Baru-baru ini di dalam Kursus Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan di Machang, Kelantan, saya ke sana bersama beberapa rakan dari Angkatan Muda Bahagian Kelana Jaya dan Bahagian Kapar.
Pelbagai cerita mengenai pimpinan UMNO Kapar keluar. Waktu itu saya antara percaya atau tidak, tetapi kini kisah skandal bernilai RM4 .6 bilion telah mula tersebar. Mungkin sebagai petanda betapa berjayanya konsep kongsi kuasa BN menjelang 50 tahun merdeka, skandal Port Klang Free Zone ini menaikkan nama pelbagai tokoh dari UMNO, MCA malah SUPP di Sarawak!
Jadi kepada suara-suara UMNO yang terpekik terlolong nak menghunus keris kepada sesiapa yang mencabar DEB, apa kata tumpu perhatian kes ini dan lihat siapa yang mendapat manfaat kerugian RM4.6 bilion ini. Nelayan Melayu? Petani Melayu? Pekerja Melayu? Atau mereka dan keluarga mereka?
Untuk makluman semua, RM4.6 bilion cukup untuk:
- Membina 100,000 unit rumah untuk penduduk setinggan, rakyat termiskin dan kakitangan kerajaan
- Membina 50 hospital baru dan meningkatkan kelengkapan dan kemudahan di semua hospital dan klinik kerajaan
- Meningkatkan pemberian biasiswa persekutuan dari 1.5 juta murid kepada 7.5 juta murid
- Membina 200 sekolah yang baru
- Menjalankan latihan kemahiran untuk 315 ribu orang, meningkat dari 12 ribu sekarang
- Meningkatkan pembiayaan pembangunan untuk keselamatan dalam negeri sebanyak 75% dari 2006-2010
(Kos program dan kemudahan tersebut diperoleh daripada Bajet 2006 dan 2007 serta RMK9)
Ini terjemahan saya untuk hasil kajian blogger muda John Lee yang dipaparkan di blog rakan Keadilan saya, Nathaniel Tan:
1990an:
- Pulau Lumut Development Cooperative Bhd (PLDCB) menjual tanah kepada Kuala Dimensi pada harga RM1.37 sekaki persegi, bahagian kedua dijual pada RM2.98 http://www.malaysiakini.com
2002:
- Lembaga Pelabuhan Klang menganugerahkan hak eksklusif kepada Kuala Dimensi untuk membangunkan PKFZ; Kuala Dimensi menerbitkan bon untuk membiayai projek tersebut, dijamin oleh Kementerian Pengangkutan http://malaysia-today.net
2004:
- Lembaga Pelabuhan Klang melantik Rashid Asari & Co, sebuah firma guaman yang tersenarai di dalam panel Kuala Dimensi, untuk menguruskan jual beli tersebut. Rashid ialah Naib Ketua UMNO Kapar http://www.malaysiakini.com
2004:
- Lembaga Pelabuhan Klang menyempurnakan pembelian tanah yang sama pada harga RM25 sekaki daripada Kuala Dimensi. Harga tanah tersebut melonjak dari RM95 juta pada tahun 1999 kepada RM1.1 bilion di dalam masa hanya lima tahun http://www.malaysiakini.com
Mei 2004:
- Laporan juruaudit negara mendedahkan harga sebenarnya ialah RM1.81 bilion (termasuk faedah 7.5 peratus). Di dalam perjanjian tambahan dengan Kuala Dimensi, Lembaga Pelabuhan Klang menaikkan kos pembangunan dari RM519 juta kepada RM1.3 bilion tanpa sebarang penjelasan.
- Laporan tersebut memberi andaian Lembaga Pelabuhan Klang tidak dapat memenuhi RM2.9 bilion yang diperlukan untuk projek tersebut (dengan RM208 juta dari jumlah RM3.1 bilion sudahpun dibayar). Maka dicadangkan agar sebuah Suruhanjaya Pelabuhan Malaysia yang baru atau Rancangan Malaysia Ke 9 akan membiayainya pada tahun 2007, sehingga menimbulkan tuduhan satu lagi ‘bailout’ kerajaan http://www.malaysiakini.com
Mei 2006:
- Laporan Juruaudit Negara tidak menyebut Suruhanjaya Pelabuhan Malaysia. Ia mencadangkan bahawa Lembaga Pelabuhan Klang “sedang merancang mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan dengan jaminan kerajaan Malaysia di samping geran untuk membiayai projek tersebut.”
- Laporan yang sama turut mendedahkan bahawa pada tahun 2005, kos pembangunan meningkat kepada RM2.51 bilion berikutan “kerja-kerja pembangunan tambahan, yuran-yuran profesional dan faedah.” Baki daripada hutang RM4.11 bilion akan dibayar antara tahun 2007 hingga 2017.
- Pada Disember 2005, Lembaga Pelabuhan Klang mempunyai wang tunai dan deposit tetap sebanyak RM231.75 juta; lebihan selepas cukai adalah RM26.63 juta. Juruaudit negara mendedahkan ia “perlu mencari sumber pembiayaan untuk memenuhi tanggungjawab modalnya.” http://www.malaysiakini.com
Julai 2007:
- Kabinet diberitahu bahawa peningkatan kos di dalam Projek PKFZ dari RM1 bilion kepada RM4.6 bilion dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, yang perlu untuk setiap peningkatan kos melebihi RM100 juta.
- Jaminan Kementerian Pengangkutan untuk bon Kuala Dimensi ialah sesuatu yang luarbiasa, yang mana hanya Kementerian Kewangan boleh berbuat demikian http://malaysia-today.net
Tokoh-tokoh yang terlibat dengan projek ini:
1. YB. Tan Sri Dato’ Seri Hj Onn Hj Ismail
- bekas ketua PLDC Bhd
- Pengerusi Tetap UMNO Kapar
2. Rashid Asari
- Peguam untuk Kuala Dimensi dan Lembaga Pelabuhan Klang
- Naib Ketua Bahagian UMNO Kapar
3. Faizal Abdullah
- Timbalan Ketua Eksekutif Wijaya Baru Global Berhad
- Memiliki 0.8% Wijaya Baru Global Berhad shares
- Ketua Pemuda UMNO Kapar
- Menantu Onn Ismail
4. YB. Dato’ Hj Abd. Rahman Hj Palil
- Pengerusi PLDC Bhd sekarang
- Ketua Bahagian UMNO Kapar
- Exco Negeri Selangor
- ADUN Sementa
5. Dato’ Seri Tiong King Sing
- Pemegang saham terbesar Wijaya Baru Global Berhad, memegang 32.08% saham syarikat tersebut
- Memiliki 70% Wijaya Baru Holdings, yang merupakan pemegang saham tunggal Kuala Dimensi
- Ahli Parlimen Bintu, mewakili SPDP, syarikat komponen BN dan rapat dengan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud
6. Tan Sri Dato’ Paduka Dr Ting Pek Khiing
- Memegang 1.36% Wijaya Baru Global Berhad. Isterinya Puan Sri Datin Paduka Wong Sui Chuo memegang 0.27%
- Watak di belakang Empangan Bakun, rapat dengan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud
7. Datuk Azim Zabidi
- Pengerusi Kuala Dimensi
- Bendahari UMNO
8. Chor Chee Heung
- Dilantik ke Lembaga Pengarah Wijaya Baru Global Berhad pada 23 April 2004
- Pada 19 April 2007, beliau memegang tampuk Lembaga Pelabuhan Klang
- Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan 1995-2000 dan timbalan menteri di dalam portfolio lain sehingga beliau meletak jawatan pada 2004. Pada tahun berikutnya, beliau tewas di dalam percubaannya menjadi Naib Presiden MCA dan bersara dari politik


Terima kasih, saudara Nazmi, atas komen anda. Syabas atas terjemahan saudara, dan juga perkiraan saudara yang sememangnya menunjukkan betapa jijiknya pembaziran dan penyelewangan wang rakyat yang telah berlaku akibat PKFZ ini. Rakyat wajar sedar bagaimana wang mereka sedang diambil secara terang-terangan!
Dan memang betul sekali apa yang saudara kata – pekikan yang begitu kuat mempertahankan DEB tidak pula terdengar apabila wang yang boleh memanfaatkan ribuan keluarga Melayu yang teramat memerlukannya dipergunakan sebegitu rupa. Di manakah kepimpinan dan kewibawaan mereka apabila rakyat memerlukannya?
Dusta, semuanya dusta semata-mata.
August 19th, 2007 at 12:07 am[...] have to agree that there are other important discussions – like the PKFZ (thanks to Nik Nazmi for the translation), the mismanagement that led to the bus tragedy, the Nuri helicopters scandal, [...]
August 21st, 2007 at 5:41 pm