Buku sulung saya sudah terbit!

Buku

Alhamdulillah, buku sulung saya kini sudah terbit. Buku tersebut diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21 / Moving Forward: Malays for the 21st Century.

Marshall Cavendish Malaysia menerbitkan buku tersebut.

Sudah lama saya mengimpikan untuk menulis sebuah buku memandangkan saya menulis di pelbagai media. Usaha ini sendiri mengambil masa beberapa tahun (malah sebelum 8 Mac 2008) tetapi saya menghabiskan sebahagian besar 2009 menyediakan draf akhir Mendepani Zaman.

Wacana mengenai orang Melayu di Malaysia sudah berubah pada abad ke-21. Saya mengemukakan hujah bagaimana orang Melayu perlu mendepani zaman bagi survival dan kejayaan menghadapi cabaran dunia hari ini: kemunculan politik baru, ke arah merakyatkan ekonomi, menyelesaikan persoalan pendidikan, kedudukan Islam dalam masyarakat majmuk dan keruntuhan sosial.

Walaupun saya mengakui kaum akan terus penting sebagai satu identiti, namun Mendepani Zaman mencabar andaian menang-kalah dalam perkiraan perkauman, memandangkan akhirnya masa depan orang Melayu tidak boleh dipisahkan daripada rakyat Malaysia.

Buku ini didedikasikan khas buat ibu bapa saya.

Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, akan melancarkan buku saya pada minggu hadapan. Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 Disember 2009 (Selasa)
Masa: 3.15 petang
Tempat: Itudio Studio, 31D-2 Kelana Mall, Jln SS 6/12, 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (peta di http://www.itudiostudio.com/about-us)
Hubungi: Saifullah 0378063660 / saifullah@niknazmi.com
Kod pakaian: Smart casual / pakaian pejabat

Buku tersebut boleh dibeli pada harga RM24.90 di kedai-kedai buku utama termasuk Kinokuniya KLCC dan Popular Bookstores. Pengedar yang berminat boleh menghubungi penerbit melalui Michelle Low tel: 03-5628 5928 atau michelle@my.marshallcavendish.com.

  • Sivakumar

    Tahniah, saudara Nik Nazmi!

    It is good to see that you have written a book!

    I hope it will be helpful to everyone, harap semua orang dapat membacanya tidak kita keturunan agar memahami isu-isu penting seperti ini di negara kita.

    I hope to read your book too!

    All the best YB and keep up your good work!

Beli Buku Saya

Mendepani Zaman Moving Forward
Beli Buku Saya: Mendepani Zaman - Melayu untuk Abad ke-21 RM24.90 dari Kinibooks
Buy My Book: Moving Forward - Malays for the 21st Century RM24.90 from Kinibooks

Blogroll

Main