah org yang sgt berani dan tabah..bapa saudara saya juga org yang tak mudah mengalah, ibu bapa saya berjuang dalam diam memandangkan kakitangan kerajaan..saya belajar erti perjuangan sejak di bangku sekolah dan kini menjadi srikandi yang menunggu masa utk menuntut kebenaran..saya memandang kebebasan di malaysia hanyalah kebebasan melakukan perkara yng menjurus kepada kemungkaran..itulah erti kemerdekaan kita..politik sgt kotor, dan dalangnya adalah org melayu sendiri..tapi kenapa org2 melayu lain masih tidak nampak..jahil nye mereka, kasihan kita tgk..hak mereka dicabuli tetapi masih bertepuk sorak menanti ketibaan pemimpin kufur..saya tidak faham adakah kerana itu sifat org melayu yang sgt suka berselindung dan berkias..sehinggakan utk menegur atau menegak kebenaran menjadi satu kesalahan..takut! tapi yang paling penting akidah org islam sendiri yang harus membela agama mereka..tidak boleh ditukar dengan nilai dunia..pilih pemimpin yang adil dan beragama..apa yang kita nak agaknya? kebebasan apa yang kita cari..adakah kalo negara kita benar2 islam kita tidak mampu memiliki twin towers petronas kot..atau tidak mampu meletakkan nama di dalam senarai negara barat..masyaAllah..
September 15th, 2007 at 1:09 pmsemuanya kerana kuku
September 15th, 2007 at 5:39 pmType your comment here.
Saya adalah seorang penyokong BN sejak dahulu lagi.Walaupun begitu saya merasa sedih dengan cara kerajaan menanggani masalah ternakan babi di Melaka dan rusuhan di Terangganu.
Di Melaka jelas para penternak membawa senjata untuk menghalang tindakan polis tetapi polis langsung tidak mengambil tindakan.
Di Terangganu polis membelasah habis – habisan mereka yang kononnya mengganggu ketenteraman awam.
RENUNG – RENUNGKAN LAH.
September 16th, 2007 at 8:58 amPenyokong fanatik itulah jadinya. Hilang pertimbangan kewarasan akal fikiran. Apa yang tak jelas? Anggota polis bawa senjata (biasa la…) atau orang awam pergi ceramah bawak parang dengan bom (pelik tu…)? Saya setuju dengan Anom. Kalau sebelum berkuasa dah nak menghancurkan negara apatah lagi bila dah berkuasa. Agaknya negara pun dijual. Jika biberi peluang, ibarat orang yang sedang lapar dihidangkan semeja makanan. Semua dirembat habis. Kalau orang yang dah kenyang dihidang makanan, makannya cuma sedikit. Sebab perut dah kenyang. (petikan akhbar Berita Harian- 16 September 2007)Sayangkan negara, bukan parti poltik. Jadi pilihlah orang-orang yang boleh memajukan dan melindungi negara bukan memporak-perandakan negara.
September 17th, 2007 at 10:50 amNicely said ummirul, nicely said.
September 17th, 2007 at 9:14 pmYa Anon dan Ummirul..sayangkan negara, biarkan kezaliman..sebijik macam Hitler!
Saya kira cukup jelas bahawa semuanya masih tertangguh..sila cari pembakar bendera tersebut dan hukum.
Dan jgn lupa, kerajaan juga harus buat kenyataan media mengecam tindakan sebahagian rakyat Indonesia yg membakar bendera Malaysia dalam protes2 mereka sebelum ini.
Juga jgn lupa, kek bendera Malaysia yg dipotong oleh PM tu, patut dibantah!
Memainkan isu nasionalisme biarlah kena pada tempatnya..bukan sebarang menuduh.
Lebih2 lagi, Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja adalah lebih dipercayai rakyat utk mengendalikan kes ini memandangkan terlalu banyak keraguan yg timbul.
September 19th, 2007 at 2:49 pm…
September 19th, 2007 at 6:02 pmsila baca akbar hari ini sdr amin ahmad..baca dulu baru nak tuduh macam2 kat polis..kalo tak percaya sila baca AL Quran n hadis nabi..dah tentu boleh dipercayaai n tepat
ssskkiiaannnn
September 19th, 2007 at 6:06 pmsdr amin, kek memang untuk dipotong dan dimakan. takkan isu yang remeh nak ditimbulkan? nampak sangat macam dah kering isu nak ditimbulkan.
September 20th, 2007 at 8:28 amWalaupun tanpa permit, 250 orang berkumpul di padang belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang di hadapan Hotel Permai Inn.Polis terpaksa mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan ke Jalan Sultan Mahmud. Sebuah bas di Jalan Temasya, Batu Buruk turut ditahan sehingga menimbulkan kekecohan.
Kumpulan terbabit membaling batu, kayu, besi dan botol menyebabkan 7 orang termasuk 4 anggota keselamatan cedera. Ada perusuh membaling bom api sehingga merosakkan kenderaan dan harta awam bernilai RM1 juta. Seorang koperal terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri setelah dipukul oleh 20 lelaki berhampiran Hotel Permai Inn dan dua perusuh cedera.
350 polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi menenangkan keadaan. Gas pemedih mata dan tembakan meriam air turut digunakan .Jam 2.00 keadaan kembali reda.
Polis dari Kuala Terengganu diketuai Datuk Ayub Yaakub telah menahan reman 23 orang lingkungan 20-an dan 30-an.Dua perusuh terkena tembakan berusia 21 dan 38 tahun dan dirawat di Hospital Sultanan Nur Zahirah .
Rusuhan ini dianggap terburuk selepas gerakan reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 .
Polis menolak permohonan permit mengadakan ceramah kerana lokasi berhampiran dengan kawasan perumahan pegawai kerajaan dan istana. Tempat itu sempit . Lebih baik lokasi dipindahkan ke Rusila di Marang. Wakil penganjur tidak hadir ke Balai Polis Terengganu untuk berbincang sehingga 6.00 petang.
(Petikan yang diambil dari Wikipedia)
September 20th, 2007 at 8:34 amsaya lagi kuat sokong BN sebab tu kalau BA nak buat ceramah bawalah kandang-kandang untuk selamat sebagai benteng
September 20th, 2007 at 4:32 pmdimlaysia nyawa dan darah babi lebih mulia dari nyawa manusia
September 20th, 2007 at 4:36 pmkesian rakyat terengganu di fitnah dan dizalimi..
October 21st, 2007 at 10:35 ammgkin cara inilah y dpikirkan seswai oleh pemimpin trg untuk meraih undi..sungguh dangkal!!
semoga nanti kebenaran akan terbukti jua..!!
jihad fisabilillah..!
Dihantar oleh Pencetak Sinar, on 12-09-2007 05:49
October 21st, 2007 at 10:44 amPAS tak perlu melakukan rusuhan untuk memerintah. Untuk mencetuskan rusuhan bukanlah sesuatu yang susah. Tetapi kaedah mengawalnya merupakan suatu yang patut diberikan penekanan. Kalau betul nak buat huru-hara maka tak denya pengikut Pas akan pakai baju melayu dengan kain sarung siap berkopiah. Tetapi bila di provok baru keadaan jadi tegang. Mat-mat motor yang banyak buat huru-hara dan rosakkan harta benda dengan mudah boleh diupah dan disogok. Isikan minyak motor, bagi duit makan dan rokok sure on. Siap ajak member lagi. Insiden ini sepatunya di istilahkan sebagai Provokasi Polis, Batu Burok dan bukan nya rusuhan batu burok.