Utusan hari ini menerbitkan rencana mengenai pembelian kapal selam Scorpene.
Saya tidak mempersoalkan keperluan membeli kapal selam untuk mempertahankan kedaulatan perairan negara, apatah lagi dengan pembelian kapal selam oleh Singapura.
Tetapi strategi bawah laut ini menimbulkan persoalan di atas darat. Di sebalik pembelian dua kapal selam pada harga RM3.4 billion, wujud pembayaran komisyen RM530 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd., syarikat kepunyaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang kini dituduh membunuh Altantuya Sharibu. Apakah kepakaran yang ada pada Abdul Razak Baginda di dalam pengoperasian kapal selam?
Rakyat Malaysia berharap persoalan di atas darat ini akan terjawab.

