Buku Nik Nazmi Nik Ahmad, Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21 dilancarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim di Kelana Jaya semalam.
Buku tersebut turut diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris sebagai Moving Forward: Malays for the 21st Century.
Di dalam ucapan beliau, Khalid menyebut penulisan buku tersebut membuktikan bagaimana generasi muda yang mendapat manfaat daripada DEB kini berani memikirkan pendekatan baru bagi mengangkat martabat masyarakat Melayu dan Bangsa Malaysia.
Beliau turut menceritakan pengalamannya sebagai orang di barisan hadapan DEB sewaktu di Permodalan Nasional Berhad dahulu.
Khalid menutup ucapannya dengan membacakan sajak Allahyarham Usman Awang, ‘Melayu’.
Nik Nazmi menegaskan sudah sampai masanya pemimpin masyarakat Melayu berlaku jujur dengan masyarakat, bahawa mereka mesti bersaing dan menerima realiti dunia hari ini. Mitos bahawa mereka harus dilindungi dan lemah secara semulajadi tidak membantu orang Melayu.
“Sesiapa yang membaca sejarah akan sedar bapa-bapa DEB sendiri seperti Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail menyedari DEB merupakan kompromi sementara. Malah, jika kita meneliti wawasan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ahmad Boestamam lebih awal pun menunjukkan pandangan yang dominan hari ini bukanlah inevitable, dan wujud pelbagai pandangan alternatif.”
Beliau turut merakamkan penghargaan bagaimana bapanya, yang lahir pada zaman British, bersekolah pada zaman Jepun, belajar sejarah di universiti dan memulakan karier sebagai pegawai kerajaan mendedahkannya kepada bab-bab terlindung sejarah negara. Bapa beliau, Haji Nik Ahmad Nik Hassan, berada di barisan depan pelaksanaan DEB apabila dasar tersebut mula-mula diperkenalkan.
Turut hadir pada program tersebut Tn Syed Shahir Mohamud, Ketua Keadilan Cabang Kelana Jaya; YB Tony Pua (DAP – PJ Utara); YB Nurul Izzah (Keadilan – Lembah Pantai); YB Gwo-Burne Loh (Keadilan – Kelana Jaya); Hannah Yeoh (DAP – Subang Jaya) dan YB Amirudin Shari (Keadilan – Batu Caves). Haji Ahmad Mohayen, Timbalan Setiausaha MBPJ; Dato’ Hussamuddin Yaacob, Pengerusi Karangkraf; dan Jason Tan, Editor Off the Edge juga hadir sama.


Assalamualaikum YB Nik Nazmi,
Tahniah atas pelancaran buku ini. Saya salin entri ini untuk blog buku saya.
December 22nd, 2009 at 9:14 pmHaving just read your “Forgotten Malaysians” I must confess that at long last the faint hope that I have had for my country is beginning to flicker again. I won’t go into too much details about myself as I believe it won’t interest any one of your readers. Suffice it to say, though, that I am one of the massive “Malaysian Diaspora” that has been totally turned off by the government’s blatantly racist policy. That this article is written by a Malay, enlightened enough to not only see the damage that is be wrought on my beloved homeland by this policy, but also brave enough to speak out against it, I am heartened. I am finally convinced that there is STILL hope for my fellow countrymen back home.
January 2nd, 2010 at 6:00 pmSalam tuan. Kunjungi blog saya di http://www.mybabah.blogspot.com untuk melihat Anwar Ibrahim Junior yang semakin membesar…
January 3rd, 2010 at 9:19 amhttp://idhamlim.blogspot.com/2010/01/mohon-dana-ajk-bertindak-apt-seri-lili.html
Mangsa ribut di Alam Aparment Seri Lili Seksyen BB7 Bukit Beruntung;
January 6th, 2010 at 5:28 pmmaaf hanya mahu mencelah, benarkah tiada bantuan segera utk mereka ini. Mohon pihak YB panjang2kan kepada yg bekenaan.
Terima kasih atas makluman tersebut Sdr Samrin. Akan saya semak segera.
January 7th, 2010 at 5:54 pmSALAM YB….
SAYA INGIN MENDAPATKAN PENJELASAN YB, ADAKAH ANAK SY BERHAK MENDAPAT BANTUAN KEBAJIKAN .. KANAK2 USIA 2 TAHUN, OKU… AKIBAT PENDARAHN OTAK, CEDERA DI RUMAH PENGASUH MEI 2008. DISAHKAN OKU CELEBRAL PALSY DAN KINI DISAHKAN OKU DR SEGI PENGLIHATAN JUGA. YB BOOLEH RUJUK BLOG SY UNTUK KISAH PENUH.. TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN TUAN…
February 1st, 2010 at 12:59 pmPuan Husna,
Saya akan e-mel puan selepas ini.
February 1st, 2010 at 1:46 pmAlhamdulillah,
Sejak Pilihanraya lepas, lebih banyak hasil publikasi alternatif tersusun ke toko-toko buku baik yang kecil mahupun yang terkenal seperti Borders.
Jujur saya katakan bukan semua tulisan YB saya faham, tetapi saya tidak behenti untuk memahami. Timba ilmu selagi nyawa dikandung badan.
Harap saudara boleh terus menyumbang dan seterusnya memperkayakan sumber bacaan karya tempatan.
February 11th, 2010 at 7:14 pmDear Nik Nazmi,
Please do this for me. Please take this message to the relevant party leader. For the next election, all PR candidates MUST MAKE PUBLIC PLEDGE. Just signing undated resignation is not enough. See Future PR candidates must make public loyalty pledge.
February 14th, 2010 at 5:03 pmdear yb,
March 24th, 2010 at 10:24 amreading yr book.implement it but do it
gradually.young malays as early as 10 must be encourage to do business.that is a must.this must not be stopped.