Masa Depan Politik Malaysia

05 Mar 2010 | Current Affairs, Photos | by admin | 0 Komen

Pada 3 Mac lalu saya dijemput menjadi panelis Wacana Generasi Perubahan: Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Masa Depan Politik Malaysia.

gp01

Sebelum forum bermula saya bersama-sama YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan), YB Amran Ghani (Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan), YB Kesavan (ADUN Hutan Melintang, Perak) dan YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves, Selangor) mengadakan sidang media menyatakan ikrar setia kami kepada Keadilan. Selain kami YB S. Manikumar (Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN Bukit Selambau, Kedah), YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang, Selangor), YB Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau, Perak), YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak), YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai, Perak) dan YB Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang) turut menandtangani kenyataan tersebut.

gp02

YB Yusmadi Yusoff yang telahpun menyatakan komitmennya sebelum itu turut hadir pada sidang media kami.

Seterusnya Wacana Generasi Perubahan berjalan dengan penyertaan Izzah, Amirudin serta YB Liew Chin Tong (DAP – Bukit Bendera), Tricia Yeoh (Pejabat Menteri Besar Selangor) dan Suhaizan Kaiat.

gp04

Dalam wacana tersebut saya menyentuh tentang sistem pilihan raya yang bebas, bersih dan adil. Antara lain cadangan Pakatan Rakyat menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri tetapi menjamin hak undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara serta isu pembiayaan parti-parti politik. Cadangan Pakatan adalah untuk peruntukan kerajaan berdasarkan jumlah kerusi yang dimiliki parti-parti politik tersebut, tetapi saya juga menyatakan pembiayaan dari pihak awam juga perlu dibolehkan dengan kawalselia ketat seperti had sumbangan dan pengisytiharan kepentingan seperti dibuat di luar negara.

gp05

Saya juga ditanya tentang peranan agama dan kaum dalam politik baru. Bagi saya kita kena berbalik kepada prinsip asas yang dianjurkan oleh al Quran iaitu ‘li taarafu’ ataupun saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Kita juga kena berkomunikasi antara satu sama lain, kerana pemisahan kita selama ini membolehkan dasar politik pecah dan perintah diteruskan. Memang wujud perbezaan antara kita, tetapi lebih banyak persamaan yang boleh kita sepakati bersama.

gp06

Yusmadi ada memberi pendapat bahawa Pakatan belum jelas menunjukkan elemen reformasi dalam dasar-dasar kita. Saya menegaskan pendirian memperkenalkan Agenda Ekonomi Malaysia yang berasaskan meritokrasi dan bantuan berdasarkan keperluan serta seterusnya prinsip Ketuanan Rakyat membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia. Jika dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempelak sebagai pengkhianat bangsa kerana mengutarakan idea tersebut, kini UMNO-BN terpaksa menggunakan retorik sama sekalipun sebahagian besar dari UMNO masih memainkan sentimen yang lama.

gp08

Sambutan orang ramai amat baik sehingga ramai terpaksa berdiri malah duduk di atas lantai!

gp03

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

gp07

PENDAPAT ANDA?