Mengedarkan Beg Guna Semula Sempena Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Selangor

begplastik01

Pada hari Sabtu 20 dan 27 Mac yang lalu saya turun mengedarkan beg guna semula sempena Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mulakan kempen ini pada tahun 2010. Berikutan kempen ini, pengguna digalakkan mengguna beg sendiri pada setiap Hari Sabtu. Jika pengguna tetap mahukan beg plastik, caj 20 sen dikenakan untuk setiap beg plastik tersebut.

begplastik02

Saya akui memang nak ubah tabiat yang dah terbina sekian lama bukan mudah. Saya sendiri cuba membudayakan amalan ini, tetapi kadangkala tertinggal beg-beg guna semula di rumah!

Saya turun ke Pasaraya 99 Speedmart di Desa Mentari dan juga di PJS 8 pada 20 Mac lalu. Semalam saya ke Giant lama di SS 6 Kelana Jaya.

begplastik03

Memang ada yang mengadu, tetapi kelihatan sedar tentang kempen ini dan menyediakan beg mereka sendiri.

Kesan penggunaan beg plastik ke alam sekitar teramat besar. Beg plastik umumnya mengambil antara 400 tahun sehingga 1000 tahun untuk mereput. Justeru beg plastik menjadi ancaman kepada hidupan liar. Kira-kira 100,000 penyu dan haiwan laut mati setiap tahun akibat beg plastik yang berada di lautan.

Penggunaan beg plastik seluruh dunia dianggarkan sekitar 500 bilion hingga 1 trilion (500,000,000,000 hingga 1,000,000,000,000) setahun.

begplastik04

Kempen menghentikan atau mengurangkan penggunaan beg plastik bukan sahaja diperkenalkan negara-negara maju (Amerika Syarikat, Kanada, Ireland, Australia, Belgium, Taiwan, Switzerland dan New Zealand) malah juga negara-negara membangun (Kenya, Uganda, Afrika Selatan, China, India dan Bangladesh).

Malah di Dhaka, Bangladesh, penggunaan beg plastik dilarang sama sekali berikutan banjir pada tahun 1989 dan 1998 yang turut disebabkan oleh beg plastik tersumbat. Rakyat Bangladesh digalakkan menggunakan beg dari jut yang merupakan tanaman asli Bangladesh!

begplastik05

Di Malaysia, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memulakan dasar ini diikuti oleh Selangor. Bila negeri-negeri lain (khususnya Kuala Lumpur) nak turut serta?

Juga, semalam Kerajaan Selangor turut serta dalam kempen Earth Hour apabila menutup semua lampu di Bangunan SUK dan Bangunan Darul Ehsan. Saya berada dalam perjalanan ke ceramah di Pasir Gudang, jadi tak dapat turut serta!

Gambar boleh dilihat di sini. Maklumat lanjut tentang kempen sedunia boleh didapati di sini.

begplastik07

TERKINI: Saya difahamkan Bandar Miri turut mengadakan kempen tanpa beg plastik pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pada Mei tahun ini, Bandar Miri akan mengadakannya pada setiap hari! Tahniah.

  • http://none Cikgu Zam

    alahai…………
    setakat hari sabtu jer tidak guna beg plastik bila isu alam sekitar nak selamat. Sarawak telah mempraktikkan tiada penggunaan beg plastik sejak Mei 2009 dimulakan oleh Majlis Bandaraya Miri. Setiap hari sabtu dan ahad sahaja. (2009)

    Sekarang ini, di bandaraya Miri sejak 2010 setiap Jumaat hingga sabtu, tiada penggunaan beg plastik telah dilaksanakan.

    Mulai Mei 2010, bandaraya Miri merupakan Bandaraya pertama yang akan memansuhkan penggunaan beg plastik ini.

    Miri dah Mula… Selangor mcm naaa?

  • Siti aishah

    saya ketengahkan tajuk ini untuk public speaking… terima kasih..

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main