Kenyataan Media saya dan YB Sim Tze Tzin: Keadilan Lancar Kempen Turunkan Harga Kereta

Kempen “Turunkan Harga Kereta” akan mengambil kesempatan cuti balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri agar maklumat mengenai cadangan KEADILAN menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat akan sampai ke seluruh pelusuk negara.

Bagi tujuan ini, KEADILAN telah mencetak 50,000 pelekat kereta “Turunkan Harga Kereta” yang akan diagihkan mulai hari ini di sekitar Lembah Klang dahulu. Pelekat ini akan diagihkan di tol-tol oleh petugas-petugas KEADILAN. Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, pelekat kereta ini akan dicetak dan diagihkan ke seluruh negara melalui pejabat-pejabat KEADILAN setempat.

KEADILAN juga melancarkan laman Facebook Turunkan Harga Kereta di alamat facebook.com/turunkanhargakereta. Kami menyeru seberapa ramai rakyat menyokong laman ini dan menyebarkan logo “Turunkan Harga Kereta”.

Selain dari pelekat kereta, KEADILAN juga telah mengubahsuai sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun menjadi kereta rasmi kempen. Kereta ini akan dilancarkan hari ini oleh YB Zuraida Kamaruddin yang mendermakan kereta ini bagi tujuan kempen.

Bermula 24 Ogos 2012, pasukan “Turunkan Harga Kereta” dari KEADILAN akan mula menjelajah tempat-tempat terpilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian dari Jelajah Turunkan Harga Kereta. Selain mengedarkan risalah dan pelekat kereta kempen di tempat-tempat ini, pimpinan KEADILAN akan turut sama menaiki kereta rasmi ini dan menyampaikan penerangan kaedah menurunkan harga kereta yang dicadangkan KEADILAN.

KEADILAN juga akan mengadakan forum “Turunkan Harga Kereta” yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 2 September 2012 untuk menerangkan dengan lebih terperinci mekanisme menurunkan harga kereta. Maklumat lanjut bagi setiap forum akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook kempen.

KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah satu tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia. Logo kempen yang dipilih dipastikan tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia membantu promosi kempen ini dengan menghiasi laman Facebook dan Twitter mereka dengan logo “Turunkan Harga Kereta” bermula hari ini.

  • http://profile.yahoo.com/7ZRI4WC4RQ5ESXK2JQGZWIZQGQ administrator

    MANA NK DAPAT LOGO TU? DISPLAY LA CEPAT SUPAYA ORG DAPAT PAMERKAN, JGN CAKAP JE

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main