Novel Melayu Kegemaran Anda?

28 Nov 2006 | Books, Personal | by | 35 Komen

Saya akui pembacaan fiksyen saya agak ketinggalan berbanding bukan fiksyen. Nasib baik Imaan seorang yang kuat membaca fiksyen – jadi beliau dapat jugalah memberi idea apabila saya ingin memilih karya fiksyen.

Antara novel Melayu yang telah saya baca ialah karya Shahnon Ahmad (Ranjau Sepanjang Jalan), Hamka (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk dan Di Bawah Lindungan Kaabah), Abdullah Hussain (Imam), Pramoedya Ananta Toer (Perburuan) dan Faisal Tehrani (1515).

Sekarang tengah baca karya A. Samad Said, Salina. Nampak gayanya ia berserta dengan Ranjau Sepanjang Jalan adalah novel Melayu kegemaran saya.

Apakah novel Melayu kegemaran anda?

  • http://amarrazali.blogspirit.com/ Aa Gym

    Karya penulis-penulis baru dan tenaga muda seperti Faisal Tehrani, Zaid Akhtar, Salman Sulaiman dan sebagainya juga punyai semangat tersendiri dan wajar dibaca. Jika anda menggemari pembacaan fiksyen Melayu, karya Faisal Tehrani mungkin yang paling tepat dan sesuai untuk anda.

  • kak munirah

    my favorite malay novel is :

    SUDARA – by arenawati

  • http://lifeinside.wordpress.com mirul

    ahadiat akashah haha. i must admit, even tho all the literary content is non-existence but his style of writing just cant stop u from belek fr page to page.

    it’s like doing something destructive bt u juz cant stop.

    cant u ask faisal to follow his style? at least many today’s teens wud read his novel.

    i did read his novel. mmg 100% bagus giler tahap max. but i kinda feel sleepy [shucks] when it tells history.

    whats wit d history that makes it such a good mech to dreamworld?

  • http://www.jiwarasa.blogspot.com jiwa rasa

    Sdr Nazmi,

    Salam.

    Semua novel yang sdr baca adalah karya yang bagus dan terpilih.

    Kalau sdr gemar Perburuan, sdr akan suka Keluarga Gerilya karya Pramoedya.

    Kalau sdr suka gaya tulisan Faisal Tehrani dan 1515, mungkin boleh cuba Perempuan Politikus Melayu, menggunakan gaya cerita yang sama, tidak berurutan. Tunggu Teduh Dulu pula novel beliau yang lebih mudah gayanya tetapi meanrik.

    Karya Arenawati juga bagus. Saya suka Sakura Mengorak Kelopak.

    Saya juga baru mula belajar membaca semula karya fiksyen. Rhytm & DBP ada keluarkan semula edisi mewah karya klasik. Ada 42 novel klasik yg semuanya bagus-bagus.
    http://www.rhythm.com.my/novelClassic.asp

  • http://nsds3.blogspot.com NSDS3HvLDjJd

    Desa Pingitan, Bunga dari Kuburan.

  • joey

    suka jugak baca fiksyen. tetapi trens sekarang terutama di kalangan remaja adala membaca novel cinta. lihat sahaja carta novel di RTM. ….. mungkin bagus at least malay youths are reading something!

  • mamat joe

    Empangan – Zakaria Othman

  • http://nasihatdariku.... ery

    asm,novel ini ada keburukan dan ada kebaikan.novel ini boleh membawa kita kearah kemaksiatan kerana novel boleh memainkan emosi yang cukup kuat.oleh itu kepada peminat novel,janganlah cepat terpengaruh.wassalam.

  • teratai kasih

    mekom…Bagus benor novel tu.. The Best in The World Novel..

  • hayati

    saya paling suka buku yang pernah saya baca adalah karya Arenawati..sakura mengorak kelopak n bunga dari kuburan..masa saya mula baca tu form 3..becoz dah takda novel2 cintan cintun yang saya tak baca lagi…this last choice..but … the best karya 4 me..
    cuma saya tengah cari lagi satu karya arenawati yang berkaitan gak dengan 2 novel tadi.. member saya kat ada sambngannya..betul ker?

  • Abdul Azis Bin Mat Amin

    Cucu saya berumur 1 tahun 6 bulan adalah raayat Negri Selangor. Dia tinggal di Sungai Buluh bersama ibubapanya yang kedua-duanya berkerja. Kanak-kanak ini terpaksa di hantar ke rumah asuhan. Saya ingin tahu bagaimana cara hendak mendapatkan wang saguhati sebanyak RM50.00 tiap-tiap bulan dari kerajaan Selangor yang dijanjikan itu.

  • suhaimi

    my favourite ` nusantara ‘ novel has to be those by pramodya anantoe toer – the buru quartets.
    i have read arenawati ‘ sakura mengorak kelopak’ . where
    can i get to buy his novel of the trilogy – kuntum tulip biru and bunga dari kuburan…i have tried MPH tapi tak ada.to encik nik , selamat berbakti untuk rakyat and wishing you all the best.

  • Aminah Hafizah

    Saya paling suka Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
    Kemudian karya2 Faisal Tehrani. Juga Shahnon Ahmad.

  • shafiq izwan

    saya suka novel 1511h(kombat) karya faisal tehrani. First time bace terus x boleh berhenti. Hebat betul ideanya. Sekarang saya cari buku Detektif Indigo.Harap-harap ade lakedai kat Johor jual

  • Zaidi

    Semoga YB akan menjadi hamba kepada rakyat bukan Bos Rakyat seperti yang sedang di rasai oleh orang Melayu dalam UMNO.

    Bumi Manusia, Keluarga Gerilya, Athis, Merpati Putih Terbang Lagi, Saga, Sudagar Besar dari Kuala Lumpur dan baynyak lagi novel yang sarat dengan mesej perubahan pemikiran masayarkat.

  • Wahidah

    Saya minat baca karya syarikat PTS millenia terutama Salju Sakinah, Hidayah Cinta dan paling best sekali Bukan yang Pertama karya Salina Ibrahim. Novel Faisal tehrani terutama Combat 1511 sangat menarik jika situasi tersebut berlaku sekarang.

  • aisyah

    Novel yang paling saya minat semua hasil nukilan:-
    1. Ramlee Awang Mursyid – semua novel beliau mmg best sgt
    2. ZAifuzaman Ahmad – banyak ttg thriller spt Dendam Semalam, Klon, Dendam Terakhir. ANgkara Saka dan Misteri Julia
    3. Antasya Balqis – Bila Hati Berbicara.
    4. Noorfadzillah – Hikmah
    Ada byk jg novel2 yg saya suka tetapi penulis di atas yang berjaya menambat hati saya.

  • http://palantakayu.blogspot.com kaza

    Ha, salam, bolehlah juga kiranya gue ikut nimbrung. karya sastra nusantara favorit saya:

    1. Merantau Ke Deli (Hamka)
    2. semua karya alm. Pram
    3. Intan (Encik Hussein Abdullah)
    4. El Filibusterismo, Merajalelanya Keserakahan (Jose Rizal, sastrawan Filipina)
    5. Ziarah dan Merahnya Merah (dua karay dari Iwan Simatupang)
    5. apa lagi ya…?? banyak deh, lagi mengunyah Tunggu Teduh Dulu karya Tehrani…nih!

  • Emmy

    sakura mengorak kelopak ada sambungan? novel yang mana ya?

  • fizah

    saya ni wanita berkahwin, peminat novel cinta terutama tulisan norsuraya(lebih islamik wataknya berbanding penulis lain). pengalaman, setiap kali baca novel cinta ni akan menyebabkan saya jatuh cinta lagi dengan suami saya walaupun dah kahwin lebih 13 tahun. jadi, sape-sape yang ingin menyuburkan cintanya pada pasangan masing-masing (yg sah saje) jadikan novel cinta antara hobi anda.Suami pulak peminat Ramlee awang murshid dan anak-anak peminat buku-buku PTS. Kami adalah Keluarga membaca. Tolong sarankan pesta buku pwtc diadakan kerap sebab itu adalah hari yang paling kami tunggu2

  • zai

    saya dr zaman sekolah lagi memang hantu novel,sekarang dah 30′an pun,selalu pergi pinjam kat perpustakaan bangi.antara novel yang pernah saya baca,imam,ayahanda,sukma angin,tengku menteri,salina,missing pierce part 1,hikayat merong mahawangsa,badai semalam dan lain2 lagi novel lama yg byk pengajaran.novel baru pun ada saya buat koleksi,ramlee awang mursyid,karya fauziah ashaari,sharifah abu saleem,tapi karya hvolete 5 tahun 5 bulan,best,x boring baca byk kali.saya teringin nak baca bukan puteri lindungan bulan dan buat koleksi,sampai sekarang tak dapat2,sapa ada kasi pinjam,boleh?boleh tukar2 novel.

  • http://facebook nini

    Combat by Faisal Tehrani adalah salah satu novel yang terbaik pernah saya baca.. Ia bagi saya adalah satu imaginasi yang setaraf dengan novel peringkat antarabangsa.. Namun, mungkin ia agak sensitif kerana ia mengandungi isu perkauman yang saya fikirkan ia adalah seperti mustahil untuk diadaptasikan dalam filem. seerti mana karya-karya dari Indonesia yang berjaya mendapat tempat di dalam Malaysia, seperti itu juga saya mengharapkan novel karya penulis Malaysia bejaya di peringkat antarabangsa. Saya pun kurang tahu tahap yang telah dicapai oleh penulis-penulis negara ini.

  • http://facebook nini

    for kak zai: i do have bukan putri lindungan bulan. ia mengajar kita banyak perkara. tak tau pulak novel tu susah nak cari. mungkin sebab ia novel lama kowt.. novel tu mmg best as ia sendiri diakui A Samad Said.. Neway, gambate in looking 4 taht novel…

  • http://- rudd

    saya telah membaca beberapa buah karya yang baik seperti empangan [oleh zakaria ali], ahli al-kimia [oleh paulo coelho], ayat-ayat cinta [habbiburahman el-shirazy], bila nysrah kata tak mahu [oleh aidil khalid], wo ai ni allah [oleh vanny chrisma w.] dan banyak lagi. sekiranya anda berminat kepada novel-novel yang bagus, inilah antara novel yang anda cari.

  • Subriey

    Kepada semua peminat novel, jika anda pernah membaca Saga, Salina dll, pernahkah anda membaca Hartini karya Aziz Afkar. Sebuah novel ( boleh dikatakan klasik) yang setahu saya diulang cetak berulang kali, tiada novel lain sekerap ini.
    Cuba cari Hartini, saya kira Aminah Hafizah, nini, zai, fizah pasti menggemari.
    Tahniah kerana menggemari novel melayu.

  • http://www.duniabermadu.blogspot.com hani

    Saya juga telah membaca novel 3 serangkai tu sewal sek. menengah rendah, memang sungguh mengesankan dan tenggelam dalam penceritaanya, ingin sekali mengulang baca. JUag saya minat novel salina, Tenggelamnya kapal Van der vitch serta di abwah lindungan kaaba…saya sungguh tidak berahi membaca novel2 cinta hari ini…

  • http://www.duniabermadu.blogspot.com hani

    Saya juga telah membaca novel 3 serangkai karya Arenawati tu seawal sek. menengah rendah, memang sungguh mengesankan dan tenggelam dalam penceritaanya, ingin sekali mengulang baca. JUag saya minat novel salina, Tenggelamnya kapal Van der vitjh serta di abwah lindungan kaaba…saya sungguh tidak berahi membaca novel2 cinta hari ini…

  • rashid

    saya dah lama nak cari buku “DESA PINGITAN” pengarang nya saya lupa tapi buku tu saya dah baca banyak kali masa saya kecil dulu sekitar tahun 70an, mintak jasa baik tuan dan puan semua kalau ada cuba kontek die-mail saya norashid56@yahoo.com. terima kasih

  • wadaa

    saya telah membaca siddartha karya Herman Hesse..sebuah novel yang agak menarik..

  • emma

    saya sangat meminati karya2 shahnon ahmad,arenawati,pramudya ananta toer. dgn membaca novel shahnon sya cuba menyelamikenidupan rakyat malaysia tp dgn membaca novel penulis indonesia saya berasa rindu dan dan hanyut seketi ke indonesia

  • Sitiasiah_samsi

    en rasid, dah baca ke novel desa pingitan?, sedap ke ceritanye, saya ada pinjam buku ni dari perpustakaan, tapi baca langkah-langkah, cuba cerita sikit, kalau sedap ceritanye, saya nak baca lagi (takde langkah2) sampai habis.

  • rudd

    bacalah novel mitch albom terjemahan PTS ke bhsMelayu. baik punya,,,

  • MaslinaHassan

    saya nak cari buku2 karya shahnon ahmad (seluang menodak baong,tunggul2 gerigis, srengenge dan ranjau sepanjang jalan) ade tak?

  • Rashid Zainal

    maaf, cik siti, mungkin saya lambat nak balas e – mail cik siti, maalomlah laa, saya dah lama tak buka e – mail saya ni. (jarang guna). kalau nak kontak saya gunakan e – mail saya sebenar ( rashid.zainal@safeguards.g4s.com). buku ni dah lama saya tak baca, masa tu saya muda, dan jalan ceritanya berkisar daerah perkampongan yang jauh ketingalan arus pembangunan, bagimana kehidupan kisah seorang pemuda, beliau dimusuhi oleh seorang pemuda kampong, kalau tak salah saya namanya bakar. sehinggalah diakhir cerita pemuda kampong ini bernikah dengan balu saudaranya lebih kurang macam tu la ceritanya, maalom la cik cerita ni dah puluhan tahun saya tak baca, tapi sehingga kini saya masih mencari buku DESA PINGITAN ini.begitula lebih kurang cetenya.

  • sri mawar

    saya dah membaca novel HARTINI sebanyak 24 kali dan membeli 3 kali bila acap kali hilang dipinjam kawan2..memang sedih dan karya ini karya jiwa ..hingga kini saya tidak tahu untuk membelinya di mana lagi..hingga kini saya menyesali kehilangan akibat mempromosikan keharuan dalam cerita ini pada kawan2 ….

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main