Gurindam Melayu

15 Jan 2007 | Personal | by | 32 Komen

Gurindam merupakan sejenis puisi Melayu. ‘Gurindam’ itu sendiri berasal dari perkataan Tamil. Ini satu contoh gurindam lama yang indah:

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba,
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak menggigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di ujung bendul
Terdenyut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang.

Kan indah Bahasa Melayu? Jangan lupakan kekayaan budaya kita!

  • http://maddruid.com Hafiz

    is there a rule in writing gurindam?

    I can’t find any consistent pattern in it. Most lines have four words but some have five with syllables of between 7 and 10.

  • http://www.niknazmi.com Nik Nazmi

    Scholars debate whether there is a rule (stanzas consisting of two lines that rhyme) or as this gurindam is a good example of – there is no fixed rule.

  • Amoun

    Salam… Khazanah budaya seantero manusia mmg kaya dengan misteri yg tak terjangka akal minda… I like the words being used in this poem ;) Lama tak baca perkataan FAJAR SIDIK hehe

  • mhm

    is gurindam our version of sonnets?

  • Mr Sheath

    Assalamualaikum.

    Saya dari dulu lagi minat dengan gurindam ni.

    Masa sekolah menengah, pernah baca gurindam ni. Rasanya yang ni ada dalam sebuah buku, entah dah lupa nama, berwarna merah dan nipis. Dalam buku tu juga ada pantun, syair dan sebagainya. Ada siapa-siapa masih ingat nama buku tu? Saya ingat, bila balik Malaysia nanti nak beli lah buku ni, buat simpanan supaya dapat kadang-kadang belek-belek, insha Allah.

    Ada orang boleh syorkan buku-buku koleksi sajak-sajak yang macam ni?

    Sayang, di Malaysia saya sendiri tidak sempat menghargai karya-karya klasik bahasa Melayu sebab bidang ini tidaklah amat ditekankan, kecuali bagi pelajar jurusan sastera ataupun yang belajar Bahasa Melayu di peringkat STPM. Sepatutnya pelajar jurusan sains patut diberi lebih banyak pilihan untuk turut sama mengkaji lalu menghargai warisan bahasa kita. Adakah ini salah polisi sekolah ataupun polisi kementerian pendidikan?

  • aizat

    Malay-Indonesian is apparently the 9th most widely spoken language in the world. More popular than French. Its curious why I’m writing this comment in English though.

  • http://amerhadiazmi.blogspot.com amerhadiazmi

    Nik, I think you must’ve known Cikgu Azmi Ali right? Everytime I think about gurindam, I somehow remember him.

    Haha.. Why oh why..

  • http://www.niknazmi.com Nik Nazmi

    Yes, of course I know Cikgu Azmi Ali – who has been in MCKK longer than I’ve been alive!

  • farah liyana

    tak best langsung.bowing

  • m.amirul amin

    kalau boleh saya nak banyak lagi gurindam yang menarik.

  • adeq

    boleh tahu nilai dan pengajaran gurindam ini?

  • nasir

    Ada ramai orang islam yang sanggup kena gas pemedih mata kerana nak bantah matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris, tapi mereka jangan kata nak berdemontrasi, nak cakap pun tak berani pasai orang kafir nak guna nama Allah. Tahniah Taib Azamuddin kerana takut kepada Allah melebihi dari takut kepada ‘ulama’ partinya. Malangnya Taib Azamuddin bercakap atas sifat kesucian agama islam, maknanya kalau bercakap atas nama partinya tentulah terpaksa megorbankan kesucian agama islam. Kesimpulannya PAS membenarkan nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana nak undi orang bukan islam. Asfagfirullah.

  • koy

    apa makna gurindam tu yang tepatnya.dan apa bezanya ia dengan syair atau pantun,sebab sekali pandang nampak sama.

  • Ramli

    Assalamualaikum, bagaimana gurindam dilagukan?
    Boleh berikan maklumat laman web yang boleh dilawati yang mempunyai koleksi video tentang cara melagukan gurindam dan seloka.

  • http://yahoo asyraf

    kita hendaklah menjaga warisan bngsa kita

  • zuraimi

    Bagaimana gurindam dilagukan?

    Sila taip “Gurindam Guru SMK Khir Johari” di Youtube. Sangat bagus caranya dilagukan.

  • nurul

    gurindam.
    ntah,tak paham sgt but everytime dengar sure rase meremang bulu roma…

  • http://google amalina

    tak bape phm ler…. explain more

  • http://090219870 dakojon

    bisa gak beri beberapa contoh lagi?
    trims

  • http://www.yahoo.com dakojon

    ada lagi yang lain gak?

  • Baihaqi. M

    Semboyan kami anak Melayu :

    Tak kan Hilang Melayu di Bumi.
    Islam Hancur maka melayu juga akan hilang.
    Hidup Berakal Mati Beriman.

  • http://facebook fitri

    bisa mintak gurindam lagi gak

  • angah

    emmmmm….indah bahasa melayu
    kalau boleh nak lagi banyak gurindam

  • angah

    best dengar beb
    kadang indah bahasa dapat mengambarkan kesenian orang melayu…ade sape2 nak kongsi gurindam x…nei email aku…acorela@yahoo.com

  • si lisya

    woyy… ape nih?? aku nak lagu die jugak… bukan die punye lirik je…. besok cikgu suruh nyanyi dpn kelas… T_T

  • ????

    gadis melayu harus tahu gurindam melayu ni

  • Hazieqq

    maaf mengganggu.
    Saya rasa contoh yang diberikan di atas ia bahasa berirama. Itu bukan gurindan,
    Secara asasnya gurindam ditulis dua baris serangkap, dengan pengertian mudah, berasaskan sebab dan akibat.

    Contoh;
    Jika kamu banyak berkata,
    di situ banyak membuat dusta.

    jika kamu banyak bercakap,
    kekurangan kamu mudah tersingkap.

    Gurindam ini juga boleh dibaca, dilagukan dalam bentuk yang pelbagai. Tapi asasnya perlu ada. Tidak sukar membezakannya.

  • KEeLaqb

    saya nk gurindam tentang ibu…ada sesiapa yg ada x?

  • Smahadzir

    INI BUKAN GURINDAM TAPI BAHASA BERIRAMA.

  • Inuyasya_aura

    dalam lagu p ramlee pun ada ayat mcm ni “tiada kata secantik bahasa…” hehe, meremang bulu roma bila menghayati maksud gurindam, pantun, syair2 lama…banyak maksud tersurat dan tersirat..

    “luka di tangan nampak berdarah..luka di hati siapa yg tahu..”

  • Wardahmunirah

    Gurindam terbahagi kepada dua iaitu gurindam terikat dan gurindam tidak terikat. Gurindam terikat mempunyai rima yang sama dan dua baris dalam satu rangkap. Gurindam Hari Hendak Siang ini ialah contoh gurindam tidak terikat.

  • Rohanigajahmati

    saya pun rasa ini bukan gurindam. gurindam ialah puisi yang terdiri daripada 2 baris berisi dengan pelbagai pengajaran

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main