Mat Rempit, Minah Karan, dll…

04 Dec 2006 | Current Affairs | by admin | 1 Komen

Saya tertarik membaca komentar Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Dzulkifli Abdul Razak di dalam NST semalam.

Beliau mengulas bagaimana masyarakat kita lebih gemar memberi label untuk ‘masalah-masalah sosial’ tanpa mencari jalan penyelesaian.

Empat puluh tahun lalu, ketika dasar perindustrian negara mula-mula dilaksanakan, masyarakat memandang rendah gadis-gadis desa yang menyertai kilang yang dikenali sebagai Minah Karan.

Mereka terpaksa bekerja di dalam keadaan yang sukar, tetapi apabila dasar tersebut berjaya ramai pihak ingin mengaku bertanggungjawab atas kejayaan tersebut sedangkan sumbangan Minah Karan dilupakan begitu sahaja.

Apa yang pasti… sebaik sahaja label-label ini hilang dari digunakan di kalangan orang awam, minat untuk isu tersebut juga berkurangan…

Tiada siapa mempersoalkan di mana akhirnya bohsia dahulu, meskipun ada yang ingin berpura-pura masalah tersebut sudah pun hilang.

Bagaimana pula bila Mat Rempit ni dilabelkan jadi Mat Cemerlang? Selesai ke masalah?

1 Komen

  1. Duagelasteh:

    Pelabelan negatif terhadap golongan belia yang tagihkan bantuan, bimbingan dan pemberian semangat sudah tentu menjahanamkan lagi masa depan mereka.

    Pihak yang berada, dan mereka yang diberi amanah membela rakyat di negara ini, perlu gigih menjalankan usaha membantu golongan ini.

    Saya kira sebahagian rakyat sudah sedar bahawa terdapat segolongan pemimpin yang tidak ada masa membela rakyat. Mereka hanya pandai membuat pidato retorik dan yang berapi-api saban tahun bagi menarik perhatian bos-bos dan anak buah mereka.

    Sekiranya perangai begini berterusan, sampai tualah kita akan terus menghadapi masalah belia yang bermasalah.

    Masyarakat Cina pun ada terdapat golongan yang malas tapi yang mahukan kemewahan seperti kaum Melayu. Tetapi budak-budak Cina itu umumnya mempunyai keinsafan pada kemudian hari, kerana tidak ada orang lain yang membantu mereka melainkan mereka sendiri.

    “Tak gerak, tak makan”. Kalau mereka tidak bergerak mencari nafkah hidup, tidak ada sesiapa atau kerajaan yang mempedulikan. Kecuali mereka mahu menggali liang kubur sendiri, mereka perlu bangun dpd khayalan dan berpaut pada mana-mana dahan ( pekerjaan/perniagaan) yang tercapai demi terus mengisi perut sendiri.

    Belia Melayu nampaknya kekurangan keinsafan seumpama itu. Saya tidak pasti sama ada mereka masih berpendapat bahawa masyarakat atau kerajaan berhutang pada mereka, dan dengan itu bertanggungjawab membela mereka….

    MEREKA BUKAN MANUSIA TAK BERGUNA

    Kita perlu betulkan persepsi kita terhadap mereka. Golongan itu bukan semuanya “tak boleh pakai”.Ramai di antara mereka yang berbakat, berakal, dan petah berpidato.

    Malangnya mereka tersisih dpd masyarakat. Entah kenapa, mereka dapati peluang mereka tertutup untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna. Maka mereka mencurahkan kemarahan mereka kepada masyarakat dengan perlakuan dan aktiviti yang negatif.

    “TRADING PLACES” dibintangi EDDIE MURPHY – 1983

    Sesiapa yang ada menonton filem Eddie Murphy tersebut akan bersetuju bahawa belia yang dilabel dengan bermacam-macam nama yang negatif itu sebenarnya berbakat.

    Jika diberi peluang, dan bimbingan yang sesuai, mereka bisa mengurus/berniaga spt orang-orang lain yang sudah berjaya dalam kehidupan.

    Maka untuk mewujudkan peluang-peluang yang bisa membangunkan semangat belia itulah kita perlukan pihak-pihak yang prihatin, berada dan berkuasa.

    Jika tidak ada pihak/pihak-pihak yang sanggup berbuat demikian, kita tidak mungkin dapat atasi masalah seumpama itu sampai hari kiamat!

PENDAPAT ANDA?