Turun Ke Pasar Tani Kelana Jaya serta Ziarah Kg. Lindungan dan Desa Mentari

pt1

Minggu lepas saya telah turun ke Pasar Tani Kelana Jaya serta menziarahi beberapa orang penduduk di Kg. Lindungan dan Desa Mentari.

pt2

Di Pasar Tani Kelana Jaya saya mengedarkan risalah Suara Seri Setia serta edisi khas Keadilan (yang dilancarkan sempena penamatan permit akhbar Suara Keadilan). Saya turut menjalankan operasi pendaftaran pengundi serta bertanya khabar orang ramai yang menziarahi pasar tersebut. Saya disambut mesra oleh AJK Pasar Tani, Jabatan Pertanian dan FAMA.

pt3

Kemudian saya ke Kg. Lindungan bagi menyampaikan sumbangan kepada seorang pekerja yang tercedera ketika mencari rezeki. Seterusnya saya menyampaikan bantuan kerusi roda serta sedikit sumbangan untuk seorang wanita tua di Desa Mentari. Akhirnya saya melawat seorang kanak-kanak yang menderita Cerebral Palsy. Selain bantuan kebajikan, pihak DUN Seri Setia juga sedang berusaha mendapatkan khidmat guaman untuk mangsa.

pt4

Gambar-gambar boleh dilihat di sini dan sini.

pt6

PENDAPAT ANDA?