Saya akui pembacaan fiksyen saya agak ketinggalan berbanding bukan fiksyen. Nasib baik Imaan seorang yang kuat membaca fiksyen – jadi beliau dapat jugalah memberi idea apabila saya ingin memilih karya fiksyen.
Antara novel Melayu yang telah saya baca ialah karya Shahnon Ahmad (Ranjau Sepanjang Jalan), Hamka (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk dan Di Bawah Lindungan Kaabah), Abdullah Hussain (Imam), Pramoedya Ananta Toer (Perburuan) dan Faisal Tehrani (1515).
Sekarang tengah baca karya A. Samad Said, Salina. Nampak gayanya ia berserta dengan Ranjau Sepanjang Jalan adalah novel Melayu kegemaran saya.
Apakah novel Melayu kegemaran anda?

