Thiruspathirao a/l Yangapisveloo pelajar tingkatan lima yang bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Sunway, bakal menduduki peperiksaan SPM dalam keadaan sukar akibat daripada masalah tulang belakang yang dihidapnya sejak berumur 10 tahun.
Anak kedua daripada tiga adik beradik ini yang menetap di Desa Mentari, Petaling Jaya lahir daripada keluarga berpendapatan rendah dengan disara oleh bapanya, Yangapisveloo yang bekerja sebagai buruh kilang dan ibunya Sri Ramuloo sebagai guru taska. Adik dan kakaknya juga masih belajar.
Hasil pemeriksaan tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggerakkan keluarga ini membuat keputusan untuk menjalani pembedahan tulang belakang bagi memulihkan penyakit tersebut. Pembedahan yang dijadualkan pada Disember ini akan tetap diteruskan bagi memastikan masa depan Thirupathirao terus cerah walaupun kosnya memakan belanja lebih dari RM 20,000.
Kos pembedahan yang begitu tinggi tidak memungkinkan keluarga yang berpendapatan rendah ini menjalani perubatan. Justeru ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media bersama keluarga pelajar tersebut pada 6 Julai 2009 menyeru kepada orang ramai untuk menyumbang dan menderma bagi membolehkan Thirupathirao menjalani pembedahan tersebut pada Disember ini. Sebarang sumbangan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia di 03-78063660 (Saifullah) ataupun e-mel kepada niknazmi@niknazmi.com.


Pingback: Student in need of fund at Bolehland