Kenyataan Media: Pendedahan bayaran terhadap konsultan perhubungan awam Amerika untuk menyerang Anwar – kerajaan diam membisu

Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah UMNO-BN ataupun kepentingan yang berkaitan. Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, the Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri ‘kesederhanaan’ Najib.

Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

Ironisnya, ketika UMNO-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.

Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini:

a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim?

b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?

c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini?

d) Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata?

e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika?

f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia.

  • Siti Halijah Masron

    Anda kena tahu…. Semua plan ini tlh dirancang dgn halus olh DAP dan PKR dimana pakar strategi mereka dilatih olh zionis yahudi… Jgn jd kuda tunggangan DAP la… Anda kena sedar segera, segala rahsia anwar berada didalam tangan Karpal… Anda kena jaga bangsa dan agama anda demi generasi anda di Tanah Melayu ini… Jgn sampai mereka b’jaya melaksanakan agenda terancang mereka utk menjadikan Malaysia ini Republik dan segala sirna utk bangsa dan agama Islam… Anda mahu ank anda b’agama Kristian?

  • I need a change

     nothing to do with religion…….u can write fiction story Siti…..

  • Mikecobain71

    pru13 pkr akan rungkai habis kegiatan kerajaan barisan nano..

  • ChaosdX

    Siti..

    Isu sbnr bkn pasal agama.. Tp isu sbnr adalah berkenaan dgn kerajaan sekarang yg smkn lma smkn menunjukkan ketidakmampuan mereka mentadbir.. Smkn bnyk perbuatan corrupt yg drg bt terbongkar.. Jgn lah cik siti mjadi mcm pemimpin bn bla dsoal soalan, jawapan yg diberikan x kaitan lgsg dgn soalan. jgn bmbg, cik siti akan nmpk sapa betul & sapa yg salah nnti..

  • Schmikes81

    Siti jgn la membodohkn diri ngn komen sedemikian… biar bodoh tp nampak pandai tp jgn bodoh lg nampak bodoh…. Sekian!

  • Brader Fox

    Siti. Anda strategist untuk DAP dan PKR ke sampai tau perancangan dalaman. Kita di tahun 2013 laaa…bukan tahun 1983. Sekarang ni maklumat di hujung jari. Kalau rajin mencari, jumpa la…dan khayalan anda tidak dijumpai di mana2 pun. Jgn bayak berkhayal, majukan diri anda. Kalau tidak…selama2nya anda akan mundur kerana terus hidup dalam khayalan.

  • Aaronmarkpius91

     ini tiada soal tentang agama. Malam comment anda lah yang mampu menyebabkan ketegangan agama.. Apa , hina sangat kah orrang kristian di mata kamu? Boleh kah kamu jamin dengan sikap begini kamu akan masuk syurga bila di akhirat?  Mengapa asal kita bincangkan tentang masalah pendtadbiran kerajaan , masih ada segilintir masyarakat yang tidak menjawab isu ini tetapi cuba mengalihkan pandangan dengan isu agama dan sebagainya…

    Pernahkah PR memerintah Negara? Pernah? Tidak. Bagaimana kamu tahu negara ini akan menjadi republik.. Oh ya. dalam khayalan kamu .

    Tapi , kalau saya Kata kerajaan sedia ada , ada berlaku skandal rasuah.. bagaimana? Bagaimana saya tahu? adakah ini satu khayalan juga? Tidak …kita kemukakan bukti dan saya rasa , kalau anda lebihkan membaca dari mengkhayal , pemikiran anda akan lebih terbuka.

    Kalau pemikiran anda masih lagi sedemikian rupa , tahniah saya ucapkan .

  • Parit5

    Cik Siti ni adalah provocator…..jgn melatah bila baca tulisannya….kalau kita balas pun dia tak baca.

  • P_escort77

    Siti…anda tidak yakin dgn ajaran agama Islam ker..??saya tak pecaya,akidah umat Islam bgtu rapuh hingga semuanya masuk Kristen.ini bkn soalnya sekrg..tpi,yelh..apa bole buat..anda sdh termakan hasutan UBN mnggunakan agama dan bangsa utk kepentingan survival politik mereka dan jereka langsung tidak sedar..ataupun buat2 x sddar yg mereka adalah punca umatIslam berpecah belah.lepas tu..salahkn org lain..itulah buday UMNO.

  • PeAcE

    setuju betul dgn jawapan anda nie….  bukan aje kita saje yg tahu ..malah negara2 lain pun tahu juga… mungkin Siti seorang aje yg masih berkhayal….  Lagipun, saya x terasa yg “PKR atau DAP” akan menjejaskan agama islam….  ANwar kan masih Islam…  Jangan campurkan “religion” dlm soal “politik”…  

  • saya

    Siti

    I wont dignify your comment with a response

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main