Masalah jenayah yang makin parah

13 Jul 2007 | Current Affairs | by | 5 Komen

Situasi jenayah di negara kita semakin menjadi-jadi. Kini banyak perumahan elit mengiklankan bahawa mereka memiliki kawalan keselamatan persendirian, dan banyak lagi taman perumahan tanpa kemudahan tersebut memilih untuk mengadakan perkhidmatan keselamatan mereka sendiri sama ada jaga di jalan masuk, rondaan dan lain-lain lagi cara bagi memberi sedikit kelegaan kepada penduduk mereka.

Tetapi bagaimana dengan rakyat Malaysia yang tiada pilihan ini? Dan meskipun dengan kawalan tinggi tersebut, ia masih belum sempurna, dan kita terdedah kepada jenayah apabila berada di luar.

Bagaimana menyelesaikannya? Pastinya bukan mudah, tetapi memerlukan pendekatan menyeluruh:

a) Memperkukuhkan institusi-instutisi sosial dan organisasi masyarakat misalnya keluarga, tempat ibadah, persatuan penduduk untuk memainkan peranan di dalam menyokong masyarakat membendung jenayah

b) Mengatasi masalah ekonomi khususnya pengangguran dan kemiskinan yang menyumbang kepada timbulnya jenayah

c) Meningkatkan hukuman tegas untuk jenayah serius dan bagi golongan pencegah jenayah yang terbabit dengan kongsi-kongsi gelap

d) Menambah bilangan polis khusus untuk membanteras jenayah

Bagi memperkenalkan langkah-langkah ini memerlukan keazaman politik yang tinggi. Dalam situasi di mana Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sering tuduh-menuduh tentang penglibatan di dalam rasuah dan penjenayah, adakah PM kita berani menunjukkan kepimpinan tegas dalam menyelesaikan masalah ini?

  • Pury

    Semua nak cari jalan mudah nak dapat duit.Alang kan graduate pon byk menggangur,ni kan plak org biase yg takde sijil apa².
    10 kes jenayah,yg kene tangkap mungkin 1 je.
    Selamatkan lah tanahair ku

  • http://maddruid.com Hafiz

    Heh. Jenayah banyak tapi sempat lagi tahan Nat.

    Obviously, the police has some priority problem.

  • http://www.jeghui.blogspot.com jeg

    saya amat berdukacita tentang laporan pembunuhan yang semakin berleluasa. mungkin kita terlalu taksub dengan ide-ide barat mengasihani penjenayah lebih daripada yang teraniaya?

  • http://www.niknazmi.com Nik Nazmi

    Sebagaimana kes Nathaniel Tan telah membuktikan, isu hak penjenayah di Malaysia masih perlu ditekankan kerana sering diperlekehkan pihak berkuasa. Selama enam jam keluarga Nat tidak tahu di mana beliau berada dan di atas tuduhan apa beliau ditahan. Ini cukup serius.

    Yang perlu ialah meningkatkan bilangan polis, mengetatkan hukuman khususnya untuk jenayah-jenayah berat dan mengatasi masalah sosial dan ekonomi yang sering menjadi punca jenayah. Seperti kata-kata Gordon Brown yang dipopularkan Blair, ‘Tough on Crime, Tough on the Causes of Crime’.

  • Malaysian

    Saya sering mendengar dan membaca berita jenayah,perkosa…umpamanya malaysia sudah tiada lagi keadilan dan keamanan hidup.Mengapa kerajaan harus membelanjakan berjuta atau berbilion ringgit utk projek sedangkan rakyatnya sendiri sedang dihantui keamanan hidup.Kalau ke balai polis buat report,renungan pegawai bagaikan rutin harian,dimanalah semangatnya?semua perut buncit,mungkin kalo disuruh menangkap penjenayah pun ada masalah.apa yang mereka tahu adalah rasuah untuk kereta yang tiada lampu brek,tayar sudah haus…itu saja.sangat mengecewakan.Pemimpin sudah memberi tugas dengan sepenuh hati,tetapi tiada kerjasama.apa boleh buat ????

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main