Sokong Kenaikan Gaji 20% untuk Polis

25 Mar 2007 | Current Affairs | by | 81 Komen

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini dilaporkan cadangan kenaikan gaji polis melebihi 20% daripada kakitangan awam lain.

Saya rasa cadangan ini amat bagus, memandangkan anggota polis kita menerima gaji yang cukup rendah buat masa ini. Insya Allah langkah ini akan bantu meningkatkan martabat polis, mengurangkan kadar rasuah serta memperbaiki prestasi mereka.

  • j.s

    nak adil semua bagi naik gaji. Sapa kata gaji polis n tentera kecil. dah besar dah. Bagi orang yang bukan kerja polis dan tentera nilai ijazah dah tak bernilai sbb gaji dah kecil berbanding polis n tentera. bukan nak mengata bukan semua polis kerja teruk ada gak polis yang posting kat kampung releks beb. yang siksa tu kerja kat bandar. Tak kisahlah pasal tu. Gaji polis n tentera kan dah naik hingga 55% dulu. orang berijazah 10% je. Baik tak payah ambik ijazah. tak da nilai. So nak adil semua kakitangan awam bagi naik gaji.

  • Penjaga Bumi Allah…

    Assalammualaikum….sya wargakerja PDRM secara jujur dan ikhlas menyokong pendapat tuanx / puanx…yg penting keje polis tk sama ngan jabatan2 lain….klu nk ckp polis mkn rasuah..org yg cetek pemikiran je berkata mcm tu..ingat..tk semua ambil rasuah..tp yg sedihnya org yg bg rasuah yg beria2 nk bg..lps tu bangga dgn mengatakan “aku” bg rasuah kat polis..aku sdiri tiada off masa bekerja diopis..hari2 keje beb..tugas dan tanggungjawab punya psl…Hidup PDRM

  • ojen

    salam..mmg spatutnya gaji tuk apr ni di naikkan…why?ssbnya klu apr ni xda, org atasan ni dpat wat keja?aku bg contoh keja2 brat yg dibuat oleh apr…
    1. sjr
    2. smua jenis ops
    3. terima repot
    4. menyiasat
    5. serbuan
    6. rondaan
    7. kawalan(jaga aman)
    8. eskot
    9. bit, (klu kene bit jalan kaki plak) bayangkan………………
    dan macam-macam lg keja berat….
    x banyak pun xpa janji dapat menambahkan sdikit pndapatan apr ni….

  • sam

    kita semua ada pendapat masing2… ada setuju dan tak… tapi saya rasa bagus jugak gaji polis ni naik, dengan syarat rasuah tak berlaku… tapi saya rasa kenaikan gaji polis ni dalam masa kurang 3 tahun dah dua kali revised… kalau indeks rasuah dikatakan turun apa buktinya? saya rasa masih macam tu jugak… kalau polis nak marah suka hati la… tapi saya percaya masih lagi berlaku…

    ye la polis kerja siang malam… tapi ada jugak servis lain yg kerja siang malam… tapi org tak nampak je… kalau musim bencana mmg la polis ni sepatutnya jadi komander utk selamatkan org, tapi jgn lupa tentera, kebajikan, pejabat daerah, rela, jpam dll lagi pun bagai nak gila jugak kerja… tp kalau nak tahu kebanyakan tempat, polisnya cuma takat hantar anggota sorang dua ambik laporan je… makan minum kat tempat operasi, lepas tu belah macam tu je… baik pegawai sampai la anak2 buah yang secalit dua ni… bila ada lawatan org2 besar hebatla diorg… mula la ke depan, jadi hero tunjuk kata buat kerja…

    kalau nak cerita pasal diorg ni banyak lagi la… bukan nak cerita yg buruk je, baik pun banyak… tapi yg buruk2 ni senang sgt nampak… so lepas ni, kalo dah naik gaji jadi la profesional setimpal dengan gaji korang tu… jangan nak menunjuk je, kereta tukar sport rim la, angkat superbike baru la, jam mahal2, renovate rumah kalah tokey besar, melepak kat golf club tiap2 hari, businessman pun tak sanggup buat mcam korang buat…

    tapi takpe, dah rezki korang, bunya aku cakap pun macam dengki je, takla dengki sangat cuma jealous je pasal aku pun keje kerajaan tapi tak penah pun merasa kenaikan gaji sehebat korang… apa2 pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada…

  • Zulbestari

    Elok kiranya semua kakitangan awam yang lain juga menerima kenaikan gaji yang sama sepertimana diperolehi oleh kakitangan PDRM ni. Bukankah kita semua kakitangan kerajaan 1Malaysia?…dimanakah keadilan?… kenapa polis sahaja yang dapat?..

  • gaban

    assalamualaikum…kepada j.s..
    saya sokong kalau gaji polis tidak dinaikkan…
    dengan syarat:-
    1.kerja 8 jam sehari.
    2.lepas 8 jam claim overtime.
    3.kerja lima hari seminggu.
    4.cuti umum balai tutup/kalau keja triple pay.
    5.elaun syif di bayar.
    ada sapa-sapa nak tolong tambah………

  • http://wan@yahoo.com pejuang

    mgm patut gaji polis naik..keja 24 jam..bahaya ada dimana2.

  • http://wan@yahoo.com pejuang

    Aku setuju sangat kata2 ojen tu mgm btl tu sapa yang mau ganti tugas Apr..apa pun saya harap gaji tetap naik secara b’peringkat2..

  • rakan cops

    aku cukup marah bila orang cakap polis makan.rasuah… setahu saya polis tidak akan meminta untuk di beri rasuah.selalu nya orang yang buat salah yang merayu minta tolong sanggup menawarkan ganjaran yang lumayan.dalam kes ini yang sepatut nya di salh kan bukan nya polis.sebaliknya orang yang menawarkan sogokan.jika anda pandai jawab soalan saya ini.
    soalan nya:
    1) kenapa kamu bagi wang kepada polis?
    2)jika anda rasa tidak bersalah polis nak tangkap atau saman, kamu mesti terima jika tak puas hati mahkamah kan ada.jgn salah kan orag lain cermin diri dulu.dan renungkan sebab apa kamu memberi sogokan kepada polis.
    kesimpulan nya yang memberi lebih buruk perangai nya dari yang menerima.

  • rakan cops

    kesian kat polis… aku pun pelik rakyat malaysia niee… bila org salah mati atau cedera di sanjung2
    tapi bila anggota cedera atau kematian di dalam tugas .. ada tak masyarakat yang ambil tahu…

  • rakan cops

    kepada jiran sedara polis… mungkin jiran kau tue buat pinjaman bank rakyat … ker aper ker kau mana tahuu….tak baik fitnah org… dosa besar tauu… org yang suka fitnah nie org yang munafik.. kau nak jadi munafik ker jiran sedara polis.. nanti perut kau lagii besar mcm buyung tempat kuah laksa

  • http://bluevirgolady.blogspot.com/ birU

    salam. saya setuju gaji polis dinaikkan. mmg kerjaya polis ni semakin mencabar dan bahaya. cuma disebabkan nila setitik habis susu sebelanga dan kadang2 polis sepatutnya berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk sesetengah pihak.( ragam politik)
    tapi saya juga faham, polis, tentera semua mengikut perintah, apa lagi org2 bawahan yg jadi mangsa..

    apa2 pun anggota2 sendiri tahu dan faham siapa dan dimana dia kan?

    semoga berjaya naik gaji
    dan menaikkan maruah polis di mata kami,
    heeeeeeeee

    http://bluevirgolady.blogspot.com/2010/02/polis-vs-tentera.html

  • Penjaga Bumi Allah…

    Mereka-mereka yg tk tau je pandang remeh-temeh keje polis…biasa la..tau komplin jeeee…klu tk tau keje polis jgn nk mgata lebih2…apa2 masalah polis jg yg diorg cari…itu la ini la…mau di cakap bodoh ada yang marah lak nti…tp yg penting org tk ada akal dan tk pernah berterima kasih ngan polis akan kata yg pelik2…

  • KUNDANG

    SAYA TERKILAN DENGAN KENAIKAN BARU2 NI. ADAKAH PATUT KENAIKAN GAJI DIBERI KEPADA INSPEKTOR DAN KE ATAS SAHAJA DAN ELAUN ITKP DINAIKKAN KEPADA POLIS BERPANGKAT SJN DAN KEATAS SAHAJA.
    INGAT KONST, L/KPL DAN KPL NI TAK KERJA KE?
    ATAS2 TU TAU SIGN JER TAU, BAWAH2 NI YANG KERJA MACAM KULI BATAK. APARAA….

  • shah86mhdshahwadi@gmail.com

    aku mmg sokong gler gaji polis naik
    org2 kt luar 2 x taw
    kdg2 depa mkn nasi tp polis mkn mii mgi jee
    pikir2 la
    aku pon pnah rasa mkn roti cnai air ksg je
    tmbh2 hdup bndr bsar mcm kl..bt nk mtk rasyu smpati..stahu aku gaji polis lain2 ngara,lg bsr dari mlsia..anda sbgai rkyat yg ingin keamanan n ksjahteraan,tlglah sokong knaikan gaji polis..ktaorg ni bkn smua dr golonbgan org berada beb..tp aku pcya,,ngara kta ada budu bhsa yg tgi..so sama2 lah kta sokong knaikan ngaji polis ni..hidup malaysia!!!!!!!!

  • sakurachan

    Assalammualaikum,kalau naikkan gaji polis tu biar la setimpal,sekurang-kurangnya 2k.sy keje swasta ni gaji 4k pun x cukup.bf sy baru ditugaskan di Marang,terengganu sbg konstabel.sy nk ajak dia kawin tp dier ckp tunggu ekonomi dier stabil.umur sy 28 thn, bf sy 22 thn,bile la kami akan kawin kalau gaji polis x naik2.kasihanilah saya:(

  • http://www.knocknockruthere.blogspot.com/ mocca

    helo kundang…
    hah?? betul kah pangkat2 rendah ni tak kena naik gaji? macam konstabel tu tak naik gaji ka? cuma inspektor dan yg atas1 saja naik gaji?? pleaseee…jawab la soalan saya ni. saya ingatkan semua pangkat dalam polis naik gaji…. :( (

  • oka

    kalau tak ada penerima rasuah tak adalah rasuah, jd pemberi dan penerima rasuahlah sama2 bodoh. Tengok kat utube banyak video rasuah.

    aku setuju gaji polis naik..tahniah, memang setuju sangat, tapi kan lagi bagus kalau semua kakitangan awam naik gaji, dahlah thn 2007 kenaikan kakitangan awam ada ijazah ke atas kenaikan kecik je, mcm tak ada. Baik tak payah belaja tinggi2 sebab ilmu dah tak berguna utk dinilai.
    NAIK KAN SEMUA, memang semua rakyat malaysia menghadapi masalah ekonomi yang tak stabil.
    apa makna RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN dan 1 MALAYSIA. sebab tu lah malaysia lambat maju sebab rakyat tak dihargai sumbangan mereka. sy sbg guru pun merasa beban ini, berulang-alik ke tempat kerja 100km kat LUAR BANDAR setiap hari (tiada rmh sewa, sewa pun kos lagi besar dari belanja minyak)=LUAR BANDAR(bukan kws pedalaman-tak ada elaun @ cola) bayangkan, belanja minyak dapat beli kete sebijik)terpaksa keluar modal sendiri plak tu untuk keperluan mengajar murid, ada ke terfikir perkara ni, sedangkan pendidikan kunci kemajuan dan kalau pendidikan sempurna jenayah akan kurang, tunjangnya adalah guru, jadi hargailah. Kalau orang lihat polis keja pakai kete dan kerajaan ada berek, tapi cuma mereka tahu kesusahan mereka, begitu juga kakitangan awam lain.. jgnlah dibezakan..
    ini dari persepsi guru, tapi begitu juga kakitangan awam lain, semuanya ada sumbangan, jangan melihat sebelah mata sahaja, bayangkan kalau tiada guru apa akan jadi, bayangkan tiada kerani apa akan jadi, bayangkan kalau tiada bomba apa akan jadi, bayangkan kalau tiada tentera atau apapun apa akan jadi, pasti huru-harakan. Jadi harap kerajaan pertimbangkan kenaikan utk kakitangan awam lain dan kawal harga barangan ( luar bandar barang2 jauh lebih mahal berbanding bandar, mungkin org ingat luar bandar ni semua orang kaya, org miskin semua kat bandar- ada otak fikirlah rugi kalau tak guna. jangan sampai rakyat rasa dijajah bangsa sendiri. lagi satu elaun rumah bagi lah logik sikit sebab orang bukan tinggal kat reban ayam.

  • Nobita

    Amboi kau Hishamuddin, kemain lagi ek…mase ko pegang Kementerian Pelajaran x plk ko naikkan gaji cikgu, bl dh tukar kementerian sibuk nk pikir naikkan gaji polis…ms Pak Lah naikkan gaji kakitangan awam, polis dh dpt lbh dr kakitgn awam yang lain..
    yennadey…yg korang bising2 gaji kecik la, gaji sikit la, 2 base pd basic jer, cuba korang plus dgn elaun2…humak aih! gaji x padan dgn keja…
    Kita g balai wat report pasal jenayah bkn diorang nk ambil tindakan pn…kes yg kita lapor terperam je…
    huh nyampah aku dgn polis ni….

  • Penjaga Bumi Allah…

    assalamualaikum…ruangan ni bkn utk dengki mendengki tp utk memberi pandangan..bg sya kerja Polis tk sama ngan mana2 jabatan Kerajaan di Malaysia…cuba anda fikir..mana jabatan Kerajaan yg buat keje seperti Polis yg meliputi semua bidang penugasan..Kenapa gaji Polis perlu dinaikan? Ini kerana skop kerja dan tanggungjawab lebih besar. klu lain-lain Jabatan skop kerja hanya dihujung jari je…fikir2kan lah….

  • man

    salam,sya nie 1 mac masuk pulapol d kuching sarawak….sapa yg berpengalaman tulang la bg nasihat n pendapat yg baik2 ma sya n sokongan.

  • MAx

    memang bagus gaji polis naik.tapi ada kah patut sarjan ke atas je yg dpt.sebagai wakil kawan2,saya membantah sekeras-kerasnye isu kenaikan yg tidak adil sebegini.mana boleh..!!! org bawah wt koje,org atas yg untung.ape ke hea sume ni Yop..? ini tidak adil…!!! ini membawa kesan buruk kepada nama PDRM.yelah,smua org awam dan kakitangan2 kerajaan yg lain menganggap semua warga PDRM mendapat kenaikan gaji itu.walhal,org atasan polis je yg dapat.cbe tuan2 bygkan,orang yg hidup tanpa kaki susah utk kemana-mna.gitu jugak PDRM.kalu bukn anggota bawahan yg wa koje,mne kan ada kemajuan pgwai2 atasan.lu org pk la sndiri…!!!

  • dom daya

    Saya setuju betul dengan pendapat En.Zulbestari. Kita kakitangan kerajaan lain pun memberi sumbangan besar kepada negara…asyik2 polis ja naik gaji. dah lah banyak kemudahan lain diberi. kerja kurang..anggota mereka banyak…tapi kita kerja dari 8 hingga 5 petang..mana keadilan 1 Malaysia.. a total failure lah.

  • http://..... MAx

    wahai kwn2 semua,minta maaf banyak2 ae.kenaikan gaji polis ni,bukan sumenye telibat.pgwai atasan je yg dpt kenaikan bermula dari pngkat sjn keatas laaa.golongan APR dari konstabel-koperal kebawah ni,habuk pun xda.mang la spesis2 yg lain ni setuju ats kenaikan gaji tu.sebabnya dorg2 sume2 tu dadlah pangkat sarjan ke pepe ke…tu yg setuju giler tu. mapuh gii arh…!!

  • http://..... halim

    saya tidak setuju kenaikan tidak adil.!!! mapuh mikeh..

  • http://isukenaikangaji max

    kami daripada wakil golongan apr,rasa tidak puas hati atas kenaikan gaji yg hnya di berikan pada pangkat sarjan keatas.ini tidak adil.!! mana buleh,apr penat2 buat krja,org atasan yg naik gaji.ni kes,lembu punya susu,kambing dapat nama.saya bantah sekeras2nya yang arif…!!!

  • Adie

    Aku sokong gaji polis dinaikkan…berapa banyak pun x kesah…hahaha…tau x pasal apa..?bila gaji polis naik gaji tentera juga pasti akan dinaikkan..hohoho…sapa kerja lebih atau tidak bukannya persoalan sebab masing2 ada tanggungjawab masing…apa agensi lain nak kata pun lantaklah…ada kiteorg kesah…janji gaji naik…hahaha..!!!!

  • Polisimus

    Penjaga Bumi Allah…:

    assalamualaikum…ruangan ni bkn utk dengki mendengki tp utk memberi pandangan..bg sya kerja Polis tk sama ngan mana2 jabatan Kerajaan di Malaysia…cuba anda fikir..mana jabatan Kerajaan yg buat keje seperti Polis yg meliputi semua bidang penugasan..Kenapa gaji Polis perlu dinaikan? Ini kerana skop kerja dan tanggungjawab lebih besar. klu lain-lain Jabatan skop kerja hanya dihujung jari je…fikir2kan lah….

    …..wak lu….oiii lu pikir tugas Polis Marinne dah kurang sejak ade APM, Kuasa Pencegahan Dan Tangkapan penyalahgunaan dadah AADK dah buat… kerja polis dah…..kurang…. gaji lebih-lebih bagi…..Anak mas betul…Selesai ke rasuah kalau gaji polis naik…..lupikirlah sendiri..

  • Polisimus

    rakan cops:

    aku cukup marah bila orang cakap polis makan.rasuah… setahu saya polis tidak akan meminta untuk di beri rasuah.selalu nya orang yang buat salah yang merayu minta tolong sanggup menawarkan ganjaran yang lumayan.dalam kes ini yang sepatut nya di salh kan bukan nya polis.sebaliknya orang yang menawarkan sogokan.jika anda pandai jawab soalan saya ini.
    soalan nya:
    1) kenapa kamu bagi wang kepada polis?
    2)jika anda rasa tidak bersalah polis nak tangkap atau saman, kamu mesti terima jika tak puas hati mahkamah kan ada.jgn salah kan orag lain cermin diri dulu.dan renungkan sebab apa kamu memberi sogokan kepada polis.
    kesimpulan nya yang penerima lebih buruk perangai nya dari yang memberi…hehehe

    nawaitu…..tu penting ….ini siap ade ayat berbunga ….kita orang 4 orang kerja ni…hehehe..

  • mansor bin ahmad

    Wahai semua sahabat PDRM bersyukur apa yang ada kalau kenaikan gaji diberi, kita kena sentiasa bersyukur, ini adalah rezeki dari Allah SWT kepada kita, Tolonglah bersyukur…kita yang minta kerja bukan kerja yang minta kita, walaupun pun teruk kita menjalankan tugas tapi ianya tanggungjawab serta amanah pada kita, saya dah masak dengan kesusahan penugasan dahulu, tapi tetap tabah menghadapinya sehingga kini.

  • m_run.angler

    alhdlah,syukur dengan rezeki yg mrka2 smua dpt.klu ya pun buat penyelarasan gaji,biarlah perpada.kenapa perlu pula 1 kemnterian dimalaysia,menwar-warkan budget yang diberikan untuk dibelanjakan oleh kementerian tersebut harus dan perlu dijimatkan agar capai sasaran cecah 50% sahaja,sdangjan smua tahu kos yang diprlukan lebih dari itu agar rakyat dimalaysia hidup sejahtera.Amin.
    marilah kita bukak pintu hati kita smua,berdoalah agar kita semua dirahmatinya selalu dan diberikan kesihatan yang baik,mungkin itulah ubat yang paling mujarat kita ada yang perlu kita amalkan dan praktikan bagi mnjmatkan kos kerajaan untuk mngubti pskit.dan mulai hari ini,saya seru pada rakyat mlsia agar bersama-sama kita amalkan gaya hidup sihat,mungkin dengan cara ini,perbelanjaan boleh dijimatkan lagi.
    renung-renungkan dan selamat beramal.

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main