Baru-baru ini sebuah keluarga yang tinggal di Desa Mentari datang bertemu saya di Klinik Khidmat Rakyat saya bagi mengadu masalah mereka. Anak kedua mereka, Thiruspatirao yang merupakan calon SPM 2009 di SM Subang Jaya menghidapi masalah tulang belakang bengkok dan memerlukan pembedahan bagi membetulkannya.

Kos yang diberikan oleh Pusat Perubatan UM adalah sebanyak RM20,000 untuk pembedahan sahaja, tidak termasuk kos-kos sampingan lain. Bapanya seorang buruh kilang manakala ibunya pula guru Taska. Keluarga mereka masih menyara dua orang lagi adik beradiknya yang masih belajar. Maka mereka tidak mampu membayar kos pembedahan tersebut.
Saya sudah cuba menghubungi beberapa agensi kerajaan bagi mendapatkan bantuan tetapi prosesnya memakan masa dan belum tentu lagi mereka mendapat bantuan tersebut. Saya juga memberikan sumbangan daripada peruntukan saya, tetapi banyak lagi yang diperlukan. Oleh itu semalam saya mengadakan sidang media bagi meminta orang awam yang ingin membantu untuk menghubungi pejabat DUN saya sama ada 03-78063660 (Saifullah) ataupun e-mel kepada saya sendiri niknazmi@niknazmi.com.
Saya pasti sumbangan anda bakal membantu pelajar lincah ini untuk menghadapi peperiksaan dan menjalankan kehidupan biasa.
Gambar sidang media boleh dilihat di sini.


Pingback: jelas.info » Help support 17 yr old Thiruspatirao’s much needed back surgery