Lawatan ke Sabah

10 Jun 2010 | Current Affairs, Personal, Photos | by | 0 Komen

Pada hujung minggu lepas saya melawat Sabah untuk beberapa program bersama Keadilan Sabah. Lawatan tersebut merupakan lawatan saya yang pertama ke Negeri di Bawah Bayu tersebut.

YB Nurul Izzah dan keluarganya turut sama dalam lawatan itu.

sabah01

sabah02

Program kami bermula dengan Majlis Makan Malam Keadilan Cabang Putatan di Hotel Beverly. Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden Keadilan dan Sdr Ahmad Thamrin Jaini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Sabah turut sama berucap bersama-sama Ketua Keadilan Cabang Putatan Ahmad Sah Datuk Sahari.

sabah03

Keesokan paginya saya bersarapan bersama beberapa penyokong sebelum ke Perasmian Pusat Khidmat Keadilan Cabang Penampang di Taman Starland. Kehadiran dimeriahkan kehadiran Sdr Thamrin. Dr. Roland Chia, Ketua Cabang Putatan turut berucap bersama-sama saya dan Izzah.

sabah04

sabah05

Dalam ucapan saya saya menegaskan bagaimana semangat dan persiapan yang saya lihat di Sabah lebih hebat daripada apa yang kami alami di Selangor. Tetapi kejayaan tidak akan tercapai sekiranya parti pembangkang tidak bersatu hati dan setiap anggota Keadilan serta Pakatan Rakyat tidak bekerja keras untuknya.

Izzah pula menyentuh tentang isu janakuasa arang batu dan alam sekitar Sabah.

Kami kemudian bergegas ke Green Connections bagi lawatan dan acara penanaman pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Green Connections menghimpun pelbagai jenis ular dan ikan untuk tatapan umum.

Di sebelah malam, kami bertemu sekumpulan profesional muda bagi perbincangan terbuka mengenai isu-isu semasa di Sabah dan seluruh negara.

Pada hari Ahad pula kami sempat ke Pasar Gaya Street. Selain meneliti pelbagai jenis barangan unik yang dijual di sana kami bertemu dengan pimpinan Parti Progresif Sabah (SAPP) yang mengadakan kaunter bergerak di sana.

sabah06

sabah07

Dari pasar tersebut kami ke Kg. Putatan, Penampang untuk Pesta Kaamatan Pakatan Rakyat yang diadakan buat julung-julung kalinya. YB Jimmy Wong, ADUN DAP dari Seri Tanjung turut hadir sama bersama Dr. Roland.

sabah08

sabah09

Pesta ratu cantik tradisional Unduk Ngadau turut diadakan buat masa yang sama. Tetapi jangan risau, isteri saya tiba sebaik sahaja Unduk Ngadau bermula!

Dalam ucapan saya, saya menegaskan banyak yang kami dari Semenanjung boleh pelajari dari bagaimana masyarakat Sabah dapat hidup dengan bersatu-padu tanpa mengira agama dan kaum.

sabah10

Selepas itu saya ke Times Bookshop, Suria Sabah untuk acara bertemu peminat buku saya, Moving Forward: Malays for the 21st Century dan Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21.

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main