Perbincangan Buku Mendepani Zaman di Pesta Buku Antarabangsa KL

17 Mar 2010 | Berita | by | 0 Komen

Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar akan memperkenalkan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam perbincangan buku ‘Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21′ di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Sesi pada jam 4.00 petang – 5.00 petang pada 20 Mac 2010 di Bilik Johor / Kedah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur akan diteruskan dengan ucapan ‘Melayu Mendepani Abad ke-21′ oleh Nik Nazmi sebelum sesi dialog dan tandatangan buku.

Buku tersebut yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish Malaysia turut diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Moving Forward: Malays for the 21st Century’ dan dijual di Kinokuniya, Popular, MPH dan Borders. Penerbit akan menjualnya di sesi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Orang ramai turut boleh memperolehnya di laman web ini http://www.niknazmi.com

Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 nyata membawa senario baru. Ia menonjolkan generasi Melayu baru yang memiliki harapan untuk melihat Malaysia baru dan memecahkan mitos politik kolot.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 boleh ditafsirkan dengan pelbagai pandangan, tetapi yang jelas keputusan tersebut membuktikan orang Melayu dapat menerima pendekatan yang menggantikan sistem berasaskan kaum jika disampaikan secara betul (namun, tidak dinafikan faktor-faktor lain seperti kepimpinan BN yang lemah, parti-parti pembangkang yang bersatu, kebangkitan media baru dan harga-harga barang keperluan yang melonjak tinggi yang turut menyumbang kepada perubahan ini).

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main