Jom Daftar Undi

06 Jul 2010 | Community, Current Affairs | by | 3 Komen

Banyak telah diperkatakan tentang anggaran 4 juta rakyat Malaysia yang layak tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Mengundi adalah hak asas setiap rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas.

Sememangnya wujud masalah dengan sistem pilihan raya hari ini. Di beberapa negara pendaftaran otomatik dijalankan. Isteri saya misalnya, sebagai seorang mahasiswa di Britain didaftarkan secara otomatik oleh universiti beliau (warga Komanwel ada hak mengundi di Britain). Britain tiada kad pengenalan. Sepatutnya dasar pendaftaran otomatik lebih mudah dibuat di Malaysia.

Ketika kerajaan membenarkan undi pos untuk askar dan polis sedangkan mereka bukannya sedang berperang, namun rakyat Malaysia yang berada di luar negara kebanyakannya tidak diberikan ruang untuk mengundi. Sedangkan negara luar semuanya memastikan rakyat mereka boleh mengundi. Malah rakyat Iran, musuh ketat Amerika Syarikat diberi ruang mengundi di Amerika untuk pilihan raya Iran. Begitu juga rakyat Indonesia di negara kita juga berpeluang mengundi dalam pemilihan umum di negara mereka.

Kini Pejabat DUN saya sedang mengusahakan khusus untuk semua pengundi di DUN Seri Setia. Jika anda, isteri atau suami, anak-anak mahupun saudara dan rakan belum mendaftar boleh hubungi Sdr Saifullah 013-3005461 / 03-78063660 / saifullahzulkifli@gmail.com.

Daftarlah segera. Proses mendaftaran memakan masa 3 – 6 bulan untuk pengundi digazetkan dalam daftar pemilih. Jika anda mendaftar di saat-saat akhir, ada kemungkinan anda tidak dapat mengundi dalam pilihan raya umum akan datang!

  • farmi

    saya rasa tempat untuk daftar mengundi perlu diwar2kan supaya mudah untuk mendaftar… bila berhubung dengan tempat mesti tak pasti atau kurang pasti…

  • http://facebook naoumie

    bnyk remaja yg layak mngundi dluar sana x mengundi kerana xtahu dmana tempat utk daftar mngundi…harap2 dbuat scara on9 daftar mengundi…tq

  • Juanliberty_87

    sokong dgn saudara naoumie…daftar undi secar online lg senang…

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main