Nik Nazmi Anjur Bengkel Kecemerlangan Pelajar SJK (Tamil) Seaport dan Glenmarie

13 May 2010 | Berita | by | 0 Komen

Pada hari Ahad, 9 Mei 2010, Pejabat ADUN Seri Setia dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (T) Glenmarie, Shah Alam dan SJK (T) Seaport, Petaling Jaya telah menganjurkan Bengkel Motivasi Kecemerlangan Pelajar Tamil bertempat di Dewan MBPJ PJS 6. Pelajar seramai 50 orang bersama dengan Ibu bapa telah menyertai bengkel motivasi tersebut. Bengkel ini dirasmikan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad selaku ADUN Seri Setia dan turut dihadiri Halimey Abu Bakar, Ahli Majlis MBPJ.

Sewaktu perasmian, Nik Nazmi menyatakan komitmen untuk meningkatkan prestasi pelajar dan kualiti pendidikan pelajar Sekolah Tamil. Tidak hanya fokus kepada sumbangan dan pembangunan berbentuk fizikal dan insfrastuktur, tetapi pembangunan yang lebih mampan adalah pembangunan insan melalui pendidikan holistik. Masalah kebajikan Sekolah Tamil dan pelajar India turut disentuh. Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM4 juta setahun kepada sekolah-sekolah Tamil di seluruh Selangor termasuk SJK (T) Glenmarie dan Seaport.

Nik Nazmi turut mengulas tentang masalah infrastruktur di SJK (T) Glenmarie dan isu tapak SJK (T) Seaport di Kg. Lindungan.

Bengkel Motivasi ini dimulai dengan pengisian motivasi ibu bapa oleh YB Kesavan, ADUN Hutan Melintang, Perak yang juga merupakan pakar motivasi. Beliau yang telah terlibat dengan dunia pendidikan dan motivasi hampir 10 tahun, hadir memberikan motivasi kepada ibu bapa pelajar terutama tips-tips bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka di dalam proses pembelajaran.

Selain dari YB Kesavan, Cikgu Arumugam, pakar motivasi bidang memori dan berpengalaman sebagai pendidik memberikan motivasi kepada para pelajar yang menyertai bengkel ini. Beliau cuba mengembangkan potensi
akal dan minda selain daripada memberi tips pembelajaran yang betul dan teknik mengulang kaji pelajaran.Pendekatan motivasi ini yang interaktif, menarik minat pelajar dengan diselitkan dengan modul
permainan bagi menambah keberkesanan motivasi.

Bengkel yang berlangsung sehari itu mendapat respon positif daripada ibu bapa serta pelajar yang menyertai program ini. Objektif bengkel untuk memberi motivasi kecemerlangan dan teknik pembelajaran yang
betul kepada pelajar adalah tercapai. Program seumpama ini adalah diharapkan oleh agar dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main