Masalah Disiplin antara Guru dan Pelajar

29 Jul 2007 | Current Affairs | by | 54 Komen

Pepatah Melayu menyebut, yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.

Akhir-akhir ini kita melihat laporan media yang agak merisaukan mengenai hubungan antara guru dan pelajar. Minggu lepas tentang laporan pelajar-pelajar di Sarawak didenda dengan direndam. Kini timbul pula laporan bagaimana di Johor seorang guru dicekik pelajar.

Sememangnya suatu kerangka baru diperlukan bagi menggariskan bidang kuasa guru di dalam mendisiplinkan pelajar, agar guru mempunyai ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan pada masa yang sama tidak menyalahgunakan kuasa tersebut.

Sebagai seorang pelajar asrama saya sendiri biasa didenda dan mendenda (di dalam had-had yang tertentu). Tetapi situasi hari ini sudah berubah, sikap ibu bapa yang menyerahkan anak mereka kepada guru untuk diperlakukan apa sahaja asal tidak meninggalkan bekas mungkin sukar dicari.

Namun kerangka undang-undang dan peraturan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah ini. Perkara pokoknya ialah membina perasaan hormat dan sayang-menyayangi antara guru dan murid dengan cabaran hari ini.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang kepada guru-guru untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka. Kadangkala ibu bapa terlalu campur tangan, sehingga guru gagal menunaikan tugas mereka dengan baik. Apabila timbul musibah atau keputusan anak mereka tidak baik, guru juga dipersalahkan.

  • Lancastria

    I am no fan of Hitler but given how wild kids today have become, maybe we should do things the way he did – send the kids off to some military training camp.

    Make stricter regulations on having kids. Most Malaysians tak tahu (or tak mahu) jaga anak. Kenikmatan bersama mahu, bertanggungajwab dengan hasil hubungan tu tak mahu. What else explains the rise of social ills among our youths and divorce among the elders?

    I truly believe that given the way Malaysians behave the best form of government for them is a dictatorship.

  • Hazri

    Saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara yang membezakan antara “peraturan” dan proses membina rasa saling menghormati dan menyayangi sesama guru dan pelajar. Hakikatnya, nilai-nilai positif ini boleh dipupuk melalui peraturan, terutamanya peraturan-peraturan yang berbentuk tidak formal. Di sekolah saya sendiri umpamanya, wujud pelbagai peraturan yang harus dipatuhi pelajar dan menjurus ke arah sikap menghormati guru, sebagai contoh, apabila pelajar bersua dengan guru khususnya dalam kampus sekolah, pelajar diwajibkan mengucap selamat atau memberi salam kepada guru meskipun bukan guru yang mengajar mereka. Mereka yang enggan mematuhi tidaklah dihukum, tetapi diberi teguran secara sopan atau kadangkala disindir oleh guru tersebut apabila beliau sendiri yang mengucap selamat atau memberi salam kepada pelajar berkenaan. Ini secara tidak langsung menggalakkan interaksi tidak formal antara guru dan pelajar, berbeza dengan halnya hari ini yang mana baik guru mahupun pelajar kerap bertembung namun menganggap seolah-olah masing-masing tidak wujud, sekaligus menyukarkan interaksi dan akhirnya, kepercayaan dan kefahaman antara satu sama lain agak susah dipupuk.

  • http://aput.vox.com Aput

    I think this is a gray area topic.

    I currently have a brother in Kuala Nerang, and he was recently brought to face the disciplinary board because he didn’t post a passport sized photo on his dorm room door card.

    From what I’ve heard, he simply asked the warden for an extension, seeing as how he did not have a photo with him, and nor was it listed anywhere that he should have one ready.

    For this, he was told that he was insolent, and that he had to face the disciplinary board.

    How very educational. Speak up against loopholes and you get punished.

    In the case of our educational policies, I wish to simply point out a simple fact. We are no longer living in a world where students respect teachers simply because they’re teachers. Nowadays, teachers and seniors alike can only garner respect by showing respect, and this is something that our Education Ministry (both of them), and our society refuse to cater for.

    We have teachers who asked the female students to squat in a pond for flushing a sanitary pad, the same act that caused flooding in a hospital which then dripped into a cafeteria.

    Nobody even thought about asking where this actions stems from.

    And then, we have students wishing to choke the teachers to death for being reprimanded. Why? What level of loathing towards teachers or adults in general do you have to have to do such acts?

    Nobody asks.

    Students will lash out at teachers when they themselves have been a victim of such acts themselves. So when a student asks his juniors in the RAF academy to drink sewage water, one has to wonder why people have reached such a level of depravity.

    And, trust me when I say we cannot blame this one on Fear Factor.

  • man

    Pelajar-pelajar zaman sekarang terlalu dimanja.Klo setakat kena rotan dan rendam itu perkara biasa bagi saya.Ibu bapa pun terlalu memanjai anak-anak mereka.Klo terlalu manja sangat anak-anak tidak perlu hantar anak-anak ke sekolah… xde siapa pun nak usik dan pukul.Saya ni pernah jadi pelajar sekolah dulu tapi sikap pelajr sekarang terlalu kurang ajar dan bila kena pukul sikit repot kat ibu bapa.Apa ni tak matang lansung.

  • bell

    pelajar sekarang memang manja, namun mendenda mereka di atas kesalahan mereka bukanlah satu cara yg baik. pd pendpt saya, guru2 tdk sptutnya mngenakan denda yg sedemikian, sebaliknya, denda yg wajar di beri ialah sprti khdmat kaunseling ataupun denda yg lebih berfaedah seperti kelas tambahan, menyalin nota sehingga lengkap. wajar juga apabila guru kaunseling membuat perjumpaan antara ibu, bapa dan anak (pelajar) yg bermasalah. apabila guru2 mendenda pelajar sprti merotan dan merendam pljr, pljr tdk semestinya akan berubah mnjadi baik, sebaliknya mereka akan memberontak kerana maruah mereka seperti di perolokkan. saya sendiri seorg pelajar, walaupun saya tdk pernah terlibat dgn mslah disiplin(pgwas), tetapi saya lgsung tdk berpuas hati dgn tindakan displin yg dikenakan oleh guru2.
    ………………………………………………….

  • Van Huizen

    Malaysia akan menghadapi masalah disiplin yang lebih kronik pada masa yang akan datang.

  • noons

    Kesilapan sebenarnya berlaku di mana-mana sama ada guru, murid-murid/anak-anak atau pun ibu bapa sendiri. Semua institusi juga ada tanggungjawab masing-masing iaitu institusi keluarga mahupun institusi sekolah. Kekurangan dan kepincangan dalam institusi itulah yang membunuh potensi dan kepercayaan murid/anak hingga mereka hilang rasa hormat dan membalas dalam bentuk perilaku yang negatif.

  • wak

    nak komen, paealar nie perlu di beri peluang, tetapi andai dengan kata-kata jer, saya rasa dia orang akan bertambah jemu…
    rasa hormat kepada guru semakin luntur…..
    itu yang paling penting untuk di bincangkan…
    kalau rasa hormat tu ada macam zaman mak ayah kita…
    masalah disiplin dapat di hindar….

  • http://- arlesfa aina

    salam,mgkn akunyer komen agak terlalu lewat tuk dbaca tapi aku ingin memperkatakan bahawa bukan semua ibubapa memanjakan anak secara membabi buta ….adakala guru2 yang membabi buta terhadap murid apabila memarahi murid dan kesan murid jadi menyampah dan meluat dengan perangai guru.aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sebagai pendidik,aku sering melihat dan menilai dari setiap sudut.wahai warga pendidik,andai kerjaya itu tidak mahu kau sandang……usahlah jadi pendidik…

  • http://- arlesfa aina

    jangan lupa setiap pelajar yg kita hadapi setiap tahun adalah berbeza daya pemikiran dan kecekapan minda.ada yg lemah,lembab dan bodoh.ada juga yg cerdik,bijak dan pandai.harus diingat tugas kita sebagai pendidik,jangan biarkan pemikiran pelajar yg berada di tahap “c” terus menjadi “D”….tetapi harus dididik agar mencapai “B”.

  • milo

    bgi pndpt sye…ibu bapa yg harus main peranan yg penting..sye pon student gak so sye tau la cam ne perasaan pelajar2 lain..bgi sye pelajar bukan dimanjakan tetapi sikap ibu bapa zaman kini yg bersikap lepas tgn terhadap anak sendiri,tak habis2 salahkan guru..padahal guru sanggup berkorban untuk mengajar anak2 termasuk sye di skola…

  • http://www.niknazmi.com Bro Z

    ntah la.. sekarang ni mcm2 kejadian boleh kita dengar. seorang guru haruslah mempunyai sikap mendidik dan bukannya sikap mengajar. mendidik adalah tugas yang mulia kerana lebih berpaksikan kepada keluhuran hati. berlainan pula jika mengajar. mengajar hanyalah untuk melepaskan tanggungjawab@ sekadar berkerja untuk menerima gaji bulanan. niat ini akan mempengaruhi pemikiran guru berkenaan lantas akan mempengaruhi tingkah laku guru berkenaan.dendaan yang dilakukan juga haruslah tidak keterlaluan. cukuplah berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. banyak lagi cara lain yang lebih efektif untuk menarik minat pelajar untuk membuat kerja sekolah atau tiak melanggar displin. ada guru yang tidak perlu menggunakn dendaan, paksaan, dan kebengisan untuk menakutkan pelajar dan membuatkan pelajar akan menurut perintahnya. bagi pengalaman saya, ada seorang guru saya dahulu yang tidak memukul pelajar, namun pelajar menghormatinya tidak kira pelajar berkenaan bermasalah atau x. ini jelas menunjukkan bahawa guru berkenaan tidak perlu menggunakan dendaan sebagai langkah untuk mendisplinkan pelajar. namun semua ini terserah kepada guru tersebut untuk melakukannya megikut keselesaan mereka. selain itu juga, pelajar pada zaman sekarang memang ‘manja’. sikit-sikit report kat family. sebenarnya bukan salah pelajar, tetapi family pelajar. mereka menganggap bahawa guru adalah orng gaji bagi mereka yang membuatkan mereka boleh memarahi ikut suka hati mereka sedangkan apa yang dilakukan oleh guru berkenaan adalah menjalankan tugasnya . lainlah jika perkara yang dilakukan oleh guru berkenaan melampaui batas. disebabkan anak mereka hanya kena rotan atau tarik telinga, family ini sanggup membuat laporan polis dan mrnggunakan kekuasaan mereka untuk menghancurkan guru berkenaan. mereka perlu sedar, setiap apa yang mereka lakukan itu adalah sesuatu perkara yang bakal menghancurkan kerjaya guru berkenaan. maka bagaimna beliau hendak menyara keluarga beliau jika dibuang kerja? tidakkah mereka memikirkan bahawa adakah guru berkenaan menyara kehidupan ibu bapanya yang sakit@cacat?saya pun pernah melaui semua ini. sebagai pelajar sekolah lelaki sahaja, dendaan yang ‘keras’ adalah perkara biasa. namun jika kita hendak mengatakan bahawa hanya anak orang yang berada sahaja yang ‘manja’, maka tanggapan itu salah. ini kerana pelajar di sekolah berkenaan terdiri dikalangan golongan keluarga elit. peguam, hakim, dan macam-macam lagi. jika kita sedar, kejadian ini semakin lama semakin menjadi. adakah ini sudah menjadi trend bagi family pelajar? saya bukanlah menghalang tindakan yang diambil oleh keluarga pelajar atau menghukum mereka, tetapi adakah akan wujud displin jika anak mereka terus dimanjakan sebegitu rupa.

  • masri

    not just student that should respect teacher, teacher also should respect the students. cuba kita fikir cam orang negara maju, pihak yng ramai perlu dihormati. student ngan cikgu sapa lagi ramai?

  • bujang kelana

    assalamualaikum, guru adalah manusia,yang punya hati dan perasaan.dalam mendidik guru sgt menyayangi anak didiknya.dan sdh pastilah setiap guru itu mahu aak didiknya menjadi manusia.mendidik manusia untuk menjadikan manusia bukannya mudah,kadang2 byk kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh anak didik, ditegur,dilarang oleh guru, tetapi tidak dipedulikan, malahan semakin banyak kesalahan yang dilakukan oleh anak didik seolah2 mempermainkan guru. sepatutnya apabila murid melakukan kesalahan,guru boleh bertindak sepontan merotan atau mendenda murid atas kesalahan yang telah mereka lakukan.tetapi sekarang ini, guru tidak boleh mendenda murid,dan kadang2 menyebabkan guru memendam rasa atau makan hati,dan akhirnya apabila kesabaran tidak dapat dibendung lagi,maka guru akan mengambil tindakan yang lebih keras,dan semestinyalah ksalahan akan diletakkan keatas guru. guru tidak akan semudah itu melakukan denda dan hukuman sekiranya kesalahan yang dilakukan oleh murid tidak diulang2.kadang2 guru rasa tercabar dan dicabar. dalam mendidik kita perlu mengenakan hukuman apabila murid melakukan kesalahan.

  • azma

    Susah menjadi seorang guru sekarang ni…memang betul kita perlu saling hormat menghormati sebagai seorang manusia tetapi selalunya pelajar merasakan setiap teguran guru itu tidak berguna dan hanya ingin memarahi mereka sahaja. Cuba renungkan…ibu bapa akan marahkan anak mereka kalau perbuatan mereka salah, sama juga dengan guru…mereka tegur kerana mereka ingin menjadikan pelajar mereka yang terbaik, kerana rasa sayang dan tanggungjawab.

  • http://www.yahoo.com isyirah

    hmmm…saya sorang pelatih guru di IPGM.mmg btol…pelajar sekarang lebih aktif dari pelajar sebelum ini.mmg 1 cabaran yang cukup besar bgi sya jika sya mjadi guru slpas ini.tpi ini mrupakn tggungjwb sya jga sbagai pndidik kpd ank nusa bngsa.wlaupn plbagai tomahan yg dberi kpd guru2 di mlysia,namun kta hrus pndang ke hadapan dan positif.tanpa guru siapalah kta sekarang.wassalam…..

  • http://www.yahoo.com beY_bie

    mmg x dpt dnafikan bhwa tugas mjdi sorang pndidik bkn sng.sya sorang guru pltih dri IPGM di kuala lumpur.wlaupn sya blm mgajar lgi,tpi sya tlah sedar akn ksusahan dlm mdidik plajar.lbih2 lgi plajar zaman kni lebih pintar & lebih aktif..oleh itu,tugas kta sbagai guru,kita harus bsedia dari segi fizikal dan mental.kuatkan semangat dlm mdidik anak2 bngsa kta…

  • jaclyn

    masyarakat sering mempersalahkan guru tanpa mengambil tahu apa yg sebenarnya berlaku.memang tak dinafikan ada segelintir guru yg tak dpt membendung perasaan amarah mereka dgn kelakuan pelajar, seterusnya memberi hukuman yg tidak wajar ke atas pelajar tersebut.namun masih ramai guru yg sanggup berkorban wang dan masa utk mendidik anak2 ini tanpa rasa jemu pn.smpkan masa utk diri sendiri dan keluarga pn terpaksa diketepikan.yer, mmg mcm stereotype bunyinya, tp ini lah kenyataannya.tp saudara-saudari harus igt, pelajar2 sekarang bkn pelajar2 dulu.skrg semuanya advance selari dgn peredaran masa.yg kurang ajar pn ramai.sedangkan zmn kita dulu, menghormati guru sama lah spt kita hormat ibu bapa kita.tp skrg, teramat lah sedih situasinya.dan satu perkara yg ingin saya tekankan, kami warga pendidik memikul tugas yg berlainan dgn profesion lain. kami berhadapan dengan jiwa remaja yg sentiasa memberontak. bkn seorang dua, tp beratus-beribu. cuba renungkan situasi kami.dan takkan pernah ada guru yg tak inginkan pelajarnya berjaya.

  • latifah mohd

    saya amat bersetuju dengan anda yang menyatakan pelajar sekarang makin manja…ini terjadi mungkin kerana pengaruh persekitaran yang mana turut menjadikan pelajar itu sendiri terbuai-buai dengan perasaan ingin diberi perhatian…kurangnya kasih-sayang turut memjadikan mereka kurang memberi perhatian dalam membentuk jati diri yang unggul..

  • http://www.google.com arshad

    saya rasa yang kerajaan perlu bagi krusus untuk para guru mengenai disiplin dan hukumanya.

  • hazIM

    asalamualaikum……kpd kawan2 yg bce ni sye ucpkn SELAMAT HARI RAYA N SELAMAT MEMBACA……..sye pun pena jd plaja…bg sye ibu bapa dan guru x prlu dipersalahkn tetapi salah sye sndiri….awk tau x abg ijat 2 encem…….hehehehehehe

  • hazIM

    YANG JAUH DIDOKEKKAN,
    YG DOKEK DIGHAPATKN,
    YG GHAPAT KITO ERATKAN,
    YG ERAT LU PIKIR AR SNDIRI.

    ANAK DARA DITEPI MUARA,
    DIMANA ANAK DARA?????

  • toek

    pd pndpt sy hukuman rotan patut di jalankan.tetapi biarla kena pada tempatnya.sekiranya pelajar iu selakukan kesalahan perkara pertama yg erlu di lakukan adalah dengan memberi amaran terlebih dahulu..sekiranya tidak di hiraukan pelajar itu haruslah di bawa berjumpa dgn kaunselor..namun jika pelajar tersebut masih melakukan kesalahan yg sama maka di sinilah hukuman rotan patut di jalankan..tetapi di ingatkan sebelum seorang guru itu menjalankan hukuman merotan pelajar tersebut haruslah di beritahu kenapa & mengapa dia diperlakukan sedemikian agar pelajar tersebut menginsafi kesalahannya & tidak akan timbul rasa dendam dalam hatinya…insyaallah mudah-mudahan

  • pai nikiqe

    Salam.. saya seorang yg bertugas dalam sistem pendidikan dan saya rasa wujud perbezaan displin dikalangan pelajar berdasarkan pendekatan yang diambil. saya pernah ke sekolah kebangsaan jenis cina di negeri x untuk mengaturkan aktiviti ceramah. Para pelajar memberi hormat (tunduk kepala) kepada pelawat bermula dari luar kawasan sekolah. Dengan hanya disebabkan oleh perbezaan pakaian yang saya dan rakan saya pakai serta pelekat kenderaan. Jadi, terpulang pada kita bagaimana hendak mencorakan personaliti para pelajar kita. Kerana terbukti bangsa lain berjaya melakukannya…

  • azim

    Kalau tegur sindir boleh jalan tak apelah, aku rase cikgu memang x suka merotan. Tapi nak wat mcm mana bdk makin kurang ajar. Kadang-kadang nie mak bapak yang lebih-lebih manjakan anak. Anak jd gelap skit sebab masuk sukan pun marah cikgu, padahal anak dia yg beria-ia nak masuk. Jadi lu pikirlah sendiri.

  • http://myspace kasih

    pelajar sekarang tidak manje.tapi bagus.jd tidak payah merotan ,memukul,dan lain-lain lagi…….

  • zaitun bt drahman

    Anak saya berumur 9 tahun dan bersekolah di sekolah yang sama dengan saya. Ada seorang guru ni, dia memang gila rotan, kerjanya asyik nak rotan murid je. Ke sana ke mari bawa rotan panjang walaupun dia bukan guru disiplin. Berbagai aduan sudah dibuat oleh ibu bapa, tapi dia memang kebal. Semalam dia buat hal lagi sebab dalam peperiksaan UPPM 3, markah matematik bawah 75% dia sebat 4 kali sampai lebam buntut, termasuk anak saya sbb anak sya dlm golongan yg sederhana. Sebenarnya dah banyak kali anak saya kena sebat dengan dia sebab ni dan kerja rumah salah. Sepatutnya kalau jawapan salah tak payah le sebat, suruh buat pembetulan sampai 10 pun tak pe… saya tak bertindak sbb saya fikir saya guru kat sana, apappula kata cikgu lain nanti?? Tapi dah hilang sabar dan naik angin sbb anak saya baru baik drpd demam , dtg seklah dh disebat sampai lebam2, gila ke cikgu ni?? Saya terus report penolong kanan petang dan harap beliau ambil tindakan yang sepatutnya. Tak tau lah apa tindakan pentadbiran selepas ni. Apa pun saya akan bertindak dgn cara saya sendiri (Report Polis)jika tidak ada tindakan dibuat.

  • babyvox

    disiplin para pelajar di malaysia semakin teruk.buli dan kasalahan seksual tidak pernah suruh,malah makin menjadi-jadi. sebagai pelajar seharusnya mempunyai jati diri dan akidah yang baik, selain mendapat bimbingan dari ibu bapa dan guru.

  • mira93

    pada pendapat saya, pljr pada zaman skg ni t’lmpau d’manjakan sgt.tetapi dengan cara mengenakan rotan bukanlah satu cara penyelesaian yang terbaik. kata2 yang lembut dapat melmbutkan hati yang keras tapi kata2 yang kaasar dapt merosakkn hati yang lmbut spt sutra .Pepatah melayu ad mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya , tapi klu kita lihat ibu bapa skg ni , mereka anggap beri kemewahan , harta sudah cukup tapi kebahagian dan tanggungjawab? ini lah silapnya ibubapa tapi kita tidak boleh tunding jari kpd ibubapa saja, anak2 yang berumur 10 tahun ke atas mungkin boleh menilai mana yang baik mana yang buruk. tak mungkin itu pun mahu d’ajar? dalam islam pun ada kata anak2 yang berusia 7 tahun wajib d’didik jadi bila besr nanti tidaklah besar kpla.

  • cikgu yg puas ati

    ibu bapa yg bermasalah menghasilkan anak yg bermasalah….
    bila di sekolah anak-anak inilah yg mendatangkan masalah kerana kurang perhatian di rumah. namun terlebih perhatian juga mengundang anak-anak yang bermasalah…. kerana ibu bapa defend anak tk tentu pasal, sehingga anak mereka buat salah ibu bapa akan defend mereka.
    guru-guru juga yg serba tk kena….. kalau didenda, kuatir ibu bapa buat report… klu dibiarkan, seolah olah mkn gaji buta.
    setakat kena lempang… rotan, kena rendam… ibu bapa nk serang cikgu. apakah cukup bijak ibu bapa seperti ini?
    seburuk-buruk mane cikgu itu…., pasti inginkan Objektifnya tercapai diakhir pembelajaran. maknanya mereka inginkan anak2 murid mereka jelas dan faham ape yg diajar. didikan akan tercapai melalui hubungan baik pelajar dengan cikgu…
    kesimpulannya ibu bapa mesti membuat hubungan baik dengan sekolah umumnya dan dengan guru khususnya. apabila wujud hubungan baik maka akan timbul kerjasama dan seterusnya wujudlah rasa hormat-menghormati sesama insan.
    tapi memeng benar, guru-guru yg tk enjoy dgn murid2 atau selalu merungut dgn tugas bersama pelajar, lbh baik jgn jadi cikgu!

    profession guru sungguh menyernokkan kerana :
    1. hari2 buat presentation depan student.
    2. setiap hari berdepan dengan pelbagai jenis murid spt yg pandai, bnyk tanya, malu, loya buruk, nakal…
    3. tngk keputusan pelajar meningkat, cikgu sama happy… sebaliknya cikgu susah hati.
    4. bile time ngaja tk pyh serius sngt nanti pljr boring…. so cikgu lambat skit tua, kurang stress.
    5.cikgu mcm artis…. sbb pljr perempuan trutamanya memerhati pakaian cikgu…. cantik tk cantik, motivasi utk cikgu jgk..

  • bani

    hantar pelajar yg bermasalah menjalani latihan kententeraan di kem-tentera…supaya mereka mengenal erti kehidupan.

  • anita

    sy sekarang sedang menghadapai masalah dengan guru disiplin di salah sebuah sekolah di petaling jaya. Saya sungguh tak faham kenapa seorang guru disiplin sanggup menakut-nakutkan pelajar dengan mencekik leher pelajar menggunakan besi kaki meja yg dibengkokkan. Mungkin kerana pelajar tersebut masih kecil tak berani melawan dia diperlakukan sedemikian rupa? Siapa yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada anak2 semasa disekolah jika bukan guru apatah lagi seorang guru disiplin? Bukankah guru disiplin dipertanggungjawabkan untuk mendidik kearah kebaikan dan bukannya menjadi “KEPALA KAKI BULI” di sekolah!!Dimana letaknya perasaan peri kemanusiaan seorang manusia? perkara ini berlaku 3 minggu lepas sy tidak mengambil apa2 tindakan terhadap guru tersebut sbb fikirkan mungkin itu semua berpunca drpd kesalahan anak sy sendiri walaupun pd saat tersebut sy amat marah akan tindakan guru tersebut yg melampaui batasan. Tetapi hari ini!! anak saya pulang dengan memberitahu guru tersebut sekali lagi menyepak kaki & kepalanya. Adakah saudara saudari rasa saya patut berdiam diri?? kesabaran ada hadnya… tindakan guru tersebut terlalu melampaui batasan.. aduan telahpun sy kemukakan kepada pengetua sekolah dan sy akan menyusul dengan aduan ke kementerian pendidikan…guru-guru sebegini memang tak layak untuk dihormati apatah lagi diambil bekerja sebagai guru!! di harap kisah sy akan menjadi teladan kepada semua ibubapa serta guru2….

  • allai

    saya sgt setuju dgn tndakan puan. Kalau rotan x
    tinggal kesan x pe..kita tak kisah sgt. Bukan nya kita pun open minded juga,kita faham mgkn anak kita pun buat salah. Ni dh melampau, dia ingat anak kucing ape, saya rasa guru bermasalah mcm ni yg patut diberi kaunseling trlbh dahulu.. Atau jdkan juru latih dkt zoo, biar dia latih rimau ke singe ke…bukan belasah budak bawah umur.Cuba jadi kat anak dia, mau dia tak melenting… cakap memang senang, semua orang kata kita(ibu bapa)yang salah,sbb manjakan anak.Kalaulah perkara itu terjadi pada mereka, saya rasa dia pun akan buat macam tu juga..

  • rasid

    Mmg ada setengah guru skrg tidak ada skill,tanggungjawab,mls dan tidak berwibawa.Menjlnkan tugas krn terpaksa rutin harian bkn memikul amanah. Sama juga dgn anak perempuan saya yg baru2 ini dimalukan dihadapan kawan2 dan guru sekolah di perhimpunan.Tanpa guru ini membuat siasatan dan bukti anak saya telah dituduh ditangkap khalwat.kesalahan anak saya krn ponteng sekolah dan dia dilaporkan ditangkap khalwat di luar sekolah pada siang hari ditempat umum oleh seorg penduduk yg mereportkan kejadian tersebut kesekolah keesokannya.Dgn tanpa siasatan dr pihak sekolah terutama guru displinnya,anak saya telah dipanggil kedlm bilik displin bersama beberapa guru yg lain dan guru-guru ini yg namanya pendidik kononnya telah mengucapkan kata-kata berbau lucah kpd anak saya didengari oleh guru yg lain dan disambut kegembiraan dan ketawa oleh guru berkenaan.Inikah atitude guru-guru yg diamanahkah tanggungjawab mrk?Dan tanpa siasatan lanjut guru displin ini tlh menjatuhkan maruah anak saya.Maruah dia sbg gadis islam dan pelajar.Bagaimana anak saya hdk menghadapi tuduhan ini sedangkan dia tidak bersalah .Anak saya masih remaja dan dia berhak utk teruskan hidup dia dgn aman.Saya amat menyesal dgn tindakan guru ini dan saya telah membuat aduan kpd guru besar sekolah.tapi bila saya membuat aduan, baru pihak sekolah hendak membuat siasatan.sedangkan anak saya tlh pun dihukum.Mmg betul jika ini berlaku pd anak guru tersebut baru dia tahu bagaimana tindakbls dr dirinya sendiri ,lainlah kalau dia bukan manusia yg ada hati dan perasaan.Geram,marah ,kecewa dgn tindakan guru ini bkn utk diri dan maruah saya sbg ibu kpd anak saya tetapi kesan ini akan mencalitkan dan menggangu jiwa anak saya dimasa skrg dan akan dtg.Semoga ALLAh menyedarkan guru berkenaan krn menuduh org tanpa bukti besar balasannya nanti……

  • Henry da great

    zaman sekarang kerjasama antara ibubapa dengan guru semakin kurang terutamanya di sekolah yang berada di kawasan bandar.Saya memerhatikan Satiap hari ibubapa akan menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan bahawa anak mereka akan belajar dan berkelakuan baik. Anak memberi salam dan senyuman dgn ibubapa sebelum masuk ke dalam kelas.. semasa berada di hadapan ibubapa murid/pelajar ini akan berusaha bersungguh-sungguh menunjukkan perangai yang terbaiknya kerana takut akan diketahui oleh ibubapa tentang kelakuan sebenarnya semasa di sekolah. Apabila berada di sekolah murid /pelajar ini berkelakuan amat pelik kerana berubah sekelip mata menjadi seorang yang amat berlainan. membuli rakan, bergaduh dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran, melakukan perkara yang tidak bermoral. ia telah menjadi tanda tanya kepada saya mengapa murid ini berelakuan seperti ini sedangkan semasa bersama dengan ibubapanya murid in adalah seorang yang amat patuh dan baik. mengapa??? perkara ini amat memeningkan setiap insan yang bergelar sebagai seorang guru. Apabila guru berbincang dengan ibubapa murid tersebut tentang masalah anaknya ibubapa tersebut hanya mengangguk-angguk kepala. tetapi apabila berada di belakang ibubapa tersebut menyumpah nyumpah guru tersebut kerana menegur kesalahan anak mereka.( tidak percaya pada penjelasan guru)sebaliknya menyebelahi anak mereka. mereka seperti tidak percaya hakikat yang anak mereka berkelakuan tidak baik semasa berada di sekolah. mereka lebih mempercayai penjelasan anak mereka daripada penjelasan seorang guru. Mereka tidak menyiasat atau bertindak menegur kesalahan anak mereka menyebabkan keesokan harinya anak mereka semakin berkelakuan teruk… ini kemunkinan akan menyebabkan kebanyakan guru terpaksa mengabaikan tanggungjawabnya mendidik murid ini kerana segala teguran dan nasihat langusung tidak diendahkan malah mempersendahkan guru tersebut..ini benar-benar menguji kesabaran kita sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan. nak denda x boleh-kerana saman menunggu(makamah), nak tegur x berkesan. siapa lagi yang bertanggungjawab untuk mengubah kelakuan mereka..???? ibubapa tidak memberi kerjasama dengan berbincang secara baik dengan guru sebaliknya menanamkan dalam hati jiwa mereka bahawa anak mereka berkelakuan baik kerana mereka sentiasa berkelakuan baik semasa di rumah… wahai ibubapa yang mempunyai persepsi seperti sedarlah bahawa ini tidak akan membantu anak-anak kita untuk menjadi insan yang berguna…usahlah cepat melenting apabila guru menegur masalah anak anada. kepada guru-guru berusahalah wujudkan hubungan yang baik dengan ibubapa kerana ini akan membantu kita membentuk anak-anak bangsa yang berkualiti di masa akan datang.

  • thanaletchumy

    di dalam sekolah guru-guru tidak memukul pelajar apabila mereka perbuatan salah dan biarkan.memberi kasih sayang banyak.10q

  • Pingback: Endang Swastyaskuningsih » Blog Archive » “KODE ETIK GURU INDONESIA”()

  • guru kini

    setiap kesalahan mesti ada hukuman. Terdapat pelbagai bentuk hukuman yang boleh diberi kepada pelajar kini. Bila nak bercakap mengenai hukuman, kita perlu meneliti secara waras dan bukan cakap secara sewenang-wenangnya. hukuman rotan yang dikenakan kepada pelajar bukan untuk menyakitkan atau membalas dendam kepada pelajar. sebaliknya ia adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya akan menimbulkan rasa takut serta peraturan sekolah itu tidak diperlekeh sewenangnya.. Setiap pelajar mempunyai sikap yang berbeza. Semua pelajar tidak sama. Ada pelajar yang kita perlu memberi mereka khidmat kaunseling, nasihat dan seabagainya. ada pula yang diberi rotan. Tetapi sebelum diberi rotan perlu dahulu diberi nasihat secara elok. Apabila sudah melampau perlu diberi rotan. Selepas itu baharulah diberi sesi kaunseling. Peringatan saya setelah kita memberi hukuman kepada mereka, kita perlu pujuk dan memberitahu kepada mereka mrngapa huluman itu dikenakan kepada mereka. Akhir sekali baharulah mereka ketahui setiap kesalahan pasti ada hukuman dan tidak sewenangnya mereka melakukan kesilapan.cara ini bukan sahaj boleh digunakan untuk murid, tapi untuk anak juga

  • Razali Ismail

    Cadangan untuk guru:tuan-tuan jalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.Jalankan tugas secara profesional seperti doktor jalankan tugas di hospital di mana kalau pesakit itu “mati”tak ada siapa pun akan pertikai sebab prosedur telah dipatuhi.Dlm kes sebagai seorang guru kalau pelajar itu tak jadi “orang” pun jgn peduli asalkan prosedur dipatuhi.Ibu bapa sekarang tak kisah pun anaknya tak jadi orang asalkan jangan mati. Kata-kata “guru adalah pendidik” adalah khayalan semata-mata sebaliknya “guru tugasnya bagi anak kami pandai sbb kami tak ada masa buat kerja itu”.Gaji kamu adalah cukai kami.Kalau rasa tak tahan kena buli oleh ibu bapa cari kerja lain yang lebih sesuai.

  • Puan J

    Jiran saya aka seorg guru telah menuduh anak saya yang berumur 8 tahun mencalarkan keretanya yang di parking di depan pagar saya. Walaupun dia tiada di situ ketika kejadian, hanya mendengar bibiknya melihat kelibat anak saya dari dalam rumah tetapi ketika dia bersoal jawab seolah-olah dia berada di dalam kereta. Sedangkan ketika itu anak saya bersama bibik kami (saksi kami)ada di luar rumah menunggu van sekolah. Dengan bangganya dia mengaku dia guru displin sekolah.

    Sepanjang 2 tahun kami hidup berjiran dia dah kira berapa kesalahan anak saya lakukan seperti cabut pokok dia, tutup kepala paip dia. Maka dia yakin 100% anak saya yang calarkan kereta. Dengan gaya cuba menakut-nakutkan dia telah berkata bahawa setiap perlakuan anak saya di sekolah dia tahu dari A-Z (sedangkan dia bukan mengajar di sekolah yang sama). maklumat diperolehi dari guru sekolah anak saya. nama anak saya siap masuk mesyuarat displin. Katanya lagi sekali seorang tu buat silap dia akan “MARK” sampai bila-bila. Sebab budak yang buat salah ni tidak akan berubah. Dia tahu siapa anak saya. Bayangkan seorang yang digelar pendidik boleh berkata dan bersikap seperti ini. Saya ada bukti 1- bibik saya sebagai SAKSI dan CCTV saya bagi membela anak saya.
    Semua ini tidak diterima olehnya kerana pada dia dia benar. Anak saya tiada pun kes di sekolahnya. Sejak itu saya semakin hilang hormat kepada guru. Memang susah nk jumpa pendidik. Mereka hanya makan gaji, dan menganggap mereka paling bagus. Sikap ramah, mesra kepada kami langsung tiada. Muka dipandang ke arah lain sekiranya berselisih.
    Jadi jangan salahkan ibu bapa, guru seharusnya di hantar kursus menyedarkan diri bahawa amanah yang dipikul adalah bagi mendidik dan melahirkan anak bangsa bukan bertindak macam polis dan peguam. SYOK sendiri.
    Kementerian Pelajaran perlu menghantar jemaah nazir bagi memantau guru disekolah-sekolah kerana mengajar sambil lewa tetapi petang/malam nak buat kelas tambahan dan minta bayaran.

  • Puan J

    Tahukah anda seorang guru itu tertakluk kepada peraturan dan tatacara bagi menghukum murid. Sedangkan tidakan menjelirkan lidah kepada murid pun sudah dikategorikan salah laku apatah lagi dihukum berdiri atas kerusi, junjung kerusi, lari 1 padang, cubit, rotan. Sila2la cari maklumat berikut suapaya kita sebagai ibu bapa tahu apakah hak anak kita.

  • ummu

    assalam puan… tergerak hati saya untuk menulis sedikit di sini…entahlah saya pun rasa macam puan rasakan jugak tentang guru2 zaman sekarang ini…Begini ceritanya, smlam anak, saya & suami saya dipanggil kesekolah…tapi bukan untuk di marahi..tapi untuk diberi hadiah saguhati pemberian sekolah Alhamdullilahlah..kerana mndapat kejayaan cemerlang seterusnya mengharumkan nama sekolahnya lah yee… dalam PMR2011 lalu..anak saya, mendpt tawaran keselkolah SBP..baru seminggu dia berhijrah kesekolah baru ini….selesai abis mengambil hadiah…saya memanggil anak saya dan kawan2nya yang sama2 mendapat hadiah itu pergi jumpa guru PKHEM ,kebetulan sedang bercakap dgn seorang ibu murid sekolah itu…tetapi perckapan guru ini cukuplah tidak sedap didengar….cakap dengan kuatnya tanpa memperdulikan org sekeliling mendengarnya, seolah dia cakap dia lah yang betul..jadi kita kena dengar apa yang dia cakap….anggok angguk kepalalah siibu ini…. cara nya itu bleh memalukan ibu murid itu…padahalnya murid itu adalah murid yang terbaik,berdisplin…bukannya murid2 yg tidak menghormati guru…. murid yang mendapat straightA’S…Pada mulanya saya rasa macam ..errmmm malaslah nak jumpa guru ni!!!!beredar je lah…..tetapi disebabkan kita mempunyai rasa tanggungjawab bagi pihak anak2 ini.. berterima kasihlah pada guru,hormati guru kerana mendidik anak2 kita sehingga berjaya…..Selesai je guru ini bercakap dgan siibu itu saya membawa anak2 ini terus bersalam, memeluk guru trsebut..mengucapkan ribuan terima kasih kami…padanya…!!!! Tahu apa dikatanya….”Anak2 ini semua pandai2 ..IQ bijak…tapi.budi pekerti tiada…bila ternampak guru di tepi jalan..bukannya nak tegur guru…lari dari guru…mereka ingat guru x nampak….macamana hendak menjadi orang yang berguna pada masyarakt dan negara….saya jadi macam…eh eh…apa anak aku macam itu kah??? saya terus tanya guru ini….adakah budak2 ini melayan cikgu sebegitu….Dia menjawab belumlah lagi…tp saya ingin memberi nasihat pada mereka supaya mereka tidak jadi begitu!!…Beginikah nasihat yang sepatutnya diberi…belum lagi kesalahan dilakukn hukuman dah diterima….saya rasakan guru ini!!!! selama ini saya ada mendengar komplain dari ibu kepada anak kedua saya dulu…guru PKHEM ini mulutnya cukup berbisa..jgn lah di adu adukan apa2 masalah anak2 kepada nya..dia bukan nya menyelesaikannya..tetapi dia akan mencanangkan satu sekolah…alasannya utuk memberi contoh kepada murid2 yang lain….saya rasakan guru sekarang seolah2 tidak mempunyai moral..mcmanalah nya mereka mendidik anak2 kita,macammana lah anak2 hendak mendengar kata!!!…..hal2 rumah tangga mereka pun dibincangkan didalam kelas didepan murid2….mcm2 anak saya balik ceritakan tentang guru2 sekolahnya, kita dengar dan beri nasihat kepada anak2 kita!!.mana yang baik kita terima, mana yang tidak elok kita nasihatkan!!…ada yang buat anak2 kita mcm babu mereka….Pelik2 betullll….Alhamdullilah kita sebagai ibubapa kita jadilah guru yang terbaik dirumah..mend idik anak2 kita,,,kadang2 saya rasakan didikan kita dirumah lebih lagi baik dari disekolah…ibubapa pun kena lah memberi sepenuh perhatian kepada anak2…semasa dirumah..supaya seimbang dalam mendidik anak2..Jangan lepas tangan kepada guru sahaja….kerana guru2 ini pun mcam ibubapa juga..punya keluarga..harus diberi perhatian…Cadangan utuk menghantar guru2 pegi kursus….buang masa saja..sebelum mereka diterapkan ke kementrian pendidikan mereka telahpun diberi pengetahuan sepenuhnya tentng kerjaya mereka….hanya guru yang tahu tanggungjawab mereka sebagai guru sahaja yang menjalankan tugasan guru dengan betul…dan yang menjadi guru hanya untuk makan gaji saja itulah yang banyak sekarang….Guru adalah pekerjaaan yang mulia disisi Allah…Kamu akan di tanya dihadapan Allah kelak…Ilmu yang aku beri, jalan apakah yang kamu gunakan…Kalau jalan yang membawa kepada kebaikan manusia..kamu selamat..kalau sebaliknya…Jawab lahhhh

  • Planetaquapets_lin

    adakah salah saya membiarkan tindakkan seorang guru sek,ren,keb,hicom,shah alam,selangor,melemparkan buku latihan kelantai kemudian menyuruh anak saya memungut seperti seekor anjing dihadapan semua pelajar lain,kemudian jika ada pelajar yang berkomunikasi dengan anak saya dirotan.beliau juga menjadi guru kepada anak saya dari tahun 2010 sehingga kini berterusan memanggil anak saya orang miskin dimana-mana sahaja dikawasan sekolah.

  • Ani251073

    Kita sudah maklum bahawa jalan itik dan ketuk ketampi dharamkan dlm apa jua aktiviti sukan maupun mendenda pelajar2 melakukannya.Hari ini saja anak saya dan kwn2nya didenda jln itik oleh cikgunya oleh sebab salah faham kerja sekolah sahaja.saya tahu anak saya tak perna mengabaikan kerja sekolahnya disebabkan dia mengikuti tarian yg pihak sekolah sendiri telah maklum mengenainya.Anak saya sampai menggeletar kaki disebabkan tindakan bodoh seorang cikgu lebih baik cikgu merotan drpd mendenda pelajar jalan seperti itik.Cikgu yang mendenda itu mengajar di SMK DESA CEMPAKA NILAI….Saya minta PPD Seremban pantau cikgu2 yg suka mendenda murid2 sekolah dengan jln itik dan ketuk ketampi.

  • hamba allah

    semuanya bukan salah guru mahupun salah pelajar..mmg ptut guru menghukum pelajar tp bukan dgn kekerasan..renungkan….

  • lalala

    haha..ko ckp mcm ko 2 guru..blah al…

  • Qibtiyaahmad

    Puan, jangan terlalu kejam menilai dan menghukum semua guru kerana sikap jiran puan. Memang kami golongan makan gaji dan kami amat sedar tanggungjawab kami. Kementerian sentiasa menyediakan pelbagai kursus untuk kami. Mungkin puan yang perlu pergi kursus membetulkan minda. Berat tuduhan tu puan, kami tidak mengajar sambil lewa, Sekurang2nya kami mendidik pelajar kami dan tidak cakap ikut sedap mulut saja.Rasanya, tanpa ajaran dan didkan seorang bernama guru atau pendidik, puan pun tidak tahu nak tulis komen di ruangan ni. Renung dan fikirkanlah. Gunakan akal yang dikurniakan secara RASIONAL bukan EMOSIONAL    

  • Sarah_asy

    dripada guru lah kita kenal A, B, C..klu kita x hntar anak ke sekolah…menghadap guru…adakah kita rasa kita boleh mendidik, mengajar anak kita mengenal A B C.. mungkin boleh menegnal A B C..tp selebih nya boleh ke?

  • Mercy_vaviva

    i love you

  • Mercy_vaviva

    thank you for your information~
    this is really helpful~

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main