Nik Nazmi Anggotai Jawatankuasa Terpilih Enakmen Kebebasan Maklumat

14 Jul 2010 | Berita | by | 1 Komen

Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia antara tujuh orang ADUN Selangor yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Terpilih Enakmen Kebebasan Maklumat hari ini.

Keanggotaan Jawatankuasa Terpilih tersebut diumumkan YB Elizabeth Wong selepas DUN Selangor meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010 pada bacaan kedua. YB Saari Sungib (PAS – Hulu Kelang) akan mempengerusikan Jawatankuasa tersebut yang turut dianggotai YB Hannah Yeoh (DAP – Subang Jaya), YB Amiruddin Shari (Keadilan – Batu Caves), Dr. Yunus Ahmad Hairi (PAS – Sijangkang), YB Dato’ Dr. Karim Mansor (BN – Tanjung Sepat) dan YB Abdul Shukor Idrus (BN – Kuang) selain Nik Nazmi.

Sebelum itu, YB Elizabeth ketika membentangkan rang undang-undang Enakmen Kebebasan Maklumat menyifatkan pembentangan ini bagi merealisasikan prinsip Ketuanan Rakyat yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Dalam perbahasan, Nik Nazmi mengalu-alukan pembentangan Enakmen Kebabasan Maklumat selaras dengan beberapa reformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, seperti Jawatankuasa Terpilih Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan dan perlantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).

Pengenalan Enakmen Kebebasan Maklumat ini usaha penting bagi mengembalikan kerajaan pada rakyat, sedangkan selama ini urusan kerajaan seolah-olah satu misteri dan rakyat terasa begitu jauh dengan kerajaan.

“Bukan hanya di demokrasi-demokrasi maju seperti Britain dan Amerika, tetapi India, Turki dan Thailand turut mempunyai undang-undang kebebasan maklumat.”

Namun Nik Nazmi menggesa penambahbaikan pada Enakmen Kebebasan Maklumat bagi menghayati semangat kebebasan maklumat tersebut. Cadangan penambahbaikan akan dibawa ke dalam Jawatankuasa Terpilih Enakmen Kebebasan Maklumat.

“Undang-undang ini membolehkan wujudnya hak akses kepada maklumat yang tidak wujud sebelum ini. Sebelum ini semua dokumen kerajaan ditadbir di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Dalam sejarah negara kita, pemimpin telah menyorok di belakang OSA bagi mengelakkan rakyat mengetahui perjanjian-perjanjian yang menjejaskan kepentingan rakyat.”

Nik Nazmi memberi contoh perjanjian konsesi Syabas dan Tol.

Beliau turut berpendapat Enakmen Kebebasan Maklumat ini akan memperkasakan Demokrasi Berparlimen, justeru patut dialu-alukan oleh Pembangkang.

Nik Nazmi menggesa aspek pemusnahan dan pembetulan maklumat. Beliau turut mengingatkan hak privasi turut diiktiraf selaras dengan kelulusan Akta Data Peribadi bagi memberikan pengecualian kepada peruntukan Enakmen Kebebasan Maklumat. Namun sebarang pengecualian harus ditakrif sesempit mungkin selari dengan semangat enakmen tersebut.

  • samba

    responding to your comment on decrease in
    fdi…you should look at the mad khalid
    who got the cheek to make pakatan or pkr look foolish…imagine taking the media
    to see selangor illegal sand mine…how stupid can this guy be?

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main