Kenyataan Media: Tekanan Terhadap Forum Politik UM – Mana Transformasi Najib?

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa pihak Universiti Malaya ditekan agar membatalkan forum pilihan raya yang sepatutnya turut membariskan ahli politik Pakatan dan BN.

Berita ini membuktikan slogan transformasi Perdana Menteri Najib Razak cumalah retorik kosong semata-mata.

Forum yang membincangkan sama ada Pakatan atau BN akan menang dalam pilihan raya akan datang ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL).

Pengarah UMCEDEL Mohammad Redzuan Othman memaklumkan bahawa beliau menerima SMS untuk membatalkan program tersebut, dan arahannya datang daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Ketika pelbagai badan politik, NGO dan media mengadakan wacana-wacana yang segar di luar kampus, kampus menjadi lesu kerana pelbagai sekatan oleh UMNO-BN.

Forum ini diadakan juga pada hari ini tanpa penglibatan ahli politik. Ahli-ahli politik yang dijemput adalah Nurul Izzah Anwar dan Husam Musa daripada Pakatan dan Saifuddin Abdullah dan P Kamalanathan daripada BN.

Ironisnya Saifuddin Abdullah sendiri merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang turut dilantik oleh Perdana Menteri.

Najib selaku Perdana Menteri ‘transformasi’ yang turut melantik Saifuddin ke jawatan beliau harus tampil dengan jawapan mengenai insiden ini yang sekali lagi menjadi tamparan hebat kepada kebebasan akademik di universiti.

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main