Kenyataan Media: Perkembangan Terkini Padang PKNS Kelana Jaya

Saya mengalu-alukan keputusan PKNS untuk menarik balik rayuan mereka terhadap cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS daripada Lembaga Rayuan Negeri Selangor semalam.

Para penduduk yang diwakili oleh Jawatankuasa ‘Selamatkan Padang Rakyat’ telah lama menentang cadangan pembangunan semula padang ini sekeras-kerasnya. Malah mereka telah berjaya membongkar kewujudan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 yang tidak sah dimana Kompleks Sukan PKNS ini dizonkan sebagai tanah komersial dan bukannya sebagai tanah rekreasi seperti yang terdapat dalam Rancangan Tempatan yang sah dan asal. Hal ini telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Terpilih Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dan hari ini, Lembaga Rayuan Negeri.

Keputusan ini sememangnya merupakan kejayaan besar kepada penduduk setempat. Tahniah diucapkan kepada mereka di atas kesungguhan dan kesabaran mereka selama ini.

Walaupun PKNS sememangnya berhak dalam membuat rayuan semula, mereka pada masa yang sama harus lebih sensitif dalam menyedari bahawa rakyat Selangor sebenarnya tidak akan memperolehi sebarang manfaat sekiranya PKNS bercadang untuk melanjutkan kes ini. MBPJ sudah menolak permohonan mereka sebanyak dua kali sebelum ini dan sekarang PKNS telah menggugurkan rayuan mereka daripada Lembaga Rayuan Negeri.

Terlalu banyak usaha, perbelanjaan kewangan dan masa yang telah diluangkan dalam menyelesaikan isu ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak PKNS dan kerajaan sementara Pakatan Rakyat Selangor, sekiranya berjaya dipilih sekali lagi untuk memimpin kerajaan negeri, agar menghormati keputusan bahawa Kompleks Sukan PKNS adalah sebahagian daripada zon rekreasi seperti yang terdapat dalam Rancangan Tempatan yang sah.

Saya yakin ini adalah jalan penyelesaian terbaik buat penduduk SSS7 Kelana Jaya, Kompleks Sukan PKNS dan negeri Selangor amnya.

  • http://www.facebook.com/erich.quay Erich Quay

    We have lost many playgrounds and places for relaxation and recreation . Despite of protest and disagreement by residents of Kelana Jaya . It seem to me all our protest and disagreement is ignored . All projects that were planned will still proceed . Recent building of Shopping complex and shop lots like Paradigm Mall , Taragon Kelana Jaya , Prima Avenue, PARKLANE commercial hub , Zenith residences Zenith Corporate Park and etc . has made the traffic in Kelana Jaya more congested and increased noise pollution .

    Our once peaceful , clean , relaxing place to stay is now converting into commercial high rise building and no longer a peaceful place to live anymore .
    Residences of Kelana Jaya.

  • http://www.facebook.com/lee.tang.7547 Lee Tang

    SALAM.
    SY NAK TANYA EN. APA KOMEN EN BERKAITAN DENGAN ISU VIDEO DATO MUS. KALAU EN KATA ADALAH EDIT. BOLEH JELASKAN MACAM MANA IANYE BOLEH DILAKUKAN TQ.

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main