Bahaya Fitnah

01 Sep 2007 | Religion | by | 40 Komen

Saya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasanya cukup relevan berikutan beberapa peristiwa baru-baru ini:

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

  • Pingback: bobjots : redux

  • https://www.tumpangmuda.blogspot.com Amin Ahmad

    Nazmi,

    aku percaya sebahagian e-mel atau sms yg melaga2kan umat (baca:perkauman) sebenarnya dirancang utk tujuan politik.

    kalau siti nurhaliza boleh lapor dan polis siasat utk kesan siapa yg buat fitnah pada dia..apakah susah utk polis dptkan mereka yg menghasut ni?

    aku fikir permainan politik millenium ini kian rumit!

  • http://romantis.wordpress.com rastom

    Sdr Amin, (dengan izin Nik Nazmi)

    Mengambil kes Siti Nurhaliza itu sebenarnya menyangkal ungkapan “permainan politik millenium kia nrumit”. Malah sebalik, ia kian predictable. Apa masih keleseuan lagikah?

  • http://www.becok.blogspot.com Amin Ahmad

    Pak Rastom,

    Rumit bukan dari segi kaedah, tapi rumit melayan manusia yang tidak pedulikan maruah

  • http://www.shiar-islam.com S.H.Alatas

    Sungguh mendukacitakan didalam zaman fitnah ini, manusia sudah jauh dari ajaran Islam, sehingga sanggup mencemarkan nama baik sesama saudaranya. Kini telah hilang rasa kasih sayang, telah hilang saling tolong menolong, akibatnya seperti yang kita alami sekarang ini. Ummat Islam di Palistina, Iraq, Afganistan, dan lain-lainnya dibunuh dengan kejam dan zalim setiap harinya, saudara-saudaranya bukan membantu mereka, malah saudaranya sesama Islam, bekerjasama dan membantu musuh-musuh Islam. Lihat apa jadinya ummat Islam di Palistin , mereka dianiaya, dibunuh, harta benda mereka dimusnahkan, saudara-saudaranya disekelilingnya hanya melihat sahaja, malah minyak yang melimpah ruah di Arab Saudi, tidak dapat dimanfaatkan oleh saudaranya di Palistin, minyak itu disekat oleh Zionis Yahudi. Hal seperi ini mungkin akan kita alami di Negara yang kita kasihi ini, jika kita tidak waspada, dan menkaji kembali semua fitnah yang disebarkan, dan kembali kepada al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

  • http://www.aaiman.blogspot.com aaiman

    fitnah menambah masalah..

  • http://khairulorama.wordpress.com khairulorama

    amat relevan pada masa kini

  • Noordeen al-Banjaree

    Manalah fitnah tak jadi amalan. Banyak yang mengaku Tok Guru pun merestui amalan fitnah. Bayangkan kerana nak dapat sokongan politik sanggup membuat fitnah. Sepatutnya berakhlaklah ikut Sunnah Nabi. Dalam politik diluar politik kalau dah buat fitnah tetap berdosa. Tapi halal pulak, lebih-lebih lagi pada PRU 12

  • nurul ain

    tolong bg cadangan o nasihat..
    mcm ni,.dkt blog sy,sy ada bercerita ttg perkara buruk y berlaku y tjadi pd sy,.n dkt situ sy membuat luahan hati terhadap individu tersebut.adakah ini suatu fitnah kerana kesahihan perkara tersebut blom dtentukn,sy hnya ada 2 saksi y nmpk kjdian tersebut…

  • hidayah

    fitnah2…. kat mane2 pun ade… kdg2 lth gk pk sume ni…. ni semua angkara dndam n rase x puas ati… yg plg mydhkn ftnah ni dbuat org tdkt ngan kta…. rase pcya dgn kwn2 blh ilang sbb seseorg yg bhati busuk…

  • SITI NORFAIZAH BINTI MOHD YUSOF

    fitnah…aku telah terkena dan aku buat solat hajat 40 malam…moga2 ada Allah beri petunjuk kepada yang cuba menganiaya…

  • http://khairulorama.wordpress.com Khairul

    firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

  • Pingback: “CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated “on the Mingguan Malaysian headlines « Khairul-o-rama

  • http://www.imarah-umrah.com mys78

    Assalamualaikum, pertama sekali, orang yang suka buat fitnah, adalah orang yang fasiq(mereka tidak taat kpd Perintah Allah.)(rujuk sajadah:18Taubah,80,al-maidah:25) Bila tiada taat(taqwa)maka hilangkan segala persaan takut, berharap, dan sabar dlm diri mereka.orang berIMAN (orang yg taat/takut kpd Allah)tidak akan buat perkara fitnah ini wlu dlm apa jua keadaan.Wallahu ‘alam.barokallahu fi.kum

  • si labu

    Salam…memang benar apa yg diperkatakan…bahana fitnah ini amat serius dewasa ini……

  • Rashidi

    Fitnah makin menjadi-jadi. Masing-masing lantang mengatakan, “Aku yang benar! Aku yang betul! Mereka zalim! Ini semua fitnah!”. Tapi bukankah orang yang menfitnah pun boleh berkata-kata sebegitu juga? Habis tu siapa yang kita perlu percaya? Percayalah pada Allah… Percayalah pada Rasul-Nya… Percayalah pada Al-Quran dan hadis… Itu sahaja jalan penyelamatnya. Politik itu fardu kifayah, tapi parti itu cuma alat sahaja bukan sesuatu yang wajib. Alat boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, baik atau buruk. Fikirkankan saudara seislamku sekalian.

  • Rahim Malek

    What you are doing here is most honorable and may Allah grant you the strength to carry on. There are lots of people who are lost and need someone like you to remind them where the road to Redemption is. Thank you very much, your article has help me and my family alot. Alhamdullilah.

  • Deenz

    politik sekarang byak unsul yg kurang sihat,apa nak jadi dgn negara islam kita ni.

  • naz HAQIMI

    nik azmi saya ada ambik artikel ini tok blog saya..http://blogyeop.blogspot.com..harap saudara mengizinkannya tok perkongsian bersama

  • naz HAQIMI

    yang pelik nya yang terang lagi nyata tak di hebahkan..tapi yang tak terang dia berusaha dengan penuh kederatnya tok nyatakan yang tak benar..aduhai dunia-dunia..takbir

  • Pingback: FITNAH & ‘aib « nukilanrohani

  • Hafiz_kechiq91

    saya

  • Hafiz_kechiq91

    saya dah di fitnah…. sesape kat sini tolong saye,,,, mcm mane nak tenangkan jiwa saya…. baru 2 hari lepas org yang fitnah saya bersumpah atas name Allah s.w.t yang saya bersalah dalam hal ini…… seramai 100 lebih org datang utuk memukul saya…

  • Hafiz_kechiq91

    SITI NORFAIZAH BINTI MOHD YUSO,,,,,  solat hajat 40 malam 2 mcm mane????

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1343019677 Endless Love

     sy juga telah difitnah….smp mati pn sy x kan maafkan org yg wat fitnah kt sy….

  • Fiza_Qistina

    2 hari lps aku difitnah teruk oleh kenalan sndri, mmg aku xkan maafkn dia, biar dia tanggung dosa dia tu sndri… mmg membabitkan maruah, smpai bila2 pn aku xkan maafkan dia..
    benci tul fitnah2 nie…

  • Ainess88

    mohon copy untuk tajuk risalah 

  • nur_ku

    sya pon prnh kena ftnah…tp mslhny org yg sbar ftnah 2 pcya dye btol…

  • Ezaty

    mintak copy. terima kasih

  • http://www.facebook.com/ike.kusuma2 Ike Khoirul Anwar

    na’udzubilah….”fitnah”…

  • Anonymous

    kalau ada video macam mana ? kira fitnah ke YB ?

  • Anonymous

    Hj Hadi kata wajib dedah aib calon / pemimpin rendah moral http://din.huluselangor.net/?p=3416 

    DetikDaily  bertarikh 27 Ogos 2009 dengan tajuk “Wajib dedah peribadi calon pilihan raya – Ustaz Hadi”, Haji Hadi berkata:“Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita  wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1576686236 Kay Kuzi

    salam..nk mohon share kt facebook..

  • Zil Iman

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Hujurat: Ayat 12) 

  • Kejumassam

    Teman saya pernah menjadi mangsa fitnah yg menyebabkan hubungannya dgn keluarga,adik beradik , jiran & keluarga mertua menjadi dingin. simpati pada beliau dan berdoa semoga org yg menfitnah beliau membersihkan segala fitnah yg dilakukan.

  • anakmuda

    org2 yg sebarkn fitnah atau wat fitnah ne sbnrnya dh x takut dgn dosa…so,utk wat diorang sedar,heret jer diorang ke mahkamah n saman jer … sy pernah saman guru sy sndiri semasa sy form 5… fitnah mmg sgt2 menyakitkan….hurmmm…

  • wan

    Jika kita di fitnah tak perlu gusar, melenting dan merintih kerana Allah sentiasa bersama kita, itu juga salah satu ujian daripadaNya, tidak perlu bertindak membalas balik perbuatan orang yang telah memfitnah kita, biar Allah saja yang memberi azab kepadanya, manalah tahu berkat dari kesabaran kita akan memperoleh pahala yang berlipat kali ganda. Hanya Allah sahaja yang tahu….

  • Tajdid akhlaq

    Yang pastinya, seorang mukmin hakiki pasti akan mengasihi saudara-saudaranya dengan menjauhkan mereka daripada fitnah (mengatakan atau dikatakan).

    Sesiapa yang menutup aib orang lain, Allah akan menutup aibnya. Cukuplah dengan membuka aib jika menunjukkan pada yang haq. Namun, politikus banyak mendorong pembukaan aib itu kepada keadaan cemuh-mencemuh, lalu menukarkan sorang yang muslim pada namanya, menjadi fasik disisi Allah. “Si botak” “si laknatullah”, “si munafik” atau mengkafirkan orang lain.

    Masih tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi manusia lain sebagaimana ia mengasihi dirinya; menjauhkan orang lain daripada fitnah. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, samada mengatakan perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang mencintai Rasulullah s.a.w., peliharalah lidah (akhlak) dan nafsu (amarah). Antara manusia yang paling buruk disisi Allah adalah yang dikatakan dan yang mengatakan.

  • sya iyah

    aku difitnah dan sakit hatiku hingga aku menangis,tega dia kpdku, ya allah kuatkan aku berilah aku kesabaran

  • wan

    untuk renungan bersama sebagai panduan….

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main