Salina: Novel Yang Menyentuh Hati

07 Dec 2006 | Books | by | 35 Komen

Saya baru sahaja habis membaca novel agung Sasterawan Negara, A. Samad Said – Salina.

Saya cukup kagum dengan kebolehan penulis menceritakan kisah kemiskinan masyarakat Melayu di zaman penjajahan di Singapura (sekitar zaman sama bapa saya belajar di UM Singapura): bagaimana sekumpulan manusia yang cukup daif menumpang hidup di pondok-pondok dan bangsal-bangsal yang asalnya kandang kambing, sehinggakan tempat tersebut dikenali ‘Kampung Kambing’.

Watak utama – Salina – merupakan seorang pelacur yang begitu kasihkan Abdul Fakar yang menjadi seolah-olah lelaki simpanannya yang makan hasil pencarian Salina meskipun tidak menghargainya. Tetapi Salina berjiwa besar. Dia memberi dorongan dan wang ringgit kepada Hilmy, seorang pelajar cemerlang untuk terus belajar. Apabila penduduk kampung mengumpat Salina, Hilmylah yang mempertahankannya. Dan juga sebuah lagi keluarga yang terdiri dari Zarina, seorang bekas pelayan, anak tirinya Nahidah yang gemar berkawan dengan Hilmy dan Sunarto, seorang pengayuh beca yang dipelihara mereka sebagai anak angkat.

Kehidupan penduduk kampung tertumpu di gerai minum dan juga di bilik mandi PWD yang diguna secara curi-curi oleh penduduk Kampung Kambing. Meskipun hidup bergelumang dengan kemiskinan, mereka juga seperti manusia lain: ada kisah cinta, dendam dan lucu (terutamanya dengan gelagat Si Bulat yang suka mengganggu kambing-kambing Kurupaya dan berpura-pura menjadi calon pilihanraya berpidato di atas kotak susu buruk kepada pokok-pokok pisang).

Kepada yang belum membaca Salina – saya syorkan ada membacanya. Kisahnya penuh tragis, tetapi bukanlah kisah stereotaip dengan watak hitam putih yang lazim kita temui. Ini mengenai keinginan untuk terus hidup disebalik cabaran zaman dan kemiskinan.

  • Mr Sheath

    Jiwang gila kisah hidup Salina… typical tapi masih jiwang bila sampai tang flashback, haha!

    Bahasa mudah, gaya penulisan mudah… mungkin hakikatnya tidak semudah itu kalau bukan kerna bakat penulisan hebat seorang Sasterawan Negara.

  • syikin yunus

    yup, salina is a tragic to the core..first read it when I was 12 – had a huge influence on my choice of reading materials. glad that u enjoyed it – not many people do.

  • http://nsds3.blogspot.com NSDS3HvLDjJd

    Malang sekali, banyak kampung-kampung seperti Kampung Kambing masih wujud di negara kita.

  • Aminah Hafizah

    Saya mulanya membaca Salina kerana terpaksa – untuk kajian sosiolinguistik. Walaupun payah, habis juga saya khatamkan. Memang banyak yang dapat dipelajari dari watak Salina dan Hilmy dan manusia sekitar mereka. Yang penting – saya jadi jatuh cinta dengan sastera Melayu selepas Salina! Baca juga terjemahan Henry Aveling yang menterjemah Salina ke bahasa Inggeris.

  • http://aidilkhalid.blogspot.com Ideal

    Yang paling menakjubkan, karya agung ini telah ditulis Pak Samad ketika dia baru berusia 23 tahun!

  • jijah

    saya pun kena baca novel ni sebab terpaksa utk siapkan assg hehe.. kalau tak memang tak kan baca nya..tapi lepas baca rasa cam sonok jugak la.. nasihat kepada diri saya, dont judge the book by its cover hehe.. dan sangat mengesyorkan kepada penggemar novel- novel sedunia huhu…

  • Salina

    Saya membaca novel salina semasa saya berumur 16,masa tu saya masih lagi dalam tingkatan 5,saya tertarik untuk membacanya kerana tajuk novel tersebut serupa dengan nama saya sendiri..Novel tersebut banyak memberikn pengajarn trhadap diri saya terutama sekali tentang semangat untuk terus hidup, murah hati, kesilapn dlm menilai insan yg dikasihi dan yg paling penting kita tidak boleh menilai insan dari luarn sj kita mesti mengenal hati budi ny,kerana kdg2 org yg mcm ni lebih mulia dari kita.Sekarang umur saya hendak memasuki 23 taun,dan menuntut d universiti Brunei sehingga sekarang saya masih lagi hafal jalan ceritany.

  • idanadia

    where i can buy that book?

  • http://www.bayuweddings.com rashidah

    masa tu baru 11 tahun, curi2 baca novel Salina sebab syarat mesti baca buku2 Enid Blyton shj. habis jugak satu buku. skrg tengah baca (entah kali yang keberapa) versi english yg diterjemah oleh Pn Hawa. perbezaan perspektif sejajar dgn umur menjadikan Salina lebih mantap dan mungkin membuahkan idea2 yang lebih segar tahun-tahun 1970s.

  • waniewunek

    kat mane nak dapatkan novel ni…
    i lov pak samad

  • waniewunek

    cerite le sampai habis………
    nak bace ni.
    citer leeeeeeeeeeeeeee

  • azura

    Salina sebuah novel yang begitu dekat di hati masyarakat

  • siti nurbaya

    ade sesape bleh tlg i x?????? i diberi tugasan utk buat assignment on novel salina…..help me

  • kyra

    pe persoalan dlm cite ni ha??

  • http://www.warungmelayu.blogspot.com rahman

    saya berumur 25 tahun.saya telah baca salina
    semasa umur saya adalah 10 tahun
    novel tu kepunyaan mak saya sebenar nya.tapi sejak dari tu saya mula berminat membaca novel dan sajak.
    saya setuju salina adalah novel yg penuh dengan pengajaran.
    penuh dengan sosio masyarakat pada masa dahulu.
    kepayahan hidup dan keperitaan perasaan.
    sesiapa yg belum membaca novel ini cari lah dan baca lah
    kerana banyak pengajaran berguna

  • ariff

    saya juga dari dahulu lagi ingin memliki novel salina..tapi masih belum berkesempatan..

  • madi..

    novel ni ada ada jual kat kinokuniya klcc atau kat kedai buku kat jalan tunku abdul rahman kl.. carila, salina lambang semangat untuk hidup…. hehehe

  • http://amiamilia jamilah ahmad

    saya baca sebab saya tahu ianya karya hebat seorang sasterawan Negara. memang boring kalau jiwa kita jiwa mudah. saya baca sekali lalu dulu. habis saya start balik. hm…touching la. tak tahu bagaimana nak buat buku sebegitu. ..tapi sayang buku tu hilang.

  • fadlishah

    karya agung a.samad said-salina-.novel ptama y saya baca ketika berumur 15thn thn1996.penulisan y benar2 meruntun hati utk hiba,berfikir ,berkhayal dan menggambarkan perasaan penulis semasa menulisnya.bagaimana hatinya fikirannya limpahan rs semasa a.samad said mengarangnya.SALINA adlh ibu bg segala novel.

  • Zainal Abidin Ali

    Entah berapa umur saya tatkala saya mula membaca novel agung ini…mungkin sekitar 80-an,jadi tertarik dan mulai jatuh cinta dengan penulis-penulis agung yang lainnya..Usman Awang, Shahnon Ahmad, Keris Mas, dan tak lupa penulis seberang Pramoedya Ananta Toer serta yang lainnya..terima kasih kepada anda semua..keranamu gemerlapan sastera melayu.

  • nita

    Novel yang baik dan memberi kesan atas keseluruhan hidup seseorang hingga ke hari ini.Tiada siapa yang boleh merubah, cuma pengasingan kesan -ve dan +ve, bergantung kepada budi bicara masing2 dalam pelenturan hidup yang makin kronik.

  • nura meruda

    Saya seorang guru yang sedang bercuti sekolah, mencari ilham untuk menulis lalu teringat bahawa saya pernah begitu teruja dengan beberapa skrip dalam novel Salina. Bersahaja tapi tajam kesannya.Dua minggu saya telah mencari novel Salina, malangnya di daerah kecil ini begitu sukar untuk mencari novel2 seumpama itu.Masih mencari…

  • aisyah barkat

    assalamualaikum.. di mana saya boleh dapatkan novel ini?? sekarang susah nak cari novel begini

  • http://www.facebook.com/people/Salina-Mohd-Nasir/1696441652 Salina Mohd Nasir

    kat maner ye nak dpt buku ni

  • Mfeetri03

    novel ni best………………….

  • S.A Zakaria

    Sy membaca Salina sudah beberapa kali – dari zaman remaja – hingga sekarang – tentu la ‘feel’ tidak lagi sama – seperti mana sy mula2 membaca nya. Cuma sy mestikan katakan sy bersetuju dgn Prof A .Teeuw ( maaf kalau silap eja ) – Alasan Salina membela Abdul Fakar – ‘a very lame excuse ‘- dan kepetahan watak Nahidah terlalu dibuat2! – dan ini ‘merosakkan’ novel ini utk calon Hadiah Nobel…

    Ada komen lain barangkali..??

  • Wan JS

    Emellah kepada helmysamad@gmail.com untuk dapatkan senaskah salina

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=668672117 Alipmim Yanun

    Salam~
    boleh tlg bagitau mcm mna sy nk dapatkn novel ni sekarang..anybody plz.. ;) )

  • Fiza_zah10

    apa tema cerita ne dan mesej yg nak d sampaikan????? sya blum baca

  • Emi Diana76

    Saya sedang mencari novel SALINA ni…..kat melaka…..siapa tahu kat mana saya boleh cari selain di kuala lumpur….sebab saya tinggal di melaka.

  • Yusuf Mustanir

    Salina memang patut dibaca oleh setiap rakyat Malaysia dan Singapura dan begitu juga dengan Interlok.

  • Azyahali

    Novel Salina, akak pernah membacanya ketika di sekolah menengah, kini akak mencari untuk membeli dan juga bagi memperkukuhkan lagi koleksi Mini Library akak. Banyak novel2 lama yang akak sedang cari seperti merpati putih terbang lagi oleh Khadijah Hashim, Badan Bertuah oleh Ismail (tak ingat nama penuhnya) serta Salina. Kalau ada harap maklumkan pada akak sbb akak nak beli….

  • dla_miamor@yahoo.com

    Ada lagi ker buku ni…cari tp x jumpa…

  • Salina Mohamed

    kt mana lg ada novel Salina ni? mana nk cari ye?

  • Sang Sapurba

    Salam.

    Saya mencari-cari ulasan novel Salina dengan tujuan untuk membuat perbandingan, di antara hasil bacaan sendiri dengan orang lain. Dan tulisan anda adalah salah satunya.

    Saya kira apabila sudah ‘tersesat’ sebentar ke dalam blog ini, suatu hal yang menarik perhatian saya dalam novel Salina ialah perihal “naik motokar ke tempat pengundian tetapi apabila baliknya berjalan kaki (?)”.

    Memang begitulah sikap pemain politik hari ini. Jika tidak beringat, tidak ketinggalan anda sendiri. Kalaupun tidak sekarang, suatu hari nanti. Semoga berjaya.

    Terima kasih

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main