Pada minggu lepas saya melawat Teluk Gong dan Pulau Indah yang terletak di DUN Pelabuhan Klang.

Khamis lalu saya dijemput merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SRA Teluk Gong. En. Ismail Arsat, Ahli Majlis MPK danĀ En. Suhaimi Mohd Noor, Pemangku Ketua Keadilan Cabang Klang turut hadir.
Di dalam ucapan saya, saya menyebut perlunya mencari keseimbangan antara mendapatkan anak-anak cerdik pandai dihantar untuk mendalami pembelajaran agama di samping melahirkan golongan profesional yang berjiwa Islam.
“Kita mahu jurutera, doktor malah ADUN yang sedar tanggungjawab dan tugas serta amanah mereka!”

Saya turut mengambil peluang menziarah beberapa rumah yang berada dalam keadaan uzur di Teluk Gong.

Pada hari Sabtu pula diadakan Karnival Mesra Rakyat Pulau Indah. Pelbagai acara diadakan dengan penglibatan penduduk, termasuk pertandingan Badminton, Sepak Takraw, Tarik Tali dan lain-lain lagi.


