Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Negeri Seri Setia, melawat Surau al Kausar SS5, Kelana Jaya pada 25 Februari lalu.
Lawatan pada malam Maulidur Rasul tersebut dimulai Solat Maghrib, bacaan Yasin dan Solat Isyak.
Selesai Solat berjamaah, ADUN Seri Seri itu turut diberi ruang untuk berucap dihadapan para penduduk ahli kariah surau tersebut. Beliau mengingatkan tidak kira bagaimana cara kita mengenang Maulidur Rasul, yang harus diutamakan adalah nilai-nilai Sunnah Rasulullah s.a.w. tersebut.
Nik Nazmi turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 7000.00 kepada tabung Surau Al-Kauthar.
Sumbangan dalam bentuk cek tersebut disampaikan kepada pengerusi Surau Al-Kaushar bagi tujuan membaik pulih kediaman kakitangan surau yang rosak akibat ribut tahun lalu.
Selepas jamuan ringan dan beramah mesra dengan kariah, Nik Nazmi telah mengunjungi tapak kediaman kakitangan tersebut.

