Wali Songo di Pulau Besar

05 Oct 2006 | History, Religion | by admin | 102 Komen

Ketika berada di Pesantren Sunan Drajat, Jawa Timur baru-baru ini, pengetuanya, Kiyai Haji Ghafur menceritakan antara Wali Songo itu, salah seorangnya ditanam di Pulau Besar, Melaka. Menurutnya, kuburnya bukan yang panjang, tetapi yang kecil.

Setahu saya, wali yang ditanam di Pulau Besar itu ialah Sultanul Aarifeen keturunan Rasulullah s.a.w. yang berasal dari Baghdad. Menurut cerita-cerita orang tua, Sultanul Aarifeen lah yang membawa Islam ke Melaka.

Saya pernah ke sana hanya pada waktu kecil dahulu. Waktu tu agak kagum melihat makam-makam ganjil di Pulau Besar, tetapi buta sejarah!

Ada sesiapa yang tahu lebih mengenai sejarah Sultanul Aarifeen?

102 Komen

  1. 'Abidin:

    Did Sultanul Aarifeen meet Parameswara? Or do the timelines not match?

  2. Nik Nazmi:

    As far as I know, they could’ve met since Sultanul Aarifeen lived from the end of the 14th century-early 15th century.

    But there are a few versions to the story I think. Some has it that he actually brought Islam to Malacca, while another version was that it was his son. Alternatively the Malaccan Royalty might’ve converted, but this group of Sufis brought the spiritual element.

    To be honest I still need to do more research on this.

  3. 'Abidin:

    The version I know is that a group of Sufis landed at Malacca and Parameswara received them on the beach. They taught him how to pray there and then and Parameswara converted on the spot, because he had foreseen their arrival in a dream several days prior.

  4. Pak Chik Shukrie:

    Memang benar apa yang di katakan oleh Pak Kiyai yang anda temui di Indonesia itu. Banyak orang tidak mengetahui, tetapi orang Sufi yang mengkaji bab Ketuhanan mereka mengetahu akan hal ini.

    Pakar-pakar sejarah kita tidak begitu berminat untuk menengahkan hal-hal yang berkaitan dengan Kajian Sufisma. Malah ramai yang memandang kolot dan tidak menguntungkan.

    Lihatlah apa yang terjadi kepada seorang ‘pemimpin politik’ negeri tersebut, yang buta mata dan hatinya, mengarahkan supaya Keramat di Pulau Besar di musnahkan sedikit masa lalu. Akibatnya, beliau tersingkir dari pengaruh politik negeri beliau sendiri.

    Orang-orang Sufi sangat kesal atas perbuatan ‘beliau’ itu, ketika beliau memegang tampuk kuasa di negeri nya itu. Habis kesan-kesan sejarah negara di musnahkan.

    Kalau nak dicerita di dalam Blog anda , sejahrah nya terlalu panjang dan tidak muat untuk ditulis.

    Cuma saya ingin tegaskan apa yang di beritahu Bpk Kiyai yang anda ketemui itu adalah benar.

    Wassalam,

  5. fadzly:

    Puak-puak wahabi memang anti kalau kita ziarah kubur ni, biasalah wahabi lah di katakan. Kalau ikut wahabi tu depa aja yang islam.

  6. kabur:

    saya perlukan kenalan atau orang yg mahir tentang sejarah makam Sharifah Rodsziah…tolong knalkan saya..saya sgt2 nak tahu pasal sejarah nie lebih lanjut..plss

  7. Pulau Besar, Melaka : Keramat Yang Memedihkan « Psittacula Alexandri:

    [...] Wali Songo di Pulau Besar [...]

  8. razali husain:

    Apa yang saya tahu dari guru saya (Babib syed Ali Al-Aidid)mengata-kan sultan Ariffen yang sebenar ada lah syed maulana ishak bapa kepada sunan Giri dan sharifah habsah ada lah adek kepada sultan Arifeen

  9. sue:

    sultan arifin anak kpd syeikh abdul kadir.cucu rasullullah k 21.mak nama fatimah.dr baghdad dpt alamat yg harus mengembara utk mengembangkn islam.dtg dgn pengikutnya seramai 21 org.kebanyakkan india muslim pengikutnya.sultan arifin dikuburkn d situ.mak dan ayahnya d baghdad.d dlm kubur yg panjang itulah kubur sultan.ya pendek itu kemungkinan pengikutnya.d dpn pintu msuk k kubur makam anaknya.sharifah roziah.sultan ada 3 org anak.2 perempuan 1 lelaki.keramatnya kbur sultan adalah dgn memohon hajat.dan kalau afdal dan terpilih akan d tunaikan.caranya sembahyang hajat bg slm pd ALLAH S.W.T.SALAM PD GRUNYA SHEIKH ABDUL KADIR JALANI DAN PD SULTAN DAN MAKAM2 D PULAU BESAR.INSHAALLAH DGN KESUNGGUHAN PASTI ADA JLN.TETAPI YAKIN PD DR DAN PERCAYA PD ALLAH

  10. orang umbai:

    Buku Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar tulisan Ana Fakir mungkin boleh dijadikan panduan …

  11. anak melaka:

    Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar, merupakan pulau yang terbesar sekali di negeri Melaka. Terletak kira-kira 15 km dari Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri disediakan diantara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu, Umbai dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka

    Pulau ini juga dipercayai mempunyai pelbagai cerita misteri serta lagenda Di pulau ini juga bersemadi beberapa Wali Allah semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi antaranya ialah Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.

    Di pulau ini juga terdapat kawasan-kawasan misteri yang masih belum terjawab rahsia disebaliknya seperti Pokok Disula, Perigi Kaki Pulau, Istana dan Tasik Bunian, Batu Belah, Batu Tengkorak, Gua Yunus dan pelbagai tempat yang lain.

    SEJARAH AWAL PULAU BESAR

    Pada awal pembukaannya, Pulau Besar didiami oleh orang selat / orang laut sebelum kedatangan Parameswara sekitar tahun 1400. Semasa zaman pemerintahan Kesultanan Melaka, Pulau Besar telah berfungsi sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang untuk mendapatkan makanan, kayu api dan air bersih dan juga menunggu giliran untuk berlabuh di pelabuhan Melaka.

    Pulau Besar juga dikenali dengan nama Pulau Air dan “Wu Shu” oleh pedagang China, menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang ini sebelum wujudnya Melaka sebagai pusat pemerintahan. Kapal-kapal dagang berhenti di sini untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi yang ditujui.

    Menurut Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho, pelaut-pelaut China akan melawat ‘Wu Shu’ dan berlabuh dan berehat serta mendapatkan bekalan. Masyarakat nelayan selat yang menetap di muara Sungai Melaka membawa ikan kering dan lain-lain barang dagangan untuk ditukar dengan keperluan mereka.

    Pulau Besar juga menjadi pusat tumpuan di seluruh Kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama’ yang berperanan mengembangkan Agama Islam suatu masa dahulu. Pulau Besar juga dicatatkan menjadi pusat melancarkan serangan bagi orang-orang Melayu yang berusaha merampas semula Melaka dari Portugis setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

    AS-SAIYID SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH ISMAIL (R.A)

    Nama sebenar ialah Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Moyang beliau Sultan Al-Awliya’ Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, seorang Wali Allah yang sangat termashyur di seluruh dunia. Beliau juga dikenali sebagai Wali Lanang di Kepulauan Melayu.
    Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarahi Makam Nabi, beliau telah mendengar satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ajaran Islam ke Kepulauan Jawa. Beliau kemudiannya mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama 16 orang sahabat pada tahun 1495M (900H) antaranya guru beliau Syeikh Yusuf As-Sidiq serta saudaranya Saiyid Ibrahim (r.a). Di Pulau Besar ajaran Islam berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa, Kelantan dan di seluruh Kepulauan Melayu. Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri).

    Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) meninggal dunia pada 17 Rabiulawal tahun 925H ketika berusia 58 tahun serta dikebumikan di sini. Makam ini juga menjadi tumpuan utama pengunjung di Pulau Besar bagi menghargai jasa dan sumbangan besar Allahyarham ketika mengembangkan agama Islam di seluruh Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu.

    MAKAM AL-MURSYID SYEIKH YUSUF AS-SIDIQ

    Syeikh Yusuf As-Sidiq merupakan seorang Syeikh Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a) menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu pada tahun 1495.

    Beliau merupakan guru kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Diriwayatkan sepanjang hidupnya beliau hanya berpuasa semenjak berumur 9 tahun sehinggalah beliau meninggal dunia pada usia 73 tahun.

    MAKAM SAIYID IBRAHIM (R.A)

    Nama sebenar ialah Saiyid Ibrahim Ibn Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar (r.a). Merupakan abang kepada Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail (r.a). Isteri beliau bernama Siti Sarah, puteri kepada Syeikh Yusuf As-Sidiq.

    Saiyid Ibrahim (r.a) sangat cintakan Islam serta menghabiskan seluruh hayatnya bagi mengembangkan ajaran Islam di seluruh Kepulauan Melayu bersama abangnya.

    MAKAM SYARIFAH RODZIAH

    Makam ini juga dikenali sebagai Makam Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenar beliau ialah Siti Sarah ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq. Merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul As Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.

    Ketika hidupnya juga beliau disifatkan seorang yang zuhud sertatinggi ilmunya. Dikatakan Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama bapanya. Ada ketikanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang terlupa oleh bapanya.

    Beberapa percubaan untuk membina bangunan di makam ini telah dilakukan namun kesudahannya musnah dipikul ribut. Dikatakan Siti Sarah tidak mahu binaan di makamnya seperti mana ketika hayatnya dahulu yang tidak berumah.

  12. arief:

    dari rujukan buku bertajuk pulau besar tulisan ana fakir.gelaran AL-SULTAN AL-ARIFIN SYEIKH SAIYID ISMAIL kerana Saiyid Ismail adalah sultan(ketua)bg orang-orang yg ‘ariffin’ iaitu org yang mengenal tuhan.Saiyid ismail bukan seorang sultan pada sebarang kerajaan ini ianya semata-mata simbolik kerajaan orang-orang alim lagi warak sahaja.

  13. NUR AZWANI:

    A’MUALAIKUM……SAYA TERINGIN BENAR NAK ZIARAH PULAU BESAR…N KALAU BOLEH SAYA NAK TAU NAMA2 PENDUDUK P.BESAR…SEBAB ADA MISTERI YANG SAYA ALAMI BKAITAN P.BESAR NI..MELALUI MIMPI…TLONG LA SAYA…SAYA NAK TAU SNGT SAPA YANG MENETAP KAT SANA….TLONG SAYA…

  14. Reena Nair:

    Historical Site Of Pulau Besar
    SHRINE OF SULTAN ARIFFIN
    According to legend Sultan Ariffin of Baghdad stopped over at Pulau Besar on his way home, whilst spreading the Islamic faith in Acheh from 1416-1420. On his way home, he disembarked on the island and fell ill there. Soon he passed away and was buried on the island. His tomb, measuring some thirty feet long is considered the oldest ever built in Melaka. Back then, it was beleieved that the size of the tomb was determined by the age of the deceased. If he was 30 years old at the time of his death, then his tomb would be five cubic long. If he was 60 the tomb would be ten cubic or thirty feet long.

    GUA YUNUS
    The mysterious cave where a wise man called Yunus used as part of his training in self-discipline and silat practices.

    TELAGA AIR TAWAR (FRESH WATER WELL)
    It is a unique fresh water well exceedingly close to the sea. Legend has it that when the tide is high the water in the well would be saline but during low tide the water would be fresh.

    TELAGA TEMPAYAN (WISHING WELL)
    Legend has it that this well could make your wishes come true if you dipped your hand in the well and made the wish.

    SHRINE OF SEVEN PRINCESSES
    The tomb belonging to seven princesses from India who while on a visited to Pulau Besar were struck down by an epidemic. The princesses were buried on the island and their graves marked with the shrine.

    BATU BELAH (SPLITTING ROCK)
    The famous rock at the golf course, where more then a century ago Panglima Lidah Hitam demonstrated his power by using his tongue to crack the rock into two.

    SHRINE OF SHARIFAH RODZIAH
    Sharifah Rodziah was a pious woman and a devout Muslim. She was said to be the ‘guru’ to Malay queen legend, Siti Zubaidah. Sharifah Rodziah played a prominent role in the spread of Islam in the region.

  15. MOHD AZWAN BIN SHAARI:

    Saya teringin sangat nak ke sana dalam bulan November ni… macam terpanggil ke sana… sejak akhir2 ni banyak dugaan yang tak tertanggung… ke sana untuk mencari ketenangan… di harapkan ada yang sudi membantu saya setibanya saya di sana… belum pernah menjejaki pulau besar….mahu menyelongkar misteri tersimpan…harap sesampainya saya ke sana ada sesuatu yang baik untuk saya….doakan lah untuk saya……

  16. anak melaka:

    Perbadanan Muzium Melaka akan menganjurkan Pameran Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar bermula 1 november 2008 bertempat di Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota, Banda Hilir(bersebelahan kota A’Famosa).

  17. anak melaka:

    ikut je lar trip yang muzium melaka anjurkan pada 23 dan 24 november 2008 ni… dengar ceritanya macam best je!

  18. anak melaka:

    PAMERAN MENYINGKAP SEJARAH DAN MISTERI PULAU BESAR, MELAKA Keunikan…Warisan Insan dan Alam

    Tarikh : 1 November 2008 hingga 4 Januari 2009
    Masa Pameran : 9.00 pagi – 5.30 petang
    Tempat Pameran : Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House
    (bersebelahan Kota A’Famosa)

    Anjuran : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
    Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, 75000, Melaka
    Tel : 06-2826526, 2811289 Faks : 06-2826745

    9.11.2008
    Majlis Perasmian
    Dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka
    Dewan PERZIM, Jalan Kota, Melaka

    17.11.2008 Pengisahan Pulau Besar
    ‘Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a Dalam Ingatan
    Dewan PERZIM, Jalan Kota, Melaka

    1.12.2008 – Pertandingan Sayembara Puisi Sufi
    Dewan PERZIM, Jalan Kota, Melaka

    Setiap Isnin – Jumaat sepanjang pameran Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota
    (3.00 petang – 5.00 petang)
    Khidmat Perundingan Mengenal Rahsia Diri Menerusi Rahsia Angka (Numerology)

    Sepanjang masa pameran bertempat di Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota
    Tayangan Video Ilmiah keluaran Harun Yahya – saintis dan metafizik dari Turki

    - Keajaiban Al-Quran
    - Penciptaan Alam Semesta
    - Keruntuhan Atheisma
    - Al-Quran Menjawab Tentangan
    - Keajaiban Alam Sel
    - Perjalanan ke Akhirat
    - Pesona Dunia Semut
    - Penyamaran Perilaku Cerdas Satwa
    - Pesona Burung-burung
    - Al-Quran Petujnuk Jalan
    - Teknologi Di Alam Semesta
    - Sejarah Sunan Kalijaga (Wali Songo)

    Alunan Muzik
    - Muzik Sufi ‘Kiai Kanjeng Greets England
    - Muzik Sufi

    Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar bersama Ustaz Ana Fakir
    Lawatan Pertama
    22 dan 23 November 2008

    Lawatan Kedua
    13 dan 14 Disember 2008

    Lawatan Ketiga
    27 dan 28 Disember 2008

    Aturcara :

    2.00 ptg – Bertolak menaiki feri ke Pulau Besar
    2.30 ptg – Sampai ke Jeti Pulau Besar
    Menziarahi Makam Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a
    3.00 ptg – Rehat/Aktiviti Bebas
    4.30 ptg – Solat Asar di Madrasah
    Jamuan Ringan
    4.45 ptg – Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar
    1. Batu Belah
    2. Tasik Biawak
    3. Batu Tengkorak
    4. Makam Tok Janggut
    5. Makam Syarifah Rodziah
    6. Perigi Kaki Pulau
    7. Tapak Kaki Sultan Al-Arifin
    8. Makam Nisan Satu
    9. Makam Tok Putih
    10.Batu Layar
    11.Batu Putih
    12.Pokok Disula
    7.00 ptg – Solat maghrib dan Isya’
    Makan Malam
    10.00 mlm – Kulliyah dan Qiamullail di Madrasah
    12.00 mlm – Jamuan Ringan
    12.30 mlm – Meditasi di Gua Yunus
    3.00 mlm – Rehat/ Aktiviti bebas
    5.00 pagi– Solat Subuh dan Kulliyah
    7.30 pagi– Minum Pagi
    8.30 pagi– Gotong Royong Sekitar Kompleks Pemakaman
    10.00 pagi– Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar
    1. Makam Tujuh Beradik
    2. Keramat Tempayan Pecah
    3. Keramat Ular
    4. Istana Bunian
    5. Perkampungan Bunian
    6. Tasik Bunian
    7. Telaga Masin Tawar
    8. Makam Nenek Kebayan
    9. Makam Seribu
    10.Batu Tungku
    1.30 ptg – Solat Zuhur
    Makan Tengahari
    Rehat/Aktiviti Bebas
    3.00 ptg – Bertolak ke Jeti Anjung Batu, Umbai
    3.30 ptg – Bersurai

    *Setiap peserta dikenakan bayaran RM 130.00 seorang. Makanan serta minuman disediakan. Peserta dikehendaki menyediakan sendiri peralatan yang sesuai untuk program ini

  19. rahimr:

    Saya telah beberapa kali mengadakan majlis tawajjuh/zikir beramai-ramai di surau sebelah makam Sultanul Ariffin Syeikh Ismail , majlis diadakan selepas solat Isyak dan tamat kira-kira jam 12 malam.Ketika majlis zikir dilaku terasa suatu kelainan yang sukar digambarkan zahir dan bathin dan guru saya mengatakan “Tarikan @ arus @ kuasa ” sangat kuat..Maknanya hanya mereka-mereka yang datang menziarahi makam tersebut dengan niat yang bersih, ikhlas dan penuh insaf dan mempunyai silsilah amalan dari Sheikh Abdul Qadir Jailani ( r.a ) maka mereka ini akan merasai apa yang saya gambarkan…

  20. mohd amin:

    melawat lah ke pulau besar pulau yang menyimpan 1001 rahsia yang mempunyai 2 alam

  21. anak melaka:

    siapa nak ikut saya ke pulau besar? saya ingat nak ikut muzium melaka masa trip diorang… okay ke?

  22. rahimr:

    Assalamualaikum, Saya baru ziarah ke makam Sultanul Ariffin Syeikh Ismail…walaupun papan tanda makam sudah tiada, namun hati ini semakin dekat untuk terus menziarahinya…Bongkar lah Rahsia Makam Sultunul Ariffin Sheikh Ismail….Wallahualam

  23. Roney:

    saya ingin mengenali makam tujuh beradik di pulau besar melaka, siapakah mereka? kenapa tujuh beradik? adakah mereka adik beradik? atau bersaudara semasa hidup mereka,

  24. Eskapisminda:

    Saya baru sahaja pergi ke Pulau Besar dan ada mengambil gambar makam2 dan tempat ‘keramat’ yang sempat disinggahi. Ada cerita yang saya kumpul dan ada gambar ‘aneh’ yang saya dapat ambil di makam Nenek Kebayan. Harap anda boleh komen di sini : http://eskapisminda.blogspot.com/2008/11/pulau-besar-melaka.html
    Terima kasih.

  25. omar alhashim:

    Dah beli buku “MENINGKAP MISTERI PULAU BESAR” ulisan Ana Fakir. baik uk rujukan asal usul sultan arifin dan pulau besar’ Dah 20 tahun lebih mencari AnaFakir. diketemukan Allah dlm pameran di muzium alam Melayu Melaka pada 24Nov semalam. Teman lama dari pengajian era 80an… Wassalam.. ingin mengikuti Jejak Sejarah Pulau Besar.

  26. sabie:

    nur azwani…kalau awk nak gi pulau besar awk leh cari ramli…dia dok kat sane dah berbelas tahun…ramli ni ayah kandung saya…insyaALLAH sape yg nak berjaln dan nak tau pasal sejarah pulau besar leh jmpe dia…sy bru je blik dari pulau besar semalam…

  27. gosilah:

    saya berminat untuk melawat makam-makam sufi di pulau besar dan mendapat restu mereka. saya ingin tahu samada di situ adatak sebarang larangan untuk orang bukan islam pergi melawat makam-makam tersebut serta tempat-tempat lain di pulau besar…

  28. Tun Mamat:

    Gosilah ,
    Salam sejahtera serta salam kasih sayang dari saya ucapkan kepada anda….
    Malaysia telah Merdeka dari penjajah berpuluh tahun lamanya…tiada masalah jika anda ingin melawat makam makam tersebut serta kawasan sekitarnya kerana negara kita bebas dari penjajah serta demokrasi…..cuma ingin saya berpesan kepada anda serta pengunjung2 yg ingin melawati kesana…..apa jua bangsa keturunan dan agama jika ingin kesana jagalah tingkah laku adat dan sopan serta sensitiviti sesuatu agama dan penduduk serta dari segi berpakaian serta perbuatan haruslah dijaga ,amalan2 spritual adalah dilarang .Jika itu dijaga tiada masalah kerana Malaysia penuh dengan sejarah serta keunikan rugi jika kita menjadi rakyat Malaysia tidak dapat menikmati serta merasai kesan sejarah dan keunikan itu….
    akhir sekali saya mengucapkan selamat datang kepada anda ke Pulau Besar serta salam sejahtera penuh kasih dan sayang…….semoga berjaya…

  29. Kak Midah:

    Askum…teruja sekali saya dengan sejarah Islam di P.Besar ni.saya seorang mualaf.Bila agaknya ada g trip lawatan ke sana..Apakah disana ada rumah penginapan?Bantu saya..

  30. Kak Midah Tawau ,Sabah:

    Askum Tun Mamat atau teman2 yg pnah ksana, mgkin sdara2 boleh bagi petunjuk atau tips2 utk kesana.Mohon bantuan…

  31. kabi:

    assalamualaikum. Saya ingin tahu sangat siapakah wali songo yang dimakamkan di Pulau Besar. tolong bagitahu saya sebab ia sangat penting bagi saya mengetahui salasilah keturunan saya. Mzb

  32. Raja Long Arief:

    assalamualikum..hendaklah saudara/i sekalian memanggil SAIYID ISMAIL sebegini ‘AS-SYEIKH SULTAN AL-ARIFIN SAIYID ISMAIL’.As-syeikh bermakna guru agama @ ulama besar dan begitu juga sultan al-ariffin adalh gelaran tambahan untuk al-syeikh yg bermakna guru utama yang sangat arief.sayid @ saiyid adalah pokok jurai keturunan dari sayidina Husin/hasan cucu Rasullulah.ismail adalh nama beliau.

  33. azli aziz:

    salam,sekadar renungan,ingatlah dunia ini dah semakin hampir dipenghujungnya..semakin ramai berminat dengan alam misteri dan perkara-perkara misteri.Pulau Besar memang banyak rahsia berkaitan dengan alam ghaib.Dan hanya orang yang tertentu saja yang mengetahuinya.Untuk pengetahuan p.besar, Gunung Ledang dan Bukit Jugra ada kaitan diantaranya….

  34. kim:

    ontah.la… konpius palo den ngan cito wali songo nih…byk nar version…allahualam…minta yg baik-baik je la.

  35. kimi:

    slm. sume.. den mimpi sunan kudus lak semalam…dia ajar den wuduk…bilo den sodar den tongah menggerakan kaki dan tangan amek wuduk…ontah la… allahualam

  36. lebah beatari:

    BAGUS JUGA SEJARAH ISLAM NI YE.TETAPI KENAPA SAYA TIDAK PERNAH DENGAR PUN SELAMA NI.KENAPA ORANG KATA MEREKA TU KERAMAT,SEDANGKAN ORANG MATI MANA ADA KERAMAT.MATI MENINGGALKAN NAMA SAJA.MAAF JIKA SAYA SILAP KATA.

  37. lebah beatari:

    SERONOK JUGAKAN DENGAR CERITA TENTANG ORANG ALIM NI.

  38. Hamba Allah:

    Sesungguhnya Wali-wali Allah itu tidak mati.. kerana kedudukan mereka itu tinggi di sisi Allah maka Allah berfirman “Barang siapa yang memerangi Wali wali Ku, maka mereka juga Memerangi Ku”
    Ya haiyu ya qoiyum la zaljala liwal’ikrom..

  39. mira:

    i think that pulau besar is a pulau keramat.does anybody knows deeply of sultan al ariffin sheikh ismail

  40. syamsul:

    alhamdulillah bersyukur saya kepada allah kerana terniat nak membuka laman web ini. banyak sangat fakta yang saya dapat dan saya dapati fakta fakta yang diberi banyak kebenaranya. bagi orang alim (ustaz ustaz yang ade kat malaysia hari ini yang mengatakan bahawa perbuatan meletakkan bunga dan macam macam lagi sebagai kurafat pada pendapat saya tidak benar. kadang kala ade sesetengah orang yang kadang kala kita lihat macm orang biasa tapi mempunyai kelebihan yang luar biasa. begitulah kehendak allah. allah telah mengaturkan seperti kehendaknya. kalau tak caya cuba anda lihat ade sestengah ustaz kalau kita tengok kat tv atau radio pun bila berlaku perkara seperti rasukan dan lain lain belum tentu dia boleh setellkan. bila anda diberi keupayaan oleh allah /dibuka hijab iaitu dibuka penglihatan mata untuk dapat melihat perkara perkara/alam ghaib maka barulah anda sedar betapa besarnya kebesaran allah. anda boleh dapat banyak belajar dari alam ghaib. walupun mereka sudah meninggal ada dikalangan mereka yang allah berikan keramat selepas kematian. ada sesetengah ulama diberikan keramat semasa hayatnya sahaja. perkara ini sukar dijelaskan kecuali kepada mereka yang telah diberikan hidayah oleh allah. sesuai dengan firmanya, hablum minan nas.(maksudnya berbaiklah kamu sesama makhluk) Alam ghaib juga makluk allah. oleh itu bekalkanlah diri kita dengan ilmu agar kita dapat mengharungi serta berfikir dengan fositif tentang kebesaran allah. sekiranya ada kata kata yang mungkin tidak tepat saya harap dapatlah bijak pandai betulkan.

  41. Hamba Allah 85:

    Assalamualaikum w.b.t. kepada semua d blogger ini…
    Alhamdulillah, masih ramai lagi yang mengambil berat/tahu mengenai sejarah Islam d nusantara…
    3-4 bulan lepas adalah pertama kali saya menjejakkan kaki saya d Pulau Besar, suasananya begitu menenangkan…
    diharap pihak Kerajaan dapat memperkenalkan Sejarah Pulau Besar (Mengenai Islam – sekali lagi)..alangkah indahnya jika tempat itu djadikan pusat Islam…
    tapi saya sedih..sebab ada sebahagian daripada umat kita/kaum lain meminta/memohon sesuatu daripada makam2 d situ.. ingatlah! yang datang/kuasa hanyalah daripada ALLAH S.W.T!
    dan juga..
    jika kita menziarahi kubur2/makam2 – berilah SALAM serta sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka!
    (serta menginsafi kejadian diri)
    janganlah datang dengan NIAT lain!

    yang benar,
    HAMBA ALLAH

  42. syed:

    hebat ALLAH

  43. alif:

    assalamualaikum…maaf kata lar…dalam pengajaran saya..
    memintak sesuatu dari keramat wali…tidak salah kalau niat nyer betul kerane..pakar pakar wali ni duduk dekat bersama allah…jadi kiter mohon pada nyer supaya ia sampai kan kepada allah dgn lagik jelas…seperti ia berdoa kan untuk kami…so saya rasa ia tak salah…

  44. noorazam:

    salam sejahtera..kepada sesiapa yg berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai misteri & ingin berziarah ke pulau besar,boleh menghubungi saudara udin(anak seorang bomoh terkenal) di talian 017-662 0676.beliau dpt membantu anda utk semua urusan selama di sana termasuk penginapan..terima kasih

  45. al-ghazali:

    Assalamualaikum,

    Pada hakikatnya rakyat Malaysia perlu berbangga kerana di tanah Melayu ada seorang ulama yang bertaraf wali dan berkedudukan tinggi sama seorang ulama berketurunan Shaikh Abdul Qadir al-Jailani, seperti di Tanah Jawa iaitu Wali Songo. Jika Tanah Jawa terkenal dengan ‘ Wali Songo’. Sumatera terkenal dengan ‘Hamzah Fansuri’, maka tidak syak lagi Tanah Melayu’ terkenal dengan ‘Shaikh Ismail Pulau Besar’. Sebuah kitab arab yang ditulis kira2 65 tahun yang lalu oleh seorang ulama India menceritakan dengan lengkap sejarah pulau besar serta Shaikh Ismail dengan lebih terperinci berjudul ‘Tuhfatul Abrar fi Ahli Pulau Besar’ ertinya : Anugerah (Hadiah) yang baik kepada Ahli Pulau Besar., yang saya miliki amat berguna dan dalam proses penterjemahan. Ringkasnya nama pulau besar disebabkan kerana banyak kejadian dan peristiwa yang besar-besar. Shaikh Ismail dari Baghdad keturunan ke 5 Shaikh Abdul Qadir al-Jailani datang ke Pulau Besar bersama 11 orang, kemudian di susuli pula 16 orang sehingga menjadi 41 orang. Kelahiran Shaikh Ismail selepas 45 tahun kewafatan Maulana Malik Ibrahim 1416H(kurang lebih). Ertinya Shaikh Ismail lahir dizaman penghujung kegemilangan wali songo. Apakah beliau sezaman atau bersama2 dengan wali songo belum dapat dipastikan. Kemungkinan benar kemungkinan tidak. Akan tetapi saya terbaca bahawa razali husain berkata :

    [Apa yang saya tahu dari guru saya (Babib syed Ali Al-Aidid)mengata-kan sultan Ariffen yang sebenar ada lah syed maulana ishak bapa kepada sunan Giri dan sharifah habsah ada lah adek kepada sultan Arifeen]

    Fakta ini saya kurang pasti, setahu saya dalam kitab sejarah atau Babad Tanah Jawa boleh baca kitab berjudul ‘ TIADA WALISANA’ karaya Samsuddin di ambil dari manuskrip bahawa Maulana Ishaq wafat di Pasai di Taman Sari dan dihadiri oleh para ulama dan wali. Ertinya Maulana Ishak bukan Shaikh Ismail.
    (bersambung)

  46. bambu:

    salam perkenalan….saya merupakan pengunjung tetap pulau besar setiap bulan dari 2006-sekarang. kami mrngharapkan kerjasama semua pencinta islam agar sama-sama datang dan menjaga kesucian islam di sana. kami dan penghuni pulau besar telah dan sentiasa berusaha untuk menghindarkan amalan yang batil kepada yang dibenarkan…perjelaskan kepada setiap pengunjung dengan kaedah bertawasul yang dibenarkan iaitu adab-adab ziarah dijaga dan adab berdoa dijaga…bermohon doa hanya kepadaNya dan meminta ihsan para roh awliya itu sama-sama berdoa jua padaNya…dan bertawakal pada Allah..itulah yang nasihatkan kepada pengunjung yang hadir. sebab itu lah ni dah kurang berstanggi..jika tabur bunga itu tanpa niat lain hanya untuk wangian setempat tidak mengapa.

  47. bambu:

    maaf kepada MAIM…pada hemat saya, dengan meratakan makam 7 beradik dan menghancurkan makam nyai siti nurfatimah bukan cara yang baik untuk menghapuskan amalan khurafat…hantarkan orang yang bertugas di surau Pulau Besar dan bina j/kuasa pemantau yang terdiri dari penghuni tetap pulau dengan diberi kuasa menegur dan menasihati pengunjung dengan hikmah jauh lebih baik. usaha yang kami lakukan sekarang ni dengan k/sama orng india muslim pulau nampak keberkesanannya cuma lebih baik lagi jika MAIM juga main peranan yang sama. hayati surah al-as..berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

  48. Nari:

    Sejak kebelakangan ini saya suka ke Pulau Besar. Jiwa tenang
    bila berada disana. pertama kali saya ke makam sultanul Ariffin terasa pilu,hiba dan insaf. Tak tau kenapa. Tapi yang amat menyedihkan saya ialah kebersihan disitu. sepatutnya para pengunjung menjaga tempat berkenaan dengan
    tidak membuang sampah sarap merata-rata. Dan diharapkan pihak kerajaan Melaka ambil berat seperti menyediakan tempat pembuangan sampah atau pungutan sampah. memang bagus kalau tempat ni dibuat untuk amal ibadat atau pusat islam, barulah berkat dan sesuai dengan sejarahnya. Orang orang politik dan kaya telah membuat resorts/golf course disitu, tapi apa jadi? Fikirlah sedalam dalam nya. Saya sebenarnya telah dari dulu lagi sejak tiada kemudahan lagi telah pergi kesana. masa tu meredah hutan dan lorong untuk sampai ke Makam tersebut. Dan cuma ada satu dua gerai papan sahaja, nak sampai kesana pun terpaksa sewa speed boat yang mahal. Sekarang semua kemudahan ada, semua pelawat patut menjagainya .

  49. AZMAN SHAH ( RAWANG ):

    saya baru semalam 10/mei/2009 secara tidak sengaja melawati pulau besar di melaka , amat memeranjatkan saya bahwa di bumi malaysia ini terdapat wali besae seperti syed ismail(r.a ) yang di makam di situ , kemudian saya dapati kuburan yang di kata kan kuburan nenek kebayan tu adalah sebenar nya kuburan saudara kandung gusti putri gunung ledang , jadi kepada kebanyakan org mungkin dtg ke sana dengan sebab2 tertentu , bagi saya , saya bersetuju benar dgn saudari diana yg telah menulis tentang lawatan beliau dan kumpulan beliau tempohari hari , bahwa pulau ini harus lah di jadikan pusat keagamaan islam seperti membina pusat tahfiz atau pusat darul al quran di mana fungsi pulau tersebut seperti kita tau adalah berasal dari pusat ilmuan islam , jadi saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai kuasa menegur dan memberi buah fikiran kepada pihak berkuasa di melaka supaya jgn lak tamak nak jadi kan pusat tersebut sebagai pusat maksiat , kerana makam cucu cicit NABI MUHAMMAD S.A.W ada di situ , jadi muliakan lak mukim tersebut dengan keadaan semasa . saya percaya perjalanan masa dengan segala bukti sejarah melayu lama di pulau tersebut belum lagi di cari gali , banyak sangat yang saya lihat di situ berkaitan rapat dengan sejarah melaka itu sendiri , pada firasat saya , saudara hang tuah dan para sahabat beliau pun pernah berkunjung di pulau tersebut , insyallah lama ke lamaan rahsia pulau tersebut akan terurai juga , walaupun seribu jentera tolak di kerah utk menghancur binaan kubur2 keramat di situ akan tetapi ianya tetap akan terus di puja puji org ramai jika tidak di benteras dari sudut akidah dan juga cara melihat perkara di pulau tersebut dari sudut iman dan takwa kepada ALLAH SWT . sebenar nya PULAU BESAR ADALAH PERMATA ISLAM YANG TIDAK TERNILAI , anugerah ilahi pada umat dan bangsa melayu di nusantara , mai kita pikir2 dan semoga ada pihak yang mahu membuat ekspedisi lagi ke pulau tersebut , saya akan join kalian ok , wassalam

    azman shah ishak
    majlis perbandaran selayang
    selayang selangor

    019-2332364 ( kontek ok )

  50. AZMAN SHAH:

    saya setuju pendapat di atas

  51. burn:

    apa sebenarnya sejarah di pulau besar ni??
    kene gi sendiri la nampaknya. kalau dok baca x puas hati.
    mcm ada benda yg memanggil aku utk ke sana.
    skrg jiwa pun tgh kacau. mungkin akan tenang bila di sana.

  52. nija:

    menarik memang menarik. saya dahlah tak penah pegi lagi kat Pulau besar. teringin jugak nal pegi kesana. mesti banyak ilmu yang dapat.

  53. kak nab:

    keturunan nabi akan timbul dari Bani Tamim (Melayu) yang benar-benar mentauhidkan Allah sebenar tauhid dan yang akan menyerahkan panji-panji islam kepada Imam Mahadi. Tunggu darimana keturunan tu timbul.

  54. Sufi Pernu:

    Sembilan Wali ( WALI SONGO )
    “Walisongo” berarti sembilan orang wali. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pada saat yang persis bersamaan. Namun satu sama lain mempunyai keterkaitan erat, bila tidak dalam ikatan darah juga dalam hubungan guru-murid. Maulana Malik Ibrahim yang tertua. Sunan Ampel anak Maulana Malik Ibrahim. Sunan Giri adalah keponakan Maulana Malik Ibrahim yang berarti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak Sunan Ampel. Sunan Kalijaga merupakan sahabat sekaligus murid Sunan Bonang. Sunan Muria anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yang lebih dahulu meninggal. Mereka tinggal di pantai utara Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, serta Cirebon di Jawa Barat. Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru: mulai dari kesehatan, bercocok tanam, niaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan. Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama, namun juga pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah kreator karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga sekarang. Sedangkan Sunan Muria adalah pendamping sejati kaum jelata.
    Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia. Khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat “sembilan wali” ini lebih banyak disebut dibanding yang lain. Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peran yang unik dalam penyebaran Islam. Mulai dari Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai “tabib” bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang disebut para kolonialis sebagai “paus dari Timur” hingga Sunan Kalijaga yang mencipta karya kesenian dengan menggunakan nuansa yang dapat dipahami masyarakat Jawa -yakni nuansa Hindu dan Budha .
    Maulana Malik Ibrahim (Wafat 1419)

    Maulana Malik Ibrahim, atau Makdum Ibrahim As-Samarkandy diperkirakan lahir di Samarkand, Asia Tengah, pada paruh awal abad 14. Babad Tanah Jawi versi Meinsma menyebutnya Asmarakandi, mengikuti pengucapan lidah Jawa terhadap As-Samarkandy, berubah menjadi Asmarakandi.
    Maulana Malik Ibrahim kadang juga disebut sebagai Syekh Magribi. Sebagian rakyat malah menyebutnya Kakek Bantal. Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Ibrahim dan Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro, yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Syayidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja, selama tiga belas tahun sejak tahun 1379. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putra. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Sayid Ali Murtadha alias Raden Santri. Merasa cukup menjalankan misi dakwah di negeri itu, tahun 1392 M Maulana Malik Ibrahim hijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya. Beberapa versi menyatakan bahwa kedatangannya disertai beberapa orang. Daerah yang ditujunya pertama kali yakni desa Sembalo, daerah yang masih berada dalam wilayah kekuasaan Majapahit. Desa Sembalo sekarang, adalah daerah Leran kecamatan Manyar, 9 kilometer utara kota Gresik. Aktivitas pertama yang dilakukannya ketika itu adalah berdagang dengan cara membuka warung. Warung itu menyediakan kebutuhan pokok dengan harga murah. Selain itu secara khusus Malik Ibrahim juga menyediakan diri untuk mengobati masyarakat secara gratis. Sebagai tabib, kabarnya, ia pernah diundang untuk mengobati istri raja yang berasal dari Campa. Besar kemungkinan permaisuri tersebut masih kerabat istrinya. Kakek Bantal juga mengajarkan cara-cara baru bercocok tanam. Ia merangkul masyarakat bawah -kasta yang disisihkan dalam Hindu. Maka sempurnalah misi pertamanya, yaitu mencari tempat di hati masyarakat sekitar yang ketika itu tengah dilanda krisis ekonomi dan perang saudara. Selesai membangun dan menata pondokan tempat belajar agama di Leran, tahun 1419 M Maulana Malik Ibrahim wafat. Makamnya kini terdapat di kampung Gapura, Gresik, Jawa Timur.
    Sunan Ampel

    Ia putera tertua Maulana Malik Ibrahim. Menurut Babad Tanah Jawi dan Silsilah Sunan Kudus, di masa kecilnya ia dikenal dengan nama Raden Rahmat. Ia lahir di Campa pada 1401 Masehi. Nama Ampel sendiri, diidentikkan dengan nama tempat dimana ia lama bermukim. Di daerah Ampel atau Ampel Denta, wilayah yang kini menjadi bagian dari Surabaya (kota Wonokromo sekarang).Beberapa versi menyatakan bahwa Sunan Ampel masuk ke pulau Jawa pada tahun 1443 M bersama Sayid Ali Murtadho, sang adik. Tahun 1440, sebelum ke Jawa, mereka singgah dulu di Palembang. Setelah tiga tahun di Palembang, kemudian ia melabuh ke daerah Gresik. Dilanjutkan pergi ke Majapahit menemui bibinya, seorang putri dari Campa, bernama Dwarawati, yang dipersunting salah seorang raja Majapahit beragama Hindu bergelar Prabu Sri Kertawijaya. Sunan Ampel menikah dengan putri seorang adipati di Tuban. Dari perkawinannya itu ia dikaruniai beberapa putera dan puteri. Diantaranya yang menjadi penerusnya adalah Sunan Bonang dan Sunan Drajat. Ketika Kesultanan Demak (25 kilometer arah selatan kota Kudus) hendak didirikan, Sunan Ampel turut membidani lahirnya kerajaan Islam pertama di Jawa itu. Ia pula yang menunjuk muridnya Raden Patah, putra dari Prabu Brawijaya V raja Majapahit, untuk menjadi Sultan Demak tahun 1475 M.
    Di Ampel Denta yang berawa-rawa, daerah yang dihadiahkan Raja Majapahit, ia membangun mengembangkan pondok pesantren. Mula-mula ia merangkul masyarakat sekitarnya. Pada pertengahan Abad 15, pesantren tersebut menjadi sentra pendidikan yang sangat berpengaruh di wilayah Nusantara bahkan mancanegara. Di antara para santrinya adalah Sunan Giri dan Raden Patah. Para santri tersebut kemudian disebarnya untuk berdakwah ke berbagai pelosok Jawa dan Madura. Sunan Ampel menganut fikih mahzab Hanafi. Namun, pada para santrinya, ia hanya memberikan pengajaran sederhana yang menekankan pada penanaman akidah dan ibadah. Dia-lah yang mengenalkan istilah “Mo Limo” (moh main, moh ngombe, moh maling, moh madat, moh madon). Yakni seruan untuk “tidak berjudi, tidak minum minuman keras, tidak mencuri, tidak menggunakan narkotik, dan tidak berzina.” Sunan Ampel diperkirakan wafat pada tahun 1481 M di Demak dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Ampel, Surabaya.

    Sunan Bonang

    Ia anak Sunan Ampel, yang berarti juga cucu Maulana Malik Ibrahim. Nama kecilnya adalah Raden Makdum Ibrahim. Lahir diperkirakan 1465 M dari seorang perempuan bernama Nyi Ageng Manila, puteri seorang adipati di Tuban. Sunan Bonang belajar agama dari pesantren ayahnya di Ampel Denta. Setelah cukup dewasa, ia berkelana untuk berdakwah di berbagai pelosok Pulau Jawa. Mula-mula ia berdakwah di Kediri, yang mayoritas masyarakatnya beragama Hindu. Di sana ia mendirikan Masjid Sangkal Daha. Ia kemudian menetap di Bonang -desa kecil di Lasem, Jawa Tengah -sekitar 15 kilometer timur kota Rembang. Di desa itu ia membangun tempat pesujudan/zawiyah sekaligus pesantren yang kini dikenal dengan nama Watu Layar. Ia kemudian dikenal pula sebagai imam resmi pertama Kesultanan Demak, dan bahkan sempat menjadi panglima tertinggi. Meskipun demikian, Sunan Bonang tak pernah menghentikan kebiasaannya untuk berkelana ke daerah-daerah yang sangat sulit. Ia acap berkunjung ke daerah-daerah terpencil di Tuban, Pati, Madura maupun Pulau Bawean. Di Pulau inilah, pada 1525 M ia meninggal. Jenazahnya dimakamkan di Tuban, di sebelah barat Masjid Agung, setelah sempat diperebutkan oleh masyarakat Bawean dan Tuban. Tak seperti Sunan Giri yang lugas dalam fikih, ajaran Sunan Bonang memadukan ajaran ahlussunnah bergaya tasawuf dan garis salaf ortodoks. Ia menguasai ilmu fikih, usuludin, tasawuf, seni, sastra dan arsitektur. Masyarakat juga mengenal Sunan Bonang sebagai seorang yang piawai mencari sumber air di tempat-tempat gersang.Ajaran Sunan Bonang berintikan pada filsafat ‘cinta’(‘isyq). Sangat mirip dengan kecenderungan Jalalludin Rumi. Menurut Bonang, cinta sama dengan iman, pengetahuan intuitif (makrifat) dan kepatuhan kepada Allah SWT atau haq al yaqqin. Ajaran tersebut disampaikannya secara populer melalui media kesenian yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, Sunan Bonang bahu-membahu dengan murid utamanya, Sunan Kalijaga. Sunan Bonang banyak melahirkan karya sastra berupa suluk, atau tembang tamsil. Salah satunya adalah “Suluk Wijil” yang tampak dipengaruhi kitab Al Shidiq karya Abu Sa’id Al Khayr (wafat pada 899). Suluknya banyak menggunakan tamsil cermin, bangau atau burung laut. Sebuah pendekatan yang juga digunakan oleh Ibnu Arabi, Fariduddin Attar, Rumi serta Hamzah Fansuri. Sunan Bonang juga menggubah gamelan Jawa yang saat itu kental dengan estetika Hindu, dengan memberi nuansa baru. Dialah yang menjadi kreator gamelan Jawa seperti sekarang, dengan menambahkan instrumen bonang. Gubahannya ketika itu memiliki nuansa dzikir yang mendorong kecintaan pada kehidupan transedental (alam malakut). Tembang “Tombo Ati” adalah salah satu karya Sunan Bonang. Dalam pentas pewayangan, Sunan Bonang adalah dalang yang piawai membius penontonnya. Kegemarannya adalah menggubah lakon dan memasukkan tafsir-tafsir khas Islam. Kisah perseteruan Pandawa-Kurawa ditafsirkan Sunan Bonang sebagai peperangan antara nafi (peniadaan) dan ‘isbah (peneguhan).

    Sunan Kalijaga

    Dialah “wali” yang namanya paling banyak disebut masyarakat Jawa. Ia lahir sekitar tahun 1450 Masehi. Ayahnya adalah Arya Wilatikta, Adipati Tuban -keturunan dari tokoh pemberontak Majapahit, Ronggolawe. Masa itu, Arya Wilatikta diperkirakan telah menganut Islam. Nama kecil Sunan Kalijaga adalah Raden Said. Ia juga memiliki sejumlah nama panggilan seperti Lokajaya,Syekh Malaya, Pangeran Tuban atau Raden Abdurrahman.Terdapat beragam versi menyangkut asal-usul nama Kalijaga yang disandangnya.Masyarakat Cirebon berpendapat bahwa nama itu berasal dari dusun Kalijaga di Cirebon. Sunan Kalijaga memang pernah tinggal di Cirebon dan bersahabat erat dengan Sunan Gunung Jati. Kalangan Jawa mengaitkannya dengan kesukaan wali ini untuk berendam (‘kungkum’) di sungai (kali) atau “jaga kali”. Namun ada yang menyebut istilah itu berasal dari bahasa Arab “qadli dzaqa” yang menunjuk statusnya sebagai “penghulu suci” kesultanan. Masa hidup Sunan Kalijaga diperkirakan mencapai lebih dari 100 tahun. Dengan demikian ia mengalami masa akhir kekuasaan Majapahit (berakhir 1478), Kesultanan Demak, Kesultanan Cirebon dan Banten, bahkan juga Kerajaan Pajang yang lahir pada 1546 serta awal kehadiran Kerajaan Mataram dibawah pimpinan Panembahan Senopati. Ia ikut pula merancang pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak. Tiang “tatal” (pecahan kayu) yang merupakan salah satu dari tiang utama masjid adalah kreasi Sunan Kalijaga. Dalam dakwah, ia punya pola yang sama dengan mentor sekaligus sahabat dekatnya, Sunan Bonang. Paham keagamaannya cenderung “sufistik berbasis salaf” -bukan sufi panteistik (pemujaan semata). Ia juga memilih kesenian dan kebudayaan sebagai sarana untuk berdakwah. Ia sangat toleran pada budaya lokal. Ia berpendapat bahwa masyarakat akan menjauh jika diserang pendiriannya. Maka mereka harus didekati secara bertahap: mengikuti sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah dipahami, dengan sendirinya kebiasaan lama hilang. Maka ajaran Sunan Kalijaga terkesan sinkretis dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai sarana dakwah. Dialah pencipta Baju takwa, perayaan sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, lakon wayang Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota berupa Kraton, alun-alun dengan dua beringin serta masjid diyakini sebagai karya Sunan Kalijaga.
    Metode dakwah tersebut sangat efektif. Sebagian besar adipati di Jawa memeluk Islam melalui Sunan Kalijaga. Di antaranya adalah Adipati Padanaran, Kartasura, Kebumen, Banyumas, serta Pajang (sekarang Kotagede – Yogya). Sunan Kalijaga dimakamkan di Kadilangu -selatan Demak

    Sunan Gunung Jati

    Banyak kisah tak masuk akal yang dikaitkan dengan Sunan Gunung Jati. Diantaranya adalah bahwa ia pernah mengalami perjalanan spiritual seperti Isra’ Mi’raj, lalu bertemu Rasulullah SAW, bertemu Nabi Khidir, dan menerima wasiat Nabi Sulaeman. (Babad Cirebon Naskah Klayan hal.xxii). Semua itu hanya mengisyaratkan kekaguman masyarakat masa itu pada Sunan Gunung Jati. Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah diperkirakan lahir sekitar tahun 1448 M. Ibunya adalah Nyai Rara Santang, putri dari raja Pajajaran Raden Manah Rarasa. Sedangkan ayahnya adalah Sultan Syarif Abdullah Maulana Huda, pembesar Mesir keturunan Bani Hasyim dari Palestina. Syarif Hidayatullah mendalami ilmu agama sejak berusia 14 tahun dari para ulama Mesir. Ia sempat berkelana ke berbagai negara. Menyusul berdirinya Kesultanan Bintoro Demak, dan atas restu kalangan ulama lain, ia mendirikan Kasultanan Cirebon yang juga dikenal sebagai Kasultanan Pakungwati.
    Dengan demikian, Sunan Gunung Jati adalah satu-satunya “wali songo” yang memimpin pemerintahan. Sunan Gunung Jati memanfaatkan pengaruhnya sebagai putra Raja Pajajaran untuk menyebarkan Islam dari pesisir Cirebon ke pedalaman Pasundan atau Priangan. Dalam berdakwah, ia menganut kecenderungan Timur Tengah yang lugas. Namun ia juga mendekati rakyat dengan membangun infrastruktur berupa jalan-jalan yang menghubungkan antar wilayah. Bersama putranya, Maulana Hasanuddin, Sunan Gunung Jati juga melakukan ekspedisi ke Banten. Penguasa setempat, Pucuk Umum, menyerahkan sukarela penguasaan wilayah Banten tersebut yang kemudian menjadi cikal bakal Kesultanan Banten. Pada usia 89 tahun, Sunan Gunung Jati mundur dari jabatannya untuk hanya menekuni dakwah. Kekuasaan itu diserahkannya kepada Pangeran Pasarean. Pada tahun 1568 M, Sunan Gunung Jati wafat dalam usia 120 tahun, di Cirebon (dulu Carbon). Ia dimakamkan di daerah Gunung Sembung, Gunung Jati, sekitar 15 kilometer sebelum kota Cirebon dari arah barat.
    Sunan Kudus

    Nama kecilnya Jaffar Shadiq. Ia putra pasangan Sunan Ngudung dan Syarifah (adik Sunan Bonang), anak Nyi Ageng Maloka. Disebutkan bahwa Sunan Ngudung adalah salah seorang putra Sultan di Mesir yang berkelana hingga di Jawa. Di Kesultanan Demak, ia pun diangkat menjadi Panglima Perang. Sunan Kudus banyak berguru pada Sunan Kalijaga. Kemudian ia berkelana ke berbagai daerah tandus di Jawa Tengah seperti Sragen, Simo hingga Gunung Kidul. Cara berdakwahnya pun meniru pendekatan Sunan Kalijaga: sangat toleran pada budaya setempat. Cara penyampaiannya bahkan lebih halus. Itu sebabnya para wali –yang kesulitan mencari pendakwah ke Kudus yang mayoritas masyarakatnya pemeluk teguh-menunjuknya. Cara Sunan Kudus mendekati masyarakat Kudus adalah dengan memanfaatkan simbol-simbol Hindu dan Budha. Hal itu terlihat dari arsitektur masjid Kudus. Bentuk menara, gerbang dan pancuran/padasan wudhu yang melambangkan delapan jalan Budha. Sebuah wujud kompromi yang dilakukan Sunan Kudus. Suatu waktu, ia memancing masyarakat untuk pergi ke masjid mendengarkan tabligh-nya. Untuk itu, ia sengaja menambatkan sapinya yang diberi nama Kebo Gumarang di halaman masjid. Orang-orang Hindu yang mengagungkan sapi, menjadi simpati. Apalagi setelah mereka mendengar penjelasan Sunan Kudus tentang surat Al Baqarah yang berarti “sapi betina”. Sampai sekarang, sebagian masyarakat tradisional Kudus, masih menolak untuk menyembelih sapi.Sunan Kudus juga menggubah cerita-cerita ketauhidan. Kisah tersebut disusunnya secara berseri, sehingga masyarakat tertarik untuk mengikuti kelanjutannya. Sebuah pendekatan yang tampaknya mengadopsi cerita 1001 malam dari masa kekhalifahan Abbasiyah. Dengan begitulah Sunan Kudus mengikat masyarakatnya.
    Bukan hanya berdakwah seperti itu yang dilakukan Sunan Kudus. Sebagaimana ayahnya, ia juga pernah menjadi Panglima Perang Kesultanan Demak. Ia ikut bertempur saat Demak, di bawah kepemimpinan Sultan Prawata, bertempur melawan Adipati Jipang, Arya Penangsang.

    Sunan Muria

    Ia putra Dewi Saroh –adik kandung Sunan Giri sekaligus anak Syekh Maulana Ishak, dengan Sunan Kalijaga. Nama kecilnya adalah Raden Prawoto. Nama Muria diambil dari tempat tinggal terakhirnya di lereng Gunung Muria, 18 kilometer ke utara kota Kudus.Gaya berdakwahnya banyak mengambil cara ayahnya, Sunan Kalijaga. Namun berbeda dengan sang ayah, Sunan Muria lebih suka tinggal di daerah sangat terpencil dan jauh dari pusat kota untuk menyebarkan agama Islam. Bergaul dengan rakyat jelata, sambil mengajarkan keterampilan-keterampilan bercocok tanam, berdagang dan melaut adalah kesukaannya. Sunan Muria seringkali dijadikan pula sebagai penengah dalam konflik internal di Kesultanan Demak (1518-1530), Ia dikenal sebagai pribadi yang mampu memecahkan berbagai masalah betapapun rumitnya masalah itu. Solusi pemecahannya pun selalu dapat diterima oleh semua pihak yang berseteru. Sunan Muria berdakwah dari Jepara, Tayu, Juana hingga sekitar Kudus dan Pati. Salah satu hasil dakwahnya lewat seni adalah lagu Sinom dan Kinanti .

  55. radhi:

    Sayid itu adalah dari keturunan nabi s.a.w. Memanglah diorang ada kelebihan daripada kita ini bukan kurafat tapi kebenaran. Sayangnya masa hidup tak dipedulikan dah mati pulak kita sibuk nak minta itu dan ini kat kubur dia orang.

  56. syarifah:

    hebat ALLAH…M

  57. puan rohaya:

    ASKUM. SY di prgi ke pulau besar smlm. smangat nk prgi trlalu mndesak setelah mndpt mimpi. tringin sgt mmbuat sy nekad prgi brtolak dri kl kul 10pgi smpi kul 8.30mlm. krana sy tk tahu jln ksana mnyebabkan prjlanan trlalu memenatkan. tp alhamdulilah sy slamat smpi akhirnya. tmptnya bgitu amat mnyeronokan. pngalman prtma sy tido di chalet chandek kura bilik 044 amat misteri. kul2pgi stelah solat hajat sy trdengar bunyi org tasbih org sdg brzikir. hati ni tk rasa takut pon. stelah bunyi tasbih trsbut brhenti sy trtido. dlm mimpi sy trnmpk aktiviti2 yg diadakan dipulau bsar swaktu dulu kala. begitu ramai hulubalang2 brpakaian seperti panglima2 sedg blaja silat dan ada yg blaja ilmu agama. nmpk pulau besar tu bgitu sibuk dn kgiatan ilmu agama. malah sy dibritahu moyang dan datuk sy penah tinggal disana blaja agama. so sbb tu lah sy didatgi mimpi utk kesana. apa lagi dikala sy dilanda masallah pribadi. smpi disana trdpt satu ketnangan jiwa. trlupa sgala masalah. tp sy xsmpat brjalan2 mlihat tmpt2 brsjarah yg lain kerana kesuntukan masa. tp sy brjanji akan prgi skali lagi krana xpuas nk lihat lgi kawasan disana. byk yg sy xtahu lagi. klu blh sy ingin mngetahui lebih lanjut tntang misteri di pulau besar. siapa kah harus sy hubungi trutama org yg tinggal dipulau besar tu tahu akan sjarah disana. sy xknal pon sape2 disana.

  58. intan:

    askum. sy penah prgi p.besar. pantainya amat indah. tp yg pelik nya nape ramai org india je suka gi sana. malah disembahnya makam2 disana. maybe diorg anggap makam tu umpama tuhan. byk colok2 bau wangi akan menusuk idung dispanjang jln. bunga kuning brtaburan kat makam. napa org india menyembah makam wali allah. patutnya kerajaan melaka halang prbuatan syirik ni. kain kuning diikat dipokok2. suasana yg mnyeramkan bila dilihat. kalau dibiarkan lama2 makam2 sjarah tu akan didirikan kuil hindu mcm di bt caves. TLG KERAJAAN NEGERI MELAKA BERI PRHATIAN. TEMPAT SJARAH WALI ALLAH TELAH DICEMARI OLEH KAUM INDIA YG FASIK. JGN SMPAI KITA KEHILANGAN SJARAH.

  59. intan:

    SY BRSETUJU KALAU PULAU BESAR TU DI JADIKAN TMPT BLAJA AGAMA PONDOK. MALAH MARINA RESORT TU JADIKAN ASRAMA UTK PELAJAR2 TAHFIZ MENGKAJI ILMU AGAMA LEBIH MENDALAM. DEWAN YG KOSONG JADIKAN TMPT CERAMAH2 AGAMA DIJALANKAN PD SETIAP CUTI SKLH. JADIKAN PULAU BESAR TMPT ORGRAMAI MENUNTUT ILMU AGAMA. MAKAM2 DIJAGA DN ADA LARANGAN SBARANG PENYEMBAHAN DI MAKAM TU OLEH ORG INDIA. COLOK2 JUGA DILARANG BAKAR.

  60. hafiz:

    salam…
    tujuan saya mengirim msg ni sbb saya nak mengetahui lebih lanjut mengenai makam/kramat tujuh beradik di pulau besar…manakah yang betul..makam @ kramat(keramat)?sbb ia mmbawa maksud yg b’lainan….dan saya juga ingin mengetahui salasilah mereka….sesiapa yg tahu boleh m’hntar enail ke alamat email saya spidermanz_85@yahoo.com…..emm…lagi satu ada tak bahan bacaan yg boleh dijadikan sumber?..pliss w’sallam…

  61. razali husain:

    Saya sependapat dengan Radhi di atas .sesunggoh orang-orang sayid ada kelebihan nya.Dari pengalaman saya bersama orang sayid selama 15 tahun berguru dan muhibin dengan mereka.

  62. ikhsan thaif:

    Keturunan WaliSongo.

    Sebelum ini saya adalah seorang yang pemberang, cepat marah dan tingkah laku saya tidak berapa elok.Biarpun hakikatnya saya masih ikut perintah allah dengan bersolat lima waktu dan masih berdamping dengan al-quran dan sunnah.
    Dalam sejarah kehidupan saya telah diduga dengan beberapa perkara hinggakan perkahwinan pertama saya gagal hanya bertahan selama 3 tahun kerana tidak tahan dengan ujian dan dugaan.
    Selepas hidup dalam kesepian dan pengasingan, kekuatan diri dalam mendekatkan diri dengan agama Allah makin dalam.
    Banyak pergi majlis ilmu untuk pembentukkan rohani,dalam masa yang sama juga berkawan dengan seorang kiyai.
    Banyak berkongsi permasalah saya dengan kiyai ni, masalah nya waktu saya keseorangan(duda) bila dirumah saya banyak kali diganggu dengan benda-benda tak dijangkau pemikiran dan penglihatan kita.
    Saya pun tak tahu apa bendanya tapi senang kata ‘hantu’ atau jin…whatever.
    Saya juga mimpi yang pelik2,didatangi orang berjubah putih, serta bertasbih juga banyak ayat-ayat al-quran didengar.
    banyak persoalan timbul dan tidak terjawab.
    Tapi, saya kenalah berfikiran positif, sebab apa2 perkara baik itu memang datang dari Allah.
    Selepas beberapa bulan ditambah rezeki sikit lalu saya bawa ibu saya berangkat ke Tanah Suci Mekah menunaikan Umrah.
    Dipertemukan jodoh lain sewaktu pergi umrah dan selepas setahun diijabkabul dengan wanita itu,(sekarang dah jadi isteri saya)

    Diuji semula, dengan menghadapi VSS diberhenti kerja lah pulak pada tahun 2002, dapat duit sikit lalu berniaga kecil-kecilan.
    berniaga selama 3 tahun berniaga tak berapa menjadi, maklumlah niaga kain-kain ela di aked,
    Bila duit kurang, hutang keliling pinggang orang rumah pula banyak ragam. (maklumlah orang perempuan)
    Sebagai insan yang dah biasa dengan nasib dirundung malang masih bersikap sabar dengan kerenah yang dihadapi.. ini semua ujian allah.
    Suatu hari, saya berkenalan dengan orang yang tidak saya kenali di kedai saya , merenung dan menegur saya. Ia memandang seperti membaca dari air muka saya.
    Katanya,”adik kena banyak sabar dan kalau bole cuba adik mengenal diri adik serta asal-usul adik”.
    Menjadi kebiasaan kita tak berapa ambil peduli sangat kalau orang nasihatkan kita macam tu.
    (dalam peduli tak peduli nasihat dia tu tinggalkan kesan juga).
    Pada tahun 2006 saya saya ditawarkan oleh kawan lama saya dan mula bekerja semula makan gaji.
    Suatu hari tu, saya pergi menemani kawan saya berubat cara perubatan islam dengan seorang yang agak hebat ikut cara wali songo….lebihkurang macam tu..la.
    Selepas kawan saya baik dan sembuh, dimaklumkan kepada saya ahli perubatan nak berjumpa dengan saya.
    Biasalah banyak persoalan dalam minda? Nape pulak nak jumpa aku.
    Bila dah banyak persoalan,malas lagi nak pikir,saya pergi berjumpa juga.
    banyak perkara dia dapat nilaikan sikap saya,sejarah hidup saya dan hebat dia ni.banyak tekaan atau firasat dia terhadap saya betul belaka.
    Dan perkara yang saya tidak jangkakan ialah saya ni ada didampingi oleh seorang ‘Ustaz’ dari alam ghaib.bukan saka atau jenis tak baik…
    dan saya diberitahu dari mana asal usulnya dan mengapa ada kat saya.(Ada kena mengena warisan turun-temurun bapa,datuk dan moyang saya dengan wali songo diIndonesia)
    Ceritakan pada saya sejarah keturunan saya tentang kisah wali songo, ikan talang yang saya memang telah diberitahu oleh arwah bapa saya memang ‘disumpah oleh keturunan saya jangan makan ikah talang’juga dicerita pasal masjid demak.
    Saya juga disuruh banyak mengaji dan zikrullah untuk diri saya dan beriman dengan Allah dan Rasulnya.
    Juga pernah dibawa pergi ke Pulau Besar dan diajar sedikit dalam ilmu perubatan dan sejarah Pulau Besar,Melaka.
    Selama itulah saya banyak pelajari Ilmu Tauhid,Tasawuf Mengenal Allah dan faham sedikit pasal Alam Ghaib.
    Saya tak boleh cerita banyak tentang hal ni sebab tak boleh ceritakan hal ni sangat.Jadi riya’ atau orang pikir saya gila.Tak boleh diterima akal.
    Tapi hakikatnya, banyak perubahan yang amat drastik dalam kehidupan saya dari sifat mazmummah kepada sifat mahmudah.
    Amalannya hanya zikirullah dan selawat keatas Rasullah SAW dan Nabi2 sebelumnya.
    Yang pentingnya kita tidak menyeleweng atau tersesat akidah.
    Ikut Al-Quran dan Sunnah.Insyallah.
    Saya juga hendak berkongsi pengalaman dan mempelajari Ilmu Allah sepertmana banyaknya buih-buih dilautan.
    Sekiranya tuan-tuan nak berkongsi, boleh email:
    ikhsan_thaif@yahoo.com.

  63. razali husain:

    Saya amat tertarik dgn kata-kata Syamsul pada April 17 2009 di dalam halaman ini.Dengan itu Selagi kita junjong tinggi Iman dan Islam dan tidak mesekutukan Allah dan Rasul jgn lah kita menuduh perbuatan se sa-orang itu salah atau pun kurafat.
    Renungi lah pantun kata dari Almarhum Al Habib Saiyid Noh ibni Habib Syed Abdullah al abshi dari Pulau Penyanget -Riau.
    Satu Dua Tiga Dan Empat
    Iman Islam Tauhid Marifat
    Empat Empat Satu Tempat
    Hilang Satu Semua Tak Dapat.
    Di harap dapat lah kita fikir bersama.

  64. mie lipis:

    tempat terawal agama islam disampaikan,sepatutnya dijaga untuk generasi akan datang,jangan jadikan pulau itu sebagai tempat aktiviti kurafat.tiada pulau besar tiada sejarah islam di MALAYSIA

  65. bakhtiarshahmustapa:

    Bagus juga kalau dapat pergi Ke Pulau Besar, tak sangka banyak cerita sejarah kat sana, saja terbuka lak laman ini. Mudah2mudahan diizin Allah dapat lah saya dan keluarga bercuti sambil lihat sendiri Makam As-Saiyid Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail r.a, Makam Syeikh Yusuf As-Sidiq, Makam Saiyid Ibrahim r.a, Makam Siti Sarah (juga dikenali sebagai Makam Syarifah Rodziah) serta Makam Tujuh Beradik. Terdapat juga beberapa makam yang lain antaranya Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makam Seribu dan Makam Nisan Satu.

  66. jess:

    banyak versi cerita boleh kita dengar tentang perkara yang lepas..
    just use our mind yg allah bagi kat kita. pada sy dengar boleh tapi percaya atau tidak ..tu memasing punya akidah. buatlah penilaian yang terbaik… jangan percaya kalau x nampak dengan mata kepala kita..berserah pada allah sebab perkara ghaib adalah hak allah… sapelah kita nak judge sst yg luar jangkauan kita..wassallam..

  67. Emy Pancar Selatan:

    Aku x yah cerita tentang Pulau Besar sgt. Pada aku Pulau Besar ada rahsia tersendiri. Aku dah trip ke sana beberapa kali, dan skrg ni pn, salah seorang sahabat aku telh aku tinggalkn di sana utk tempoh 1 minggu. Kenapa?? Aku x nak ulas pjg2. Cuma pd mereka yang ingin ke sana, aku memang mengalu alukn pemergian mereka. Sesuatu yang tersembunyi x akan dpt dibicarakn menerusi tulisan, begitulah rahsia Pulau Besar. Ada ketenangan & kedamaian yg x dpt diperkatakn dlm bentuk penulisan. Aku setiap minggu ke sana utk cuba menyingkap ‘roh’ kedamaian & ketenangan itu.Zikir ombak yg bersuara di Pulau tersebut, seolah olah menjadikn kita insaf dgn kebesaran Allah. Ada insan2 yg boleh membantu ‘pencarian’ kita di sana. Bro Udin, Pak Dee dan mereka yg tlh lama menetap di Pulau tersebut, boleh membantu kita dlm pencarian tersebut. Aku bkn bertujuan utk mempromosikn mereka, tp pada sesiapa yg berminat utk ke Pulau Besar, hubungi salah seorang dr mereka di talian 017 6620676. Aku yakin, bantuan mereka akan dapat memenuhi sebahagian dari apa yang kita cari, insya’allah.

  68. Emy Pancar Selatan:

    Kedamaian dan ketenangan ada di sana.Insya’allah, ada rahsia yg akan tersingkap utk kita hayati. Zikir ombak mengalu alukn kehadiran kita. Wassalam

  69. mohd tauffiq:

    assalamualaikum,
    ‘ Senang sahaja jika kita ingin mengetahui setiap jawapan misteri ini..solat sahaja 5 waktu,dan perlu di ingat..segala keajaiban ini datangnya dari mujizat al-quran…perlu dijaga akidah…al-fatihah pada SHEIKH ABDUL KADIR JALANI’ amin..

  70. al-ghazali:

    Salam,

    Menurut pengamatan saya shaikh ismail berketurunan Arab, akan tetapi kemunculan beliau adalah di india ertinya penghijrahan beliau bersama ulama India ke Tanah Melayu selain daripada berdagang juga sebenar menyebarkan agama Islam. Kerana itu pengaruh shaikh ismail di kalangan ulama dan masyarakat india lebih banyak sehingga karya dan riwayat shaikh ismail ditulis oleh ulama india.Pun begitu amalan yang berlebih-lebihan sehingga bercampur adat dan ibadah juga dibawa oleh masyarakat India. Mungkin agak sukar untuk membenteras amalan tersebut.Akan tetapi saya mempunyai cadangan untuk meninggikkan martabat shaikh Ismail :

    1. Hendaklah maqam shaikh ismail dibina di dalam masjid. Ertinya : Binalah sebuah masjid yang mana maqam sahikh ismail berada di dalam masjid tersebut. Ia bertujuan untuk menggelakan orang yang bukan islam datang dan membuat perkara2 yang tidak baik. Sebagaimana maqam2 yang terdapat di Mesir seperti syaid al-badawi,imam syafei, ar-rifae’ dan lain2 lagi.

    2. letakkan seorang pengawal atau jaga atau siak untuk menjaga kebersihan.

    Menurut ‘sahabat saya’ yang sering berkhalwat mengatakan beliau melihat sendiri shaikh Ismail sedang solat selama hampir 2 jam. Orangnya tinggi kulitnya sowa matang tidak terlalu hitam macam afrika dan tidak terlalu putih semacam orang arab. Semasa shaikh ismail mula menganggkat takbir nampaknya agak lama lebih kurang 2 minit. Dan berdiri rakaat yang pertama sejam dan rakaat yang kedua sejam.Setelah selesai ‘sahabat saya’ bertanya adakah tuan Shaikh Ismail beliau pun tersenyum.

    ASG al-ghazali
    Pengkaji Manuskrip Arab Melayu

  71. kartika:

    askum….seronok baca kisah pulau besar yg indah….

  72. iman:

    salam,,mcne nk beli buku yg psl pulau tu??ada sapa2 tau x??

  73. hamba yg menanti panji2 hitam:

    xslah kte p sne wat hjat or doa..memang la kte mintak kt ALLAH..tp kte mntak melalui wali2 ALLAh d sne untk smpai kan doa2 kte tue.diorg yg mengaminkan..itu tawwasul@melalui..sdangkan rasullah pn melaluijibrail..ini kte yg hine ney..nk mntak trus!!..klu anda dh knal diri n dh knal spe DIA lain la..

  74. hamba Allah:

    Assalamualaikum…setelah saya membaca kesemua artikel yg terpapar hati saya sunnguh rasa sayu dan bangga..kerana masih ada lagi antara berjuta manusia yg boleh terima mitos dan legenda di pulau besar..bg pendapat saya,kite perlu mengkaji dan selidik asal usul cerita yg kite dengar adakah betul atau tidak..kebanyakan apa yg saya rasa semua dari kisah buku cete yg ada dijual di pasaran sekarang..kisah yg sebenar masih belum terjawab..tp,tidak mengapa…apa yg boleh korang cuba nak kongsi dah cukup baik dari tak ada cete langsung..apa-apa pun pulau besar adalah sebuah pulau yg berkeramat..silap hb bulan kalau ada yg tak percaya atau suka-suka tanpa sebab mesti tuhan akan bg cash jer kat sana…kiranya tempat ni makbul gaklah…ermmm.ini semua bergantung pada hati masing2.kalau nasib baik,dpt apa yg kiter tak sangka..kalau tak macam biasa jerlah..

  75. gagap:

    kepada sue:mmohon hajat dari kubur tu??awk ni bia betol..terpesong tu,,,sebaiknya mintak pertolongan terus kpd Allah bukan kubur menjadi “org tengah”…

  76. Hamba ALLAH.:

    Assalamualaikum,
    Saya berasa sedih kerana ada tulisan disini mengatakan tidak salah berdoa/ minta hajat pada kubur ‘keramat’ asalkan kita berpegang pada al-quran & hadis. Ucapan inipun telah terpesong sebenarnya. Menyatukan perkara yang lain dari Al-quran & hadis tidak sesekali boleh diterima. Mana ada terdapat didalam al-quran ataupun hadis yang mengatakan kita boleh berdoa didepan kubur supaya org yg didalam kubur itu boleh menyampaikan doa kita atau hajat kita sungguhpun empunya kubur itu adalah dari kalangan sahabat Nabi ataupun wali ALLAH. Tidak salah kita menziarahi kubur meraka tetapi apa yang kita patut buat hanyalah sedekahkan ayat suci al-quran & tidak sesekali meminta hajat dari kubur itu. Mungkin sipenulis itu lupa ataupun tidak tahu firman ALLAH di dalam al-quran yg ALLAH berfirman – Mintalah kepadaku(ALLAH) nescaya AKU akan perkenankan. Kita hatus yakin kata2 ALLAH ini, samada dicepatkan atau dilambatkan, hanya pada ALLAH sahaja kita berserah. Kalau kita minta hajat selain dari ALLAH, dikhuatiri kita boleh menjadi syirik pada ALLAH. Kenapa kita tidak minta terus pada ALLAH yang sesungguhnya itu adalah lebih baik & lebih disukai oleh ALLAH. Yang sebetulnya ALLAH sangat suka jika hambaNYA memuji & meminta terus dariNYA. Selain kita berhajat pada ALLAH, kita patut banyakkan selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw sebanyak yg mungkin supaya diharap nanti kita akan mendapat syafaat darinya bila kita semua dikumpulkan di padang mahsyar kelak insyaallah. Selagi kita berada di bumi ALLAH ini selagi itulah kita patut meminta(doa) hanya padaNYA, hanya ALLAH sahaja yang Maha berkuasa diatas segala setiap sesuatu. Kita rajin-rajinlah menyemak hadis yg memberitahu waktu2 doa yang mustajab & tidak perlulah kita menggunakan perantaraan untuk doa kita ini lebih2 lagi kita mengharapkan org yg sudah takda lagi di dunia ini.
    Saya berpesan pada diri saya & pada semua pembaca sekalian, mudah mudahan kita tergolong didalam org2 yang tetap imannya & tidak terpesong akidahnya.
    Jikalau ada kesilapan apa yg saya tulis diatas…tolonglah bagitahu saya supaya kita sama2 dapat membetulkan diri kita, insyaallah.

    Salam.

  77. eddie:

    Saya setuju pendapat ASG al-ghazali Pengkaji Manuskrip Arab Melayu bab bena masjid kat sana. Pulau besar tu, saya rasa hanya boleh di buat / bena berkenaan keislaman saja. Contoh Universiti Islam Antarabangsa.

  78. azlan:

    ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

    Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.

    Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

    Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)

    Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).

    Firman Allah: (maksudnya)

    Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (surah Fatir: 13-14).

    Maka perbuatan memohon selain Allah, sama ada menyeru berhala secara terang atau memanggil nama para wali seperti Abdul Qadir al-Jailani atau wali ‘songo’ atau apa sahaja termasuk dalam kerja-kerja syirik yang diharamkan oleh nas- nas al-Quran dan al-sunah.

    Nabi s.a.w. begitu menjaga persoalan akidah ini. Daripada Ibn ‘Abbas:

    “Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w: “Apa yang Allah dan engkau kehendaki.” Maka baginda bersabda kepadanya: Apakah engkau menjadikanku sekutu Allah, bahkan (katakan): apa yang hanya Allah kehendaki. (Riwayat al-Imam Ahmad dinilai sahih oleh Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 1/266).

    Bandingkanlah ketegasan Nabi ini dengan ajaran sesetengah guru tarekat atau sufi yang mencetuskan segala unsur keajaiban pada diri mereka agar dikagumi oleh pengikutnya. Akhirnya, mereka seakan Tuhan yang disembah, atau wakil Tuhan yang menentukan penerimaan atau penolakan amalan pengikutnya. Bahkan untung rugi nasib masa depan pengikut pun seakan berada di tangan mereka.

    Demikian juga, pengikut yang melampau, berlebih-lebihan memuja tokoh agama, akhirnya boleh terjerumus kepada kesyirikan. Terlampau memuja tokoh seperti itulah yang menyebabkan banyak individu dianggap keramat dan suci sehingga dipanggil ‘tok keramat’ lalu mereka seakan dimaksumkan. Kemudian, datang pula orang-orang jahil ke kubur mereka membayar nazar atau meminta hajat mereka ditunaikan. Sehingga apabila saya ke Urumuqi di China, ada satu gua yang kononnya dianggap tempat Ashabul Kahfi yang disebut dalam al-Quran itu.

    Ramai yang pergi melakukan kesyirikan dengan meminta hajat di situ. Saya beritahu bahawa dalam dunia ini entah berapa banyak gua yang didakwa kononnya tempat Ashabul Kahfi. Ada di Turki, Jordan dan lain-lain. Semuanya dakwaan tanpa bukti. Sama juga kononnya tempat-tempat sejarah nabi yang didakwa oleh sesetengah pihak. Tiada petunjuk yang dapat memastikan ketulenannya.

    Jika pun benar, mereka bukan tuhan untuk seseorang meminta hajat. Inilah yang terjadi kepada Nabi Isa. Dari seorang nabi yang diutuskan, akhirnya manusia menabalkannya menjadi anak Tuhan. Meminta hajat daripada orang-orang agama atau soleh setelah mereka mati adalah syirik. Islam tidak kenal perkara seperti itu. Islam tulen bebas dari segala unsur kebodohan tidak bertebing itu.

    Ada yang cuba membela dengan menyatakan: bukan apa, mereka ini ialah orang yang dekat dengan Allah, kita ini jauh. Maka kita gunakan perantaraan mereka. Macam kita hendak dekat dengan menteri atau raja. Saya kata kepada mereka: Adakah awak menganggap Allah itu sama dengan tabiat raja atau menteri awak? Dakwaan inilah yang disanggah oleh al-Quran sekeras-kerasnya.

    Firman Allah: (maksudnya)

    Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).

    Setelah Allah menceritakan tentang bulan Ramadan dan kewajiban puasa, Allah terus menyebut kemustajaban doa. Ia menunjukkan adanya kaitan yang kuat antara puasa Ramadan dan janji Allah untuk memustajabkan doa hamba-hamba-Nya. Allah berfirman (maksudnya):

    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

    Demikian, Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya. Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya.

    Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya. Allah Maha Suci dari demikian. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung. Firman Allah (maksudnya):

    Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

    Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar. Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih). Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar.

    Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Seperti hasrat kita ingin mengahwini seseorang yang kita suka, lalu kita berdoa agar Allah menjadikan dia pasangan kita. Allah lebih mengetahui jika itu tidak baik untuk kita lalu Allah memilih untuk kita pasangan yang lain. Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendaki-Nya. Atau Allah memustajabkan doa calon berkenaan yang inginkan orang lain. Segalanya mungkin.

    Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat. Sabda Nabi:

    Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).

    Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehnya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmat yang Allah lebih mengetahuinya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.

    Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga.

    Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat. Kita pun demikian.

    Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

    Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa. Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis.

    Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya.

    Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa. Sabda Nabi:

    Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

    Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:

    Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan. (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

    Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

    Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

    Benarlah sabda Rasulullah:

    Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

    Pelajari kita nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

    Petikan dari laman web Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. ( Bekas Mufti Perlis )

  79. jUniOrstOne:

    *kisah sebenar Ya HabibALLAH Wali – Wali Songo di Pulau Besar?
    *carilah buku Misteri Pulau Besar karangan & ilham daripada ANA Faqir….

  80. Muhammad Rizwan:

    Assalamualaikum,Bagi sesiap yg ingin tahu tentang Sultan Ariffeen Asy Syeikh Ismail (Q.S..dan Rahsia Pulau Besar…bolehlah hubungu saya Insya Allah saya boleh terangkan dan turunkan ilmu yang saya ada itu jangan malu bertanya tentang Agama nanti sesat..ini nombor saya 017-627 0786 / 014-937 9786…Nama Saya Rizwan…Ini Emel Saya aljannahteam@yahoo.com..jangan malu2 ye

  81. katijah:

    saya adalah pengunjung setia pulau besar sejak saya lahir di dunia ini,kebalakangan ini banyak masalah daripada pihak tertentu dengan memecahkan makam dan tiang menaikkan bendera di pulau besar pada8/10/09….perkara ini memang banyak menyedihkan..sila kalau sesiap boleh menolong dalam perkara ini sila tolong selamatkan pulau besar..

  82. Noris:

    Saya begitu kagum dengan sejarah Pulau Besar Melaka. Sejarah ini tidak sepatutnya dibinasakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kita sepatutnya bangga dengan adanya makam-makam orang yang paling hampir dengan Tuhan. Sejarah wali-wali yang ada di situ patut dijaga dengan rapi dan haruslah dimuliakan. saya bangga dengan cerita wali sembilan dan saya sanggat-sanggat muliakan wali sembilan itu. saya seorang yang suka mengumpul sejarah sebegini. sekali lagi kita harus berbangga dengan adanya kehidupan orang silam yang penuh dengan misteri.

  83. dessy pratiwi:

    Kekaguman yang hampir semua orang miliki tentang tokoh ini, walau bukan seorang Pahlawan Indonesia, tapi banyak hal yang telah mereka berikan untuk perkembangan Indonesia

  84. paksheikhtabib:

    Asallamuaikum.kalau siapa nak tau keturunan SYEIKH SULTAN ARIFFIN,Pulau Besar,hubungi saya,saya keturunan ke 10 dari Syeikh itu.Saya memang dah buat nasab saya supaya senang di cari..susah beb nak cari makan, masa 6 tahun juga..

  85. paksheikhtabib:

    Kita sebenarnya banyak dengar tentang Pulau Besar tapi banyak yang tidak berapa betul.Kadangkala saya ketawa sendiri.macam 2 nama yang tuliskan tentang nama nenek dan datuk saya itu.Saya tuliskan nama mereka semua, yang kami simpan sejak zaman berzaman.Saya ialah keturunan ke 10 dari Syeikh Sultan Ariffin.Nama saya ialah Syeikh Mohomad Din bin syeikh abd jalil bin syeikh ahmad said bin syeikh ahmad kecik bin syeikh hitam bin syeikh umar saad bin syeikh ahmad khamal bin syeikh bin syeikh khamil bin syeikh ahmad tajuddin bin syeikh ismail(SULTAN AL ARIFIN).Isteri syeikh ismail ialah syaripah rodziah bte maulana ishak bin syeikh ibrahim asmoro bin saiyid husin jamadil kubra.anak syeikh ismail 1.syeikh ahmad tajudin(tok Putih) 2.Syaripah siti zubaidah 3.sysripah siti zulaikha.Seorang cicit syeikh ismaili ia itu syeikh ahmad maulana(tok janggut acheh}kawin dengan Raja Siti Katijah bte daing kemboja bin daing perani.Melahirkan syeikh umar saad, orang yang membuka kampung BUKIT RAMBAI,Melaka.Makam beliau dan ibu beliau ada di kampung itu.Dari titisan merek lahir lah hampir semua penduduk asal Bukit Rambai,Pantai Puteri,Tangga Batu,Kampung Gelam dan Kelebang.Bapa syeikh umar saad iaitu syeikh ahmad khamil membuka kampung AIR MOLEK,melahirkan keturunan saya di Umbai,Telok Ketapang,Merlimau dan Serkam hingga ke Muar.Kalau saya nak tulis memang panjang,cukuplah setakat ini.Kalau sesiapa berminat nak ambil tahu hubungi saya di talian 017-6376125 atau 017 2095292.INSHALLAH saya terangkan,saya juga Ahli Persatuan Sejarah Cawangan Melaka.

  86. syarifah:

    aslkm,saya dan family baru pi saja ke pulau besar hari raya korban yang pertama.saya dah empat kali pergi.skrng ni hati,rasa nak pi lagi.tak kenal maka tak cinta,dah kenal klu tak dpt lihat wajah,lihat bumbung umah pun jadi la.ALLAH MAHA HEBAT

  87. Syeikh Mohamad Din:

    Keturunan Syeikh Ismail sebenar nya memang banyak tetapi ada rahsia yang disimpan sejak dari moyang saya lagi, mesti di simpan.Kebanyakan ulama keturunan beliau melawan penjajah.Nama seperti Tok Putih, Tok Janggut Acheh ,Panglima Hitam,Panglima Lidah Hitam,Panglima Alang Daik hanya lah nama gelaran atau samaran.Nama sebenar mereka semua memang kami simpan sejak zaman berzaman.Saya terpanggil untuk menulis kerana saya geli hati,kesian ye ! Ada juga orang yang mengenang jasa jasa beliau !.Untuk memberitahu nama nama keturunan beliau saya akan tuliskan sebuah buku , yang sekarang telah hampir siap, hanya nak di printkan.Setelah itu jangan lah di panggil nama Nenek dan Datuk saya tu dengan nama yang bukan bukan yang menyebabkan ,saya ketawa sendiri.Baru baru saya ke Pulau Besar .Nama di Keramat Tempayan tu dah jadi nama NENEK TEMPAYAN PECAH pulak dah ! Untuk pengetahuan tuan tuan disitu tiada makam.Lepas tu saya lihat di dalam makam tu ada di tulis dengan nama RADIN PUTRI SITI FATIMAH SRI SONGRAM dah macam SIAM pulak dah !UNTUK YANG BERUGAMA BUKAN ISLAM(HINDU)JANGAN LAH BUAT MACAM MACAM, untuk melawat makam nenek moyang saya tidak lah salah!.Anda mesti ingat di sana bukan BATU CAVES.Saya selalu ke Pulau Besar.Saya penat lah nak bersihkan limau,sirih,pulut kuning dan macam macam kazanah di atas makam.Makam yang menjadi sasaran ialah Makam 7 Beradik, Makam Tok Putih dan Tok Janggut dan juga Makam Siti Fatimah(makam kosong).Kalau kita kesana berdoa untuk nenek moyang kita…BARULAH BEST.Jadi saya minta sesiapa yang pergi kesana pantau pantau la sikit ! TERIMA KASIH !

  88. FaqirWali:

    Sultan Arifeen Ialah Keturnan Rasulullah SAW…Beliau Ialah Cucu Kepada Sayyidina Imam Hassan DAN Imam Hussain…Beliau Di Lahirkan Di Baghdad…Sultan Arifeen Merupakan Seorang FaqirWali…Dari Baghdad Beliau Ke Pelbagai Negara Seperti Pakistan,Indonesia,Malaysia Dan Thailand Dengan Tujuan Menyebar Agama Islam…Dan Banyak Lagi Sejarah Beliau…Kalau Nak Tahu Lebih Lanjut Hubungi Saya aljannahconsultant@yahoo.com…Hantar Mail Soalan Anda….Untuk Pengetahuan Anda Maklumat Tentang Sultan Arifeen, Mereka Yang Lain Diatas Adalah Salah 100%…Harap Jangan Membuat Cerita Tanpa Pengetahuan..Mungkin Ia Akan Menyebabkan Kesalah Fahaman…Harap Maaf

  89. paksheikhtabib:

    faqirwali.anda siapa saya ada lah keturunan ke 10 dari syeikh ismail,kalau dia cucu sydna hasan nama nya ialah saiyid abdullah almahdi.setahu saya ada keturunan beliau di india.saya buka email anda tak ada apa pun…

  90. ismail sulaiman:

    paksheiktabib, ana masih cari zuriah asli nabi kita.

  91. ganesan:

    June 9th, 2009 at 9:30 pm
    intan:

    askum. sy penah prgi p.besar. pantainya amat indah. tp yg pelik nya nape ramai org india je suka gi sana. malah disembahnya makam2 disana. maybe diorg anggap makam tu umpama tuhan. byk colok2 bau wangi akan menusuk idung dispanjang jln. bunga kuning brtaburan kat makam. napa org india menyembah makam wali allah. patutnya kerajaan melaka halang prbuatan syirik ni. kain kuning diikat dipokok2. suasana yg mnyeramkan bila dilihat. kalau dibiarkan lama2 makam2 sjarah tu akan didirikan kuil hindu mcm di bt caves. TLG KERAJAAN NEGERI MELAKA BERI PRHATIAN. TEMPAT SJARAH WALI ALLAH TELAH DICEMARI OLEH KAUM INDIA YG FASIK. JGN SMPAI KITA KEHILANGAN SEJARAH.

    ( Buat bacaan saudari intan yg telah memberikan komen diatas – Malaysia adalah negara demokrasi dan rata2 semua penduduk dimalaysia memahami dan menghormati adat dan kepercayaan masing2,akan tetapi dgn adanya manusia seperti anda ianya tidak akan bertahan lama ini kerana anda seorang yang racism dan tidah tahu menghormati agama dan kepercayaan org lain…apakah salahnya kita memberikan penghormatan dan mendapatkan restu dgn cara kita sendiri sebagai seorg india… jgn kata anda tidak menyukai bau colok akan tetapi anda suka bau rokok…ini lah manusia yg akan menimbulkan ketegangan antara kaum,diharap kerajaan malaysia akan mengenepikan org seperti saudari / saudara ini ) SATU MALAYSIA , SATU HARAPAN akan tetapi BANYAK HALANGAN…malaysia boleh

  92. SYEIKH MOHAMAD DIN:

    BUAT ISMAIL. NASAB ASLI NABI KITA BANYAK.KALAU ANTA PERGI KAT ASYRAAF,ANA RASA DAPAT.TAPI KITA NI KEKADANG TAK PERCAYA KENAPA ? KAN KE NABI DAH AJAR KITA, LEPAS CARI NASAB KITA , SOLAT ISTIQORA,BUAT ZIKIR 70000 KALI, SIAPKAN DALAM MASA 7 HARI..INSYAALAH DAPAT NASAB KITA,MOHON BETUL BETUL KEPADA ALLAH.DAN JANGAN LUPA LEPAS ITU BUAT SOLAT HAJAT.DAN KALAU ANTA DAH DAPAT NASAB ANTA,KENA PERCAYA LA !!KALAU NASAB SAIDINA HUSIN ,SENANG BEB ! YANG SUSAH SIKIT KALAU ANTA DARI SAIDINA HASSAN, PASAL NASAB HASANI NI, DI MALAYSIA TAK MASHUR, ANA DARI HASANI JAILANI.MINGGU LEPAS ANA PERGI, KE ASYRAF MELAKA,SYED ZUL (S/U ASRYAAF) KATA HASNI PUN DAH SENANG CARI KERANA DAH DI BUKU KAN,ANTA JANGAN BIMBANG, BERAPA RIBU YANG KETURUNAN ARAB,TAPI TAK ADA PANGKAL NAMA SYED ATAU SYEIKH.DIA ORANG KAT ASYRAAR TU TAU.UNTUK PENGETAHUAN LA..WAN,NIK,PENGERAN,RADEN,KU,ABANG DAN DAING, SEMUA NYA KETURUNAN ARAB.BACA LA BUKU KARANGAN SUZZANA M OSMAN (AHLI BAIT).NI KITA ASHIK NAK KUTUK JE KAWAN TU, TAK CAYA.KAWAN TU BUAT KAJIAN,BERPULOH PULOH BUKU BACA !BUKAN SENANG NAK BUAT BUKU, NAK BUAT NASAB ANA ,YANG 140 PAGES, PUN BACA 40 BUAH BUKU,DATUK ANA DAN NENEK ANA HANYA CERITA JE.DULU BOLIH JUGA BUAT RUJUKAN KAT DIA ORANG,SEKARANG NI DIA ORANG DH MENINGGAL,TERPAKSA LAH BUAT KAJIAN SENDIRI.KAT SURAU PULAU BESAR TU,BANYAK KALI ANA BUAT SOLAT HAJAT.ALHAMDULILAH BARU LAH DAPAT..PEPATAH MELAYU KATA; KALAU TAK DI PECAHKAN RUYUNG NYA MANAKAN DAPAT SAGU NYA.BUAT LAH KAJIAN SIKIT, DAN JANGAN LUPA MOHON PADA YANG KAT ATAS TU ! UNTUK GENESAN!!!!SAYA TAK MARAH KALAU TAKAT BAKAR SETANGGI, TAPI SETANGGI NYA KENA BETUL, BIASA NYA SAYA PAKAI COP TAJ MAHAL( JASMINE) TAPI GENESAN..JANGAN LA BAKAR BANYAK BANYAK,.TU DAH TAK WANGI LAGI DAH….

  93. SYEIKH MOHAMAD DIN:

    Salam utk Nik Nazmi !Anda diam je ,hai sibok kerja agak nya..Saya beritahu sikit je untuk anda !Anta pun ada hubungan nasab dengan Datuk dan Nenek, PULAU BESAR..TAK PERCAYA ? baik lah saya cerita kan.Nenek Kebayan itu nama nya ialah NENEK INANGSEH.Beliau ialah inang pengasuh kepada Nenek Syarifah Siti Fatimah atau PUTERI CEMPAKA BIRU Binti Saiyid Ali Nurul Alam yang mashur tu. Dari keturunan Saiyid Ali Nurul Alam menurunkan nasab nama WAN,NIK,KU DI ACHEH,PETANI dan KELANTAN.Dan lain lain tempat.Suami Nenek Syaripah Siti Fatimah ialah MAULANA ISHAQ atau MAULANA MOHAMAD YUSOF AS SIDDIQ. Mereka melahirkan 1.SYARIFAH RODZIAH/SARAH 2.SAIYID IBRAHIM 3.SYARIPAH MUSALMAH 4.SAIYID QASIM 5.SYARIFAH KHATIJAH 5.SYARIFAH SITI MAIMUNAH/ RUBIAH 6.SYARIFAH SITI AISYAH. SYARIFAH SARAH kawin dengan SAIYID IBRAHIM bin QODIR.SYARIFAH RUBIAH kawin dengan SYEIKH SULTAN ARIFFIN dan SYARIFAH MUSALLMAH kawin dengan SAIYID SHAMSURI bin SAIYID ALI MUTARDHAO. Bapa SAIYID ALI NURUL ALAM ialah SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA. Nasab saya bersambung terus ke SYEIKH ISMAIL, dan nasab ANTA bersambung ke SAIYID ALI NURUL ALAM. JADI ANTA juga CUCU CICIT MEREKA…JADI KITA SAMA SAMA JAGA MAKAM DATUK NENEK KITA BEB !!!Kalau ada masa ,kalau ke Pulau tu, sama 2 kita menegur , apa apa yang tak betul tu !!!

  94. SYEIKH MOHAMAD DIN:

    Salam untuk sufi pernu !!ada sedikit kekeliruan dalam nasab para wali tu..SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA, ANAK NYA 1.MAULANA MALIK IBRAHIM.2.MAULANA IBRAHIM ASMARAKANDI 3.SAIYID ALI NURUL ALAM 4.SAIYID BARKAT ZAINAL ALAM..MAULANA IBRAHIM ASMARAKANDI ,ANAK NYA 1.SUNAN AMPEL 2. MAULANA ISHAQ dan dalam 4 atu 5 buku sejarah karangan WAN SHAGIR LAH yang paling shahih, kena pada tahun nya. Terima kasih.

  95. Ibunda:

    Ibunda pernah lama dulu pergi ke P.Besar. Tp disana ibunda mimpi susur galur kerabat di Jugra. walhal tika tu, ibunda tak kenal pun Jugra dan letaknya di mana. Ingatkan Jugra itu salah satu tempat di Melaka. kemudian apabila balik rumah, ada tanyakan bapa dan mengejutkan bapa yang jarang bercrite pasal salsilah mengatakan ibunda masih punya kerabat dikuala selangor dr keturunan bugis yang berkait dengan kerabat perak. katanya lagi salsilah sebelah bapa pun masih ada di istana perak. Kebetulan ketika itu ada sorang ‘uncle’ ni datang cari bapa di kedah untuk cari salsilah kerana tanah pusaka kerabat kuala selangor nak diberi kepada cucu cicit.

    Barulah ibunda tahu sedikit tentang salsilah keluarga yang tak pernah di cerita oleh bapa selama hayat saya. Mungkin dia tak suka berbangga, tapi yang ruginya saya selalu mimpi susur galur tetapi tak kenal!!

    Saya ingin pergi ke Jugra, kalau ada sesiapa yang tahu tentang kisah Jugra yang ada kaitan dengan pulau besar. hubungi saya.
    awallulakhir@gmail.com

  96. SYEIKH MOHAMAD DIN:

    Salam untuk Ibunda!! Kalau dari nasab PULAU BESAR, setahu saya hanya lelaki sahaja !Kalau perempuan isteri Tuk Janggut Acheh /Syeikh Ahmad Maulana Ismail, iaitu RAJA KHATIJAH binti DAENG KEMBOJA dan menurunkan susur galur saya.Ada juga saya tanya kat bapa saudara saya,kalau kalau ada saudara kat BUKIT JUGRA, kata nya kat sana dalam nasab DAENG CELAK atau nasab RAJA HAJI.Kekadang susah nak cari sebab kita ni hanya tau, sampai kat datuk kita je!!Bertambah sukar,PAHLAWAN BUGIS sejak peristiwa 1784 m, masing masing lari ke pelusok alam melayu ni kerana takut di bunoh, dan habis lah keturunan nya!! Ada satu cara lagi dan kalau anda percaya dan yakin !!anda buat seperti saya terang kan dalam blog ini..cara ini saya dapat dari orang tua tua kita, tetapi malang nya kita sekarang tak mementingkan keturunan.TAHU KAH ANDA KALAU ANDA BETUL BETUL BERDARAH KETURUNAN RASULLAH ,ANDA DI HARAM KAN MAKAN SEDEKAH (HADIAH BOLIH) DAN MAKAN RUMAH ORANG KEMATIAN ( 1 hari saja ikut imam Safie)kecuali keluarga,BACA TAHLIL ,BOLIH, MAKAN YANG TAK BOLIH,.BERTAMBAH LAGI,KALAU YANG MENINGGAL ITU ,BAPA YANG MENIGGAL KAN ANAK KECIL ,YANG HARTA NYA BELUM D FARAID LAGI!!!! ITULAH SEBAB NYA SEBAHGIAN ORANG BERSUSAH PAYAH MENCARI NASAB NYA BUKAN KERANA KETURUNAN SAIYID DAN SYEIKH INI MENJADI KEBANGAAN !!!! KALAU ANDA ADA BERDARAH RASULULAH.,( daeng) INSYAALAH satu hari anda akan dapat cari nasab anda, saya doakan!!!! Itu lah pendekatan zikir dan doa, kalau tak silap saya yang di guna kan olih UZTAZ WAN SAGHIR, yang dapat membongkar banyak rahsia sejarah ulama nusantara!!!WASALLAM

  97. izan_pd:

    Salam sheikh mohamad din,

    Saya tertarik dengan pengulasan sheikh, boleh saya tahu kenapa kita di larang melakukan perkara tersebut sekiranya kita ada berdarah rasulullah s.a.w..terima kasih..

  98. hamba allah:

    sapa2 yg asal usul dari keturunan baba nyonya dan bugis yang dah lama menetap di Kandang tolong beritahu saya..banyak kisah2 pulau besar perlu di kongsi..

  99. SYEIKH MOHAMAD DIN:

    Waailkum salam Izan !!Dalam riwayat nabi (SUNNAH),NABI SAW, tidak pernah menerima SEDEKAH dan di larang dari anak cucu nya menerima nya tetapi HADIAH bolih.Rasululah SAW dan anak cucu nya hanya di benar kan mengambil sedikit dari harta negara…tetapi masaalah nya negara kita bukan NEGARA ISLAM, jadi peruntukan untuk keturunan NABI SAW memang tiada.Yang kedua pula,bukan hanya keturunan NABI SAW tidak di benarkan makan dirumah kematian itu tetapi mengikut imam yang 4, kita diharam kan makan harta anak yatim.sepatut nya kita sebagai jiran lah yang membuat makan dan memberi mereka makan, untuk bertahlil dan berdoa memang sangat sangat di tuntut olih islam…WASALLAM

  100. khai:

    assalamualaikum…

  101. ahmad:

    askum kepada semua saudarayang di gelar islam,saya minta maaf banyak banyak kalau saya salah kata kenaapa kita nak berperang pendapat megenai keturunan masing masing setahu saya kalau dah di gelar islam pun dah bersyukur dah tak kira lah orang melayu ker orang india muslim ker atau saudara baru yang penting semuanya orang islam kadang kadang yang cakap tak serupa bikin kita pesan dalam blog ni orang india pasang coloklah sedangkan orangmelayu kita sendiri pun ada yang melampau lampau?saya berharap kita sama sama yang bergelar islam menjaga pulau tersebut.malaysia boleh islam boleh.

  102. Ibnu Embi:

    Asalamualaikum dan selamat bertemu wahai saudara-saudaraku. Rata-rata di sini merupakan juga saudaraku. Walau dekat mahupun jauh tetap jugalah bersaudara. Semua mahu mengetahui nasab masing-masing. Bagus benarlah kiranya akan niat itu. Umpama seperti mengenal diri jualah. Kepada daing-daing bugis anak cucu kita jualah. Tiadalah beza akan mereka itu melainkan diizin allah akan mereka kelebihan. Janganlah sesama kamu merasakan tinggi dari yang lain. Kepada yang mengetahui rahsia maha suci allah jagalah ia dan berikan kepada anak cucu yang berhak supaya mereka sedar dan tahu duduk perkara akan diri mereka itu. Janganlah mereka itu terhayut jauh. Moga-moga allah pelihara jualah akan keturunan kita… Amin